Selasa, 26 April 2011

hug a friend day!










hari ini, 26 April 2011. pagi tadi baru aku tahu ini hari adalah hari Hug a Friend Day. hari peluk2 ah lebih kurang bunyi dia. tapi aku bukan biasa sangat dengan peluk2 bagai ini sebenarnya. aku kool kot. apedehal nak peluk2 kan. haha. by the way, gambar2 ni semua dari kamera paijah. aku tolong edit je.

saja buat kenang-kenangan kat sini. mana tahu esok lusa boleh ingat2 time studi2 kat um ni kan. buat rindu2.

gambar atas tu bersempena dengan juki yang tangannya patah. nak kena operate kamis ni. dan nasib kitorang datang cepat. sebabnya dia nak kena pindah ke hospital sg buloh. dia ni kelakar. takut jarum punya orang. tak tahu ah macammana nak cakap bila dia nak operate nanti. katanya nak suruh dokter pengsankan 15 jam. haha. cait, padahal operate taklah lama maana. ini semua gara2 takut time operate tersedar lah tu. juki juki.

apa2 pon. selamat untuk semua.

Sabtu, 23 April 2011

tiada duka yang abadi

lama aku fikir.
lama aku diam.

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merangkaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

insyaALLAH. Tuhan akan selalu ada untuk kita.

Selasa, 19 April 2011

loves me or let me go.

aku syak, aku suka dia.
semua rasa2 tu dah mula bercambah bila tiap kali aku dengan dia bertembung secara sengaja atau pon tidak. kehidupan di kolej yang sama buatkan kebarangkalian aku dengan dia untuk bertembung bertambah banyak. aku dah try jaga tepi kain aku saja. tapi tiap kali aku mula dengan visi baru, tiap kali itu jugak ahh dia muncul depan mata aku.

biasanya suka2 macam itu akan hilang bila aku bangun pagi besoknya.
tapi lain pulak yang jadi. tiap kali bangun pagi, masih dia. masih. siap mimpi2. aku tak faham ah.

aku dengan dia tak berjodoh.
kenapa nak tembungkan kami tiap kali.

makin lama makin aku tak sabar nak kena halau dari kolej ni. biar kami jauh. senang sikit barang kali. mudah saja nak lupakan dia nanti.

lelaki,
tahu tak saat kau bertembung dengan sang wanita, saat itu bisa mencambahkan rasa dalam hati sang wanita. bukan perasan. bukan. itu rasa. wanita ini penuh dengan rasa. bilamana makin kerap bertembung, rasa itu akan bercambah dengan cepat. jadi, tolong. tolong jangan biarkan kita bertembung. aku taknak rasa itu.

seriusli aku taknak.
kau dengan aku gila berbeza. sangat.

aku takkan boleh masuk dengan kawan2 kau, dan aku tahu kau juga begitu. kita berbeza.
dan aku tahu KITA itu takkan. takkan.

jadi aku minta tolong. jangan muncul depan aku lagi.
kau dah macam dadah dalam hidup aku, tahu?
kau dah macam ais dalam airmilo aku, tahu?
kau dah macam tuna dalam roti aku, tahu?
kau dah macam...

tolonglah. jangan buat aku macam ni.
suka aku, atau kau boleh pergi. pilih mana saja sementara kau punya peluang.

aku dah buat part aku.
aku dah tutup fesbuk aku. supaya aku tak nampak kau dah.
aku dah tak pergi makan kat dm. taknak jumpa kau dah.
aku dah cuba elakkan bertembung dengan kau. aku jalan laju je pergi ke kereta aku. tak mahu toleh2. aku dah buat.

sekarang cuma tunggu aku keluar dari kolej je.
TIGA minggu saja lagi. TIGA.

sabar sikit.

Ahad, 17 April 2011

doakan.

gambar ni time meeting opk tahun lepas. havoc. berlakon lebih je. tapi ini projek paling aku suka. berjaya atau tidak nya projek ini bergantung kepada pencapaian palapes intek 31. kalau mereka berjaya, maknakata kami berjaya.

ini adalah minggu2 terakhir sebelum periksa bermula. hujung bulan ini paper pertama aku. dalam menuju ke hari itu, aku akan sibuk. sekarang blog merupakan satu2nya dunia sosial aku. dan aku akan lupakan ini juga bermula minggu depan.

aku minta didoakan berjaya untuk aku punya periksa nanti.

habis paper 10 may. akan terus kemas barang dan dihalau keluar dari kolej kelima. 16 may aku akan mula bekerja.

sebelum itu, doakan aku sepanjang peperiksaan aku ok. 28/4,29/4,3/5,4/5,5/5,10/5.

Selasa, 12 April 2011

bahagia kerana apa?

mahu saja aku jeritkan.
mahu saja aku laungkan.
betapa sekarang aku bahagia.
bahagia yang tak bisa diungkapkan dengan kata.

terima kaseh.
terima kaseh.
terima kaseh atas segala.

aku bahagia kerana manusia di sekeliling aku.
yang selalu ada. tak kira masa.
langsung atau tak.

ya. sebab kamu.
kamu dan kamu.

p/s: aku mahu belanja kek. tanda terima kaseh.

Sabtu, 9 April 2011

kucar-kacir final year!

boleh tahan lama jugak ah tak hapdet kan. something missing in here. ekceli banyak kali dah bukak-tutup blog ni. tulis sikit, terustutup. jadinya draft banyak gila. nak publish rasa ta berkualiti ah pulak. lagipon tak ada orang tanya pon,'kenapa aku tak apdet blog. jadi apa nak kesah?'

hari2 periksa nak dekat dah. hujung bulan ni ak ada 2 paper.lepas tu sambung awal bulan mei pulak. last paper aku 10 may. lepas tu nak kena berpeluh kemas barang sebab bakal dihalau keluar dari kolej pulak. 16 may pulak aku masuk kerja. doakan aku bersemangat tinggi ya masa itu. insyaALLAH. aku kerja tak jauh. kuchai lama je. 9-6. malam boleh lepak-makan-minum-tengokbola segala bagai lagi.

minggu2 assignment aku yang melambak gila dah hampir habis. sekarang aku tengah berpeluh-hilang idea nak buat video presentation untuk rabu depan. jurnal kembara kamisnya. lepas tu, DONE! habis segala bagai assignment. moga2 semuanya benar2 habis.

erm...nak tanya ah.
ada sesapa rindu aku tak?

sebab aku rindu.

ok sekarang boleh tolong gelakkan aku. aku dah pandai rindu2an. ekceli, ada sesorang dalam kepala otak aku tengah berlari2. aku syak dia ni budak sukan. sebab suka lari. dan dia jugak hampir jadi pencuri yang berjaya juga. nak curi hati aku.

hish. sayangnya, cari teman sekarang bukan tujuan hidup aku. tiada misi ke situ.
aku nak habiskan periksa. kerja. gaji pertama bagi puan mama. kumpul duit beli rumah.

lepas tu baru fikir.
itupun kalau puan mama masih tak ada calon untuk aku, then baru aku pergi cari sendiri. mungkin 5 tahun dari sekarang. sesiapa kosong masa tu boleh cari aku.

ok gila. lupakan hal remeh tu. tadi aku stuck masa buat video. tak ada idea. nak tanya kawan2, semua sibok dengan tesis lah, tidor lah, kerja lah. tensi siot. itu yang membawa aku pergi basuh kereta. ingat nak hantar kedai je, ale2 pergi basuh sendiri sebab fikir duit kian susut.dari basuh keta, baik aku pergi makan.

oh ya. aku masih on diet. TIDAK untuk nasi sudah bakal masuk minggu keempat, ahad esok ni. sama jugak dengan fesbuk aku. rindu pulak aku rasa. bukan rindu kat fesbuk. rindu kat orangdalam fesbuk. ya. orang.

senyum.




terima kaseh jadikan hidup saya lebih bermakna.
even kita tak pernah berbual mesra.
tapi saya tahu.
kalau ada jodoh tak ke mana.
Tuhan itu Maha Tahu.

one-sided crush is wonderful, you know?
it is not THAT sarcastic.

biarkan saya sukakan kamu.
esok atau lusa, bila saya penat, saya sendiri akan berhenti.
saya taknak kamu tahu.
biar saya sedih sendiri.

dandan lagu Ketika Cinta main kat laptop aku ni kan. suka hati je nak jadi soundtrack entri aku. dan lagi, aku sebenarnya dalam proses nak siapkan projek aku. projek 1, 80%. projek 2, 50%. keduanya on progress. aku multitask kan dua2. nak siapkan dalam masa yang sama lah konon.

TAPI. oleh sebab kunci2 papan kekunci aku biol. bayangkan huruf E, D, C tak boleh tekan? dan itu menurunkan kadar efektif aku memainkan jari2 aku ke papan ni ha. nasib kadang aku tepuk2 manja je. kalau aku tumbuk, tak tahu ah kunci apa lagi yang tak boleh nak tekan. haishhh.
jadi projek2 sedikit terbengkalai. habis periksa baru aku sambung.

aku tak makan tengahari lagi ni. semalam pon makan roti jala dengan pulut panggang je. breakfast aku tak sempat. sibok. ah tensi. bila video ni nak siap nih. idea, tolong lah!

oh baru teringat. kebelakangan ni parking kat fek aku sedikit menyakitkan hati. pusing setengah jam baru dapat parking. dah macam midvalley. apahal pak guard tak check pon sticker sekarang. bahagia je budak 1st & 2nd year bawak keta. haram J. lepas tu, nak tanya. bukankah parking kat fek akaun, untuk budak akaun? apahal budak engine tumpang? budak ekonomi tumpang? budak pendidikan tumpang?

habis budak akaun nak parking mana?
lepas tu yang main block keta, itu memang tak boleh blah!

kot iyapon. cubalah berbudi. tinggalkan lah nombor kau kalau kau nak block keta orang pon, itu kan lebih bersopan. tapi jangan bila call, kau taknak angkat pulak kan. memang kena maki ah jawabnya. (aku pon dah start buat iklan kat a4 paper. esok2 bole ah block keta orang pulak!)

sem ini aku last kat kolej kediaman kelima.
moga segala kenangan manis kat sini menjadi kenangan yang bisa aku kenang bila aku bosan2 nanti. nanti before aku kena halau dari kolej ni,aku buat entri ya. tolong ingatkan aku.

senyum manis.

tiba-tiba mati bila aku teringat movie yang aku tengok semalam. DILARANG MASUK. bagus sebab berjaya buat aku tutup muka masa tengok. nasib sikit je orang tengok semalam. gelap pulak kan. nasib. menggeletar badan weh. tapi overall tak ada ah takut sangat. kira ok ah. mesej tu sampai. next week keluar SENJAKALA pulak. lelaki kegilaan aku berlakon. haah. ZA. tapi slack sebab heroin dia LJ. ah.

sekarang tengah berkumandang lagu Haven't met you yet. haha.
haha.

masalahnya aku dah jumpa.