Memaparkan catatan dengan label kesah hoki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesah hoki. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Oktober 2010

terakhir kalinya...


banyak kali dalam hidup memang kita terpaksa meneruskan hidup tanpa impian dan harapan. ataupon terpaksa meninggalkan impian kita. kerna mahu selari sama hidup. yang kadang2 sepertinya tak adil. tapi Tuhan itu Maha Tahu kan. semuanya ada hikmah. kalau tak begitu, begini. kalau tak begini, begitulah.

ini hari, aku rasakan aku lah manusia paling gagal dalam pentas lakonan yang Tuhan kasikan. aku rasakan aku lah manusia yang paling dem saat ini. jika dikasikan manusia untuk aku tumbuk, mungkin dia sudah pengsan atau tenat di ppum. haish, entahlah.

sepertinya aku letakkan akal aku di kaki.
langsung tak bisa berfikir. jelas.

kecewa. ya. itu mungkin perkataan yang paling sesuai untuk aku saat ini.

kisahnya begini. aku seorang yang tiada apa untuk dibanggakan. cuma itu. itu sahaja permainan ataupun priority yang aku ada. aku tahu. walau tidak sampai tahap star. tapi sekurangnya aku tahu. kenapa itupon kau mahu ambil dari aku?

sebulan lebih memang macam pejam-celik. tapi bila kau rasa sesak dengan assignment dan test yang melambak, dan itu semua kau sanggup korbankan untuk permainan ini. sanggup tak tidur malam untuk langsaikan segala assignment dan buat revesyen. sanggup korbankan masa lepak kau dengan member2 kau.
dan akhirnya, kau dikasi tahu...TIADA GAME UNTUK ITU.

ini tak kelakar ok. mungkin ini terakhir kalinya aku bermain untuk itu. tiada istilah tahun depan. mood aku benar2 down. aku sendiri tak faham. jika dari awal memang kau rasa takkan mungkin kau dapatkan tempat untuk game, kenapa mesti kau tabur janji dengan akan ada jugak game? biarkan aku cipta lagi impian untuk main? biarkan orang lain juga bina impian untuk main?
kamon la weh. kau ingat setiap masa kami air yang mengalir kat longkang ke?
kenapa macam taknak bertanggungjawab?

bukan semua orang ada masa untuk esok.
bukan semua orang ada masa untuk lusa.
apatahlagi minggu depan.
tahun depan?

tak usah lah berharap.
eh, kau sedar tak kau sudah hancurkan harapan dan impian orang lain?
wake up lah!

sedar sikit.



baguskan rasanya hampakan orang?

.
..
...
....
...
..
.

p/s: pihak yang bertanggungjawab. plis. aku harap. usaha. masih ada masa kan.

Selasa, 21 September 2010

aku, encik apanama dan hoki.

banyak kali dalam hidup memang kita tak boleh nak jangka. macam tadi. aku jumpa encik apanama. ok dia kurus. berdebar sikit tapi aku kan, selamba sudah. tegur sepatah dua, then blah. member dia pon dah pandang semacam. aku taknak ah dikata gatal. hish aku memang anti sungguh ayat tu. entah apa yang member dia fikir. aku ok je kalau budak perempuan tegur2 ari dulu. ala, lepak sudah. ok ari dengan encik apanama tak sama. ari suka layan perempuan. encik apa nama? entah. tak tahu nak klasified macam mana.

kalau cinta jangan kacau
kalau sayang tak perlu marah
kalau ikhlas tak minta berbalas
serahkan cintamu
pada yang punya cinta

bait lagu aliff aziz ft joanna. aku rasa lagu ni takada kena-mengena pon dengan kisah hari ini. tapi cuba korang tengok baris ketiga. kalau ikhlas tak minta berbalas. bagi aku, itulah yang sepatutnya dipraktikkan oleh penchinta2 sekarang. ikhlas tu kan Tuhan saja yang tahu. seikhlas mana kita suka atau sayang pada seseorang itu, cukup sekadar dia dan Tuhan kita yang tahu. kalau ada jodoh, adalah. kalau tak ada, terima saja takdir Tuhan. kalau kita ikhlas suka atau sayang kan dia, lihat dia bahagia kan lebih buatkan kita bahagia.

jadi tak perlulah kita nak paksa dia terima kita, ye tak?
ala, macam orang kata...chinta tak semestinya perlu bersama. mungkin dia chinta kita, tapi bukan jodoh kita. kan. dunia ni macam2 kesah. macam2 perangai. macam2 ragam. just take it or leave it. all or nothing. semua pon taknak bagi picisan2 kan. jelas manusia tamak. apalah salahnya biarkan dia hidup bahagia. macam aku biarkan encik apanama bahagia.

sudah. aku taknak cakap yang aku suka encik apanama lagi atau tak. kalau dia baca entri ni mahu malu aku. silap2 aku dengan dia dah tak boleh bersua-muka. aku taknak macam tu. kalau dia pilih kawan. maknanya dia kawan aku. dan bila aku dah anggap dia kawan aku, no feeling2. aku tak minat nak berchinta2 dengan kawan aku. kalau dah kata kawan, kawan dengan aku sampai mati. ok.

dan lagi. hari ini aku masih tak buat keputusan nak main hoki lagi. keputusan yang nampak senang tapi susah. banyak benda kena fikir. luar-dalam. tapi apa2 pon. aku akan buat keputusan yang terbaik. cumanya mungkin, aku belum ada moral. will see esok macam mana. dan juga, tadi aku sudah biasakan di public pakai seluar rabak. janggal sebab nampak macam miskin dan selekeh. tapi biarlah. mahal tahu.

*senyum*

sekian untuk hari indah ini. terima kaseh atas segalanya, ya ALLAH. aku bersyukur.

Rabu, 5 Mei 2010

bila aku angkat kedua tangan. menyerah!

kali ini aku tak mahu kata tentang manusia lain. aku cuma mahu kata tentang aku. kisah aku. inilah aku. ke-anak2an. tak matang. ter-buru2. pentingkan diri. cepat melenting. tak mahu kesahkan perasaan manusia lain. sengal. dan segala sifat mazmumah yang lain.

bilamana aku sudah boleh mati demi kawan2 yang aku suka. rupanya aku buat silap yang paling besar dalam hidup aku. manusia yang tidak tergolong dalam kawan2 yang aku suka, aku ketepikan. aku makikan. aku biarkannya terhuyung-hayang. tak mahu hulurkan tangan aku untuk menyambut nya yang sedang jatuh.

aku biarkan dia.
biar.

ini rupanya aku.

inilah yang aku katakan orang lain lebih nampak siapa kita sebenarnya. lebih arif dari diri-sendiri. aku akur. aku salah.
MAAF.

hukumlah aku. makilah aku. herdik lah aku.
aku bukan kawan yang baik. tiba- tiba aku rasa sayu sangat. aku mahu kawan, tapi pada masa yang sama, aku khianati mereka. pembalasan kah ini?

sumpah. aku tak ada niat. biar aku yang sakit dari aku menyakiti yang lain. aku tiada niat.
mungkin kerana aku tak matang. tidak berfikir ke hadapan. lupa bahawa kamu punya hati. hati perempuan yang halus dan lembut.

sentuh perlu ada cara. dan maaf, cara aku kasar.
sebab aku bukan macam kamu. lemah gelamai segala.
maaf sekali lagi.

aku mahu niat sekali lagi.
dengan sesiapa pun manusia itu.
perlu jaga hatinya.
tidak kira dia manusia yang bergelar musuh ketat aku.

akan aku jaga.
akan aku berbuat baik.

tapi izinkan aku melenting bila ianya tak kena dengan aku. contohnya, jika kamu mengata aku. haha. lawak saja.
okeh. kamu kata aku, aku tidak luak. jadi aku akan biarkan. katalah sebanyaknya. aku redha.

dan sekarang, akan aku angkat kan kedua tangan tanda menyerah. wah, terasa senang dapat memaafkan dan teruskan hidup dengan girang. kalau beginilah rasanya, aku akan terus begini. memaafkan dan menyerah.

aku sayang kawan2 yang aku suka. kamu2 lah manusia terbaik yang selalu ada dalam hidup aku. nanti2 bila kamu2 tak ada. mesti sunyi gila. mesti senyap gila. dan masa itu, tiada lagi kata2 mengata atau usik2 dari kamu2.

haish. macammana rupa hidupnya nanti.
tapi apa2 pon. aku akan berubah. aku akan beri peluang. pada diri. pada orang lain. meski ingat bahawa dunia ini milik semua. kita tak biasa arahkan manusia lain hidup dengan cara kita hidup. okeh, aku akur.

selamat untuk semua.
selamat untuk kawan2 yang aku suka.
selamat untuk encik apa nama.
selamat untuk footballer UM.
selamat untuk hoki 5th.
selamat untuk palapes UM.
selamat untuk footballer selangor.

dan selamat untuk segalanya.

Isnin, 18 Januari 2010

gangsa bukti kuasa.


benar orang kata, kesah silam akan mempengaruhi 'apa' kita pada masa sekarang.
inilah yang jadi pada kami, si hina pemain hoki kolej.

mungkin kerana tahun lepas kami tak menyumbang sebarang pingat, kami dipandang cuma sebelah mata. dan pada tahun ini, target cuma di quarter. tapi manager cuba tinggi sikit dengan mangatakan kami akan ke semi.

kelakar. terasa macam tak guna bila orang lain tak yakin dengan kebolehan kita.
sudahlah kami berlatih cuma dua minggu. itupun belum tolak dengan hari yang tak turun latihan sebab hujan. tambah pulak dengan official training dengan fairus cuma dua hari. yang lain, kami berdiri di atas kaki sendiri.

sedih dengan pengurusan sukmum kolej. terasa pasukan hoki dianaktirikan. dengan tanpa penyokong, kami berjaya ke quarter. terima kaseh kepada 4th kerana membenarkan kami melangkah selesa ke semi dengan 2 gol berbalas kosong. pagi itu kami bermain dengan penuh semangat.

semangat untuk membuktikan kami mampu.
semangat untuk membuka mata pengurusan sukmum kolej.
semangat untuk mengelakkan kami dianaktirikan lagi tahun depan.

watever.
tahniah kepada pasukan hoki kolej 5.

Jumaat, 15 Januari 2010

reveal.

atas apa yang aku risaukan, sudahpun aku dedahkan. tapi tak apalah.
iya. aku mengaku. kadang-kadang, some kind yang berbentuk reveal2 ni, berjaya jugak.
okay, encik jebat. aku mengaku salah. cara ini mungkin berkesan. iya, kau bijak.

dan satu, aku tahu dah aku jenis manusia yang tak simpan dalam hati. tapi ikut pada situasi lah. bilamana kekasaran atau kesilapan itu sudah diakui, maka dia pun sudah minta maaf. dan kami sudah berbincang dari hati ke hati, ya...aku takkan simpan dah!

oh, jadi aku ni pemaaf juga orangnya. bodoh. baru aku tahu.

tengok.
macammana aku nak cakap orang lain kenal aku, padahal aku sendiri tak sure macammana aku.ah, susahnya menjadi seorang aku.jadi konklusinya, aku tidak mudah dipredict. im not predictable.

oh, lupa.
before kejadian reveal me-reveal ni. ada lagi satu kejadian yang memberi impak dalam hidup aku.

haha.HOKI.
tadi team 5th frenly dengan 8th dan 11th. janjinya dengan 4th, tapi tak sempat sebab player futsal sudah sibuk nak bermain.

keputusan :

5th vs 8th>>>>>4-0 [menang]
5th vs 11th>>>>>1-0 [tak menang]

seriusli, 11th memang terrer. tapi aku rasa kami berjaya menggoyahkan player diorang. tapi tak apa. segalanya akan diusahakan lagi.

ikhlas banyak lagi tentang hari ini tapi, badan dah letih. fikiran dah penat.nanti2 saja lah.

sekian.

Rabu, 8 April 2009



assalamualaikum and greetings to all,
21 jan 2009...
tadi we had a friendly game with 4th, ak da ckp awal2...jgn terlampau yakin and jgn terlalu
takut@ cuak...
ak raser we all da start with berdetak di hati...ye la, baru 1st time lawan[this is good jugak,
nasib dgn frenly ni dpt show pd diorg y maen 1st time ni cmne keadaan sebenar!]
but then, dikejutkn pulak dgn hit kak ayu yng power [aku tau dah dia hit hebat gile! cume ak
silap sbb xgitau fairus mende ni,,,fool myself!]
game start berterabur bile tukar org, lagi la...cam hampeh!
ak raser ni susahnya maen ngan palapes...stay pd 1 arahan [somethin y buley jd kebaikan juga
keburukan!]
diorg stil cuak ngan pukulan mangkuk kak ayu...[hebat dia ni!]
tp ak raser dia takat hebat hit kuat, kalo team kte boley train hit...kte mesti boleh!
hey, kita kn sesama manusia...apa y xboley nya??
gol 1st mampu naekkan semangat!!!
tapi, kejab je...diorg da samakn...then gol utk diorg lagi...lagi...
ntah berapa...1st half diorg mng...2nd half kte, then 3rd half diorg...

satu je sebab kte maen cm hampeh...
BLURR!!!!

maybe terkejut sbb 1st time maen...dulu maser ak darjah 6 cm2 gk! TERKUJAT lebih...
but then, bila kte renungkn balik...kte boleh sebenarnya!

just, JGN CUAK NGAN OPPONENT!!!!

kita mesti confident ngan diri kita, if not buat apa berlatih tiap2 ptg??
nk fit???please la...

berjuang biar sampai ke titisan darah yang terakhir,
cm2 gk maen, maen habis2an sampai dgr bunyi wisel penamat...

ingat pd kata fairus,
selagi wisel xbunyi...selagi tu kita ada harapan menang!

last goal, win all!!!
[betul ke ayat aku neh??]

haha..
y pasti ak masih x puas hati,
pdg kecik boleh la...
try dtg 5th,
kasi tunjuk sama dia!!

Khamis, 19 Mac 2009

bena smula minat hoki..

ummi


zura & na

team hoki 5th

no bertuah??

kejohanan hoki sempena SUKMUM ni da lme berlaloo actually~
tapi xpe...alkesahnya gini...memandangkn lme gile ak xmaen benda alah nie..ana pun ajak
trase ak membena smula minat kat hoki ni..
walaopun kalah & tiada jaringan y dpt dibanggakn tp aku gumbira kerna dpt bermaen smula..hehe