Sabtu, 24 Mac 2012

pasang impian.

tak henti- henti senyum dari tadi
asyik terbayang- bayang kfc

lagu kfc baru ini merdu betul. seriusli bila ternampak kfc, terus dalam hati duk nyanyi lagu ini. macam lagu tema. indah. senang hati. lagu ini ada unsur motivasi sikit- sikit. bila kau nyanyi, spontan kau akan senyum manis. sambil goyang- goyang kepala melayan ulik lagu.

tapi hari ini, kat sini, bukan nak cerita pasal kfc ke apa. (tiba2 peha ayam berlegar- legar dalam kepala otak kann..dem!) ah, masuk gaji sambar snack box dulu.

hari ini aku nak sentuh pasal impian. aku bet semua orang ada impian masing- masing. tak kiralah impian itu dipasang masa bila. masa sambut hari jadi ke, masa tengah makan ke, masa tengah main bola ke, masa mandi ke atau masa kat tandas--ok.
semua orang ada. impian jangka panjang. atau jangka pendek. atau tak terjangka.

sekarang biar aku kasi tahu apa impian aku masa mula- mula aku baru nak menginjak dewasa. masa remaja. semua orang ada kumpulan teman2nya tersendiri. aku juga ada. i am not a lonely ranger eh at that time. satu benda yang aku simpan dalam hati, sampai sekarang. bukanlah besar mana hajat itu. impian itu. cumanya, aku mahu duduk serumah dengan kumpulan teman2 aku. serumah. belajar. bekerja. masak. tengok muvie. main game. gosip2. share what ever we have. wahai kumpulan teman2 aku dikala remaja. you know who you are. haha.

korang je lah geng yang aku ada masa zaman sekolah aku. gila kesian. lepas aku tukar sekolah, aku dah tak ada kumpulan teman2 yang seperti itu. tak ada dah.

sehinggalah zaman universiti. aku ada geng besar. geng besar. haha. sapa buli aku, diorang akan buli kau balik!

ok itu saja. sekian itulah impian besar aku, impian yang aku mahu tunaikan sebelum aku pejamkan mata. ketahui lah semua, ya.

jadi bagaimana anda?
ada impian kecil yang anda anggap ianya besar?

usaha!

sekarang aku dah keje. supposely sudah capai sedikit daripada cita- cita yang aku pasang dulu. masa aku mula- mula pilih bidang perakaunan. syukur alhamdulillah. cumanya impian untuk tinggal bersama kumpulan teman2 itu rasanya sangat mustahil kot. satu antara kami sudah bertunang. dan akan kahwin bila2 masa. lepas tu memang tak ah kan dia nak tinggal berkumpulan lagi. heh.

tapi tengok la.

masih ingat dulu2 kalau kita tulis biodata mesti ada cita- cita kan?
aku paling suka tulis part yang itu. dengan konfiden aku akan tulis : AKAUNTAN. bunyi hebat kan? part itu je aku akan tulis dengan konfiden, yang lain semua RAHSIA. macam sengal je.

tapi sekarang keje aku bukanlah akauntan. cuma hampir- hampir. atau atas apa yang aku faham, atas sikit dari akauntan. insyaAllah aku sedang berusaha untuk menjadi akauntan juga. doakan aku, ya.

dan untuk pengetahuan, bekerja sebelum grad ini bukanlah mudah. ianya perlukan self-motivated yang agak tinggi. sebab ada masa- masanya kita akan rasa diri kerdil sangat sebab tak grad lagi. tapi insyaAllah aku akan grad dalam bulan Oktober nanti. sila lapangkan masa untuk datang jenguk ya. ini akan aku jadikan hadiah mutlak untuk mama dan ayah aku. lama dah mereka nantikan aku grad. serius aku serba salah dan rasa bangang bila aku tak grad tahun lepas. entri untuk grad akan aku lekatkan dalam bulan Oktober nanti oki.

jadi aku akan habiskan dekat sini lah.
isikan kotak impian anda. dan jangan lupa make sure ianya bukan sekadar angan kosong. make it real.

insyaAllah boleh.
kita boleh.

selamat berimpian semua!
live life to the fullest, sweet heart.

Isnin, 19 Mac 2012

terbaru/memperbaharui/barukan


ada sesuatu yang aku nak kongsikan.

tentang aku.
tentang hidup aku.

tapi, nanti dulu.
kejab.

mungkin esok.
sabar.



ya. sabar.