Khamis, 29 Oktober 2009

'kecemasan' itu apa?

angin satu badan dengan tadi. memang menguji kesabaran gila.

nak tanya sikit...apa guna tempat kecemasan di hospital?
pesakit datang utk rawatan segera kan?

then kenapa boleh biar sampai tiga empat jam???
warghhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

nonsense! nonsense! nonsense!
mangkuk punya hospital...apa semua hospital punya case emergency cm tu ke?

naik kering da luka member ak tadi. bayangkan jam 730 ptg dtg...kul 10 bru g masuk jumpa doktor! bro, memang la tak teruk...tapi sakit kan...tak ada deria ke apa? kamu tu warga hospital, memanglah dah biasa dgn sakit2 ni...jangan lah fikir semua manusia boleh adapt!
manusia bodoh!

lagi kesian dekat makcik yg letih menunggu depan pintu dewan rawatan. sampai mengamuk anak dia. eloklah tu...ak sokong anak makcik tadi. ikut hati balun je. apsal? Tak cukup doktor sangat ke? atau sibuk dengan doktor pelatih yg bru nak blaja?
come on la weyh, pesakit yg dtg bukan bahan ujikaji, faham.

boleh pulak korang nak bincang dulu time nak cuci luka?
apa korang ingat ni eksperimen kat makmal sekolah ke apa?
kerja tak profesional. tak ada seni seorang doktor.
kalau aku lecturer korang, aku bagi kosong ajer.
memang lah kata nak blaja, thats why la kne wat praktikal. tapi praktikal apa sampai melibatkan kesakitan manusia yg lainnya?

blaja tak bertempat tu namanya!

warga hospital tak mesra. pendaftaran je ambik masa satu jam.
pekejadahnya!

menyesal tak pegi klinik biasa. memang kita tak tau layanan diorang cm ne nanti tapi at least kita da ada benchmark. kte tak letak hope yg sgt tinggi pd klinik. after ni jgn harap ak nk g hospital tu lagi.

bengang.
itu orang cakap, kemudahan bukan selalu memudahkan kita!

aku terima.

Selasa, 27 Oktober 2009

aku ni kenapa?

erm, supposely ak kne upload pic and story time ak mengabiskan masa di negara jiran, Thai land. tapi macam malas. serius malas..
lagipun ak kne kutip dlu sume gambar dari cameraman2 di sana sbb time lawatan tu kamera aku kong, so tak bleh nak mencapub. kecewa. lupa nak cas bateri sebab ngantuk+ sejuk lagi. fuhh, best tido..

cuma ak nak kongsi.

manusia yg jatuh chinta tu macammana, ya?

ak pon mulalah search kat yahoo. yeah, banyak benda aku dapat. banyak benda aku baca. pergh...serius la aku ni!!!

jujur ak cakap, ak nak jumpa sangat dia...tak payah bersembang, cuma nak melihat. dalam erti kata tersiratnya, aku rindu. yea...aku rindu.

hasrat hati nak tengok dia before naik flight, tak kesampaian.
time kat thailand mulalah cm manusia hilang akal. buat itu tak kena, buat ini lagilah tak kne.
and for the 1st time, ak tak suka shopping!
argh, knape ak jadik macam ni?
kenapa aku?
tolonglah. siapa dia yang boleh buat ak jadi macam ni, ni?
dia bukan siapa- siapa. serius. nama dia pun aku tak tahu.

susah kalau jadikan manusia yg kte kurang kenal sebagai moral kita. susah.
sebab tak tahu nama dia yg boleh kita search kat facebook.
sebab tak tahu nombor die yg boleh kita bagi mesej.

lagi susah sebab tiada satu kawan aku yg ak penah nampak dengan dia.

ya, aliran kami lain.
lain sangat. itu sebab kami tiada something yg boleh dijadikan connection.
alahai.
sabar ya, wahai hati.
kalau ada jodoh, adalah.

kamu.
just doa untuk kamu muncul di hadapan saya time dinner nanti.
just doa untuk kamu menguntum senyum pada saya walau tika itu senyum kamu utk temanmu.
just doa untuk kamu perasan kehadiran saya.
just doa untuk final exam kamu.

gila.
aku tak kenal dia.
dia tak kenal aku.

nonsense.
mengharap pada yg tak pasti.

wake up la weyh...
cari moral lain pun bagus.
tapi saya cuma nak kamu.

bengong.
aku dah jatuh chinta ke ni???

Selasa, 13 Oktober 2009

hampir ke tarikh luput.

aku tak faham kenapa manusia ni suka sangat dengan sikap pura- pura.
segala hal yang dia nak buat, semuanya tipu.
hidup dengan menipu.
menipu untuk kepentingan diri.
menipu untuk dipandang tinggi.
menipu untuk menipu.

aku bosan dengan dunia.
manusia asyik nak pentingkan diri.
sanggup pijak kawan sendiri untuk tonjolkan diri.
manusia begini patut di tanam hidup- hidup.

atau pijak saja time dia baby dulu.

aku rasa aku mahu lari dari dunia aku sekarang.
lari dari segalanya.
ada masanya aku menyesal memilih jln ini.
tahu diri ini tak mampu tapi cuba juga memaksa.

tak tahu sampai bila aku boleh bertahan.

selagi ada kudrat. ku angkat tangan meminta- minta kepada Tuhan.
agar di kuatkan hati dan diri menjadi manusia berhati kental.

aku bukan lemah.

aku bukan bodoh.

ada masa aku begini.
ada masa aku begitu.

kerna aku fleksibel.

tapi kenapa aku terasa seperti dipijak.
dikeji kerana tak kuat.
diherdik kerana tak pandai.

diam tak bererti bodoh wahai manusia.

bijak ada masa.
kuat juga tunggu masa.

ini diri aku. biar aku yang tentukan. bukan kamu.
sekarang aku biarkan kamu mengeji.
biarkan kamu mengherdik.

aku takkan balas.

sampai masa pasti kamu sedar.

sesungguhnya kamu lebih lemah dari aku.
kamu lebih bodoh dari aku.