Memaparkan catatan dengan label naim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label naim. Papar semua catatan

Isnin, 28 Februari 2011

kenapa 29?

kalau dulu, nak kata sayang intek ni memang susah ah. haru lah. tiap kali jumpa mesti masalah. puak lah. tak kerjasama lah. kau kutuk aku, aku pon begitu. aku menyampah kau, kau pon begitu. aku buat kerja kau. settle. kerja kau tak siap? tanggung ah!

macam-macam.
kalau nak dibuat list mahunya 8 entri pon tak siap.

tapi sejak dua tiga menjak dah bersara dari intek ni. mulalah gatal nak rindu-rindu. lama tak jumpa lah. lama tak gosip lah. bila nak tunang lah. bila nak kahwin lah. bila nak bersalinlah. macam- macam event ditunggu dengan harapan jumpa balik syaiton2 intek ni. haha.

biar aku hapdet sikit gosip2 dalam 29 ni ya.
1. kahwen.
2. graduasi
3. tunang.
4. lapor.
5. kapten.
6. duit.

kurang lebih macam itulah bab dia. aku fikir nak buat satu novel ah pasal 29 ni. amacam? ada bran? sekurangnya nanti kalau tak ada orang nak beli, aku paksa ah korang beli jugak kan. sonang. masyuk pon masyuk. ok, aku dah tahu lepas grad nak buat apa. buat novel tajuknya 29!

walau apa pon, barang yang lama jangan dikenang. kan. looking forward bak kata rodi. jadi aku fikir, semua pon dah tak ingat bab puak2 bermulut jahat. jeling-menjeling semua. sebab aku tahu semua pon rindukan 29 ni. kan? kan? hek eleh, nak sorok2 apadahal?

kalau korang taknak tunjuk pon, Tuhan tahu dalam hati tu apa adanya. kan.

jadi untuk tambah mencelakakan hati korang yang taknak mengaku rindu 29 tu. aku nak cerita. tadi kitorang buat reunion kecik2. dah nama pon kecik kan. jadi yang datang pon tak sampai ah 29 orang. cukup2 makan je jumlahnya. tapi bukan ah 29. ya bukan. sebab kau tak datang. siapa? KAU lah! ha, KAU! eh eh buat tak tahu pulak.

watak utama, mestilah aku.
watak kurang utama: naim, kumi, topik, hasim, pojan, ejad, ruz, cik mun, cp, ikhwan, rodi.
watak dianaktirikan: khalid, hafizamer, mael

mungkin ada lagi. tapi masa tu watak utama aka aku tak sampai lagi kot. jadi jangan keciwa. bagitahu saja jika kau ada. gua boleh hapdet bila2 masa.

ah lupa pulak nak kasi tahu. kitorang berkumpul sebab apa?
sebab MIEX. perkampungan perang yang tak berapa nak perang. survival village yang tak berapa nak survival. itu yang kitorang pon senang-lenang suka hati melepak kat situ. aman macam dalam taman botani. haah. taman botani.

satu yang aku boleh konklusikan di sini. MIEX tahun 2011 gagal. senior intek 30 gagal. jual berger je lulus. itupon pasal dah tak ada makanan lain dah kat situ. pelanggan2 diorang 91% adalah palapes sendiri aku rasa.

ah fedap
syukur aku tersenarai dalam intek 29.
bukan nak bangga ah.
tapi memang aku BANGGA.
korang tak? itu korang punya pasal. aku bangga. fullstop.

tapi terima kaseh lah sebab jadikan projek ni macam tempat kitorang punya reunion. insyaALLAH, tahun akan2 datang juga begitu. kalau tak MIEX, rumah terbuka mess pon ok. tapi satu yang aku yakin, jika jumpa balik semua syaiton2 29 ni, aku gerenti satu je. kitorang tak gaduh dah. gurau2 manja macam tu je lah. kan manja?

ala, mana nak gaduhnya. isu pon tak ada ha. silap2 bila jumpa nanti, kau bila nak kahwin? atau bahasa lebih amannya, aku teringin nak makan nasi minyak kau ni. macam tu lah. aku yakin. atau paling kejamnya, weh duit aku mana?. erk.

agak2 sikit. mana boleh kau nak pecahkan apa yang 29 ni dah bina. kami dah bina tembok yang paling teguh binaannya. siap welding. siap cat cantik punya. klasik tak klasik, kami2 je yang tahu. maksud aku kat sini, walau apa pon yang jadi, intek lain takkan sama dengan 29. even kau nampak intek lain seakan serupa atau menyerupai 29. sila benamkan biji mata ke jus mangga ya. benda2 menyerupai ni tidak akan sama sekali berlaku.

itu sebab namanya 29. kalau dah nama intek lain. contohnya 30 ke, 31 ke, 32 apatah lagi.
takkan sama. sebab ianya 29. dua-sembilan.

jadi bersyukurlah anda adalah 29. bukan 30 ke, 31 ke, 32 apatah lagi.
ok.




kenapa 29?
sebab budak ladies kitorang ada 29 orang.

eh betul ke 29?
aku rindu korang ni. ladies intek kita cuma 27 lah.

taklah. aku tak lupa. cuma aku tak jumpa kenapa 29. tensi ah!

p/s: siapa jumpa kenapa 29, kasi tahu aku cepat!

Isnin, 11 Oktober 2010

dunia takkan pernah senyap.

sabtu lepas kami cuba mengukir kenangan lagi. kali ini bukan sahaja intek 29, malah gabungan terbaik 29-8. mungkin nanti kami terpaksa fikir2 kan nama yang baru untuk itu. tapi bukanlah mahu melupakan terus intek 29 asal. cuma ini adalah inovasi. dunia perlu berubah kan?

semua pon boleh join. kami tidak mendiskriminasi. sila2 lah luangkan masa melawat kami di sini. kami juga perlukan sokongan anda2 semua. bukan niat mahu menjeleskan mana2 pihak tentang apa kami buat di sini. cumanya mahu mengkasi tahu. kami masih cuba berusaha kuat untuk bina semula kenangan2 tanpa anda semua. susah.

bayangkan dulunya, 57.
yang sekarang cuma....?

ya. aku sendiri tak pasti berapa yang tinggal.

ah, whatever. tak mahu kasi cherita yang sedih2. korang2 pon ada yang dah kawen, tunang. jadi tak elok lah nak sedih2 kan?
jangan risau. kami ok2 je kat sini. tak usah risau, ya.

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a aku

untuk sabtu lepas, kami2 dapat no 3 untuk bola jaring dan bola tampar. fair and square. tiada aksi tolak-menolak. tiada aksi tarik2 rambut. aman belaka. kitorg pon tak kena buli dengan kompeni2 lain. even kami2 sikit. cukup cuma mata main peranan. diorang sudah boleh berpaling tadah. hahaha. gila kejam kan. itu veto namanya.

keputusan keseluruhan akan diumukan semasa pembukaan latihan nanti kalau tak silap.
24 oktober 2010. masa itu juga akan diadakan pertandingan merentas halangan dan menembak. all the best kepada semua kompeni. terharu aku korang sangat happening tahun ni.

thumbs up!


Rabu, 1 September 2010

bangun dan yakinlah. hidup itu indah!


lagu ini aku dedikasi kan buat kawan2 yang aku suka. yang selalu2 singgah di sisi aku.
yang pernah jatuh.
yang pernah ranap.
yang pernah celaka.
yang pernah sampah.

tapi, yakinlah. itu semua dulu. selagi korang berkawan dengan aku.
korang takkan pernah jatuh.
korang takkan pernah ranap.
korang takkan pernah celaka.
korang takkan pernah sampah.

lagu ini membuai seribu makna. tiap titisan derita kamu, yakinlah dunia masih jauh. cuma, pandang depan. terukan perjalanan.

di sini aku sertakan lirik lagu ini.
(mary j blige punya lagu memang meletop)

There's something that I want to say,
But I feel I don't know how.
Until I just can't hold it one more day,
So I think I let it out.

You're on my mind more than I may show
You're in my heart more than you may know
And the last thing that I want,
Is to you to fall apart.
You're future will be clearer,
I want you to remember.

In each tear
there's a lesson, (there's a lesson)
Makes you wiser than before (wiser)
Makes you stronger than you know (stronger)
In each tear (each tear)
Brings you closer to your dreams
No mistake, no heartbreak
Can take away what you're ment to be...

We can't change the things,
That we done, that's in our past.
But fighting won't get us anywhere,
So if you want, then here's my hand...

Every night there is one thing I do
I bow my head and I pray for you (pray for you)
And the last thing that I want (that I want)
Is for you to fall apart
you're future will be clearer
I want you to remember

In each tear
there's a lesson, (there's a lesson)
Makes you wiser than before (wiser)
Makes you stronger than you know (stronger)
In each tear (each tear)
Brings you closer to your dreams
No mistake, no heartbreak
Can take away what you're meant to be

You're much more than a struggle that you go through
You're not defined by your pain, so let it go...
You're not a victim, you're more like a winner
And you're not in defeat, you're more like a queen

tiap bait lirik ini sangat2 bermakna. seseorang telah kasi aku. jadi aku mahu kongsikan nya bersama semua. hayati dan fahami. tiap kali korang rasa, korang la manusia paling tak guna. dengarkan lagu ini. bangkit.

Selasa, 31 Ogos 2010

hari ini, merdeka!


malam tadi baru aku sedar yang memang aku ini remaja normal. keluar malam merdeka, sembang lebat dalam kereta. cuma nasib baik kereta aku tak ada speaker. tapi itupon kereta sebelah dah pandang semacam. even sebenarnya keluar malam tadi bukan dengan niat nak sambut merdeka. cuma niatnya nak keluar dengan geng2 jawa rangers. kami pergi uptown danau kota. saja jalan. walau tahu malam ini malam merdeka, mesti melambak gila manusia2 yang nak sama menyesakkan keadaan kat danau kota, kami tetap keluar. tapi jenoh jugak lah aku set minda kata sabar.

aku sebenarnya cukup tak suka aktiviti keramaian2 yang melibatkan ramai2 orang. contohnya pergi countdown kat dataran ke, pergi bazar waktu malam raya ke. even tengok bola pon aku pilih tempat yang kurang manusia duduk. apa yang penting aku selesa. cuma malam tadi, nana la nak pergi sangat. aku macam teman dia je lah. ceh, padahal memang aku nak keluar cuci mata kan.

sampai saja kat danau, belom sempat nak cari parking, mercun dah pon bergema. tanda dah merdeka. sudah pukul 12 malam masa tu. aku suka tengok mercun. cun gila. orang melambak kat danau malam tadi memang tak usah cerita ah. aku pon tak pasti apa yang diorang cari. dah la panas. berpeluh, dah lah aku pakai sweater malam tadi. haihh. sabar aje lah.

habis pusing, kitorang pon duduk makan steambot-seringgit-sebatang. puas. lama gila tak makan macam ni. kali terakhir makan kat sini pon aku dah lupa. terima kaseh la pada nana buat aku datang lagi kat danau ni, makan.

dekat pukul 3 jugak ah sampai kolej. aku pesan kat kumi. kunci jam sebab esok lepas subuh nak gerak tengok perarakan pulak. tapi aku tak sure ah dia dengar ke tak. dia pon macam dah penat gila. dekat pukul 4 baru aku tidor. tapi aku dah budget siap2. kalau aku tidor sekarang, plan nak bangun subuh memang tak dapat lah. tapi aku kunci jugak jam. aku set minda aku. bangun subuh. lepas subuh nak gerak pegi bukit jalil pulak.

haha. sori kepada rodi, naim, jijie. plan dah baik. cuma bila aku dah tidor. memang semua plan akan hancur!
aku memang kaki tidor. itu sebab kadang aku malas nak tidor, bila aku dah tidor, susah amat nak bangun. sori sangat2. yang aku pon, baru nak merasa pertama kali dalam hidup aku nak tengok perarakan live. tapi sebab tidor, tak dapat jugak.

dan ini hari, merdeka. tapi rasanya seperti tiada apa. mungkin sebab aku bukan se-patriotik mana. tapi isu malaysia-indonesia sekarang benar2 mengganggu aku. katanya rakyat indonesia yang di sini, bakar bendera negara kita? heh, apa kes? dah lah kau datang sini tak tahu halal-haram. lagi mahu buat kecoh. aku rasa korang aman je kat sini. apa yang nak di bikin kecoh. sudah2 la tu tak puas hati sana-sini. dunia pon dah nak kiamat. berbaik- baik lah kita sesama manusia.

malaysia sudah merdeka. apa yang aku rasa, pemimpin malaysia cuba sebaiknya menjaga kebajikan rakyatnya. apa kata indonesia pon begitu?

tak usah gadoh2. kita tetap di bumi yang sama.

aku masih ingat dulu. sambut merdeka di halaman rumah aku. oh, lupa mahu kasi tahu. incik ayah ketua kampong. jadi pemuda kampong buat sambutan merdeka di halaman rumah aku. nyanyi lagu negaraku. naikkan bendera malaysia. wah. seronok.

tapi apa yang penting. apa merdeka di hati kita semua. apa merdeka dalam diri kita semua. aku tahu aku merdeka dari segi apa. korang tahu?

pahlawan2 Universiti Malaya intake 29 Gorila Utara.

Sabtu, 21 Ogos 2010

apa istimewanya 20 ogos?



entah kenapa terancangnya aktiviti tautan kaseh bak kata topik pada tarikh ini. jadi aku klasifikasikan tarikh ini terlalu istimewa bagi aku. bertempat di kediaman sementara nana, pija, ayu, chicy, ecah. dan lain2. kami jadikan wisma ladies. okeh, bunyi sangat annoying sebab letak title tu sendiri. kami memang perasan. so wat?

aku miskin. jadi tiada kamera. tapi jangan risau, jangan khuatir, kawan2 aku kaya dan berbudi. mereka2 punya kamera. nanti2 aku curikan dan letak di sisi aku, okeh. mereka baik, takkan kesah punya. haha.**aku dah curik gambar dari incik jijie. btw, tengkiu yeh!

tadi ramai betul datang. aku jadi terharu beb. ayu pulak masak baguih. semua2 pon kerjasama tahap teratas. alhamdulilah, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. berbuka. solat magrib, lepak, solat isyak dan terawih. dan kalau sudah namanya intek gorila utara ni, intek yang memang terkenal dengan hepi hournya. setiap masa, setiap ketika asyik nak berhepi hour. syukur, aku dikurniakan mereka2. aku bahagia. series.

dan bak kata kumi, sesi membina kenangan pula selepas itu. kami tahu kami mesra. kami tahu kami ceria. secara tak sedar, sebenarnya masing2 makin malu2. aku pon terdetik, "oh, masing2 dah besar rupanya!"
kalau dolu2 tak ada masa nak bermalu2, sembang lebat sana-sini macam kita kamceng dari kecik. aku kenal kau. kau kenal aku. jalan berlaga bahu pon, guwa tak ada kesah punya. oh okeh, sekarang aku nak jalan depan diorang pon malu2. nak lepak sama2 pon kena fikir banyak kali.

eh, apa maknanya tu?

tapi seriesli. bukan aku saja yang terasa. oh atau mungkin sebab kami yang perempuan2 ni sikit barangkali. jadi semuanya lebih selesa lepak di dapur dari bergelak ketawa di depan dengan budak2 lelaki. nak ajak ke depan pon, gerak ramai2. kau tak nak pergi, aku lagi lah tak mahu!

huih, kelakar deh. atau mungkin sebab kami pon dah lama tak lepak2 sama2. mungkin sebab itu kot. tapi kalau diikutkan, memang normal manusianya macam tu. palapes saja yang suka dan selesa lepak lelaki-perempuan sama2. bukan sosial terlebih, ya. kami masih terbatas. cumanya kami mempraktikkan hubungan kekeluargaan. ke-adikbradik-an. ha, itulah dia.

aku tak dapat bayang nanti kalau jumpa 3/4 tahun akan datang. series malu nak tegur pulak. hahah.

hish, rasanya nak kabor ke satu dunia. betapa bertuahnya berada dalam lingkungan persahabatan intek gorila utara ni. apalah sangat aku ini jika aku cuma sivillian. jujur aku lebih suka cara palapes berkawan. aku suka. dan aku harap sangat semua palapes pon akan menerapkan nilai persahabatan yang sebegini.

dan janji. jamuan raya nanti di wisma lelaki pula. [oi, sejak bila ada wisma lelaki, wisma ladies ni?]
sudahlah diorang tengah ada orientasi. tahu dek mereka, mampuih aku.
harap sangat jamuan raya nanti, semua akan datang. dan aku, datang makan of cos. tapi tak salah kalau nak suruh aku basuh pinggan pon. nak tahu, kerja dapur yang aku paling suka---basuh pinggan lah. itu sebab tangan aku kasar. sabun punya pasal. dan aku suka buih banyak. puan mama selalu marah.

"woi, mana nak tahan sabun tu sebulan. kalau satu hari guna sampai setengah botol?"

okeh, puan mama memang rok. bila dia bising, macam itu lah. bingit. tapi beliau tetap mama yang paling aku cinta. aku lebih rela kena bising dengan puan mama daripada dengar bebelan cik. ops.

okeh. dah. sekian. aku nak berlayar. babai.

p/s: baru teringat 20 ogos juga hari jadi kekasih lama aku. cait.

Rabu, 18 Ogos 2010

teman yang ku kasih

engkau lah temanku
tempatku mengadu
hingga tawa pilu
tetap bersamaku

teman yang ku kasih
akan ku hargai
hingga akhir nanti
kan kekal abadi

ku pinta oh Tuhan
agar berpanjangan
sebuah persahabatan
penoh keikhlasan

*********

"kita kawan?"

"alaa, kan kita kawan..."

"jom lepak!"

"apa guna kau ada aku?"

"aku boleh tolong lah!"

banyak lagi ayat2 yang secara tak sedar kita ucapkan, bermaksud ya, kau kawan aku. secara tak langsung. dunia akhirat. cukuplah kalau kau tahu apa minuman kegemaran aku. atau ucapkata yang menggambarkan kita itu kawan. bilamana kau ambil berat. bilamana kau mahu menolong. bilamana kau mahu kita lepak sama. bilamana kita rasa senang sama. atau bilamana cuma untum senyum mesra.

itu kawan.

sejak awal persekolahan. tika itu tadika. itu sekolah pertama yang aku jejak. tadika kemas. cikgu faridah. cikgu zaiton ajar kelas sebelah. kalau tak silap aku tahun 1994. dengan baju kotak2 merah. mereka kawan2 pertama yang aku ada. belajar sama2. main sama2. makan sama2. baca doa sama2.

"jemput makan cikgu, jemput makan makcik, jemput makan semua!"

secara tak sedar, jemput-menjemput dah diamalkan sejak tadika rupanya. sesungguhnya cikgu aku rok. tahu apa yang akan kena buat bila sudah besar. ceh, siap amal kat palapes. jemput2 makan semua kan. okeh, jemput makan makcik itu khas untuk makcik yang susah payah siapkan makanan kitorang bila tiba waktu makan.

masuk sahaja darjah satu. satu dahlia. tak silap aku waktu itu dahlia kelas pertama. eh, ke bukan? sebab biasanya darjah satu, tiada gred kelas lagi. biasanya diorang main masukkan saja kelas mana2. darjah satu aku mula kenal lagi ramai kawan. oh, ok. kita tak pernah sembang baik tapi kita pernah satu kelas kan. satu sekolah. jadi korang kawan2 sekolah aku. kawan juga. dan masa tu juga, cik angah darjah tiga. jadi pengawas. bila waktu cikgu2 mesyuarat, pengawas kena jaga.

aku bangga sebab kakak aku pengawas!

darjah dua. darjah tiga. darjah empat.

aku mula kenal dia. time puasa, dan bila raya...oh ok. taknak cherita dah.

sampailah aku kat tingkatan satu. aku pilih sekolah dekat dengan rumah sahaja. rasanya belom boleh nak berdikari hidup sendiri. tanpa rumah. tanpa incik ayah, puan mama. tanpa televisi. hish masa tu fikir, memang tak boleh hidup. sampai tingkatan tiga, pmr then baru aku pindah sekolah. pmr aku tak gempak. jadi aku masuk sekolah teknik.

dan aku mula kenal bagan serai, perak. kat situ lagi bertambah kawan. budak2 PERDAGANGAN 2 yang majoriti nya ladies dan hanya 4 orang lelaki. masa itu hepi2 je. belajar. fight2 sama kelas perdagangan 1. ok, kiranya kelas ak even namanya nombor 2, tetap mendapat tempat pertama di hati para guru. sebab bijak dan baik. haha. sori lah cik paie. gua puji kelas gua lebih2.

sampai lah aku habis spm, mengaji di matrik kuala nerang dan buat keputusan melanjutkan pelajaran di UM.

semuanya meninggalkan memori indah dengan kawan2.
kawan2 yang stay di rantau panjang pon mestilah takkan dilupakan. even kita sembang lebat dalam fb, padahal kat rantau panjang tak penah pulak nak duduk lepak sama2 kan. tapi kita tetap kawan.
untuk yang pernah berkongsi cherita dengan aku. aku ingatkan. aku semadikan kenangan2 itu dalam hati aku. korang2 semua hebat.

dan sampai bila2 pon. bila aku rasa aku sendiri, aku tahu korang2 semua ada untuk aku. ada untuk dengar cherita2 aku. ada untuk dengar keluhan2 aku. ada untuk lepak2 dgn aku. sungguh, aku bersyukur.

lagu ini aku dedikasikan untuk semua manusia yang pernah kenal aku. walau cuma tahu, "oh, anak ketua kampung tu!"
aku terima. ikhlas itu Tuhan saja yang tahu.

cuma,
maaf kiranya aku tak perasan kau sakit hati sama aku.
maaf kiranya aku tak pedulikan perasaan kau sama aku.
maaf kiranya aku tak menguntum senyum sama kau.
maaf kiranya aku tak setuju sama kata2 kau.
maaf kiranya aku tak serupa sama kau.
maaf kiranya aku tak ketawa sama kau.
maaf kiranya aku tak menangis sama kau.

maaf.

cuma aku mahu kasi tahu. aku bersyukur aku ada korang2 semua. walau macammana perangai sekalipon, korang tetap kawan2 aku. kita kawan sampai mati okeh.

dan untuk yang pernah kasi hati aku sakit sama perangai kau, dengan jujur dan ikhlas, aku maaf kan. kembalilah cari aku. aku akan terima dengan tangan terbuka. sangat terbuka. aku cuma mahu kawan aku semula. walau kita cuma pernah bertukar senyum.

seriesli lagu ini untuk kalian.

p/s:
1. itu sebab aku biasanya tak berchinta dengan kawan aku. kawan itu kawan, ya sayang!
2. aku mahu incik ari dan cik ayu kembali.
3. aku pohon pada Tuhan, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, jagalah kawan2 aku. berikanlah kejayaan dan kesenangan pada hidup mereka2 ini. sesungguhnya aku amat kasihkan mereka2 ini. berkatilah setiap apa yang mereka lakukan. dan bukakanlah hati mereka2 ini untuk terus bermunajat di atas jalan-Mu, ya ALLAH.aaminn ya rabbal alamin.
4. mahu saja aku khabarkan pada dunia setiap nama kamu2 tapi nanti jika aku lupa satu daripada nama kamu2, aku akan rasa bersalah seumur hidup. cukup hanya kamu2 tahu, kamu2 adalah kawan2 aku. ya.

Selasa, 17 Ogos 2010

mari nasihati saya!

oh rupanya masih ada yang sedar kewujudan aku. haha. okeh. bunyi macam lawak. tapi ini real. eh tapi bukan nak menggelakkan cik naim kita yeh. bukan. cuma, ya. amat berterimakaseh sebab sedar status fb aku. lah, aku fikir ianya tak memberi impak kepada sesiapa. okeh, jujur aku serah status ini buat encik apa nama. bukan apa. baru aku sedar, dia terlalu baik untuk seorang aku. dan terlalu manis. dan terlalu ramah. dan terlalu baik. okeh, aku sebut dia baik sampai dua kali. apa2 saja lah.

status aku berbunyi begini :

ada satu stori dalam majalah EH yang mengingatkan aku pada
bait2 kata ini. terima kaseh kepada penulis nya. maaf, aku tak ingat siapa nama penulisnya. sesungguhnya kata2 dia banyak memperngaruhi aku.

oh berbalik kepada status aku tadi. memang lah ada beberapa manusia juga yang balas. tapi aku biarkan. aku fikir, biarlah. seriesli aku penat. mahu berbicara lewat fb. berbalah. atau apa. tapi akhirnya, aku tetap kena lupakan encik apa nama kan. jadi untuk apa?

tapi cik naim tanyakan ke aku lewat ym. bicara punya bicara. dia curi ayat2 chinta yang biasa manusia2 guna. untuk aku. dimulanya dengan yang ini :


terdiam sebentar aku. jadi terfikir, ada betul jugak. jika aku diam. mana kan sampai makna cinta aku pada dia. mahu anginkan? cuba kasi tahu sama aku, macammana caranya. tapi pulak, macammana kalau bila aku sudah suarakan pada dia. dan aku perlu berjumpa dengan nya, keesokkan harinya? tak ke malu? rosak imej beb!
tapi aku tahu encik apa nama seorang yang baik hati. sudah aku khabarkan tadi bukan. aku yakin dia akan cuma senyum pada aku. tapi malu ah. nanti dia kata aku gedik macammana? sudah lah perkataan gedik itu buat aku trauma. aku cukup benci gediks okeh.

ah sudah. cik naim nasihatkan aku supaya kasi tahu saja sama dia. tapi aku menolak. dan aku cuma katakan, aku sudah konfiden mahu melupakan encik apa nama. dia terlalu baik. dan aku juga mahu belajar berkawan sama dia. mungkin susah. tapi aku akan cuba. dan cik naim curi lagi bait2 ini :


aku tidak tutup telinga.
tidak juga tutup hati.

yang aku buat, cuma menutup mulut. ya, cik naim. aku series. makna kata, aku tidak meluahkan pada dia apa yang aku rasa. jadi itu dimaksudkan dengan menutup mulut. bukan tutup saja2. tapi kadang2 aku tutupkan mata juga. tidak mahu bertentangan mata dengan dia, tak mahu menguntum senyum pada dia. sebab aku takut hati aku tak kuat untuk masuk frasa melupakan dia. sengal kan aku.

dan kata akhir yang curi, "satu2nya cara untuk memperoleh kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah dengan memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan"

tapi aku rasa, ayat ini tunggang-terbalik. tak tersusun. aku terfikir satu ayat yang lebih baik.

satu2 cara untuk memperoleh kasih sayang adalah dengan memberi kasih sayang kepada manusia sekeliling anda tanpa mengharapkan balasan.

okeh. maksudnya lebih kurang sama. aku kasihkan manusia sekeliling aku. aku sayangkan manusia sekeliling aku. tak perasan ke aku sudah berubah sedikit demi sedikit. aku mula berkasih-sayang!
hahaha. aku sudah cukup mesra dengan manusia sekeliling aku. aku banyakkan senyum. dulu aku tak begini. tak ingat kah?

walau apa2pon. terimakaseh lebih daripada 150 juta
kali curikan untuk aku ayat2 chinta, kasih dan sayang itu. aku sangat2 menghargai. mungkin aku akan menyesal jika aku tak kasi tahu sama encik apa nama apa yang aku rasakan. tapi kalau sudah bukan jodoh, bukan juga. dan aku mungkin akan terus tutup mulut demi untuk menjaga hak hidup masing2. apa yang paling penting, aku akan terus berkasih-sayang.

eh kejab. nak tengok gambar cik naim?

hahaha. girangkan dia?