Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan

Isnin, 27 September 2010

syok sendiri.

ok. siapa rasa program semalam syok sendiri, sila angkat tangan!

ya. anda sangat membantu. kadang aku tak faham. bila kita buat projek, kita yang dikata syok sendiri. oh, bila depa buat, tak ada pulak kesedaran yang depa lagi syok sendiri? serius shit. punyalah aku turun awal nak bagi support. iyalah, program raya kan. aku memang cukup suka. pakai baju raya semua sekali kan. tapi inilah yang merudumkan mood raya aku.

bukan kesah makan yang aku nak cerita. iyalah, kalau raya-mesti makan kan. tapi bukan aku. aku dah mula diet. aku melantak satay je. even banyak lagi juadah yang enak-belaka lain.

kesahnya.
kata open house. apahal nak makan pon kena beratur bagai. ok, itu ethic la konon. tapi, weh. rumah terbuka kot. perlu ke kau nak catu2 makanan. biarlah diorang nak ambik sendiri. ingat semua orang lahap sangat ke nak ambik banyak2. semua orang tahu kenyang kot. baris macam nak pergi mengundi. sudahnya, at last melambak makanan tak habis. membazir.

lagu raya nyanyian org2 kau. haah. ini nampak sangat syok sendiri nya. aku tak lah kesah sangat. suara sedap ke tak ke, itu hak masing2. apalah salahnya kau undang or buka pada sesapa yang nak nyanyi ke. undang artis memang susah lah kan. bagi pengetua kita nyanyi ke. its not a crime apa. bukan selalu kita nak dengar beliau nyanyi pon.

duit raya pada yang bekerja. haram. lagi syok sendiri. sudah memang projek kau, memanglah kau yang buat kerja. lainlah kau kabor ke satu kolej. siapa free mehlah tolong masak. siapa paling rajin masak dapat duit raya!

hampeh.

macam itu jugak yang dapat baju tercantik. haah memang cantik baju2 kau. aku tahu korang kawan2 ajk jugak kan. nampak sangat lah weh. apalah salahnya, kau bagi baju tercantik tu pada bukan muslim ke. nampak sikit menghargai diorang yang susah payah turun pakai baju kebangsaan kita. korang tahu tak, ada chinese yang tak mahu turun sebab kena pakai baju kebangsaan?nampak tak ketidakadilan-nya kat situ?

mari aku tanya. kau nak ke pakai sari masa deepavali nanti? atau pakai ceongsam masa raya cina nanti? tanya diri sendiri dulu, then baru tanya rumet kau.

p/s: kalau budak2 aku yang buat program syok sendiri, memang time tu jugak aku ben!

Sabtu, 18 September 2010

kan masih raya.

bermaaf2an lah selagi punya masa.
bermaaf2an selagi punya rasa.

andai esok sudah tiada.
tidak perlu kau kesal segala.

Tuhan itu Maha Tahu.
apa kau rasa.
apa mereka rasa.
tak perlu katakan pada dunia, bahawa kau baik segala.

kan aku sudah bilang,
Tuhan itu Maha Tahu.
Maha Segala.

Katakanlah : Tuhan itu satu.

Khamis, 9 September 2010

esok hari raya.



malam raya memang famili aku akan tenang2 masih mengemas lagi.
sambil2 dengar lagu raya dari bittersweet, butterfingers, hujan ft raihan.
entah kenapa aku lebih pilih lagu2 seperti ini dari lagu2 klasik yang lain.
bukan lupa daratan, cumanya liriknya lebih ringan.

apapon.
selamat hari raya untuk semua.
raya yang masih biasa.
cumanya berharap ianya lebih bermakna.

tema baju merah darah.
tema langsir hitam putih.
biskut2, kerepek2.
datang rumah, jangan segan ok.

Sabtu, 4 September 2010

cepat bisingkan blok dgn lagu raya!

hahaha. bilik aku dah macam disko raya dah. rumet aku, kumi memang selalu pasang lagu raya. nak tahu, puasa pertama dia dah start pasang, punya semangat la kan. esok aku dengan dia dah nak balik rumah masing2. blok pon hampir kosong. jadi tak salahkan aku nak riuhkan blok ni dengan lagu raya kan. syok weh. ikutkan hati nak gegarkan speaker. tapi aku consider jugak, bukan bilik aku saja yang tinggal kat blok ini. lagipun dah pukul 3 plus2 ni. sat lagi ada yang kena sound dengan pak guard kang. eh ke pak guard pon dah balik kampong?

buat kawan2 yang dah sedia ada kat rumah, kerja kan lah rumah tu bagi licin dan kilat. cat rumah. cuci tingkap. cuci kipas. mop lantai. ubahsuai susun atur perabot. pasang langsir. buat kuih raya. gubah bunga. letak pewangi.
oh, lupa. pasang pelita. maen mercun.
buat kawan2 yang baru nak gerak balik sama macam aku, berhati2 di jalan raya. esok aku syak jalan konfem sesak. jadi tak usah nak ter-buru2. raya jumaat depan. tak payah nak racing2 balik rumah.
buat kawan2 yang memang tak ada jodoh nak balik lagi. bawak2 la beli tiket balik kampong. raya kat kampong best wo. kalau korang tak ada kampong, jom raya kat rumah aku. sila kontek aku yeh. tapi nanti kena ikut schedule famili aku lah. memang padat sampai raya ke-lima!---famili besar la katakan. famili guwa satu kampong. so semua rumah kena pergi. haha.

dan tadi memandangkan ini hari last aku kat kl ni, aku pon plan pergi buka puasa kt strawberry field kt pj then malam gerak pegi downtown. niat nak cari pin tudung. dan baju raya.

ok. satu cherita. aku dah cakap awal2 dengan puan mama, nak beli baju raya siap. then, nak usha la kat bazar. but then, puan mama kata, tak payah kot. sebab banyak baju dah hantar kat tailor untuk jahit. jadi hasrat untuk ke bazar beli baju raya, aku tangguhkan. aku pon malas lah nak berbaju raya banyak2. then, tiba2. bila ambik baju yang pergi hantar kat tailor tu, baju aku sepasang aje. itupon baju wajib. (baju wajib=baju sama satu famili). kan aku dah kata. instinct aku betul. sebab seingat aku, aku tak ada beli kain lain untuk dibuat baju. so puan mama pon serba salah. alah, kesian anak aku tak ada baju raya. mana taknya, adik bradik aku semua baju 3 helai. siot je aku tak ada kan. tak raya lah kalau tak ada baju raya.

so, akan aku aturkan satu masa, seret famili aku pergi pkns. beli baju. tema masih merah. aku fikir nak beli baju kurung moden merah plain. merah garang. ewwww. merah mak ngah!
senang sikit beli kaler merah ni, boleh buat pergi majlis kahwen along terus nanti. tak payah nak susah2 beli lagi. tak tahu lah kenapa, tema merah raya ni sama dengan tema along aku nak kawen. memang jimat famili incik ayah dan puan mama.

hiasi diri indah
riangkan hati gundah
bersihkan jiwa
sesuci lebaran

ececceh. kebetulan lagu ni tengah berkumandang. ok. lain tak ada apa. selamat hari raya. maaf zahir & batin.