Memaparkan catatan dengan label along. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label along. Papar semua catatan

Rabu, 5 Januari 2011

majlis khemah dalam padang futsal.


hujung minggu ini majlis perkahwinan along aku. 01.01.2011 itu hari diorang dah selamat nikah dah pon. cumanya ini majlis rumah lelaki. ok memandangkan ini majlis pertama diadakan di rumah aku. dan khemah2 pon sudah didirikan di dalam padang futsal di belakang rumah.

dianggarkan lebih 4000 yang akan memeriahkan majlis. aku tak pastilah jumlah itu cukup ramai atau pun tidak. dah nama pon perkahwinan pertama dalam keluarga aku kan. aku manalah tahu jumlah2 manusia yang biasanya memenuhi majlis.

oh atau mungkin, kerna incik ayah dan puan mama public figure. jadi jumlah itu akan meningkat. sebab beberapa minggu yang lepas, kecoh sebab kad jemputan tak cukup. jadi terpaksa scan dan print lain. sendiri. rasa kelakar pon ada jugak.

dan bila masuk rumah makcik aku yang sebelah ni, melambak pulak door gift. dah macam stor kedai.

sebenarnya aku eksited jugak. perkahwinan pertama anak incik ayah dan puan mama ini bakal didatangi sejumlah ramai penduduk kampung. cuak pon ada.

jadi sama2 lah kita penoh kan lagi majlis kat rumah aku nanti.
hujung minggu ini. 9hb Januari 2011.

Sabtu, 1 Januari 2011

hapdet (I).(II)

(I)
ok2 memang tepat telahan aku kan. hapdet selepas selesai segala. awal mula pertama mula, aku nak kasi tahu yang aku sudah selesaikan tugasan sebagai pegawai muda peringkat intermediate sehabis baik. komentar dari inter aku tak dengar lagi. jadi susah mahu tahu di mana tahap aku sekarang. tapi tak apa, memandangkan segalanya sudah selesai aku pon sudah boleh bertenang nafas sekarang.

inter masih hebat. dan ya. mereka bukan calang2 manusia.

terlalu banyak yang nak diceritakan. tapi nanti2 lah. cuma aku mahu kasi tahu, inter mara bersama bag pack. aku ulang, bag pack! kau fikir sapa lagi hebat?

sudah2. puji banyak2 pon tak boleh. budak2 ni bukan boleh sangat. bila banyak puji nanti dia lupa diri. tapi apa yang pasti mereka masih boleh dibentuk. mungkin dengan bakal adanya pegawai latih dan jurulatih baru mereka nanti. mereka bakal menjadi senior yang baik dan cergas macam gorila utara punya intek. aku doakan.

(II)
aku sebenarnya baru sampai rumah. balik sahaja dari hutan semalam2, aku terus ditugaskan jadi driver along aku pulak. kami ke kulim. dia nak kawen. konvoi 6 kereta. bas dan sebuah kereta menyusul sebelah malamnya pula.

kejab lagi aku nak edit gambar. kalau rajin aku upload.

minggu depan, 9hb majlis kat rumah aku pulak. JEMPUT DATANG.

Jumaat, 24 Disember 2010

hapdet palapes UM II

ujian telahpon selesai semalam. menangis sudah, marahpon sudah. bagai2 ragam budak2 ni. dan malam tadi, selamat membahagikan inter kepada dua platun. nanti aku perkenalkan siapa ketua platun dan platun sarjan yang terpilih ya.

sepatutnya hari ini bermulanya prosedur tempur. tapi budak2 ni dapat cuti pulak untuk outing. aku tak tahulah apa yang diorang2 nak beli. aku macam biasa ah. diorang outing, aku qada' tidor ah. lagi berbaloi- baloi.

25hb nanti, advanced party akan mula bergerak. dan esoknya, kumpulan besar akan bergerak. aku punya status follow yang mana, tak pasti lagi. dilema oh dilema. tamak pon ada. haha. tapi tak apa. aku akan pastikan semua berjalan dengan lancar. sesuatu mesti aku kena korbankan untuk sesuatu. kan.

jadi bermulanya 26hb, jika aku follow inter untuk mara, memang takkan adalah hapdet2 terbaru. dari sisi aku akan sunyi seketika. dan akan aku hapdet selepas aku balik dari fasa medan nanti.

sebaik sahaja aku habis fasa medan nanti, aku akan terus follow rombongan ke kulim, kedah pulak. incik along aku kan nak kahwen. lupa ke?

9hb nanti majlis di rumah aku pulak. korang jangan lupa datang. jangan risau, aku takkan suruh basuh pinggan. cuma datang makan. make sure korang ingat jalan tahu.

Rabu, 8 Disember 2010

tolong ingatkan aku.

baru tadi petang aku rasa aku hidup macam tak ada makna.

TAPI.
baru tadi aku rasa hidup takkan ada makna tanpa aku.

haha. ok aku cuma cuba menenangkan hati. aku tengah ada masalah dalaman. tapi apa ada hal?
orang kata, hidup mesti kena teruskan sampai kau mati. kan. jadi aman sajalah semua. sebanyak mana kau rasakan aku tak berguna, sebanyak mana kau rasa kan aku tak relevan hidup di dunia, sebanyak mana kau bencikan wujudnya aku, aku akan tetap ada kat sini. hidup sehat. sampai Tuhan tarik nyawa aku.

terimakaseh Tuhan. benarkan aku hidup lagi.

esok hari merupakan hari terakhir aku periksa untuk sem ini. padahal sem depan ada 5 paper lagi. apa ada hal, sem depan sem depan punya pasal lah kan. kita pasang azam lain lah untuk sem depan.

apa yang pasti, habis sahaja exam aku akan terus merempit balik ke rumah. tapi bukanlah merempit laju manapon, esok for sure jem gila kot. melangut lah kau dekat federal highway. kan. aku nak stay kat rumah sampai kelinik gigi bukak sebab aku nak kena cabut gigi. perlu. wajib. gua dah tak tahan beb.

lepas tu aku nak kena settle barang benda yang tak settle lagi kat rumah. along aku nak kawen ni, kesian pulak kat puan mama aku sorang2 kat rumah. banyak benda kot tak buat lagi. ceh, cerita macam aku yang nak kawen kan. tak apa. kutip pengalaman.

dalam pada tu jugak, aku nak siapkan beberapa projek aku yang terbengkalai. projek itu lahh. ala, projek. nanti dah siap akan aku kabarkan pada dunia ok.

dan jugak, aku nak beli hadiah untuk incik ayah. besday beliau bulan depan.

dan last but not least, tolong ingatkan aku untuk settlekan semua perkara2 ni ya.


pesan aku: eh, aku tak ada kata aku nak pergi training, ya? hehhh!

Isnin, 1 November 2010

hampir ke situ.

pejam celik, pejam celik.
sudah masuk bulan november ini hari.
dan tarikh itu semakin hampir.

berdebar kan. tarikh itu kurang beri kesan pada aku mungkin. tapi ianya akan memberi sejuta kesan pada along aku. tarikh yang menjadi saksi dia bakal dinikahkan sama chinta hati dia. cuma yang menjadi kesukaan aku, perkahwinan ini adalah perkahwinan pertama dalam famili aku. dah nama pon along kan. mestilah dia yang kahwin dulu. takkan aku pulak. haishh.

incik along.

dan untuk pengetahuan, perkahwinan dia akan diadakan di dalam padang futsal dibelakang rumah aku. 15 khemah akan dinaikkan di dalam padang itu. sampai sekarang aku masih tak percaya boleh muat 15 khemah. tapi adik aku mati2 yakinkan aku. tak apa, nanti kita tengok macammana kebijaksanaan incik ayah dan pakcik aku muatkan 15 khemah dalam itu.

along dapat orang kulim. atau lebih spesifik, bandar baru kulim. nanti sudah sah, aku pertontonkan gambar mereka ok. cuma apa yang aku mahu cerita, perjalanan ke arah tarikh itu. tarikhnya kian hampir. rumah perempuan, 1hb Januari 2011. sempena dengan sambutan tahun baru mungkin. dan di rumah aku, minggu depannya, 9hb Januari 2011.

kalian dijemput hadir ok. dijemput. sangat2 dijemput. mari sama2 meriahkan majlis along aku ok. jangan risau, aku takkan suruh korang2 basuh pinggan. jangan khuatir ya.

sejak jumaat sampai ke hari ini, aku melepak di rumah. banyak hal yang nak diuruskan puan mama dan incik ayah bersempena dengan perkahwinan anak sulungnya ini. dan lagi, incik ayah seorang public figure. aku dah dapat aura ramai gila orang yang datang ni.

haha.

nanti esok2 aku cerita lagi perkembangan majlis ok.

Jumaat, 8 Januari 2010

sabtu lepas.

aku ke kulim, kedah. along aku bertemu jodoh dengan gadis dari sana. aku ikut menghantar juga. almaklum, majlis pertama yang bakal dilangsungkan dalam famili aku. jadi aku agak teruja. lagipun dah lama sangat tak pergi kedah. kiranya, sambil menyelam minum air. sambil hantar pinangan along aku, sambil tengok tempat orang.

tak mahu cerita panjang. aku attach gambar, okay.

awal pagi lagi cik akak ni dah tunggu.

hantaran dari pihak lelaki.(kami)

serbu.

tengok tangan. beza umur. ahaks.

mama dengan bakal menantu.

10.10.10

lainkali panjang umur, nak pergi Kedah lagi.