Khamis, 31 Disember 2009

penutup 2009.

terlalu banyak rasanya tragedi-tragedi sepanjang tahun ini. ada yang manis, ada yang pahit, hipokrit tak usah cakap. semuanya ada. tapi sayang memandangkan aku punya short term memory, segalanya hanya terkubur di kepala ho aku. mana yang terajin menaip, ada la dalam blog ni. tapi jujur di sini cuma lah 10%. dalam diri aku sendiri, bukan di sini mahu jujur. ya, aku yang hipokrit.

bukanlah. aku cuma tak mahu sakiti hati sesiapa. aku sensitif. jadi pemikiran aku juga begitu. aku selalu anggapkan diri aku di dalam diri manusia laen. sampai kadang aku lupa siapa sebenarnya aku. sebenarnya bukan hipokrit istilah yang baek. tapi LUPA DIRI.

ya, mungkin itu.

muga2 tahun yang akan datang ini akan membawa aku mengenali siapa diri aku yang sebenarnya. jujur pada diri, jujur pada manusia laen. berani menghadapi hari mendatang walaupun perlu menyakitkan hati manusia lain. ya, perlu kalau ia adalah satu2nya jalan terbaek yang ada.

untuk bawa kesedaran dalam diri manusia laen susah.
untuk bawa kesedaran dalam diri sendiri juga lagi payah.

jadi mana satu yang mahu didahulukan?

perbaiki diri, then baru nasihati manusia laen?
tapi bukan kah dengan menasihati manusia laen seumpama kita menasihati diri kita?
sebab apa, bila kita cakap sesuatu pada manusia laen, selalunya kita akan ingat apa yang kita cakap. kita tak mahu dituduh cakap tak serupa bikin, kan?
jadi kita akan berubah.

walaupun kerana terpaksa. padan muka, siapa suruh sibuk menasihat manusia laen, kan.

tapi bagi aku simple. aku manusia yang mudah terima nasihat. tapi bukan kritikan. mahu kata sesuatu pada aku juga perlu saluran yang betul. bukan pakai terjah. kerana aku berjiwa sensitif. aku tak suka dimarah. aku tak suka diherdik.
tapi kenyataannya, sesuatu yang begitulah yang selalunya menyedarkan aku. aku perlu di marah, perlu diherdik.

jadi sebenarnya aku ni manusia jenis macammana?

lihat.
aku sendiri konfius. mungkin inilah katanya lupa diri.

atau sebenarnya aku ini jenis fleksibel?
aku bisa bertukar jadi apa pun.

aku transformers.
itu kata adik aku.

sebab katanya aku mudah bertukar emosi.
sekejab aku boleh bergelak ketawa.
sekejab aku boleh bermasam muka.
aku transformers.

sengal.
transformers mana bertukar emosi la dik. nampak sangat kamu masih tak bijak berfikir. bercakap ikut sedap. mahu samakan aku dengan transformers. memang tak logik.

cuma aku perasan. setiap hujung tahun. perkara yang sama pasti akan berulang.
sejak aku sekolah rendah.

segalanya mengenai KAWAN.
aku sendiri tak pasti kenapa isu tentang ini sering jadi time hujung tahun. bukan kah hujung tahun tiba masanya untuk semua bermaaf- maafan?bersedih-sedihan?

aku bukan kawan yang baek.
aku tahu itu.
jadi aku tak mengharapkan lebih dari kawan- kawan yang aku ada.
cukuplah sekadar mereka ada.
dan apa yang aku paling takut.
hilang mereka.

hilang mereka bagaikan hilang nyawa.
ya, mungkin aku masih nampak cool kalau jalan sorang ke sana ke mari. tapi sesungguhnya aku manusia paling cuak kalau berjalan sorang. sekarang aku cuba biasakan diri. susah gila. tahu tak bagaimana rasanya tiada kawan yang bisa temani kita berjalan?
pernah rasa tak?

aku pernah.
selalu.
rasa macam mahu biarkan saja kereta langgar lari aku.
redha kot.

tapi aku pegang pada satu.
walau aku berjalan sorang sekarang.
di hujung jalan nanti pasti akan ada seseorang yang menyambut aku.

pasti.

aku percaya pada kawan yang aku ada sekarang lebih daripada percaya pada diri sendiri.
serius. aku sayang kawan- kawan aku. jadi jangan sesiapa cuba nak kacau kawan- kawan aku. mahu diingatkan, aku ini pendendam orangnya.

sudahlah. aku mahu jadi baek pada semua orang. tapi dengan harapan semua orang pon akan baek dengan aku lah. aku tak mahu gadoh. aku tak mahu sengketa. kita duduk di bumi yang sama.

please lah. aku penat. jangan paksa aku membenci. aku mahu aman.

mahu dunia yang sentiasa sibuk dengan gelak tawa.
mahu dunia yang sentiasa sibuk dengan ramah mesra.
mahu dunia yang sentiasa ada untuk aku.

aku mahu hidup.
aman.

harap sangat tahun akan datang membawa chinta, kekayaan, kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan. aku doa untuk semua.

untuk semua.

Selasa, 29 Disember 2009

azam baru sebelum masanya

perlu ke setiap kali tahun baru nak pasang azam?
azam tahun ni pun aku dah tak ingat apa. entah laksana entah tidak. aku kan punya short term memory, jadi aku tak ingat.

cuma aku terfikir tentang suatu azam sekarang.
mahu hidup ceria dan tenang selagi mampu. tak mahu biar masalah membelenggu aku. sebab aku fikir, masalah stil masalah. bukan hidup kalau tiada masalah. masalah dah jadi macam kawan aku. so, apalah salahnya kalau aku biarkan dia datang. tak perlulah nak ngesehh. tenang sudah.

hari ini aku melepak kat bilik. supposely ada class jam 10 pagi tapi tak pegi sebab moto bateri buat hal. malas mahu hantar ke kedai. diamkan saja. member2 pon semua hampeh balik rumah. buat cuti sendiri. tak boleh blah betul. aku je yang skema datang awal. supposely aku cuti seminggu lagi kat rumah. tapi tak mahulah calarkan azam aku.

aku perlu jadi manusia. aku perlu bina azam dan bersungguh laksanakannya. tak mahu jadikan azam sebagai barang perhiasan yang boleh diletak merata dan dibiarkan berhabuk.

tapi apa yang aku mahu azamkan?

soal hidup?
soal pelajaran?
soal duit?
soal mamaayah?
soal kekasih?

apa ya?

baik, satu demi satu. mari lihat aku selongkar.

soal hidup.
bagi aku hidup aku sekarang stabil apa. tiada apa yang nak diubah.
oh!
lupa. maybe perlu lebih strict sedikit. kurangkan keluar berpoya. ha, baru aku ingat azam aku tahun ini. mahu kurangkan keluar berpoya. erm, ini sudah jadi azam lama dihighlight semula. mana aci. aku keluar pon cari barang apa. jadi boleh dimaafkan tak?
dan setiap kali aku keluar, aku akan sms mama aku la. so, tiada istilah keluar tanpa bagitahu sesiapa. aku skema bagitahu mama aku.
aku dah kemas bilik. mungkin perlu azam untuk sentiasa bersih. ya, aku akan pastikan baju- baju aku basuh max seminggu sekali. jadi rajin. mahu kawen kan. pergh, menyimpang!
aku juga akan perbanyakkan koleksi baju kurung aku. aku mahu berbaju kurung. ini dari dalam hati ya. tiada suara luar.

soal pelajaran.
result sem lepas okay tapi satu masalah.
kenapa susah sangat nak dapat b?
tak usah nak harap dapat a la. b juga susah yang amat. aku akan tingkatkan usaha. dan jujur, aku fail satu subjek. aku tak tahu kenapa. aku dah confident jawab time final. tapi maybe carry mark xcukup kuat mahu luluskan aku. bayangkan dua test aku tak datang. aku pun tak ingat samaada aku buat midterm atau tidak. malas. ya, itulah aku. dan sekarang sudah makan diri. tak usah nak menyesal. cuma mampu azam dan kuatkan semangat tak mahu berlaku lagi.
kena selalu ingatkan diri untuk serius belajar. kena ingat semula apa cita- cita diri. tak mahu jadi sampah kan? jadi berusaha. benar- benar usaha.

soal duit.
apa masalah aku dengan duit. tiada. cuma jangan boros. eh, aku tak boros la. aku cuma berbelanja saja. beli baju, seluar. normal aja. oh, okay. cuba kurangkan. cukup- cukup lah. nanti sudah kerja, kau nak bergaya sakan itu kau punya suka. nak diva atau apa, itu kau punya hak. sekarang belum lagi. baek kau bantu manusia yang memerlukan. tak pun baik kau menyimpan. itu kan lebih baik. kad bank punyalah banyak. duit kat dlm tu cuma serpihan je. alahai.

soal mamaayah.
untuk support mereka mungkin belum masanya. cuma menjaga hati itu yang mampu. ingatkan diri jangan belakangkan mereka. kalau tiada mereka maka tiada kamu. lagipun mama ada aku kurang ajar atau membelakangkan mereka. tidak sengaja mungkin. tapi insya-ALLAH tiada.
cuma aku janjikan yang mana aku akan jaga mereka selagi aku mampu. tak mahu jadikan drama- drama swasta sebagai kisah benar. aku masih punya perasaan.

soal kekasih.
yang ini masih no komen. aku masih mahu dia. maaf hati. belum masanya.

jadi apa relevennya azam?

Ahad, 27 Disember 2009

re-fresh

segala mengenai khemah tahunan sudahpun berlalu. jerih perih sudah habis. dan air mata mula mengada mahu keluar. sensitif betul. apa-apapun terima kaseh kepada pentadbiran palapes um yang bagi kami cuti hari ini. seronok benar lihat gelagat budak- budak junior yang asyik bergambar dab bergelak tawa. terasa kasihan mahu menempelak. tahu apa yang mereka rasa. aku juga pernah junior.


harap tiada yang buat keputusan mahu keluar baris.


sebaik sahaja baris balik semalam, kami dipanggil semula. duduk menunggu di kelas. bersama dengan jurulatih kami. beritahu mengenai pertukaran jawatan.


aku mampu senyum.
tapi dalam hati risau.


bukan mahu rendahkan kredibiliti manusia lain. tapi kasihan pada basit dan hassim. atau mungkin mereka gembira dengan pertukaran yang dibuat.

mungkin kerja mereka akan jadi lebih senang dengan manusia- manusia yang mereka puji akan bekerja dengan mereka.


aku diskriminasi?
hehe.
terpulang.


bukankah aku dah pernah cakap. aku paling benci manusia banyak cakap. banyak songeh.
jadi aku akan jadi pemerhati. mulai saat ini. mulai detik ini.

aku akan tetap follow the rules. sebab aku bukan manusia yang suka kenakan manusia laen.


cuma aku agak terusik.
kenapa perlu disoalkan mengenai kawan?
aku pernah cakap. bukan senang mahu jadi kawan aku kan?
kita satu intake, bukan bermakna kita kawan.
kawan itu maknanya luas.
cukup luas.


cara macammana aku kawan, kamu tak perlu nak soal.
itu cara aku.


aku hormat kau. sebab kita satu intake.
kalau mahu kawan, dekati aku kerana aku. bukan sebab intake.
tolong gelak la weyh.
macammana kau boleh kata kawan, padahal apa makanan feveret aku pun kau tak tahu.
berhenti lah malukan diri sendiri.


jangan sampai aku hilang respek.
cukup lama sudah aku cuba bertahan. beri aku lagi beberapa bulan.
tolong.


nampak gayanya. masa tiga tahun ini tak cukup untuk aku mengubah apa pendirian aku. apa perspektif aku.
ianya tetap sama.
mungkin kerana manusia ini bagai- bagai kehendaknya.


dan untuk pengetahuan.
aku tak sure ramai ke tak yang perasan.
masa majlis penyampaian hamper itu.
aku dengar.
cukup jelas.


dia tak mahu memberikan tepukan kepada individu tertentu yang terima hamper.


kenapa?


jeles?


bullshit!
pegi mati faham.


ikut hati mahu melayang telapak tangan aku yang lembut ini. tapi tak mahulah kotorkan tangan aku. sebab manusia macam kau, takkan sedar dengan silap sendiri. walau kena tampar. walau kena belasah.


tapi dapat lah maki aku. sapa suruh kau cari pasal dengan kawan- kawan aku. dan selepas ini, kau tengoklah apa yang aku akan balas. hey, untuk pengetahuan...aku pendendam yang setia.

haha. sapa suruh kau start.


dan untuk pentadbiran yang baru.
tahniah buat basit dan hasim.
juga buat ikhwan, azizi, chic, zura, jamel, cha, fahmi, sham, rodi, dila, pija.

aku respek korang.
aku akan bantu korang habis baek.


untuk yang laen. korang usahalah kembalikan percaya aku pada korang.


sori, basit. apa yang kita buat sejak malam dengan pagi itu akhirnya membuatkan aku hilang percaya pada certain manusia. maaf.
aku dah cakap something yang begini tak selalunya mendatangkan hal baek.

mahu menarik nafas lega juga payah.

banyak benda lagi yang ada dalam fikiran ini. kutuk diri sendiri sebab tak luahkan segalanya hari tu. tapi untuk apa?

lancarkan perang dunia ke-4??

bantu aku.

aku mahu aman.

mahu aman.

Jumaat, 18 Disember 2009

intake 29 PALAPES UM

untukmu jiwa-jiwa kami

untukmu darah kami

untukmu rotu uni malaya

intake dua puluh sembilan


kami akan berjuang

untuk kebangkitan bangsa

kami rela berkorban

demi PALAPES malaya


untukmu Malaysia yang terchinta

kami penuhi panggilanmu

untukmu intake GORILA UTARA

kami kan terus bersamamu


ya Tuhan

izinkanlah kami menjadi pahlawan negara

ya Tuhan

masukkanlah tercatat sebagai syuhadaMu


lagu intake yang makin mendapat sambutan. lebih dikenali sebagai lagu jiwa2. sangat klasik.

tahun ini merupakan tahun ketiga kami bergelar intake 29. ini membawa makna, sekarang kami senior. sesuatu yang perlu kami tanggung dan jawab. dengan perangai inter yang mula mencabar, telatah junior yang bagai- bagai...ujian betul.


pagi tadi memang terasa. lain. selalunya bila lagu ni mula dikumandangkan, segala urat dan sendi mula semangat. tapi pagi tadi memang laen. semuanya kerana berita yang dikhabarkan pada kami pada malam sebelumnya. bukanlah sesuatu yang sukar. tapi ianya tetap beri kesan negatif pada jiwa kami. lagu jiwa2 juga dah tak mampu nak bantu.


kami down.


sudahlah perangai inter yang selalu membuat jiwa mati. di tambah dengan pentadbiran yang bagai2. dikocak lagi dengan berita malam semalam.


cheritanya begini.


segala persiapan hampir siap. 88%.

persiapan untuk 1 platun. pentadbiran sebagai 1 platun.

tiba-tiba malam itu. kami dikhabarkan platun akan dirombak. dari 1 platun dijadikan 2 platun.

kacau. segala keluhan mula terdengar.


aku okay.

sebab aku memang dah pernah terfikir kemungkinan sebegini sebelum ni.

cuma kasihan pada mereka yang diatas. pentadbiran sekarang sudah pecah dua.


lihat wajah hasim.

lihat wajah basit.

kasihan.


aku cuma diam. lagi sesak kalau aku turut berkeluh kesah. kalau sudah itu perintahnya. mahu ingkar bagaimana?

aku diam.


dan petang tadi, sudah konfirm yang kami akan dipecahkan kepada 2 platun. segala pentadbiran dibuat dengan daya yang ada. walaupun mood masih down. tanggung-jawab tetap tanggung-jawab. kami senior. salah down depan inter dan junior.


aku mahu nangis.

tapi perlu hipokrit.


bagaimana?


kami sudah ditempatkan dengan 2 platun yang berbeza. ada yang selesa, dan ada yang kecewa. diskriminasi masih ada. aku faham. begitulah manusia. buat konklusi berdasarkan apa yang dia nampak. tapi selalunya apa yang kita nampak itu betul. apa yang kita fikir, betul.


ladies tak boleh gali kubu?

ladies susahkan pentadbiran?

ladies banyak songeh?

ladies cepat down?


*diam*


kadang aku setuju. perempuan memang menyusahkan. susah mahu cari yang benar-benar daya tahannya tinggi. aku juga selalu mental. kalau jenis aku, aku lebih suka guna cara moral. aku akan cari something yang boleh aku jadikan moral. dan mind set aku. jika diset, jangan mental dan tahan korek kubu. jadi aku akan tahan dan tak mental. vice versa.


buat intake 29.

ladies terutamanya.

sedikit nasihat di sini. bukan mahu mengutuk kaum sendiri. tapi jika inilah kenyataannya. perlu terima.

boleh tak jangan banyak songeh. aku sudah lama jadi pemerhati. beza benar lelaki dan wanita. bohonglah jika kata masuk palapes, lelaki dengan wanita itu sama. tak usah bohong. aku bukan budak kecik yang mudah benar percaya. kasihanlah dengan kawan- kawan lelaki kita yang selalu dikerah buat kerja berat. wanita juga boleh buat sebenarnya. tapi ianya akan jadi macam kenduri. tangan jalan tapi tak sepantas mulut yang asyik mahu bercakap sehingga tak kenal penat.


kelakar bila bekerja dengan wanita sebegini.


mungkin aku jenis pendiam. jadi aku agak sesak kalau jumpa dengan manusia yang kerjanya asyik nak bercakap. serius sesak.

dan biasanya, wanita ini akan ingat kerja apa yang dia buat. satu silap besar. dia akan mengungkit. eh, kerja tu aku dah buat. takkan nak buat lagi? orang lain lah pulak.

ini tanda tak ikhlas!


aku tak berapa gemar dengan sikap macam ni sebenarnya. tapi sebab kawan- kawan yang sudah hampir tiga tahun bersama. aku diamkan. hati mereka perlu dijaga. masih yakin yang mereka akan berubah. padahal aku juga bukan bagus mana. biasa- biasa.


cuma perkara sebegini asyik buat aku terfikir.

aku cuba kalihkan apa yang mereka fikir tentang wanita yang katanya mampu menggoncang dunia. haha. aku memang tak pegang kata-kata ini.


bagi aku lelaki dan wanita tak sama. tapi tak semestinya lelaki tak boleh buat kerja wanita dan sebaliknya. terpulang kepada daya tahan masing- masing. menurut pemikiran aku, lelaki tetap di atas sebagai ketua dan wanita di sisinya sebagai supporter. ini lebih indah.

Khamis, 17 Disember 2009

tarikh luput.

banyak kali dalam hidup aku rasa seakan dipijak. bukan sikit, hampir lumat.
tapi hati masih kata,"sabar...diorang bergurau tuh..."

tak tau sampai bila nak sabar. mungkin aku jenis pendam. tapi bila aku dah tarik muka, faham- faham lah. kita sesama manusia. saling memahami tu perlu kot. asyik aku aja nak faham korang, apahal? ke aku sorang manusia?

sepanjang hampir 3 minggu training ni berbagai rasa aku rasa. mula menulis juga. tapi selalunya tak habis. sebab baru beberapa perkataan, jari terus senyap. tak mahu menaip. haha. sedar2 sudah pukul 5 pagi.

nak dijadikan cherita, memang training lah. mahu di huraikan terlalu panjang. mau jadi karangan pula. aku pon sedia ada jenis malas. jadi laen kali. biar dulu segalanya tersimpan di kotak memori aku yang punya nilai singkat. maksud aku short term memory lah. aku memang masalah.

simpan punya simpan punya simpan. akhirnya.


semua barang dalam supermarket pun ada tarikh luputnya. hati aku bukan boleh sabar sampai mampus. sabar aku akan sampai tahap luputnya juga. seriusli aku cakap, aku baran tapi diam. jangan cuba- cuba cucuk. kalau mahu dengar aku maki, sila lah.

aku kurang kesah dengan apa yang orang laen fikir pasal aku, cakap pasal aku. tapi aku manusia, kan. aku mesti tak selesa. cuba korang fikir sama. situasi nya sama juga. letakkan diri korang dalam diri aku. bukan senang mahu selami hati dan hidup manusia laen. aku selalu cuba. selalu. sebab aku tak mahu selalu kecewakan manusia laen. kerana mereka juga berhak hidup. berhak bahagia.

itu sebab, seteruk mana pun hati aku disakiti. aku tetap bagi senyum aku pada manusia kejam itu. tetap. bukan selalu kita mampu nak puaskan hati manusia laen. sebab apa? nak puaskan hati sendiri pon payah!

macammana tuh?

nak bercherita soal sakit hati memang lama. tapi aku malas. esok training lagi. mahu basuh baju dan tidur.

tidur.

doa supaya hari esok lebih lebih lebih baik.
intake 29 jangan malas. jangan menuang. jangan selalu dipijak.
intake 29 intake gorila utara.