Ahad, 31 Januari 2010

hampir ke si-tu.

pic credit to rodi. if tak silap lah.

buat masa yang sangat singkat ini. semua pun mula berubah. aku saja yang perasan atau apa. berubah kepada sesuatu. it doesn't matter baik atau buruk. ianya tetap berubah, kan.
atas sesuatu apa yang akan kami capai 12 jun nanti. semua pun sudah punyai impian yang sama. mahu ditauliah sebagai sesuatu seperti di atas.

apa yang nak disoal sekarang, layak kah?
excuse, soalan ni untuk aku. aku.
bukan orang lain. selagi aku tak boleh jawab soalan ni dengan kertas kajang 5 pages. aku tak akan berani tanyakan soalan ni pada manusia lain. hope jangan terlepas tanya.

banyak benda yang terpaksa kita korbankan untuk mencapai sesuatu itu. tapi apa yang aku korbankan?
mungkin korbankan pahala2 aku dengan membuat dosa mengumpat dan mengeji yang terlalu banyak. sori la korang, aku terlalu menyimpan. jadi susah kiranya aku nak berpuas hati. dan selalunya tiada orang mahu mendengar keluhan aku, jadi aku terpaksa memaki.

kadang aku fikir. susahnya menjadi seorang aku.
bullsit.kan.
susah lagi menjadi jebat, asim...dan mungkin cp. erm. ada something psl cp yang aku nak sembang tapi nanti2 lah. dia kadang terlalu ramah dengan aku. sampai aku tak boleh beza samaada dia bergurau atau memerli. ah, biarkan dia dulu.

apa yang aku mahu katakan sekarang, kami sedang menuju ke situ. walau apapun yang ada dalam hati kami. kutukan atau tak puas hati atau apa.

apa yang penting,kami mahu ke situ.

tapi macam kelakar bila menyaksikan kesungguhan manusia yang jelas dibuat- buat. annoying gila. hahaha.

apa yang perlu anda tahu bila masuk palapes ni. ada saja orang yang anda boleh harap. which means kat sini, dalam intake 29 sendiri. terlalu banyak kelebihan yang ada pada setiap individunya. termasuk kelebihan bergosip, ya. jadi seperti yang rodi pernah tulis dalam blog dia. aku sep dengan dia. setuju. bila fikir2 balik, kalau aku tak masuk palapes, aku ada ke 57 kisah yang mahu diceritakan?
belum masuk dengan yang dah keluar baris.
banyak gila.

dan aku rasa, tak perlu dah nak bersungut tentang perangai 57 orang ini. sebab kalau perangai semua sama, tiada warna lah kami. bukan kah seronok punya 57 perangai yang bagai2. jadi, bersyukurlah. menjadi satu itu tak susah kerana semua orang boleh berpura. tapi menjadi bagai2 itu tetap yang utama. sebab dari bagai2 itulah, kami disatukan.

kesedaran aku hampir timbul, kesedaran anda bagaimana?



Sabtu, 30 Januari 2010

benci bila aku tak positif.

banyak kali dalam hidup aku rasa tak guna. sederhana tak guna atau sangat tak guna. sama.

dan aku sendiri tak pasti apa makna aku hidup. apa fungsinya aku dalam hidup orang laen. atau lebih worst, hidup aku sendiri. rasa macam nak mati kalau kita tak mampu nak kawal hidup sendiri kan. aku jadi down gila bila mendengarkan manusia laen asyik dengan rentetan hidup masing2. tapi aku. tak habis dengan masalah yang aku rasa kadang aku cari sendiri. semacam susah benar nak cari bahagia dalam hidup seorang aku.

aku tak bersyukur.
mungkin.
tapi tak salah kalau kita mahu hidup kita lebih baik, kan.
walau sememangnya nampak sudah baik. even terlalu baik.

aku jenis manusia yang tak cerdik.
aku jenis manusia yang tak banyak kelebihan.

jadi, jika aku punya sesuatu. kenapa perlu diambil?
even ianya adalah sesuatu yang satu. hanya itu yang aku ada!
jadi kenapa perlu ambik?
kenapa keji sangat nak jadikan aku manusia yang tak punya apa?

cukup2 la buatkan aku jadi hilang arah.
aku sudah penat.

penat untuk membuat segala macam usaha untuk buatkan kamu2 pandang aku.
penat untuk membuat segala macam usaha untuk buatkan kamu2 tahu siapa aku.
penat untuk membuat segala macam usaha untuk buatkan kamu2 suka aku.

aku menangis dalam tawa aku.
aku berpura aku gembira.
sampaikan aku sudah tak kenal mana satu diri aku?

hilang dalam ramai.

mungkin itu pernyataan yang sangat sesuai buat aku.
atau aku kena sedarkan diri bahawa aku bukanlah manusia yang sangat dipentingkan.
dan aku bukan siapa- siapa.
bukan siapa-siapa.

banyak kali dalam hidup kita tak kenal siapa diri kita. sebab terlalu sibuk untuk menjadi hipokrit. untuk disukai ramai. untuk selalu diperhatikan. untuk selalu diberi pujian.
sampai lupa jujur itu adalah perlu.
sampai lupa jujur itu satu prinsip.

ha. gelakkan lah diri sendiri.
kau memang loser sampai mati.

aku sudah hampir ke tarikh luput aku.
sudah sangat hampir.

Selasa, 26 Januari 2010

satu.dua.tiga.

satu.
kelas hari ni mengingatkan aku tentang sesi temuduga perjawatan dulu. dan untuk pertama kalinya, ingatan aku kembali segar. haha, silly gila.

soalan yang lecturer aku utarakan sama dengan soalan yang pegawai bagi kami.

berkenaan dengan bagaimana mahu mengawal pekerja yang punya masalah disiplin. dan pegawai kami tanyakan soalan macammana kalau inter dengan junior kamu tak berdisiplin dan tak mahu dengar kata kamu.

lebih kurang begitulah.

kami jawabkan, perlu pendekatan perbincangan. mungkin dengan memanggil si empunya yang tidak berdisiplin. face-to-face. tanya dia apa masalah. ya, mungkin itu baik.

tapi kami ditanya lagi. macammana kalau tak berjaya?

kami jawabkan, cuba bincangkan dengan pihak atasan. kalau-kalau punya jalan penyelesaian. tapi tindakan masih lagi kami yang akan ambil. cuma perlu nasihat dari pihak atasan.

tapi kami ditanya lagi. macammana kalau tak berjaya lagi?

serius aku berpeluh dah time tu. apa lagi yang nak dijawab?
belasah si empunya yang tak berdisiplin atau mentalkan dia sampai suh dia keluar baris?
kejab. apa- apa jawapan pasti akan effect imej aku. fikir dulu.

kami cuba. bawa saja si empunya yang tak berdisiplin itu mengadap pihak atasan!

mereka gelak dan mengangguk. tak tahu apa makna nya itu.

dan selepas beberapa bulan. aku punya jawapan untuk itu sekarang. dalam kelas human resources management. contoh soalan yang sama. cuma diadaptasi kepada pekerja pula. memang masuk.

aku dengar khusyuk gila.

katanya, masih sama konsep yang kami utarakan dulu. masih punya step yang pelbagai. tapi contooh kali ini, pihak atasan jenis tak sabar. ditolak mentah-mentah semua step yang katanya banyak dan tak sempat nak jalankan. untuk menjalankan semua step itu sahaja, pekerja itu dah buang banyak duit syarikat. sudah menyusahkan banyak pihak.

lecturer aku jawab balik, berdasarkan apa yang sebetulnya, memang semua step itu perlu dan sangat perlu dijalankan.

akhirnya baru lecturer aku cakap. itu cuma soalan berbentuk stress yang diutarakan oleh penemuduga. sengaja mahu menguji tahap stress kita. bila ditekan, tekan. mahu tahu tahap kegabraan kita. haha.

tapi betul.
logik apa yang lecturer aku cakap.

dua.
hah. pilihanraya kampus semakin hampir. tapi aku tak pasti apa actual tarikh untuk mengundi. aku kurang ambil tahu itu. tapi aku suka. tiap kali kita duduk2 saja, mulalah kita didekati dengan calon2 yang mahu memenangi undi. haha. sapa pandai cuit hati aku, dapatlah tanda pangkah aku. tapi dengar kata tahun ini sudah tiada pangkah2 bagai. sistem e-undi sudah diperkenalkan. rasanya tak seronok. tapi tengoklah macammana nanti.

kertas2 oren dan putih sudah mula penuh dalam fail aku. mana taknya, sudah selalu aku buat muka kosong tak ambil tahu. mereka2 ni pulak suka manusia yang sejenis aku. mungkin nampak lebih mudah dipengaruhi. haha, silap besar lah. balik bilik, aku gelak-terguling mengingatkan hal korang2.

biasanya kertas oren putih ini aku kumpul dan buat klarifai di dalam bilik. memilih calon yang benar2 layak.

haha. tipu ahh.
aku student UM yang paling tak ambil tahu kot.
kertas oren putih tahun lepas punya pon masih ada dalam bilik ni hah. nak buat kertas conteng tak sampai hati. nak buang lagi lah tak sampai hati. so, jalan termudah. biar.

jujur. biasanya aku dengan member2 yang lain bincang. siapa yang mahu dipangkah. kalau aku, aku lebih suka dengar dia cakap. pandai ambil hati aku sikit. dan yang penting kiut. haha. itu pon point tinggi. dengan aku senang, kau cakap mesra, yakin sikit...aku dah for sure pangkah kau. mampos la kau nak tipu aku ke apa. kau sendiri jawab dengan Tuhan, ye tak. aku tak salah.

tak apa. kita tunggu hari nya nanti.

tiga.
dalam kesibukan dan kementalan aku, sempat jugak aku menghilangkan diri ke stadium. baru tadi. selangor vs johor. sangat cun selangor main. tak macam time lawan terengganu. entah apa yang tak kena. tapi kali ini main lebih kepada kembalinya selangor yang dulu. kalau ikut rezeki sudah 10-0. tapi rezki tak menyebelahi selangor. cuma 6-0. tapi kira orite la. semua goal cantik. bukan penalti. apa barang penalti.

tapi kecewa.
game malam ni dicemari dengan manusia bermulut-celupar yang tak sedar orang lain pon bayar tiket dengan harga yang sama. tak usahlah dia saja nak memekik. bodo. suara dah la tak sedap. kelakar2 jugak. tapi sikit2 sudah.

anda itu sudahlah berumur dari saya. tak baik untuk tumbesaran dan perkembangan otak saya, faham!

juga dengan perokok tegar yang asyik mahu berasap. kalao pada aku, aku masih boleh tahan. kalau sampai tahap marah pun, aku cuma ambil rokok kau dan pijak depan mata kau. tapi aku okay. angin baik sebab selangor menang. tapi tak baiklah. ada baby kot kat situ. kesian aku tengok baby tu.

watever.
selangor menang tadi. 6-0.



Isnin, 25 Januari 2010

aku bakal kaya.

sudah kerap kali email aku dihujani dengan email yang entah siapa yang hantar. katanya mahu bagi aku duit. sebab aku sedara terdekat entah siapa. konfius aku. banyak sangat ke duit kau sampai kau nak bagi sesiapa saja melalui email. manusia sekarang punya modal yang banyak untuk mempermainkan orang lain.

kena tipu.
sudah mestilah kot. aku siap gelak-terguling tiap kali dapat email serupa ini. email yang sama cuma penghantar yang berbeza. atau mungkin, aku juga perlu forward email yang sama. bagi pada budak- budak palapes yang kekurangan duit dan susah mahu bayar duit tauliah sekarang. haha. what a fool joke. gila.

dan sekarang, aku tak tahu macammana nak block semua benda alah ni. maaf, kekadang aku jadi sangat buta IT. minta tolong sesiapa, plis.

tapi yang aku pelik.
macammana diorang-diorang ni boleh tahu email kita, hah?
apa yahoo tak simpan ke semua private matter ni semua. haramjad betullah. email sesuatu yang sangat rahsia kot. aku nak bagi kat lecturer pon fikir dua-tiga kali. bukan sebab email aku sound tak best, ya. cantik sikit!

tapi sebenarnya aku pernah kena gelak sebab email ni. aku ingat lagi. masa aku 1st year. kami diminta bagi email pada lecturer. memang aku orang paling last la yang bagi. sebab aku ni manusia yang sangat banyak berfikir. betul.
dapat saja kat lecturer, ada ke dia pergi baca alamat email aku. depan semua. sudahnya aku kena bahan. sengal betul.

untuk pengetahuan, email aku waktu itu>>>>>ilovemalaysia_gurl88@hotmail.com

weyh, gelak?

apa salah kah aku nak mahu jadi patriotik sekejab?
menyampah!

sudah, habis.

berbalik kepada hal yang berbangkit tadi. aku bakal kaya. kalau benar lah apa yang email aku dapat tu yang mana menyatakan aku bakal terima 40% daripada wang $10mil dolar. maknakata aku akan dapat $ 4mil. haha, asyik!!!!
aku boleh beli Malaysia ke apa?

nonsense.
okay, kawan-kawan yang saya suka.
tolong jangan terpengaruh dengan email serupa ini. anda kena tipu.
seriusli kena tipu.


Rabu, 20 Januari 2010

sesak dengan manusia yang berpura.

kamu nak berpura?
baik pergi jauh.
berpura depan aku, memang minta maki.

aku tak faham dengan manusia. ya, rambut memang sama hitam tapi hati lain- lain. ikut suka dia lah nak berpura atau apa. tapi masalahnya sekarang. berpura depan aku. depan aku.
bukanlah aku nak kata, aku manusia mithali yang mana tak pernah berpura. aku selalu je. tapi tak salah kalau aku nak berubah kan?

hehe.fleksibel.
sengal. masa2 suntuk macam ni lah baru kau nak terasa fleksibel.
senang cerita begini lah, kalau sudah tak suka, memang kita akan nampak yang buruk saja. even dia buat baik tara mana pun, kau tetap nampak dia rupa taik. dasar manusia. pemikiran payah nak ubah.

aku sebenarnya penat nak berlaku hipokrit. rasa bersalah dengan diri sendiri. sori, diri. aku salah. then, macammana? nak jujur?

nak mampos?
aku bukan manusia yang terlalu kuat untuk berlaku jujur. itu sebab aku tak boleh nak menggegar dunia. terlalu banyak berangan.
tapi aku cuba berlagak cool. cuba-cuba belajar bermulut-celupar. bak kata manusia, bila kita nak bercakap dengan manusia yang kurang kesah dengan apa saja yang keluar dari mulut dia, kita juga perlu berperilaku yang sama. aku tahu buruk gadis bermulut-celupar. tapi apa boleh buat?
untuk kepuasan hati, apalah salahnya. bukan selalu.

dengan certain orang je pun.

aku sebenarnya kurang suka dengan situasi sekarang.
tak tahu macammana mahu menyesuaikan diri.
tak tahu macammana mahu berlagak biasa.
tak tahu macammana mahu bereaksi bila ditegur.

oh, Tuhan.
tolong. aku tak suka dikritik.
macammana ni? boleh ke aku nak terima apa yang akan mereka2 ini kritik aku?
ah, aku nak nangis.

tiba2 sensitif.
sebab dah lama tak balik rumah. jumpa mama ayah.
rindu.

bodoh. tak ada kena- mengena.

okay, sambung tadi. aku tak tahu kenapa mereka2 ini gembira dengan sesuatu yang perlu dilepaskan. wajah seolah terlepasnya dari beban yang besar. apa...jadinya before ni punya tugas, beban lah?
nonsense punya manusia.

tak usah berpura.
kalau kau terasa sedih kerana nak melepaskan tugas yang kau pegang sekarang, kenapa nak berpura?
kalau kau terasa malu kerana terpaksa melepaskan tugas yang kau pegang sekarang, kenapa nak berpura?
kalau kau terasa kau masih nak lagi tugas yang kau pegang sekarang, kenapa perlu nak berpura?

manusia.
aku tak faham betullah.
boleh pulak kau say congrate dengan penuh bangga.
wadefak. aku tak terasa yang kau manusia jujur.

biar aku bagitahu ya.
kita tengok siapa lagi jujur.

aku sedih sebab aku kena lepaskan apa yang aku ada sekarang.
aku malu sebab aku terpaksa lepaskan apa yang aku ada sekarang.
aku masih nak lagi apa yang aku ada sekarang.

sebab apa?
sebab aku takut.
aku sedih sebab aku tak berjaya nak kekalkan apa yang aku ada sekarang. aku terasa kalah.
aku malu sebab aku bukan lagi aku.
aku masih nak lagi sebab aku dapat rasa aku belum jalankan tugas aku sebaiknya. kalau mampu, aku mahu ubah.

bulshit.

berangan tak sudahlah.
wahai, diri. kalau kau memang sudah tak bagus, buat apa mahu memaksa manusia lain memandang pada kau. heee tak malu. kau nak sangat apa yang kau ada sekarang, kekal?
kau tu kena berubah dulu. then, baru kau boleh nak membentuk manusia lain. diri tak sebagus mana tapi masih mahu mengajar manusia lain. jangan buat gelak la weyh.

tapi sekurangnya, aku tak lah menabur ucap tahniah kepada semua. yang mana kononnya, wah..aku dah lepas tanggungjawab, sekarang kau lah pulak.
wadefak. tanggungjwb itu pun kau tak tahu apa. tak usah persoalkan lah. buat malu.

kepada yang baru,
tunjukkan pada aku dulu, siapa kamu.
bukan senang mahu mendapat respek aku.
sebab apa?
respek aku, nilainya sangat tinggi.
pasal apa?
suka hati aku lah.

watever pun.
aku pun sama manusia.
dan manusia tetap manusia.
aku maki manusia lain seumpama aku maki diri sendiri.

normal.
tapi aku puas.
walau cuma kat sini.

jangan sesiapa cabar aku untuk mempertahankan apa yang aku sampaikan kat sini.

sebab aku tak berani.

serius.

better off sekarang. nanti kena saman.

encik apa nama? V

tak ada idea kenapa naim tak mahu turut serta menyemakkan suasana kfc. aku pulak jenis cepat emo bilamana aku sudah ajak, tapi tak mahu ikut. terasa aku kalah. dan aku terus berlalu. tak mahu, sudah.

macam tak percaya aku pegi kfc dengan manusia-manusia yang sebelum ini jarang aku lepak dengan mereka2 ini. kelakar. hipokrit sungguh aku. habis sudah naim xmahu ikut, sapa lagi mahu aku ajak. nak suruh aku lepak sorang2. tak mahu aku title 'lonely ranger'.

dan sebaik sahaja melangkah anak2 tangga. aku senyum. hati juga berbunga-bunga.
setelah beberapa minggu. Tuhan memang sengaja. dia tengok aku, aku tengok dia. sekejab.
tiba- tiba aku jadi semangat. cuba jadi cool. biarpun member2 aku tadi sibuk melawak dengan akak yang buat air ni, aku stil relax. ketawa pun sikit2 je. tak mahu galak. nanti dia label aku gedik pulak.

tapi tak lama. aku duduk, dia bangun dan blah. sengaja.

ah, mesti dia bengang sebab kami buat bising kot. tapi bukan aku yang bising. apsal blah awal2.

p-garismereng-s: bila aku dah gedik, macam ni lah. sori dunia!

Isnin, 18 Januari 2010

gangsa bukti kuasa.


benar orang kata, kesah silam akan mempengaruhi 'apa' kita pada masa sekarang.
inilah yang jadi pada kami, si hina pemain hoki kolej.

mungkin kerana tahun lepas kami tak menyumbang sebarang pingat, kami dipandang cuma sebelah mata. dan pada tahun ini, target cuma di quarter. tapi manager cuba tinggi sikit dengan mangatakan kami akan ke semi.

kelakar. terasa macam tak guna bila orang lain tak yakin dengan kebolehan kita.
sudahlah kami berlatih cuma dua minggu. itupun belum tolak dengan hari yang tak turun latihan sebab hujan. tambah pulak dengan official training dengan fairus cuma dua hari. yang lain, kami berdiri di atas kaki sendiri.

sedih dengan pengurusan sukmum kolej. terasa pasukan hoki dianaktirikan. dengan tanpa penyokong, kami berjaya ke quarter. terima kaseh kepada 4th kerana membenarkan kami melangkah selesa ke semi dengan 2 gol berbalas kosong. pagi itu kami bermain dengan penuh semangat.

semangat untuk membuktikan kami mampu.
semangat untuk membuka mata pengurusan sukmum kolej.
semangat untuk mengelakkan kami dianaktirikan lagi tahun depan.

watever.
tahniah kepada pasukan hoki kolej 5.

Jumaat, 15 Januari 2010

reveal.

atas apa yang aku risaukan, sudahpun aku dedahkan. tapi tak apalah.
iya. aku mengaku. kadang-kadang, some kind yang berbentuk reveal2 ni, berjaya jugak.
okay, encik jebat. aku mengaku salah. cara ini mungkin berkesan. iya, kau bijak.

dan satu, aku tahu dah aku jenis manusia yang tak simpan dalam hati. tapi ikut pada situasi lah. bilamana kekasaran atau kesilapan itu sudah diakui, maka dia pun sudah minta maaf. dan kami sudah berbincang dari hati ke hati, ya...aku takkan simpan dah!

oh, jadi aku ni pemaaf juga orangnya. bodoh. baru aku tahu.

tengok.
macammana aku nak cakap orang lain kenal aku, padahal aku sendiri tak sure macammana aku.ah, susahnya menjadi seorang aku.jadi konklusinya, aku tidak mudah dipredict. im not predictable.

oh, lupa.
before kejadian reveal me-reveal ni. ada lagi satu kejadian yang memberi impak dalam hidup aku.

haha.HOKI.
tadi team 5th frenly dengan 8th dan 11th. janjinya dengan 4th, tapi tak sempat sebab player futsal sudah sibuk nak bermain.

keputusan :

5th vs 8th>>>>>4-0 [menang]
5th vs 11th>>>>>1-0 [tak menang]

seriusli, 11th memang terrer. tapi aku rasa kami berjaya menggoyahkan player diorang. tapi tak apa. segalanya akan diusahakan lagi.

ikhlas banyak lagi tentang hari ini tapi, badan dah letih. fikiran dah penat.nanti2 saja lah.

sekian.

Ahad, 10 Januari 2010

....

cubalah lihat
dari sisi aku
agar kau fahami

cuba kau dengar
jerit hati kecil ini
cubalah tuk mengerti
sedikit saja

Jumaat, 8 Januari 2010

sabtu lepas.

aku ke kulim, kedah. along aku bertemu jodoh dengan gadis dari sana. aku ikut menghantar juga. almaklum, majlis pertama yang bakal dilangsungkan dalam famili aku. jadi aku agak teruja. lagipun dah lama sangat tak pergi kedah. kiranya, sambil menyelam minum air. sambil hantar pinangan along aku, sambil tengok tempat orang.

tak mahu cerita panjang. aku attach gambar, okay.

awal pagi lagi cik akak ni dah tunggu.

hantaran dari pihak lelaki.(kami)

serbu.

tengok tangan. beza umur. ahaks.

mama dengan bakal menantu.

10.10.10

lainkali panjang umur, nak pergi Kedah lagi.

encik apa nama? IV

wow, teruja!

Tuhan masih mahu aku bermain hati dengan dia.
boleh sesiapa bagitahu kenapa aku
gembira semacam?

"OH!"

nasib dia tak terus langgar aku.

p-garismereng-s:
whatever la kalau dia kutuk aku sebab ganggu laluan dia sekalipun. yang pasti aku gembira sebab jadi halangan jalan dia!

gedik kan aku.

"..and whatever that answer it, i won't judge you.."

Hi.

Hi.

How are you?

Good. You?

I'm good.

I miss you.

You miss me? *Laugh*

Yeah, I miss you. Why's that funny?

No one has ever missed me before. People tend to be happy when I'm gone.

Not me.

Good. I like that you miss me.

I like it too.

What'd do you do tonight?

Sat here and watched the clock until I thought I could call you without seeming desperate. What'd you do?

Sat here and waited for you to call and thought about what I was gonna say to you so that I didn't sound desperate.

I guess we're desperate.

Probably a bit.

For what?

Freedom. However we can find it.

And you think one of those forms could be each other?

Maybe.

It wasn't what I expected when I came here.

You shouldn't expect anything now. You should just wait and see what happens.

Well said.

Thank you.

You want to meet me again tomorrow.

Sure.

You can tell me another story.

I think it's your turn.

I think you're right.

You got anything in mind?

Ask me a question, same as I did to you, and I'll give you an answer.

And whatever that answer is, I won't judge you.

Thank you.

I'll see you tomorrow.

I miss you.

I like that you miss me.

I like that you like it.

Bye.

Bye.

[ A Million Little Pieces - James Frey ]

untuk kawan-kawan yang kita suka.

kau mungkin manusia budiman.
layak dijadikan sandaran.
saat riang atau kesusahan.
cuma aku yang gusar ketidaktentuan.
terasa segan mahu jalan seiringan.
kawan, silakanlah kau berjalan di hadapan.
aku akan mengikut kiri atau kanan.

segala bicaramu aku pasti mendengarkan,
mengiyakan atau menidakkan.
kita akan terus berjalan walau gerimis berguguran.
berkongsi rasa tentang impian.
kerana kita manusia yang punya harapan.

kawan, bila kau panggil namaku, tiada sahutan.
kau berpaling, aku sudah tiada di pandangan.
janganlah kau rasa dikecewakan.
aku terpaksa pergi tanpa pesan.
carilah aku dalam kenangan.




As long as there is a post and the telephone is not cut off, so long as we have things to tell and joys and anxieties to share - we will be friends. Always.

[ Marion C. Garretty ]


.malam-malam begini, kau tak harus sendiri bermelankoli...


kirimkan padaku kata-kata bersama magisnya
untuk melenakan jiwa yang selalu terjaga
oleh mimpi ngeri luka lama...

ku ketuk pintu malam tika kau berada di dalamnya
bintang-bintang berbisik mesra mengintai kita
mengapa tidak kau khabarkn tentang luka nan lara
biar ku hapuskan semua dengan kasih suci si pencinta
mari, berdansa dengan ku di angkasa...selamanya

Khamis, 7 Januari 2010

100/18

Entri ke - 100. Ya, baru 100 entri dalam masa 18 bulan. Genap 18 bulan pada 12 Januari akan datang sebenarnya. Apakah perasaan? Sudah tentu biasa sahaja. Kerana blog ini pun, blog biasa.

Mungkin suatu hari nanti. Bila kita berkenal-kenalan dengan orang. Kita tidak lagi ditanya "Apa nombor telefon awak?". Kita akan ditanya "Awak ada blog?". Kalau saya ditanya soalan itu. Saya pasti menjawab "Tiada".

Saya selalu rasa janggal. Seandainya orang yang saya kenali bukan melalui blog, tiba-tiba dapat tahu dan baca blog saya. Sukar untuk saya jelaskan, tapi saya yakin sesetengah blogger faham dilema ini.

Dari dulu hingga kini. Saya selalu berharap "Janganlah kawan sekolah, kawan zaman belajar saya tahu... saya menulis blog". Sungguh, seboleh-bolehnya saya tak mahu mereka dapat tahu.

Bukan bermaksud, di "luar" saya lain. Di sini saya menjadi orang lain. Cuma, bila berhadapan, saya lebih suka menyimpan segalanya di dalam hati. Saya tidak mudah untuk meluah kalau tidak kena pada situasi dan masa.

Dan hanya di sini, di blog ini. Saya merasakan bahawa suara hati saya lebih mudah disampaikan. Di sini, saya seolah ada kekuatan untuk menyatakan apa yang saya rasa. Saya rasa lebih bebas untuk ‘bersuara’ dan berkreativiti.
Di sini, saya tidak rasa saya manusia yang invisible... hilang dalam ramai.
Adakah ini bermakna, mereka-mereka yang saya kenali melalui blog. Akan lebih mempercayai apa yang tertulis di sini berbanding apa yang saya katakan di hadapan mereka nanti?

:-)

Apapun, saya akan terus menyusun aksara di sini selagi saya punya waktu. Walaupun tidak lagi selalu seperti dulu.

Rabu, 6 Januari 2010

siapa punya semangat.

oh mungkin manusia lain anggap biasa. cuma aku yang mengada. weyh, aku punya blog kot. suka aku lah nak buat entri apa pun, kan.

okay, alkesah begini. malam tadi, setelah gumbira berpoya dengan naim. balik bilik saja aku dikejutkan dengan tutorial esok yang mana aku tak tahu langsung. dengan notes pun tak ada. memang tak punya semangat mahu belajar. oh mungkin puan elaine yang beriya mahu mengajar.

*geleng*

aku sambar notes chic. untungkan siti sekejab. fotostat. tak perasan banyak pulak pages die. kena tunggu lebih setengah jam kot. bila mana aku pulangkan notes balik, chic tengah tidur. aku kejut dia bangun sebab dia pun tak siap lagi.

dan bermulalah aku punya proses menyiapkan tutorial. semangat. tak tahu datang dari mana. mata tak mengantuk. naim pun teman aku kejab. sambil- sambil gosip dengan dia. sekejab.

hampir pukul 3 baru selesai. aku paksa mata untuk tidur.

hari ini pulak.

ini point yang aku mahu cerita sebenarnya. kelas dari jam 10 sampai 6 petang. boleh bayang?
atau aku cuma minta kasihan?
ah, persetankan semua tu. aku apa peduli.

aku cuma mahu cerita betapa bersemangatnya aku pada setiap kelas. tak mengantuk langsung. padahal malam tu tidur pukul 3. pelik. migrain pun tak menyapa.

oh mungkin ini sign yang Tuhan mahu bagi. aku perlu berubah. Tuhan sudah mahu tolong. aku yang perlu teruskan.
insyaALLAH. akan aku usahakan.

yang pasti sekarang semangatnya lain.

lain gila.

Selasa, 5 Januari 2010

intake 29 PALAPES UM II

sang misteria
yang menjadi tanda tanya.
annual camp intermediate.

.ummi.aku.ikhwan.
senyum dalam penat.
pandura 2009.

.junior.
dalam penat.
pandura 2009


.senior.
tak usah ditanya lagi.
OPK 2009/2010.


.zam.hassim.jamel.chic.na.aku.
pic credit to ummi. tapi aku yang edit. sory, mi. aku curi.
time ni before ujian peta. snap2 juga, panas time tu hanya Tuhan yang tahu. kalau mahu tahu, peluh hassim saja sudah basah peta. kasi gelak sama dia.
baca peta intermediate.



.khairul.biero.fahmicha.taksure.takpasti.
.zam.rizal.aku.na.naim.
.asrul.chic.ummi.
muka gumbira selesai tugasan menembak. peluru hidup. rugi siapa tak cuba. serius ini muka gembira dan senang hati, kan.
lapang sasar, asahan.

akan ada part yang seterusnya. tunggu dan lihat.>>>>>>>


Isnin, 4 Januari 2010

kehilangan.

semakin hari semakin speechless.

tanpa ummi.
kosong.

hari ini juga tiada apa yang mahu dibanggakan.
dengan bangun pagi saja terus kena sound dengan makcik cleaner.
dengan perut yang memulas or masuk angin. no idea.
dengan kelas yang tiba- tiba cancel.
dengan tiada apa untuk dicuci mata.

tiada.

apa masalah aku ni?

aku sudah cuba untuk menjadi manusia paling bahagia di dunia tika ini.
tapi memang tiada guna jika ianya sesuatu yang hipokrit.
terasa bodoh.
terasa mati.

apa hidup aku ni tiada event yang lagi best ke?
hampeh.
suram.

oh, Tuhan. please lah.

oh, ya.
tadi ada something. aku tak sure samaada ianya memang real atau aku saja yang perasan. budak inter says something pada aku. atau untuk aku. dengan erti kata lain, mengutuk aku, mungkin.
entah. atau aku saja yang perasan.
tapi apa yang pasti. aku dosa. sebab aku maki dia balik. dalam hati.
dan dia dapat hadiah dari aku. >>>pandangan slack termahal dari aku.

kan sudah aku cakap, jangan kacau aku.

okay, tinggalkan itu.
apa lagi untuk hari ini?

ha, perlu cari lagu- lagu baru. semua lagu dalam folder musica cam slow. mungkin perlu kembali kepada dunia LP aku. wah, rindunya!
tapi dengan keadaan internet yang tidak mengizinkan ini?
buat sakit hati.

Ahad, 3 Januari 2010

modenisasi yang memenatkan.

banyak kali sudah aku keluar dari bilik. usha kotak yang sedia melekat di dinding. mahu saja aku capai dan letak dalam bilik. weyh, benda alah ni kat luar bilik aku je tapi apsal internet lem*** gila. oh, tolong lah.

badan lesu menunggu. kata UM sudah banyak kali buat services internet itulah, inilah. tapi apahal macam gam***g jugak.

aku bayar yuran mahal tahu. walaupun aku tak sure internet ini aku bayar atau tidak. tapi at least, aku bayar untuk aku guna laptop aku, okay. UM jangan buat aku sakit jiwa, boleh?

kata mahu memodenkan segala. mahu urusan menggunakan sistem wireless segala. mahu selalu update perdanamail. tukar password tiga bulan sekali. mahu itu, mahu ini.

tapi sampai bila. dasar manusia tak mahu bersyukur.

tolonglah.
lajukan internet aku. jika tidak, esok kotak itu sudah tiada di situ.

ini serius.

permy-suri belum mati.

apa kesahnya hati yang selalu saja sensitif. mahu ambil tak peduli juga susah. penat nasihatkan hati supaya jangan mudah terasa. tapi degil. prob kecik tapi mahu terasa lebih- lebih. hoi, hati...lupa kah azam baru kamu?

ah, sengal.

aku mahu bercherita tentang aku.
jumaat yang lalu aku drive dari klang ke kulim. tak penat. tak ngantuk. tapi sebelum bertolak sudah berbalah dengan adik. siapa mahu bawa dulu. wey, aku masih mampu untuk bawa kereta okay. jadi jangan memandai. mahu diingatkan, permy- suri belum mati. selagi aku mampu, aku akan bawa.

alkesah bukan mahu berlagak la weyh. aku juga tahu penat. bukan mahu menunjuk aku drive dari klang ke kulim. bukan.

tapi aku kakak kan. suka hati aku lah nak bawa kereta waktu bila. yang dia mahu ambil alih tempat aku, apahal. mahu diingatkan lagi, "permy-suri belum mati, okay!"

okay, fine. aku tahu dia sudah boleh bawa kereta.

so what?
ada aku kesah?

banyak lagi kereta lain. kau gelabah sangat nak bawa, pergilah bawa kereta lain.

kau baru dapat lesen sudah mahu berlagak. mentang kau bawa kereta dari klang ke singapura dulu, kau sudah mahu berlagak.

kalau dulu mama mahu ke mana, menunggu aku.
jadi aku terasa ada gunanya aku.

pernah aku suarakan apa yang hati aku rasa.
pergi saja lah dengan dia yang sudah boleh bawa kereta.

aku tahu angah tahu apa yang aku rasa.
dia mengejek.

aku sedih.

aku jeles.
mungkin.

kau cantik.
kau tinggi.
kau budak medic.
kau pandai masak.
kau pandai maen netball.
kau lah terbaek.

then, aku perlu peduli.
tak boleh kah kau bagi satu kelebihan pada aku.
kenapa mahu berebut?

kenapa?

kau memang tak boleh nampak aku senang dan baik sedikit, kan.
fine. walau apapun, kau lah terbaik.

salah aku tak mahu berubah.
salah aku.

tapi permy-suri belum mati.

aku belum mati.