Selasa, 27 September 2011

dah janji taknak sedih. tipu.

aku tahu masa ini akan datang.
ini yang paling ditakutkan.

persoalan demi persoalan.
pertanyaan demi pertanyaan.

maaf, aku emo.

dah janji dulu taknak nangis.
taknak sedih.

sudah2 lah dulu jatuh.
sekarang sudah berbeza bukan?

kau ada hidup.
kau mampu.

atas sokongan mama ayah.
atas sokongan kawan2.

insyaALLAH.



p/s : seriously needs to go somewhere. tapi sampai bila nak larikan diri, ye dak?

Rabu, 21 September 2011

puan mama.


tak ada yang lebih indah daripada melihat senyuman puan mama sebaik balik dari kerja.

indah.




p/s: ini lah antara sebab kuat kenapa aku fikir banyak kali nak duduk rumah sewa. haihhh...

Isnin, 19 September 2011

Keperibadian Qausar.


Alhamdulillah Qausar bukan dengan Nadin. She don't deserve a guy like Qausar.


kenapa kita selalu dijumpakan dengan orang yang salah?

Isnin, 12 September 2011

tak ada kawan nak lepak.


agaknya masing- masing dah sibuk, ya.

telefon sana, tak ada.
telefon sini, tak ada.
mesej apatah lagi.







agaknya masing- masing dah sibuk, ya.

Ahad, 11 September 2011

kahwin lagi.

hari ini,
orang kampung aku dah mula sibokkan diri pergi ke majlis- majlis kahwin. ada yang pergi sekali kan dengan melawat sempena bulan syawal ni kan. puan mama dengan incik ayah dapat tiga jemputan katanya. rasanya itu yang paling sikit. paling banyak mereka pernah dapat mencecah berbelas juga.
meriah. penat. bukan apa. bayangkan, sebuah rumah makan nasi minyak. kalau berbelas? dan semuanya nasi minyak? boleh pengsan wooo....

hari ini,
budak kampung aku buat majlis kahwin. jodohnya dah sampai. dengan orang jauh. minggu lepas di tempat perempuan, minggu ini dirumahnya. malam tadi persandingan dia. ramai agaknya kawan- kawan yang datang. sebab rasa- rasanya dia satu- satunya kawan lelaki baya aku yang kahwin. jadi mungkin semua memeriahkan majlisnya.

tak usah tanya aku lah. aku tak pergi majlis dia malam tadi.
aku pergi belah petang. kira antara tetamu yang terawal lah sampai. eccehhh...

okay, dah.
cakap banyak pon tak guna.

selamat hari raya.
selamat pengantin baru, hafiz dan lia.
moga mahligai yang dibina berkekalan hingga ujung nyawa.
insyaALLAH.
doa aku bersama kalian.



sapa lagi kawan aku nak kahwin?

Rabu, 7 September 2011

coba kau jadi aku

dilema.

tiada kata yang mampu tafsirkan segala. biarpon ianya nampak selesa, dalam hati Tuhan saja yang Maha Tahu. susah, payah, berat, luluh, kesah, semuanya.

kau bilang ini yang terbaik.
untuk aku, kau, dia dan mereka- mereka itu.

tapi aku susah.

coba kau jadi aku.
disaat tersepit sebegini.
diantara dua silaturrahim yang bakal terputus.

itulah, orang cakap jangan main tarik tali. takut- takut kau tertarik kuat sangat, ianya akan putus. atau bilamana kau terlalu asyik menarik, kau akan terjatuh. sebab dia sudah tak mahu. dia sudah tak mampu.

coba kau jadi aku.
disaat tersepit sebegini.
diantara kasih yang semakin pupus.

itulah, orang cakap jangan terlalu menyayangi. kelak bila dihina, dimaki. kau akan terus membenci. walhal niatnya cuma mahu lebih memahami. lebih mengerti.

coba kau jadi aku.
disaat tersepit sebegini.
diantara kata- kata separuh mampus.

itulah, orang cakap kerana mulut badan binasa. kerana mulut, kita semua sengsara.

coba kau jadi aku.

aku cuma mahu kan keamanan. di dunia ini kita tak lama. esok atau lusa. entah bila. kenapa mahu tarik- tarik muka? kenapa mahu berbalah sengketa? kenapa?

coba kau jadi aku.

hati aku tidak sekuat mana. bisa rapuh jika jatuh. itu sebab aku sebolehnya tak mahu gadoh. itu sebab aku cuba tidak mengeluh. cuba tidak membantah.

aku sayang kamu. kamu. kamu. kamu. dan ya, kamu itu.
aku tahu sakitnya hati bila hajat tidak dipenuhi oleh mereka- mereka yang kita sayang.
aku tahu sakitnya hati bila hadirnya kita tidak disenangi.
aku tahu sakitnya hati bila wujudnya kita tidak langsung dipeduli.

ianya umpama menelan racun.
aku tahu.

tapi coba kau jadi aku.
buanglah segala benci.
biarkan silaturrahim ini terjalin terus.
usah matikan ia di sini.

berdiam diri bukan untuk dipijak.
berdiam diri bukan bukti kau salah.
berdiam diri bukan membakar diri dia atas api.
berdiam diri bukan itu.

coba kau jadi aku.
yakin jika benarnya kita, maka kita lah yang benar.
Tuhan pasti akan bersama kita.
Tuhan pasti tunjukkan jalan pada kita.
Tuhanku, Ya ALLAH bantulah mereka.

hidup sudah mesti melambak asam garam. tak usahlah jeritkan perih kamu seperti kamulah yang terlalu susah di muka bumi ini. jangan tutupkan mata kamu pada kesusahan kamu. bukalah mata kamu. lihat ah alam. terlalu banyak perihal manusia lain yang kamu pasti lagi payah mahu mengerti.

jika manusia lain tak faham betapa bergolaknya hidup kamu, tak apa.
Tuhan itu ada.

jika manusia lain tak faham betapa menangisnya hati kamu, tak apa.
Tuhan itu ada.

coba kau jadi aku.
tersesak tersepit. rasakan.

aku tak mahu terlalu lama dalam keadaan begini. aku tak mahu menjadi saksi terputusnya silaturrahim ini. aku tak mahu terus tersesak tersepit begini.

coba kau jadi aku.
yang selalu mahu lihat mereka- mereka yang dia sayang terus senyum luar dan dalam.

ya. banyak kali dalam hidup kita berdepan dengan mereka- mereka yang tak tahu menjaga kata seperti mana baiknya dia menjaga solatnya. itu adalah ujian buat dia. tapi bagi kita yang masih boleh membezakan mana kata- kata yang baik untuk didengari orang lain atau pun tidak, kenapa tak kita yang mengubahnya dahulu?
cuba menjaga kata yang keluar dari mulut comel kita sendiri sebelum menegur manusia lain bermulut-dengan-kaki-lebih-kurang. kan?

jahat tak semestinya boleh saja dibalas dengan jahat.
kita masing- masing dah belajar tinggi- tinggi sampai cucur atap. eh menara gading!

kenapa tak kita berfikir?

situasi semua orang tentu saja tak sama. kau dalam keadaan kau. aku dalam keadaan aku. dia dalam keadaan dia dan mereka- mereka dalam keadaan mereka- mereka. semuanya berbeza.

aku tahu ianya adalah isu yang sangat besar. dan budak kecik tak tahu apa- apa macam aku biasanya mudah saja ditolak ke tepi. dibiarkan menjadi saksi kepada bakal terputusnya silaturrahim ini. dibiarkan menjadi pendengar saja tanpa diberi izin berbuat apa- apa.

ya. dan sekarang. aku rasa aku loser. L.
dan jangan coba jadi aku.
ubahlah sejarah yang bakal tercatat buat keluarga besar kita.

kau jangan terlalu jadi kau.
dia jangan terlalu jadi dia.
dan jangan biarkan mereka terus menjadi mereka.

kita harus cepat- cepat disedarkan, juga diingatkan.
bahawa kau, dia, mereka- mereka dan aku itu adalah satu.
satu.
satu.
satu.

jangan biarkan kita dijadikan bahan bicara manusia- manusia tak ada life kat kedai kopi.
jangan lah.

coba ya.
duduklah berbincang.
katakan apa saja yang terbuku di dalam hati.
hamburkan apa saja yang terguris di dalam hati.
luahkan apa saja yang kau tak puas hati.

cukup- cukuplah bercakap belakang.
cukup- cukuplah mengutuk menghina.
cukup- cukuplah kunci minda.
cukup- cukuplah kunci pintu.

tak usahlah cuba nak padamkan sebuah kenyataan bahawa kita semua adalah bersaudara.

coba kau faham aku.
coba dia faham kau.
coba mereka faham dia.
coba kau faham dia.
coba kau faham mereka.
coba mereka faham kau.
coba dia faham mereka.
aku akan coba faham semua.

hentikan,"Dia itu..."
hentikan,"Memanglah macam itu..."
hentikan,"Dah agak dah..."

hentikan semua syakwasangka itu.
coba duduk bersama.
cubalah.

cubalah.

Selasa, 6 September 2011

kuat nangis.

perempuan selalu saja dikaitkan dengan air mata.
dulu aku memang tak gemar.

tapi. aku terpaksa akur sama kelajuan masa yang mana bisa mengubah jiwa seseorang seperti aku. baru perasaan. air mata aku kerap jatuh sejak akhir- akhir ini. pantang saja dengar atau lihat sendiri cerita sedih, air mata pasti berebut mahu keluar.

sensitif sungguh.

dan sangat tak rok.

tapi apabila difikir- fikirkan semula, ianya jadi relevan. semakin hari, semakin biasa. oleh sebab fesbuk pon aku dah deactivate, jadi masa untuk mengacau incik goo semakin banyak. cari punya cari. jumpa punya jumpa.

terlalu banyak.

korang cari ah sendiri. cuba lapangkan diri melepak bersama incik goo untuk tambah pengetahuan dan pengalaman. hidup ditemani incik goo bukan satu hidup yang bunyinya sarkastik, ianya lebih bersifat globalistik. tak usah takut jadi skema. skema itu kool apa. nerd tu kiut apa. heh.

satu fakta. menangis dapat melancarkan peredaran darah dan oksigen dalam badan. tapi ini fakta aku lah. tak dapat lagi mana- mana rujukan. tapi bila difikir- fikir semula, ada logiknya. ada baiknya mengeluarkan air mata itu. ianys mampu meredakan perasaan. meledakkan emosi. dan setelah itu, anda pasti akan tenang.

dan lelaki. usah takut untuk mengalirkan air mata. bagi aku, air mata lelaki itu mutiara. dan sangat berharga bila ia mengalir. itu bukti dia tak ego. apalah orang cakap lelaki tak menangis sebab ego. bodoh je. apadehal nak ego- ego?

lelaki kacak apa kalau menangis. tapi tak ada lah meraung bagai. lebih- lebih pulak. berteriak macam nak kena pelempang sedas kan. tapi ok ah. menangis itu menunjukkan yang anda punya emosi. punya hati. punya rasa.

tidaklah seperti batu. disepak ke sana, ke mari. tak mampu marah. tak mampu berlari. tak mampu bertukar macam hulk. tak mampu segala bagai. bodohh.

menangis juga bukan bukti anda lemah.
bukan bukti anda boleh dibuli.
bukan bukti anda boleh diperlakukan seperti apa pon.

tapi itu bukti kekuatan anda.

setengah lelaki cuak kalau perempuan menangis. jadi menangis boleh dijadikan senjata.hehe.

setengah orang juga marah yang amat sampai menangis. itu pon dikira senjata. bila musuh korang tengok mata korang merah macam biji saga je kan. agak- agak korang macam dah nak bertukar jadi hulk tu, dia cuak lepas tu dia lari ah. haha.

tapi apa pon. tak usah lah simpan sangat perasaan.

jika mahu menangis, alirkan saja air mata itu.
jika mahu tersenyum, gerakkan saja bibir itu.
jika mahu ketawa, hamburkan saja gelak itu.

takkan ada orang marah.
hiduplah dengan segala emosi anda.
hiduplah baik- baik.


p/s: banyak sangat cerita sedih raya- raya nih. haihhh.

Isnin, 5 September 2011

mula merindu.





terkenang semasa dulu
hatiku merasa rindu.

wah.

serius rindu.

intek 29 gorila utara, jom camping!

Jumaat, 2 September 2011

berbaju unggu.


selamat hari raya.
selamat untuk semua.

tahun ini beraya tanpa angah. nak ambil gambar pon pelik rasa. tapi gambar famili tahun ini masih cantik. banyak kaler. unggu ini raya pertama. baju buat dengan cina. tapi puan mama kasi adjust. nampak sedap pakai tapi tak selesa.

still syukur alhamdulillah. ada baju baru.

cuma sedih. baju melayu si kacak cuma bertahan raya pertama dan kedua. wadehel. raya sebulan kot. apahal taknak pakai baju melayu. tak kacak dah. menci.

kacak mahu cantik selalu cantik pakai baju kurung. tapi pernah kacak pakai baju melayu pergi kerja?

jumaat pon tidak. apatah lagi hari lain. usah lah mengharap terlalu tinggi.

saya respek kacak berbaju melayu.
usah terlalu menjerit pekik bahwa kamu melayu.
usah terlalu melenting tinggi bilamana bangsa kamu dihina.
usah terlalu mengharap budaya bangsa kamu akan diingati.

kalau kamu sendiri lupa.
siapa bangsa kamu.
mana budaya kamu.

betul kata Tun.
"melayu mudah lupa"
dan betul kata Dato.
"kamu tak faham"