Jumaat, 9 April 2010

kejauhan.


baru tadi aku call mama. tahu sudah pagi ini mereka akan bertolak balik kampung. sudah sampai di negeri sembilan katanya. ayah memang terkenal dengan kelajuannya membawa kereta. bapak borek, anak rintik kot. tengok aku sudah. kalau aku sudah hebat, ayah aku mentor aku kot. mestilah hebatnya dia lagi berganda. weh, kejab. hebat? hebat kah aku?--siot perasan.

dan hari ini juga, sudah ramai kawan2 yang ambil kesempatan pulang ke kampung. kenapa aku tak balik?--bukankah selalunya aku yang sentiasa mahu balik kalau tiba hujung minggu?

mana taknya, sudah mama&ayah aku balik kampung. aku nak balik rumah pon buat apa. lagipun periksa dah nak dekat. lepak UM pon bagus apa. (heh, sebenarnya sedih. mama&ayah tak ajak ikut balik kampung).

mahu dikhabarkan di sini, ya. kampung saya bukan kampung jawa. saya orang luar negara. haha. negara kecil di sebelah Malaysia. tapi saya masih sayang Malaysia.

gila poyo.

syukur alhamdulillah. rezeki ayah aku mungkin. mahu ke mana saja mampu. moga Tuhan tak jemu beri rezki lagi pada kedua mama&ayah aku. mereka sangat baik. Tuhan tolong jaga mereka, ya.

oh, kali ini aku biarkan. mama&ayah mahu berdating berdua mungkin. haha. tapi nanti, bila tiba masa mahu ke brunei, aku tak kira, aku nak sibuk ikut juga. bulan sepuluh nanti. anak angkat mama&ayah aku kahwin. jadi kami sekeluarga akan ke brunei bulan sepuluh nanti. brunei, tunggu kami ya.

sebenarnya aku kena balik rumah juga. tengok2 kan adik2 yang ditinggal. kan aku sudah kata, mama&ayah aku mahu berdating berdua, jadi adik2 aku yang masih bersekolah di rumah, ditinggal. tapi mak usu aku ada di rumah sebelah. dia boleh tolong tengokkkan. aku pun kena buat2 busy la kat tempat menuntut ilmu aku ni.

tapi esok mungkin aku akan balik rumah juga. rasa pelik bila tak balik.

eh, lupa. mama&ayah aku balik kampung sebab anak pakcik aku kahwin. entah kenapa semua orang nak kahwin sekarang ni. apapun aku doakan semua berjalan dengan lancar.

p/s: mama&ayah aku nampak muda kan. mcm orang baru kahwin gitu. haha

Isnin, 5 April 2010

pasang niat. baik gila.

*bukan perisa sebenar*

okay.
even bangun pagi dengan rasa bengang sebab tidur tak cukup. masih nak lelap tapi fikir banyak keje nak kena siapkan, akhirnya bangun juga. lepas subuh, terus menatap laptop. naik bohsan dah aku. kenapa lah aku pergi janji nak siapkan hari ini jugak?--menyesal tahap apa dah.

dahlah malam tadi tak boleh masuk bilik sebab rumet kunci dari dalam. tidur mati. tak hengat dunia. ceh. angin cepat saja naik ke kepala. panas je rasa. macam nak tendang pintu pon ada jugak. tapi tak cun la kan. aku baru ketuk bagai nak rak, panggil nama semua, itupun dah kena tegur.
"woi, diamlah. orang nak tidur."

oh, habis. aku taknak tidur lah?
tapi aku tak adalah sangat setan kot. aku biar. esok dapat lah tengok aku tarik muka. so, aku lepak bilik member aku, cik tinggi lampai. haha nama baru. amik kau.

cut the crap, pliss.
sebenarnya aku dah pasang niat yang tersangat lah baik hari ini. or mungkin dah lama.
gambar tadi. ala yang kat atas tadi...

*senyum*

aku mahu hadiahkan khas untuk kawan2 yang aku suka.
haha. baik tak aku?
tapi tunggu elaun masuk la kan. serius poket kosong. semalam balik rumah, mama tanya duit ada tak. tapi berlagak. kata duit masih ada. memang mendapat la kan. nasib aku duduk kolej. sudah tersedia makanan. yuran pon dah habis bayar. aku tak hidup dalam bebanan hutang okay.

ha, berbalik kepada yang tadi.

cupcake untuk kawan2 yang aku suka.
tapi siapa kah mereka2 itu. ala, korg2 la. korang.

dalam kepala ho aku sudah tersenarai sebenarnya. lama sudah. tapi nak publish list kat sini, rasa macam tak baek pulak kan. tapi yang aku pergi publish entri ni pon macam haramjad jugak. nanti2 la. aku masih berkira2 mahu memberi kepada siapa.

dan sebenarnya juga, kawan2 yang aku suka sudah semakin bertambah. haah, ya. aku sudah mula berkawan. mcm haram kan. berkawan ni best. seronok. lagi2 dengan ahlil2 jawa rangers yang macam biol. memang sesuai.

aku baik?--sebab nak bagi cupcake?
tak jugak.

aku sebenarnya terlalu sakit hati. tapi macambiasa aa. hipok mengatasi segalanya. aku perlu cari sesuatu yang boleh buat aku selesa. aku tenang. aku gembira. agak sarkastik kan. biar lah orang mahu bicara apa pon. bukan aku boleh tutup mulut semua orang. tapi kalau rasa melampau, memang mendapat lah. dulu aku belajar tekwando , tahu.
jadi jangan main2.

tapi jangan runcing2. korang masih tetap ada dalam list kawan2 yang aku suka. hah, suka lah tu. anyway, sapa nak ngaku dia kawan yang aku suka, sila belanja aku tengok bola. ahha. aku tak mintak banyak weh. seploh hengget je pon.

tunggu aku punya cupcake sampai kat korg2.
tunggu aku punya elaun masuk dulu.
tadak elaun, tadak cupcake.

peace.


'dia' datang lagi!

kadang2 aku sendiri konfius kenapa dengan aku ini. kadang aku rasa aku okay. kadang aku rasa macam nak mati. sakitnya Tuhan saja yang tahu. betapa tak selesanya bila 'dia' datang. dan semuanya jadi bukan kita yang tentukan bila. tapi 'dia' datang suka hati saja.

penat sudah mahu cari punca. nak ke klinik. konfius. ada ke doktor pompuan nak rawat aku ni. bukan apa, aku tak mahu lah doktor lelaki yang check. aurat kot. dan aku rasa 'dia' ni tak adalah sesuatu yang sangat sakit, cumanya aku jadi macam mahu hentak kepala bila 'dia' datang.

aku juga berikhtiar. serius aku google cari sebab kenapa. dapat lah sikit2.

tapi masih jadi lagi.
masih lagi.
masih lagi.

oh, plis. apa aku nak buat ni?

eh, kejab. benda ni ada kena-mengena dengan cik M aku ke?
lagipun cik M dah lama tak jenguk aku. aku rasa benda ni tak ada kaitan dengan cik M. jangan fitnah, ya.

habis tu pasal apa?

sebenarnya aku nak cherita pasal banyak insiden sejak dua tiga hari ini. tapi sebab 'dia' datang menyapa aku, aku jadi malas gila nak hapdet cherita. nanti2 la. takpon nanti aku bagi saja link member2 aku yang dah hapdet entri diorang. haha.

untuk kawan2 yang aku suka.
sori aa. aku sakit gila sekarang.
tak boleh nak sambung.
babai.

p/s: 'dia' merujuk kepada sakit aku yang tak tahu apa puncha. cik M merujuk kepada migrain. haha. terimakaseh.

Khamis, 1 April 2010

salah faham.

kadang2 aku tak faham kenapa manusia suka fikir2 yang bukan. jauh ke laut. padahal benda ni simple je pon.

untuk manusia2 yang salah faham.
entri sebelum ini bukan kesah aku. ianya kesah ari. semua ari punya pasal.
dia bengang sebab cik cantik bergaya dia kantoi berdating dengan rumet dia. azam sengal. agak2 la kau nak sambar bakal gerfren rumet kau sendiri. tak faham betul.

inilah manusia kot.
pandang lepa. mana sempat, ambik saja.
fikirlah sama perasaan orang.

kepada azam habibullah.
nama kau bukan maen sedap.
jangan sampai kau balik malaysia, jumpa aku.
aku suruh kau belanja pizza sebulan.

tapi memang patut pon korang berdua ni.
dasar rumet, perangai sama je.
dia rampas kau punya, kau pun rampas dia punya.
geli ah aku dengan korang.

bawa2 la bertaubat. nyanyi lagu taubat maksiat.
rasanya aku cukup bersyukur korang2 tak ada dekat malaysia. malu je nak mengaku kawan. fed-up. perangai tak pernah niat nak berubah.

ok. dah.
jelas semua?

menyesal bukan kesah aku. ianya adaptasi. hai, susah benar nak buat cherita. mulanya aku tak mahu terasa kan ari dan azam. tapi nak buat macammana. kawan2 aku pulak yang terasa. cit.

sudahnya, aku terpaksa jujurkan.
sekian.