Memaparkan catatan dengan label emohatiku lara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label emohatiku lara. Papar semua catatan

Rabu, 7 September 2011

coba kau jadi aku

dilema.

tiada kata yang mampu tafsirkan segala. biarpon ianya nampak selesa, dalam hati Tuhan saja yang Maha Tahu. susah, payah, berat, luluh, kesah, semuanya.

kau bilang ini yang terbaik.
untuk aku, kau, dia dan mereka- mereka itu.

tapi aku susah.

coba kau jadi aku.
disaat tersepit sebegini.
diantara dua silaturrahim yang bakal terputus.

itulah, orang cakap jangan main tarik tali. takut- takut kau tertarik kuat sangat, ianya akan putus. atau bilamana kau terlalu asyik menarik, kau akan terjatuh. sebab dia sudah tak mahu. dia sudah tak mampu.

coba kau jadi aku.
disaat tersepit sebegini.
diantara kasih yang semakin pupus.

itulah, orang cakap jangan terlalu menyayangi. kelak bila dihina, dimaki. kau akan terus membenci. walhal niatnya cuma mahu lebih memahami. lebih mengerti.

coba kau jadi aku.
disaat tersepit sebegini.
diantara kata- kata separuh mampus.

itulah, orang cakap kerana mulut badan binasa. kerana mulut, kita semua sengsara.

coba kau jadi aku.

aku cuma mahu kan keamanan. di dunia ini kita tak lama. esok atau lusa. entah bila. kenapa mahu tarik- tarik muka? kenapa mahu berbalah sengketa? kenapa?

coba kau jadi aku.

hati aku tidak sekuat mana. bisa rapuh jika jatuh. itu sebab aku sebolehnya tak mahu gadoh. itu sebab aku cuba tidak mengeluh. cuba tidak membantah.

aku sayang kamu. kamu. kamu. kamu. dan ya, kamu itu.
aku tahu sakitnya hati bila hajat tidak dipenuhi oleh mereka- mereka yang kita sayang.
aku tahu sakitnya hati bila hadirnya kita tidak disenangi.
aku tahu sakitnya hati bila wujudnya kita tidak langsung dipeduli.

ianya umpama menelan racun.
aku tahu.

tapi coba kau jadi aku.
buanglah segala benci.
biarkan silaturrahim ini terjalin terus.
usah matikan ia di sini.

berdiam diri bukan untuk dipijak.
berdiam diri bukan bukti kau salah.
berdiam diri bukan membakar diri dia atas api.
berdiam diri bukan itu.

coba kau jadi aku.
yakin jika benarnya kita, maka kita lah yang benar.
Tuhan pasti akan bersama kita.
Tuhan pasti tunjukkan jalan pada kita.
Tuhanku, Ya ALLAH bantulah mereka.

hidup sudah mesti melambak asam garam. tak usahlah jeritkan perih kamu seperti kamulah yang terlalu susah di muka bumi ini. jangan tutupkan mata kamu pada kesusahan kamu. bukalah mata kamu. lihat ah alam. terlalu banyak perihal manusia lain yang kamu pasti lagi payah mahu mengerti.

jika manusia lain tak faham betapa bergolaknya hidup kamu, tak apa.
Tuhan itu ada.

jika manusia lain tak faham betapa menangisnya hati kamu, tak apa.
Tuhan itu ada.

coba kau jadi aku.
tersesak tersepit. rasakan.

aku tak mahu terlalu lama dalam keadaan begini. aku tak mahu menjadi saksi terputusnya silaturrahim ini. aku tak mahu terus tersesak tersepit begini.

coba kau jadi aku.
yang selalu mahu lihat mereka- mereka yang dia sayang terus senyum luar dan dalam.

ya. banyak kali dalam hidup kita berdepan dengan mereka- mereka yang tak tahu menjaga kata seperti mana baiknya dia menjaga solatnya. itu adalah ujian buat dia. tapi bagi kita yang masih boleh membezakan mana kata- kata yang baik untuk didengari orang lain atau pun tidak, kenapa tak kita yang mengubahnya dahulu?
cuba menjaga kata yang keluar dari mulut comel kita sendiri sebelum menegur manusia lain bermulut-dengan-kaki-lebih-kurang. kan?

jahat tak semestinya boleh saja dibalas dengan jahat.
kita masing- masing dah belajar tinggi- tinggi sampai cucur atap. eh menara gading!

kenapa tak kita berfikir?

situasi semua orang tentu saja tak sama. kau dalam keadaan kau. aku dalam keadaan aku. dia dalam keadaan dia dan mereka- mereka dalam keadaan mereka- mereka. semuanya berbeza.

aku tahu ianya adalah isu yang sangat besar. dan budak kecik tak tahu apa- apa macam aku biasanya mudah saja ditolak ke tepi. dibiarkan menjadi saksi kepada bakal terputusnya silaturrahim ini. dibiarkan menjadi pendengar saja tanpa diberi izin berbuat apa- apa.

ya. dan sekarang. aku rasa aku loser. L.
dan jangan coba jadi aku.
ubahlah sejarah yang bakal tercatat buat keluarga besar kita.

kau jangan terlalu jadi kau.
dia jangan terlalu jadi dia.
dan jangan biarkan mereka terus menjadi mereka.

kita harus cepat- cepat disedarkan, juga diingatkan.
bahawa kau, dia, mereka- mereka dan aku itu adalah satu.
satu.
satu.
satu.

jangan biarkan kita dijadikan bahan bicara manusia- manusia tak ada life kat kedai kopi.
jangan lah.

coba ya.
duduklah berbincang.
katakan apa saja yang terbuku di dalam hati.
hamburkan apa saja yang terguris di dalam hati.
luahkan apa saja yang kau tak puas hati.

cukup- cukuplah bercakap belakang.
cukup- cukuplah mengutuk menghina.
cukup- cukuplah kunci minda.
cukup- cukuplah kunci pintu.

tak usahlah cuba nak padamkan sebuah kenyataan bahawa kita semua adalah bersaudara.

coba kau faham aku.
coba dia faham kau.
coba mereka faham dia.
coba kau faham dia.
coba kau faham mereka.
coba mereka faham kau.
coba dia faham mereka.
aku akan coba faham semua.

hentikan,"Dia itu..."
hentikan,"Memanglah macam itu..."
hentikan,"Dah agak dah..."

hentikan semua syakwasangka itu.
coba duduk bersama.
cubalah.

cubalah.

Rabu, 23 Mac 2011

luahan hati yang tak terluah.

banyak kali dalam hidup memang kita tak boleh nak jangka apa yang akan berlaku pada masa depan kita. incik ayah penah cakap, kalau bukan kita yang corakkan masa depan kita, siapa lagi?

ibu ayah sepatutnya cuma sebagai pemerhati. atau lebih jelas sebagai raja dan permaisuri yang turut sama dalam kapal yang kita bawa. ya. kita sepatutnya jadi nakhoda pada kapal kita sendiri. kapal itu kau namakanlah sendiri. aku sudah punya nama. biar ianya rahsia. apa yang pasti ianya bukan jentayu. itu kapal milik merong mahasiswa. haha.

jujur aku punya banyak masalah dalaman yang aku sembunyikan. sembunyikan dalam hati aku dalam- dalam. aku tak mahu aku jadi manusia yang dikasihankan. merintih meratap nasib badan. aku tak mahu. biar orang nampak aku bersahaja. biar orang nampak aku seperti tidak punya rasa. tak apa. aku dah tak kesah.

bukan aku mahu lari dari sekian masalah, cuma aku harapkan ianya akan berlalu seperti air di sungai. mengalir tak henti. jadi aku harap setiap butir masalah aku juga begitu.

untuk sekian kalinya, aku mahu biarkan hidup aku berjalan seperti biasa. seperti tiada apa. tunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, sebagai seorang anak dan sebagai seorang kawan. masalah hati aku, aku tolak tepi. tolak-setolak-tolaknya.

aku cuma cepat2 habis belajar dan keluar dari sini. 4 tahun aku hidup seperti orang asing. serius, aku dah tak tahan. aku mahu keluar. dunia sosial ini bukan dunia aku. sudah aku khabarkan pada puan mama dan incik ayah, ucap mereka cuma SABAR. ya, aku tahu itulah satu2 nya perkataan yang akan diucap sekian kali apabila sudah tiada perkataan lain yang mampu diucapkan.

hari ini, aku sudah rasakan aura2 perubahan. ya, sekarang aku suka berubah. berubah daripada sesuatu kepada sesuatu. harap Tuhan bersama aku. segala rasa hati aku, cuma Tuhan yang tahu. Yang Maha Esa, Yang Maha Satu.

tugas aku cuma pamerkan senyum mesra. jalani hidup dengan riang tawa.
bukan palsu, aku cuba jujur. aku cuba.

tapi apa yang pasti, masih ada sesuatu dalam hati aku yang aku mahu adukan. cumanya, aku tak tahu pada siapa yang patut aku adukan. aku harap ada manusia yang mampu pinjamkan telinganya seminit dua. pinjamkan senyumnya sebaris ceria.

doakan aku berjaya dalam apa jua segala.



p/s:
aku sudah tak makan nasi.
aku sudah biasakan senyum.
aku sudah deactivate fesbuk.
aku sudah pakai high heels.
aku sudah tukar alamat email.
aku sudah pergi interview.
aku sudah tukar break pad kereta.

Isnin, 28 Februari 2011

kenapa 29?

kalau dulu, nak kata sayang intek ni memang susah ah. haru lah. tiap kali jumpa mesti masalah. puak lah. tak kerjasama lah. kau kutuk aku, aku pon begitu. aku menyampah kau, kau pon begitu. aku buat kerja kau. settle. kerja kau tak siap? tanggung ah!

macam-macam.
kalau nak dibuat list mahunya 8 entri pon tak siap.

tapi sejak dua tiga menjak dah bersara dari intek ni. mulalah gatal nak rindu-rindu. lama tak jumpa lah. lama tak gosip lah. bila nak tunang lah. bila nak kahwin lah. bila nak bersalinlah. macam- macam event ditunggu dengan harapan jumpa balik syaiton2 intek ni. haha.

biar aku hapdet sikit gosip2 dalam 29 ni ya.
1. kahwen.
2. graduasi
3. tunang.
4. lapor.
5. kapten.
6. duit.

kurang lebih macam itulah bab dia. aku fikir nak buat satu novel ah pasal 29 ni. amacam? ada bran? sekurangnya nanti kalau tak ada orang nak beli, aku paksa ah korang beli jugak kan. sonang. masyuk pon masyuk. ok, aku dah tahu lepas grad nak buat apa. buat novel tajuknya 29!

walau apa pon, barang yang lama jangan dikenang. kan. looking forward bak kata rodi. jadi aku fikir, semua pon dah tak ingat bab puak2 bermulut jahat. jeling-menjeling semua. sebab aku tahu semua pon rindukan 29 ni. kan? kan? hek eleh, nak sorok2 apadahal?

kalau korang taknak tunjuk pon, Tuhan tahu dalam hati tu apa adanya. kan.

jadi untuk tambah mencelakakan hati korang yang taknak mengaku rindu 29 tu. aku nak cerita. tadi kitorang buat reunion kecik2. dah nama pon kecik kan. jadi yang datang pon tak sampai ah 29 orang. cukup2 makan je jumlahnya. tapi bukan ah 29. ya bukan. sebab kau tak datang. siapa? KAU lah! ha, KAU! eh eh buat tak tahu pulak.

watak utama, mestilah aku.
watak kurang utama: naim, kumi, topik, hasim, pojan, ejad, ruz, cik mun, cp, ikhwan, rodi.
watak dianaktirikan: khalid, hafizamer, mael

mungkin ada lagi. tapi masa tu watak utama aka aku tak sampai lagi kot. jadi jangan keciwa. bagitahu saja jika kau ada. gua boleh hapdet bila2 masa.

ah lupa pulak nak kasi tahu. kitorang berkumpul sebab apa?
sebab MIEX. perkampungan perang yang tak berapa nak perang. survival village yang tak berapa nak survival. itu yang kitorang pon senang-lenang suka hati melepak kat situ. aman macam dalam taman botani. haah. taman botani.

satu yang aku boleh konklusikan di sini. MIEX tahun 2011 gagal. senior intek 30 gagal. jual berger je lulus. itupon pasal dah tak ada makanan lain dah kat situ. pelanggan2 diorang 91% adalah palapes sendiri aku rasa.

ah fedap
syukur aku tersenarai dalam intek 29.
bukan nak bangga ah.
tapi memang aku BANGGA.
korang tak? itu korang punya pasal. aku bangga. fullstop.

tapi terima kaseh lah sebab jadikan projek ni macam tempat kitorang punya reunion. insyaALLAH, tahun akan2 datang juga begitu. kalau tak MIEX, rumah terbuka mess pon ok. tapi satu yang aku yakin, jika jumpa balik semua syaiton2 29 ni, aku gerenti satu je. kitorang tak gaduh dah. gurau2 manja macam tu je lah. kan manja?

ala, mana nak gaduhnya. isu pon tak ada ha. silap2 bila jumpa nanti, kau bila nak kahwin? atau bahasa lebih amannya, aku teringin nak makan nasi minyak kau ni. macam tu lah. aku yakin. atau paling kejamnya, weh duit aku mana?. erk.

agak2 sikit. mana boleh kau nak pecahkan apa yang 29 ni dah bina. kami dah bina tembok yang paling teguh binaannya. siap welding. siap cat cantik punya. klasik tak klasik, kami2 je yang tahu. maksud aku kat sini, walau apa pon yang jadi, intek lain takkan sama dengan 29. even kau nampak intek lain seakan serupa atau menyerupai 29. sila benamkan biji mata ke jus mangga ya. benda2 menyerupai ni tidak akan sama sekali berlaku.

itu sebab namanya 29. kalau dah nama intek lain. contohnya 30 ke, 31 ke, 32 apatah lagi.
takkan sama. sebab ianya 29. dua-sembilan.

jadi bersyukurlah anda adalah 29. bukan 30 ke, 31 ke, 32 apatah lagi.
ok.




kenapa 29?
sebab budak ladies kitorang ada 29 orang.

eh betul ke 29?
aku rindu korang ni. ladies intek kita cuma 27 lah.

taklah. aku tak lupa. cuma aku tak jumpa kenapa 29. tensi ah!

p/s: siapa jumpa kenapa 29, kasi tahu aku cepat!

Sabtu, 26 Februari 2011

bawalah hati aku pergi.

terima kaseh.
terima kaseh.

itu saja ucapan yang aku fikir aku boleh kasikan.
walaupun ianya nampak percuma, tapi nilainya adalah infiniti.

sekarang,
aku tahu aku ada apa.
aku ada semua. (kalau kau masih mahu tahu)
kecuali hati aku. (inipon kalau kau masih mahu ambil tahu)

nak tahu kenapa?
kau sudah ambil semuanya.

semuanya.









aku fikir aku tak kisah bila kau sudah berdua.
tapi rupanya tak.

tapi tak apalah.
hati aku pon kau sudah ambil.
simpan baik- baik.
bawa lah pergi mana pon.
aku kasi.

biar aku tak punya hati.

Jumaat, 18 Februari 2011

silap tu!

aku terpanggil untuk menulis tentang ini.
bagaikan ada suara suruh aku tulis ah lebih kurang. padahal aku tengah buat assignment ni. alahai...memang tak boleh blah.

ada sorang budak fek aku kata, ibu bapa tiada hak untuk menentukan masa depan sang anak.
tiada hak.

duhai anak,
kau tahu tak betapa susah payahnya ibu kau lahirkan kau?
kau tahu tak betapa resah gelisahnya ayah kau nantikan kelahiran kau?
kau tahu tak betapa ibu dan ayah kau bersusah payah membesarkan kau?
men-sekolah-kan kau sampai kau dah masuk menara gading sekarang ni.
sampai kau dah boleh mempersoalkan hak mereka dalam hidup kau.

dan tambah lagi, yang bagi kau duit belanja sehari-hari.
yang anta-ambik kau ke/dari sekolah.
itu kau kata tiada hak?
oh mungkin lebih tinggi sekolah, lebih bodoh jadinya kau!

mengucap lah banyak sikit.
nilainya mereka dalam hidup kita tak terkira.
haknya mereka dalam hidup kita adalah sampai kita mati!

aku tak tahu ah kalau2 ibu ayah dia layan dia tak baik ke apa ke kan. tapi ibu ayah kot. janganlah bagitahu satu dunia yang kau tak gemar akan apa yang mereka lakukan pada kau. jangan. kalau2 mereka baca, alangkah sedihnya hati tua mereka nanti. aku mohon, jangan lukakan hati orang tua. aku tahu kau juga punya hati serupa aku. aku tahu.

jangan ya.

memang norma ibu ayah mahu yang terbaik untuk anak2 nya.
sila angkat tangan siapa2 yang masuk sekolah dulu, kena paksa dengan ayah suruh masuk kelas?
menangis-meraung-gila-meroyan pon, kau kena paksa juga masuk kelas kan. itu tandanya ayah kau nak kau ada asas belajar. dia nak kau jadi pandai. even sampai menara gading ni pon, aku dengar ada yang ayahnya tolong pilihkan bidang apa yang patut kau ambik. kan?

siap dah tolong pilihkan cita2 pon ada.
dah tolong pilihkan kerja apa.
dah tolong carikan suami.

begitu-begitu lah.

bukan apa. bagi aku, apa yang ibu ayah lakukan segalanya punya nilai positif dan negatif. tapi tak perlulah sampai kau katakan mereka yang beranakkan kau itu, tiada hak. mereka tetap punya segala hak apabila berkaitan dengan hidup kau. kalau tidak, awal- awal lagi bila dapat tahu ibu kau mengandungkan kau, ayah kau sudah sepak terajang ibu kau. supaya kau tidak punya hak untuk hidup. lahir ke dunia, apatah lagi kan.

kita sama2 masuk menara gading. jadi aku rasa, kita sama2 sudah boleh fikir.
jangan terlalu ke-anak2-an. jangan terlalu tersentap.

aku fikir, jika dibawa berbincang, semuanya pasti akan baik2 saja.
ibu ayah adalah satu- satunya pasangan manusia yang paling memahami anaknya.
setiap ibu ayah pasti akan memahami si anak.

mungkinlah ada ibu ayah yang silap. drama banyak kan sekarang kat televisi. tonton sajalah segala cerita yang hebat belaka memaparkan kisah hidup berkeluarga. mungkinlah pemikiran mereka agak terkebelakang. tapi mereka punya pengalaman. pengalaman yang tentu2 kita sebagai anak, belom ada.

cuba dibawa berbincang.

cuba.
cuba.
kita anak mereka.
dan mereka, ibu ayah kita.
aku yakin. mereka faham.

cuba ya.

Khamis, 17 Februari 2011

ku menunggu


ku menunggu
ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cinta itu
ku berharap kau kelak kan cintaiku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku
ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat ku sedar betapa ku cintaimu
ku kan selalu setia untuk menunggumu

aku terima takdir Tuhan. mungkin kita belom berjodoh. kau gembira, aku juga begitu. selalu dengar kan bahawa cinta tak akan memaksa. ceh, begitu lah. atau mungkin, aku tiada kekuatan untuk bilang pada kau bahawa aku punya rasa yang aku telah simpan lama.

aku fikir, aku mahu melupakannya segera.
aku fikir, rasa itu cuma datang sekejab-sekejab.
aku fikir, esok bila aku bangun dari tidor--rasa itu akan hilang.
aku fikir, aku cuma bermain dengan perasaan sendiri.

tapi aku silap.
rasa aku sudah seperti ditabur benih setiap hari. makin bercambah.

sudahlah. aku rasa aku sudah meluatkan banyak hati dengan kisah cinta tak terluah aku. eh bukan, cinta pada yang tak mengerti. aku pon sudah pasang azam baru. kalau ada cinta itu, ada lah.

bukan tak mahu usaha. cumanya untuk menjadi perigi itu, bukan aku.
aku rasakan terlalu panjang lagi perjalanan hidup aku. kalau diremehkan dengan kisah cinta2 yang begini, alangkah sia2 nya. jadi, lebih baik aku tumpukan pada cita- cita aku. keluarga aku. dan kawan-kawan sampai mati aku.

aku bersyukur.
aku sudah pandai berkawan.
aku sudah pandai bergurau senda.
aku sudah pandai ketawa suka.

insyaALLAH. akan aku selalu2 kan aku yang sekarang.
sikit-sikit aku akan buang sikap ego aku.
sikit-sikit aku akan buang sombong bongkak aku.

atau mungkin kau terlalu takut sama aku?

haha. aku sudah mahu berubah.
marilah dekat sama aku.
tanyakan nama aku.



Sabtu, 12 Februari 2011

aku bahagia.

satu email aku dapat petang tadi. email yang aku rasa aku perlu kasi tahu sama semua orang. tapi bukan aku mahu publish terang-terangan ah kan. aku akan kasi tahu isinya sahaja. ok. hidup saya perlu privacy juga. kamu pon kan?

kata tuan punya email, bukan aku.--dia.
dia kata aku sudah seakan hilang arah. hidup kerana chinta. seakan tiada makna. katanya lagi, seperti sudah tidak kenal siapa aku. atau erti kata lain, aku bukan lagi kawan rapatnya yang dulu. aku berubah, katanya. dan katanya lagi, jangan kejar chinta. sebab dia tahu, aku serius. aku sejenis manusia yang serius. jadi bila aku cakap soal hati, perasaan semua...aku serius.

aku risau kau dah tak ada masa untuk aku.

ada ke patut macam tu dia kata kat aku. ingat aku ni awek dia ke apa?
aku pon ada hidup ah.

dear mr. risau,
ber-juta2 lemon terima kasih aku kasikan sebab risaukan aku. jangan khuatir ok. aku masih mampu handle hidup aku. aku kan kuat. aku kool kan. jangan risau. jangan risau.

banyak hal dalam hidup aku, aku serius. dan aku memang sejenis yang begitu. sense of humor dalam diri aku tak banyak nilainya. tapi aku cuba pertingkatkan hari demi hari. aku pon tak mahu jadi manusia dingin sepanjang hidup aku kan. tak seronok ah.

bila kau balik sini nanti, aku akan suruh kawan2 aku cerita. betapa aku boleh ketawa kat sini. kau tak perlu jadi baby-sitter aku lagi. tak perlu. kita masing2 sudah mahu meningkat dewasa. jadi matang. dan rasanya, aku lagi matang dari kau. jadi, kau tak perlu risau yang aku tak boleh jaga diri.

aku bahagia.
seriusli aku bahagia kat sini.
bukan terpaksa.
ianya sukarela.
lebih kepada jujur dan ikhlas bunyinya.

chinta takkan jadikan aku jatuh, buat masa sekarang.
ianya kerana aku masih yang dulu.
tiada terjumpa sang awan lagi.

stress?

tidaklah!
tak usah nak merepek. aku bukan manusia tak boleh hidup tanpa chinta. aku fikir, kasih sayang famili, kawan2 semua dah cukup hebat. jadi untuk apa terlalu demand?

berubah?

biasa lah!
manusia berubah bila tiba masanya. bilamana sudah dihidangkan dengan terlalu banyak pengalaman. terlalu banyak kritikan. terlalu banyak makian. dan terlalu banyak kasih sayang.
semuanya berbalik kepada berkenaan dengan masa. kalau tak berubah seiring masa, tak moden ah kan. kau kata kau orang moden. orang zaman milenium. takkan tak faham?

tapi aku masih bahagia.

mungkin,
terlalu lama kita tak jumpa. terlalu lama kita tak sembang. jadi kau fikir aku yang berubah ya. itu tandanya, kau kena balik. jenguk aku.

haha. yang paling tak tahan. malas ah aku nak publish ayat kau tu. terimakaseh banyak ah. aku faham. aku takkan buat dah. chinta aku, biar aku simpan. berbalik kepada kalau ada jodoh, adalah. kan. tapi masalahnya, budak2 kat sini suruh aku terus terang. ada satu status aku kat facebook di mana aku bilang yang 'bilamana sukakan seseorang, ambillah risiko untuk bagitahu dia yang kamu sukakan dia, daripada kamu rahsiakan.'

ok aku sengal sebab post status tu.
maaf. aku tak cukup kuat untuk itu.
aku lebih pilih DIAM.

dan aku tahu kau juga setuju aku begitu. mungkin aku perlu lupakan semua ini semula. berbalik kepada aku yang dulu. chinta buat orang sesak. ya. aku setuju itu. aku dapat rasa ke sesak kan itu. its time to stay it as a secret and forget about it. chinta datang dan pergi macam musim. dan orang kata, kalau kau masih tak bersedia untuk dilukakan, tak usah lah kau mula nak berchinta. kan.

jadi mungkin aku belom bersedia.

terimakaseh. aku akan cuba kembali normal.
atau mula dengan remove dia dari friendlist aku.

*fikir*

tapi sayang ah weh.


aku bahagia ah.


Selasa, 25 Januari 2011

jatuh di bawah roda.

ada masanya aku rasa aku sakit sangat.
oh rupanya aku jatuh!

bila fikir2 balik, apalah masalahnya sampai jatuh macam ni sekali. kalau nak diikutkan, perjalanan drama hidup kau lancar saja. tiada apa yang nak dibimbangkan. tiada peperangan yang nak dikuatirkan. jadi apa masalahnya?

kau tengok gambar aku kat atas tu. lebih kurangnya, aku jatuh dari atas pokok itu. cuba korang bayangkan sakitnya macammana. walau nampak pokok itu punya dahan sangat rendah, tapi tetap sakitnya terasa di tulang. silap2 boleh lumpuh.

ok. ayat aku dah macam harem.

masih ingat yang mana hidup kita macam roda?
ya. aku sedang hampir berada di bawah. hampir berlanyak sama tanah. hampir lunyai.

aku minta, Ya ALLAH.
tetapkan aku di sini atau naikkan aku segera mungkin.

atau Kau memang mahu menjadikan aku di bawah?
supaya merasa betapa peritnya hidup?
supaya merasa sedikit bersyukur?

kalau itu, aku terima.
biarkan aku di bawah.

memang nyata hidup tak selalunya indah. hari ini mungkin aku dah buat silap besar bilamana cuba2 untuk pentingkan diri. cuba2 untuk hanya fikirkan diri sendiri. aku tahu kadang2 aku memang tak fikir panjang. tak fikir yang manusia lain juga punya hak. punya kepentingan diri. lupa yang mana manusia juga kadang2 jatuhkan nilai kepentingan dia demi sesuatu. jadi kenapa aku mahu berkira?

pentingkan diri takkan bawa ke mana. aku tahu itu.

cuma untuk masa ini, biarkan aku tunaikan dendam. biar aku pentingkan diri seketika. sementara.
halalkan rasa pentingdiri aku ya. aku mohon.

tapi kiranya aku beruntung apa. saat aku hampir jatuh begini, aku tahu aku ada seseorang. dan dia tetap ada bila mana aku rasa aku perlukan dia. ok, aku dah cukup pentingkan diri. hanya cari dia bila perlu. hanya bila aku rasa aku susah. hanya bila aku rasa aku dah tak lalu nak hidup. hanya bila aku rasa aku hampir lunyai.

tapi dia tetap nak dengar tiap patah keluh aku.
terimakaseh.

aku tahu aku sudah hampir jatuh. tapi aku tahu, tangan aku sudah disambut dia di atas. terimakaseh sekali lagi. jadi kedudukan aku agak stabil sekarang. tak tahu sampai bila.

doakan aku kuat.
doakan dia kuat.




Khamis, 13 Januari 2011

ini blog, gua punya.

kau tu yang supposely, sudah2 lah. jangan terlebih emo. nanti makan diri. blog2 jugak.

sebenarnya banyak lagi yang ditulis. segala kata2 nasihat dihamburkan setelah membaca entri bebel aku semalam2. aku bukan emo sebenarnya. aku cuma cuba katakan apa yang hati aku simpan. dia kena tahu yang aku ini suka simpan dalam. jadi lama- kelamaan, aku dipijak. dipijak. dipijak. dan dipijak.

sakit tahu tak?

bilamana aku mula nak berubah. mula nak mempertahankan apa yang aku rasa, apahal aku pulak yang diherdik?
salah ke aku? bukan aku keluarkan isu yang salah pon. aku katakan benda yang betul. memang ianya akan melukakan hati manusia2 yang sayang tapi kalau ini dah apa yang dalam hati aku. apa yang aku rasa, aku nak kata apa?

kalau mereka2 boleh suarakan hati mereka sesuka hati. secara terbuka. semua manusia boleh nampak. then, kenapa aku tak? kenapa bila aku yang bangkitkan, nampak semuanya salah aku?

hey, aku juga punya rasa.

dan kau. kalau mahu judge aku, tak perlu bermadah dan tulih ayat2 yang serupa ayat aku. nak nampak puitis dan pandai menulis lah tu. tak usah menampakkan kebodohan diri lah weh.

dan macam yang aku kata. semua pon nak menampakkan diri sendiri yang betul. aku pon macam itu. biarkan aku percaya dengan apa yang aku percaya. bila semuanya dah terjadi pada aku, biar aku yang tanggung. biar aku yang rasa. kalau aku bunuh diri nanti pon, kau tak perlu kesah. dan aku janji takkan menghantui hidup kau. puas?

aku tahu aku menyusahkan bila terlalu fikir apa2 yang aku tak patot fikir. kau kata, aku perlu sayangkan apa yang sepatutnya aku sayangkan. jadi, mana kau tahu apa yang patut aku sayangkan dan apa yangg tak patut? mari aku ingatkan, ini hidup aku. dengan bongkaknya aku boleh kata, semuanya biar aku yang tentukan!

tapi kau kenal aku kan?

aku tak bongkak. aku masih fikirkan manusia2 yang aku sayang. itu sebabnya aku masih kat sini. jadi seorang AKU!

kau kawan terbaik aku. takkan lah kau tak faham. jangan lecture aku boleh?

aku tak mintak disokong dengan banner bagai. cuma aku nak, fahami aku. hormatkan atas apa yang aku fikir. hormatkan atas apa yang aku rasa. itu dah cukup.

mungkin esok lusa aku akan dihukum atas apa yang aku fikir, atas apa yang aku rasa, tapi aku cuma harap, manusia2 yang sayang masih tetap kat sisi aku. sokong aku. itu sahaja.

kau boleh kata aku bodoh.
kau boleh kata aku pentingkan diri.
kau boleh kata aku tak guna akal.
kau boleh kata aku diracun pemikiran.
kau boleh kata apa saja.

kita duduk negara demokrasi, bukan?
jadi, terpulang.

cuma, ini. blog ini. dari sisi aku. terang dan jelas, bukan? ianya DARI SISI AKU. memang aku tak layak untuk suarakan selantang halilintar apa2 isu. tapi aku punya rasa. biar ini tempat, jadi tempat aku melampiaskan rasa aku.

bukan kau.

kalau kau nak, pergi buat blog sendiri.
okay. or else, kau boleh email aku sesuka hati macam yang kau buat sekarang. kasi penoh pon ok. gua tada hal. lu ok, wa ok. kita kawan. sampai mati.

hati aku dah ok sekarang. dah lega sebab dah luah segala. kau dan aku pulak, masih macam biasa. tak ada guna nak masam muka kalau aku kat Malaysia dan kau, kat Jerman sana. tak guna kan?

jadi. biar aku, jadi aku. hormatkan atas apa yang aku rasa. kadang2 aku boleh jadi manusia bodoh yang pandang sebelah mata. seakan tak berlaku apa2. dan kadang2 aku boleh jadi manusia bijak yang punya rasa. sebab hati itu, punya aku. aku sorang yang akan rasa. kalau aku sudah tak tahan, aku akan hambur. silap besarlah main api dengan aku. ok. kau faham?

cuma aku taknak membenci dah. biar Tuhan tentukan segala. senyum aku tetap untuk semua. semua layak. kita sama2 menumpang kat bumi Tuhan kan. jadi redha dan sedar mana letaknya kita. tak usah nak membenci. jika kita dimaki dan khianati sekalipon, let it be. Tuhan akan balas segala, kalau benar kita betul.

ingat, hidup umpama roda. sekejab kau diatas. kau boleh bangga. dan sekejab saja kau boleh berada di bawah. dipijak. lunyai. separuh mati.

sebab Tuhan mahu kita sedar.

Rabu, 12 Januari 2011

masih tak cukup.

kan aku dah cakap. siapa yang mahu mengaku dirinya TAHIK?

aku mohon Tuhan, ampunkan segala dosa dan salah aku kerana telah mengatakan dia salah. dia adalah manusia yang paling betul sifatnya. oh, ya. aku lupa!









pesan aku: ada aku sebut nama sesiapa ke? eh, kau terasa apa der hal?

cukup- cukup lah.

semua orang pon akan katakan yang dirinya adalah yang terBETUL sekali.
tiada siapa yang mengaku dia adalah TAHIK.

kan.

jadi untuk apa sebenarnya erti kebenaran?

jika kau memang tak mahu dengar.
jika kau memang tak mahu tahu.
jika kau memang dah tak sudi.

putuskan saja silaturrahim itu.
putuskan segala.

sebab tiada siapa diantara kita yang sudi merendahkan hati dan mengaku kesilapan diri. aku teringat puan mama pernah kata, 'biar orang buat kita, jangan kita buat orang!'

terima kaseh, puan mama.
sampai dinihari, kata2 itu aku letak dalam kepala. tak bagi keluar.

mungkin pada pandangan mata kau, aku dah pon dipengaruhi. kepala hotak aku dah diracuni. oleh kata2 bangsat manusia sejenis yang kau paling benci. yang kau paling hindari. aku nak tahu juga atas sebab apa kau membenci dan menghindari manusia sejenis itu. bagi aku kalau asyik dengar dari pihak kau dan abaikan pihak manusia sejenis itu, tak adillah kan. jadi mari kita dengar keduanya. kau dan manusia sejenis itu.

kau dan manusia sejenis itu perlu diberi hak yang setara. sebab perlu diingat, dunia ini kita bersama yang punya. tak perlulah kau nak matikan nilainya manusia sejenis ini. dia juga ada hak.

macam yang aku cakap tadi, tak ada guna kebenaran kalau kau tak mahu buka telinga dengar dari sisi manusia sejenis itu. tak ada guna. dan tak ada nilai.

terus saja kau mahu menghukum.
kau siapa?
SIAPA?

kenapa tak biar Tuhan saja yang membalasnya?

tak perlulah kau yang tarik muka.
tak perlulah kau yang nak balas segala.

aku bukan mahu berlagak baik atau buta alam seperti tiada apa. tapi semua manusia diberi hak yang sama untuk hidup. jika hari ini kita disakiti manusia sejenis itu. dan esok, kita pula sakiti dia?

dapat apa?
puas hati?
selepas itu?

weh, kalau dapat duit tak apa lah jugak. berbaloi2 membenci orang dan dapat duit, bukan?
tapi nyatanya, tidak.

apa lah salahnya panjatkan saja doa agar Tuhan ubahkan dia. dan perbaiki diri kita. sebab kita ini pon bukannya baik sangat. sama saja. kalau sudah namanya manusia. tak usahlah berkobar kata kau adalah yang terbaik. tak boleh langsung dikritik. manusia is manusia. norma nya memang begitu.

dan jangan sebab benda2 begini, nilai diri kita diperkotak- katikkan. memang kadang2 aku memang nampak ambik mudah, tapi tak. kalau sekali kau hilangkan rasa percaya aku, memang aku akan ingat sampai mati. tapi kalau kau hilangkan rasa percaya aku berSEBAB. dan sebab itu adalah kerna sifat jelek aku. aku terima. kamonlah. memang susah nak terima keburukan diri. tapi sama2 lah kita cuba. aku tak mahu mencari musuh. apatah lagi memutuskan silaturrahim. aku taknak bila mana aku mati nanti, tiada siapa ziarah kubur aku. nauzubillah minzalik. aku tak mahu.

jadi, bilamana ada ruang dan waktu. aku menyusun sepuluh jari aku, memohon maaf jika ada salah dan silap. aku, kau dan manusia sejenis itu tak mahu segala nya berpanjangan. cukup2 lah kabarkan pada dunia akan kejelekan kau pada dia. cukuplah2 kabarkan pada dunia betapa bangsatnya dia. cukup2 lah segala. aman sajalah semua. jangan ditambah lagi luka kau dan dia.

jika kau tak mahu berdiskusi. baik diam. tak usah bicara apa pon. kalau itu yang kau rasa terbaik. kau memang bijak. jadi teruskan. jika dikata salahpon. aku yang akan kau hamburkan amarah. jadi apa guna?

tiada kan?

terpulang. cuma jangan dibuka pekung di dada. ingat bahawa dia juga salah seorang dari kita. kau maki dia, maknakata kau maki kita.

full stop.

pesan aku: aku mungkin tak bijak. tapi aku ada rasa!

Sabtu, 8 Januari 2011

semua orang pon berchinta lah weh!

alahaii...

setiap masa nak mesej.
setiap masa nak kena melapor.
setiap masa.

kamon lah weh. dah macam tak ada kerja lain pulak aku rasa. sebab musabab inilah yang buatkan aku malas benar nak berchinta. semua benda pon nak kena bagitahu ke. haihh.

aku paling benci.
macam tak berdikari ok.

aku tengok orang lain berchinta ok2 je. apahal dia ni heavy semacam?
kemaruk sangat ke apa?

hish annoying tahu tak.
annoying!

Jumaat, 7 Januari 2011

rindu kamu.


kredit gambar di sini

yeah, its really lame bila terasa sangat2 rindukan kamu.
gila. padahal kau tu bukan siapa2 pon. kita tak kenal lama pon.

tapi bukan chinta ya.
cuma rindu.

rindukan gurau senda itu.
rindukan panggilan itu.
rindukan senyuman itu.

tapi aku simpan ah kan. takkanlah aku nak pergi sebarkan seantero dunia manusia mana yang aku rindukan. ye tak? tak berbaloi je aku kena gelak nanti. tapi kena gelak ok lagi. kena maki yang tak tahan tu.

jadi baik diam.

fikiran, sila fokuskan pada persiapan perkahwinan along ok. along dah stress gila sebab terasa banyak benda tak siap lagi. dalam hati aku gelak je. mana taknya, kahwin nak macam anak dato. mewah bagai. nasib lah aku kahwin nanti cuma nikah. syukur je aku rasa. tak menyusahkan.

tapi eloklah kan. along pon anak pertama, jadi gahnya kena lain macam ah. kami yang tengah2 ni, buat biasa2 sudah. ah, itu nanti fikir. yang aku nak fikir sekarang, apahalnya aku rindukan dia nih?

gila mengada ah.

Ahad, 12 Disember 2010

tolong tiupkan semangat itu.

kredit

kalau nak diukur tahap semangat aku, 00 hingga 10.
aku pilih 00.5.

gila amat sedikit.
aku ragu tak tahu pasal apa.

dah aku ingatkan diri pasal tanggungjawab yang mana Tuhan akan tanya nanti. jadi aku turutkan latihan kali ini. aku dah terasa aura tak ikhlas. dan seriusli aku alami mental breakdown. sikit saja lagi, aku pasti akan angkat kedua tangan aku tanda menyerah. menyerah segala.

haah, memang aku bukan manusia yang kuat segala mental. bukan latihan yang aku takutkan. apa dehal nak cuak latihan kan. kelakar gila vavi ah. cuma hati aku tak ada nak latihan. cakaplah aku mengada ke apa. yang pasti, aku bukan mengada. aku cuma ikutkan hati.

hati aku merajuk pada sesuatu mungkin.
nak bercerita, tapi tak tahu macammana. dan pada siapa.

seseorang bikin aku sakit.
seseorang bikin aku sesak.
seseorang bikin aku sebal.

aku tahu aku dibencikan sekarang. selalunya aku boleh je nak nasihatkan diri. cuba rilek2. lagipon kalau dia benci aku, bukan luak lemak2 kau semua kan. jadi apa dehal?
tapi disebab kan struktur emosi aku tak stabil. mungkin sedikit patah macam patahnya besi piling blok 1 condo Highlands Tower. jadi aku rasa macam nak mati bila orang benci kan aku.

serius.

atau mungkin bukan dia benci. cuma tak suka. atau hanya bergurau.
tak kesah ah apa niat dia sekalipon. apa yang pasti sekarang, dia dah berjaya buat aku jatuh.
jatuh sejatuh jatuhnya.

terimakaseh.

Jumaat, 10 Disember 2010

semester ketujuh.


DAH HABIS!





























tapi
training baru start. kena pagi2. kena joging2. kena panas2. kena hitam2. kena tidor2. kena ujian2. kena kurus2.
haihhh banyaknya kena.

cancel ah.

Jumaat, 3 Disember 2010

(I),(II),(III).(IV)

(I)
rimas rasanya bila tengok entri sebelum ini. tajuk sengal je. rasa nak remove pon ada jugak. tapi tak seronok ah kan. entah kenapa lah. aku rasa macam entri2 macam itu macam bukan aku je. itu entri gedik ok. seriusli bukan aku. jatuh chinta lah. apa lah. merepek meraban. dah lah asyik kena buli dengan rodi pasal entri ni. adehh. rosak imej.

dah lah. lupakan encik apanama perlukan masa. aku cuba. dulu aku penah janji dah nak kawan saja kan. aku kena tunaikan janji itu. biarlah dia nak senyum ke. dia nak lambai ke. dia nak bercakap dengan aku ke.

kuat.
kena kuat.

(II)
mahu bercakap pasal incik ayah dan puan mama.

aku yakin semua anak2 dalam dunia ini mahu nyatakan yang mereka punya ayahanda dan bonda yang terbaik. terbaik dari segala benda. semua pon mahu memuji ayahanda dan bonda mereka lah yang terbaik.

si ayahanda pandai dalam segala hal. dari kerja pejabat sehingga kerja berkebun.
si bonda hebat dalam segala hal. dari memasak sehingga memarahi kucing. eh bukan. anak.

norma manusia kan.

korang tak? --jangan bohong, Tuhan tahu.

macam itu juga aku. incik ayah memang pandai. puan mama memang hebat.
dan mereka terbaik. masih ingat cerita tentang aku eksiden hari tu. puan mama risau sebab aku kata aku pergi exam dah tak naik motor. sampai dia suruh incik ayah pergi jenguk aku. jadi malam hari itu, mereka yang caring+luving=carluv ni pon datang kat kolej. gila terharu aku. rasa sakit lebam sengal semua hilang. terus baik. nak tangis pon tahan macho je. tak suweet la kan nangis depan incik ayah dengan puan mama. bikin kena buli je nanti. tak nak haku.

dan lagi incik ayah sama puan mama datang lagi. kitorang pergi makan. suweet kan kitorang.

(III)
akhirnya.

aku mengaku kalah bilamana aku dah sedar yang rumet aku memang raja bercakap. aku boleh terus diam. jadi bisu bila dia bercakap. dulu atau semalam2 memang aku boleh nak celah2. tapi tadi. bila rumet aku dah bergabung dengan jiran aku. gamat.

diam seribu bahasa aku.

aku punya petah memang tak boleh lawan gabungan diorang punya petah. gila petah.

aku angkat tangan. pusing ngadap meja aku. baca buku. aku mengalah. memang aku ditakdirkan jadi pendiam. eh bukan. pendengar.
tapi seronok juga dengar diorang berdua sembang. macam lumba2 nak bercakap. semua pon nak cerita. dan sebab itu aku rasa akulah manusia paling memboringkan sebab tak pandai nak bercerita. kalau korang betul2 sembang dengan aku, aku tahu korang akan tangkap. aku memang tak pandai nak bersembang. tersasul lah. gagap lah.

jadi. untuk play safe. aku lebih rela diam. biarlah banyak mana aku nak cerita pon. banyak gosip aku nak bagitahu pon. memang aku akan pilih diam. mungkin aku lebih banyak ikut perangai puan mama kot. tak ramah bila bersembang. kalau dah kenal lama baru boleh bercakap tanpa henti. tapi kalau kau takat baru kenal aku macam aku baru kenal encik apanama. tak payah lah berangan nak sembang panjang dengan aku ya. aku memang tak seramah itu.

(IV)
aku cukup meluat kalau kau main telefon waktu tengah nak makan.

dah. itu sahaja.

p/a: aku tengah exam. lagi tiga paper. empat paper dah berlalu. memang kasi goreng cukup sedap dah. doakan aku ok. kenang daku dalam doa mu. daaa

Rabu, 24 November 2010

eksiden.

ingat tak hujan lebat semalam?

hujan mula membasahi bumi Tuhan sebaik sahaja aku habis kelas. itu sebab aku terpaksa lepak kat fek, makan semua dengan usahawan muda. hujan gila lebat. aku terkandas dekat fek dekat sejam jugak ah. bila dah reda sikit, aku pon jalan laju kat motor aku dan terus start motor. sebab aku fikir, hujan sikit aja. biasanya aku sempat sampai kolej dalam keadaan separa lencun.

tapi sebaik sahaja aku melepasi kawasan parking kereta fek aku, aku nampak kereta hitam belok ke arah aku. masa tu memang aku dah budget aku akan langgar jugak kereta ni. nak belok memang tak sempat dah. sedap je tayar depan aku landing dekat nombor plat kereta orang itu. aku memang tak ingat apa dah. sebab bunyi kuat gila. aku dengar orang jerit. mungkin dia saksi kejadian kot.

aku bangun, pakai helmet aku semula.

aku dengar orang tanya aku ok tak. aku jawab ok.
aku dengar orang tanya aku cedera tak. aku jawab tak.

masa tu aku tak nampak dah orang yang aku langgar tu. dan guess what, seingat aku dia lecturer kat fek aku. oh my!

hujan terus lebat gila time tu. aku terus rempit balik kolej. tapi aku dah terasa aura pelik kat motor aku dah. mungkin sebab hentakan yang kuat. serius kuat. lengan sampai bahu aku terasa lenguh. seingat aku terhentak dekat handle. cuak jugak aku. sampai sekarang, tangan kiri aku tak boleh angkat cawan ni. nak mintak urut, tapi tak ada siapa. time aku eksiden lah, rumet aku nak balik rumah dia. aku jadi down. lepas magrib je aku terus tidor. tak tahan sakit sebenarnya.

motor aku tak pastilah teruknya tahap berapa. yang pasti esok nak kena bawak pergi bengkel. nak check handle. tapi fulus pulak tak ada. tadi incik ayah call pon tak sempat nak angkat, PA aku dah jawab dulu. nak call semula lupa. sebab terus tidor. esok pagi aku call incik ayah semula lah.

tapi alhamdulillah jugak ah sebab aku eksiden tak teruk mana.

sebabnya. aku memang jenis akan eksiden kalau aku berada di satu tahap pembelajaran. maksud aku, sekolah rendah, sekolah menengah, matrik. dan sekarang universiti. di tahun akhir. kira ok lah. cukup korum. bukan tak berhati- hati, berhati dah. kun fayakun kan. benda nak jadi.

sudahnya. disebabkan fulus aku kurang memberangsangkan sebab dah hujung2 sem ni, aku nak mintak kawan2 lelaki aku tolong tengokkan motor. tapi entah sapa. aku cuma nak make sure motor aku masih selamat di naiki. untuk repair segala, kena tangguh. nanti lepas habis periksa, cuti aku bawak balik motor balik rumah. time tu nak repair segala boleh.

dan badan aku yang rasa tak sedap. sengal2 segala ni. aku tak tahu nak buat macammana. haihh. puan mama kata pegi klinik. tapi faham2 lah aku kan.

ini malam aku kena sambung stadi. exam aku kamis ni. wish me luck. doa senyap2 ok. aku doakan kau. kau doakan aku. terimakaseh.

Rabu, 17 November 2010

untuk aku, kau dan dia.

Wahai Wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa, umur atau rupa
Oh asalkan kau Wanita

kalau kau orang pantas selari dengan kepantasan dunia tekno sekarang, pasti kau orang dah lihat video satu kapel buat drama kat tepi jalan di kota Kuala Lumpur. ya. budak melayu. ok, jangan mula mendiskriminasi bangsa. apa Datuk N kata? 1 Malaysia. oh itu budak Malaysia. Malaysia!

yang mana kita semua tahu apa agamanya. cuma tak tahu siapa makayah nya. banyak manusia menyalahkan makayah budak2 ni. tapi aku rasa yang salah bukan makayah mereka. macam biasa, salahkan empunya diri sudahh. mereka yang buat, apahal pulak mahu salahkan orang yang melahirkan dan membesarkan mereka?

tak adil bukan?

tapi kenyataannya, itu baru sedikit aktiviti sosi budak2 remaja sekarang yang terdedah. banyak lagi sebenarnya. cuma agak sedih ah bila benda2 macam ni jadi. nampak sangat jatuhnya moraliti insan dalam dunia ni. dan sebab benda2 macam ni jugak menambahkan sebab betapa tak perlunya kapel dalam realiti hidup sekarang.

kamonlah. wanita. kau bukan mati kalau tiada lelaki. lagi2 lelaki yang haprak macam dalam video itu. oh mungkin kerna chinta lah. tapi apalah sangat chinta kalau itu saja yang kau dapat. tanpa ikatan, kau sudah mahu bagi segala pada dia. apasal? tak boleh nak tunggu ada ikatan? yang sah! jangan salahkan lelaki dalam hal2 begini. kalau sudah disorongkan bantal, manalah mereka mahu menolak. kan. jadi kita sebagai wanita lah kena jaga. siapa lagi kalau bukan diri kita sendiri. sudah terlalu banyak kes2 sosi yang dihadapkan ke muka kita, ke telinga kita. sedarlah. maruah bukan boleh dijual beli, sayang.

mahalkan diri bak kata fynn jamal.

tak salah kalau kita kapel. memang aku tak gemar tapi siapa lah aku untuk tentukan hidup kau. hala tuju hidup kau. aku bukan siapa2. tapi cuba fikir, sekali kau kapel. kau bagi kekasih kau pegang tangan kau. lepas tu putus. kapel kali kedua, kau bagi pegang tangan lagi. kata kau, ini baru cinta sejati. yang dulu cuma monyet punya cinta. ok. tapi sudahnya aku dengar kau putus lagi. dan kini, aku dengar kau sudah punya cinta baru. normaliti bodoh manusia kapel, mesti pegang tangan. sudah berapa kali pegang tangan. sudah berapa kali putus. tapi apa2 pon kau tak dapat. lelaki berganti2 kau pegang. meh sini aku ingatkan, bukankah kau dan dia bukan muhrim? jadi pegang tangan itu termasuk dalam dosa bukan? aku mungkin kurang nampak tutup segala, tapi aku tahu yang mana itu dosa, yang mana itu pahala.

ok. sekarang kau sudah label aku naif. ya naif.
mungkin sebab aku pon tengah tak bercinta. jadi kau kata, aku memang suka kutuk2 manusia yang tengah bercinta ini. suka hati lah. tapi untuk pengetahuan, aku punya ramai kawan yang bercinta. aku tak ada hal. kau tanya mereka, aku tak ada paksa mereka putus segala. tapi pandailah kau jaga. janganlah asyik menyendeh sentiasa. kan. masyarakat pon meluat. kau ingat kau seorang yang bercinta? kamon lah, orang kahwen pon boleh berlagak selamba.

masih berbalik kepada video yang awal tadi, itu bukan setakat pegang tangan. kau peluk depan khalayak. siap cium pulak. takut sangat kau hilang kekasih kau. kekasih kau yang bangang tu pon kononnya marah sebab kau lebih pilih klcc dari dia. bodoh. 150 juta kali bodoh. aku tak tahu mahu maki macammana lagi. kau nampak macam budak sekolah. kekasih kau pon muka budak tepi jalan. maaf cakaplah, kau salah kalau kau takut hilang dia dan kau kata kau tak boleh hidup tanpa dia. kau salah. lelaki dik. bila2 masa dia boleh tinggalkan kau. lagi senang kau bagi, lagi senang dia tinggalkan kau.

dan semua lelaki pula nak wanita yang baik2 untuk dijadikan isteri. bila kau sudah bagi segala, kau fikir dia mahu ambil kau sebagai isteri? untuk ditunjukkan pada makayah dia? mahu diperkenalkan bagaimana?

"makayah, ini kekasih saya yang saya dah cium dia dikhalayak ramai di pavi malam hari tu. saya nak kahwen dengan dia!"

jika makayah kau masih punya agama, paling minimum dia akan halau kau dari rumah. dan maksimum, dia akan rodok pisau ke perut kau.

rasanya macam2 cara sudah dilakukan untuk membendung gejala sosi begini. gejala2 begini lah yang buatkan bertambahnya kes buang2 bayi sekarang. ah sudah, aku macam sudah mula mahu buat karangan fakta spm pulak. yang bertajuk gejala sosi. bangang. aku benci keadaan begini. aku rasa macam nak picit2 dua manusia dalam ini video.

itu sebab aku cukup takut kalau mahu kapel. lelaki mesti tak boleh terima kalau aku taknak itu-ini kan?
hahahaha. ini cepumas. tapi aku tahu masih banyak lelaki2 baik kat luar sana yang boleh diharap. tak apa. aku tunggu kamu.

*gelak*

mungkin wanita2 di luar sana takut jika tak ditunaikan permintaan2 bodoh sang kekasih, dirinya akan ditinggalkan terkapai2 keseorangan. ok mungkin kau tak bisa hidup sendiri. mungkin sudah terlalu biasa hidup dengan di sisi kau ada kekasih kau. ada lelaki. tak apa lah. kau katalah padanya yang kau tak mahu. jika dia mendesak. tak apa jika tinggalkan dia. tak apa. kalau sudah bukan jodoh kau. Tuhan kan ada. Tuhan itu Maha Tahu. Tahu segala.

"jom pegang tangan!"
"tak mahu. simpan untuk suami"
"kalau macam itu kita putus lah!"
"ok!"

dan biasanya lelaki akan kata, kalau tak boleh itu, tak boleh ini, pegang sikit pon tak boleh, untuk apa kita kapel?

hah. itulah maksud aku. nampak kan?
kapel tiada guna.
kalau benar lelaki itu mahukan kau, kasi tahu sama dia.

"Incik ayah sama Puan mama sudah tunggu di rumah. datanglah!"

sonang!
sudah lah dosa banyak akibat bergosip. lagi kau mahu tambahkan dengan kapel. fikirlah. kau budak universiti kan?
lagipun kau takkan sunyi dengan hanya kau tidak punya kekasih.
kau takkan sunyi. kau punya kawan2 kan. kalau aku, aku bersyukur. ramai kawan aku sudah berkapel. ramai kawan aku sudah bertunang. ramai kawan aku sudah berkahwen. tapi semuanya masih ada masa untuk aku. terima kaseh, Tuhan. aku nampak mereka masih ada untuk aku.

weh, mari aku kasi tahu. jujur aku cerewet dalam soal pemilihan lelaki dalam hidup aku. terlalu banyak yang dia perlu ada. dan dia tak perlu ada. mahu aku senaraikan?

nanti2 lah. memang aku sudah mahu fikir mahu buat satu entri untuk bakal pemilik hati aku. tapi nanti2 lah. aku masih mahu memerhati. tapi aku masih ingat janji aku. korang masih ingat?
alah...janji yang mana aku mahu incik ayah dan puan mama carikan calon suami untuk aku..?
ok kau boleh gelak sepuas hati. kali ini, aku mahu ubah sikit janji aku. aku akan minta incik ayah dan puan mama carikan calon untuk aku bilamana aku sudah berumur 26 tahun dan aku masih sendiri.

penat membebel.
cuma aku minta.
ambil serius apa yang aku kata.
video itu serius haprak.
jangan ikut.
korang, kawan2 aku, jangan buat begitu.
kalau aku tahu, aku langgar korang dengan myvi putih incik ayah aku.

serius.