Rabu, 30 November 2011

sedikitsedikit

ya. sedikit- sedikit, lama- lama jadi bukit.
bukit apa?

heee...

ok. rindu. lama sudah kita tidak berbicara berdua-dua kan. dari hati ke hati. dari milo ke megi. dari bulan ke bintang. bertepuk tampar. wahhh lama sudah.

ha mulalah datang balik ingat-mengingati ni. kenang-mengenang ni. haihh. part yang begini, tak mahu pula kau pekikkan memori kau setakat 256MB. siot je. masa- masa cenggini lah kau boleh ingat semua kenang itu dari mula sampai habis. part2 yang orang tak boleh ingat pon, kau boleh ingat dengan jayanya.

itulah kuasa kenang. eh kenangan.

sejak dua menjak tiga menjak empat menjak ni pon aku asyik terkenang- kenang. masa lalu aku yang begitu indah dan susah sekali mahu dilupakan begitu saja. itulah orang cakap, saat itu kalau sudah berlalu pergi, barulah sibuk kau nak kenang-kenang kan kan. dulu punya peluang besar untuk cipta kenangan yang jauh lebih indah, kau tak mahu. sombong lah konon.

dari situ aku belajar.
segala apa yang terjadi dalam hidup kita, kita kena hargai.
segala siapa yang berlegar dalam hidup kita sekarang, kita kena hargai.
segala barang yang kita miliki sekarang, kita kena hargai.

dan jangan lupa senyum.
ya, aku akui aku bukan jenis manusia pe-nyenyum. ah? ada ke?
sebab aku seorang yang positif. dan bila aku senyum, dengan yakinnya aku mahu orang yang aku senyum itu senyum balik pada aku. TETAPI. bila dia buat muka bodoh. memang sampai bila2 aku takkan senyum pada dia lagi. trauma siot.

saya suka senyum. tapi dengan balasan. gua tak mintak banyak. senyum balik je. bukan susah pon. peace!

dan oh ya.
dua khabar baru mengenai aku.

aku masih kerja di syarikat lama itu. dan sudah dinaik taraf sedikit menjadi warga tetap. yeayyy!
syukur alhamdullillah. semua nya berjalan dengan lancar sekarang. nanti kalau ada masalah, kita cerita oki.

dan seterusnya, aku dah jadi mak cik secara official. genap sebulan semalam. jadi sesiapa yang belom tengok anak sedara @ hero kanak- kanak @ cucu kesayangan puan mama dan incik ayah, silalah jengah ke rumah ya. 10 Disember, ada majlis aqiqah. jemput datang, makanan konfirm sedap. datang makan oki.

ok itu sahaja. gigi tengah sakit sebab pagi tadi dengan nekadnya pergi klinik terus cabut. ingat lepas tu dah tak sakit dah. sehari juga ak dok tahan darah ni tak berhenti- henti. cabut secara paksaan kan. aku pon cuak tengok doktor tu cabut. macam cabut paku doh!

sekarang lapar tapi tak boleh makan. gua kena puasa ni. alaaaa lapar!

ok dah. esok kerja. mc sehari je.
daaa.


assalamualaikum.
selamat tinggal November.
selamat bertemu Disember.
jangan nakal- nakal!