Ahad, 23 Mei 2010

hapdet untuk kumi.[episod tiga]









sepatutnya aku hapdet semalam.

tapi penat gila.

persiapan pramessnite buat aku capek. so balik saje bilik, terus tidor. ini pon dah ngantuk. kumi,. aku upload gambar je la yeh. gambar2 ni masa lepas kawad. eh ke sebelum kawad. ala aku dah lupa. tengok je lah yeh.

Rabu, 19 Mei 2010

hapdet untuk kumi.[episod dua]

Aku memang tak reti
Tunjuk engkau semua menari
Tapi engkau tak usah henti
Pandai takkan datang berlari
Mimpi aku tak semua indah
Semangat rakan jangan lah pudar
Hidup memang banyak kerenah
Cerewet hidupmu akan susah

[Korus]
Janganlah berundur
Ini bukanlah masanya
Tak kuasa aku menghadapi ini semuanya
Sendirian begini
Tak mampu berdiri tinggi
Tanpamu di sisi
Wahai kawan...

Satu lagi nak pesan
Busuk hati janganlah simpan
Nasihat untuk rakan dan taulan
Simpan semua jadi panduan
Sudah 24 tahun
Ilmu di dada aku susun
Kalau berkat tak datang turun
Sampah sarap datang berduyun

ini lagu ditujukan khas untuk kumi. dan juga semua individu intek 29. dan mulai entri hari ini aku akan sertakan lagu. lagu pilihan hari ini berjudul kawan daripada plague of happiness.

rutin macam biasa. pagi lapor agak lambat sikit. inter dengan suara incas yang malu2 nak keluar. fedap aku. aku sebenarnya agak down ini hari. entah kenapa. pt okeh tapi malas masih ada. aku sebenarnya masih tak tahu macammana nak naikkan moral aku. weh kumi cepat lah balik.

oh ya. perkhabaran terkini. kita bertolak ke usm pada 30 mei 2010. jadi sempat untuk kumi lapor kat komplek. tadi juga ada kelas makan malam rejimental by ajutan. aku tak masuk sebab akademik lagi memanggil. rasa rugi juga tapi tak apa lah. pembelajaran dari semasa ke semasa oleh kawan2 yang kita suka mungkin lagi bagus. haha.

kelas batal. cuma sibuk nak uruskan pendaftaran subjek kat ofis fek dan lepas tu balik ke komplek. ingat kan kelas ajutan dah habis, dan bersemangat gila nak kawad. ale2. sambung lagi jam 230. haih. aku mental gila kalau kelas dia ni.

dan rasa aku jadi lagi. dia masih dengan konon-lawak-jenaka-dia-yang-memang-annoying.
seriusli aku benci. pantang aku kalau lelaki cakap perempuan ini macam, itu macam. memang aku tak boleh terima. ingat hot? boleh jalan lah. kalau nak mengajar, kan. buat la cara yang betul nak ajar. sapa kata tak boleh berlawak?
tapi kena tempat lah.

apahal benda dalam2 pon kau nak cerita lebih2 macam kau syok sangat?

seriusli aku tak nampak mana relevannya semua cerita mengarut dia. huh. fedap.

esok juga kita akan langsai habis baju 1 dress. tapi rizal wakil aku. peg latih cakap ok so aku pergi lah kelas esok. ci mesti tanya esok. hope rizal boleh jelaskan sejelasnya. sebab bila aku nak terang kat dia, dia budget tahu. so aku tak terang banyak la. aku tak suka orang budget bagus. so biaq pi kat hang la.

tadi juga ada personal meeting intek 29 dengan pegawai latihnya. haish, mesti ianya akan jadi saat2 yang paling dikenangi. untuk orang lain aku tak pasti, tapi bagi aku, ya!
sebenarnya aku rasa tak ramai yang perasan. peg latih intek 29 ni semacam angin baik saja tiap masa. selalu caring. selalu ambil tahu. setakat ini beliau sangat high class.
dengan kata2 perli dia.
dengan gelak tawa dia.
dengan rasa selamba dia.
nada dia aku suka.

kalaulah ada undi sms untuk siapa jadi ketua jurulatih, aku sudah undi dia banyak2. seriusli, mesti terjaga baik kebajikan kadet2 semua. aku yakin.

dia juga jarang naik angin sekarang. mungkin sebab dia tak berapa nak tertekan dengan intek kita. cuma yang perlu dirisau, kawad. disebabkan semua pertandingan sudah tak ada. jadi mungkin dia rasa senang dan ringan sedikit.

oh ada hikmahnya juga semua ini.

kumi, aku dah tak tahan ngantuk gila. baru habis kiwi kasut. aku semangat tapi tak ada peluang lagi nak masuk padang kawad. sesuatu yang perlu aku korbankan untuk sesuatu. Tuhan, bantu aku untuk tabah dan sabar. jumaat sudah boleh kawad.

ini hari rabu.
19 mei 2010.


Selasa, 18 Mei 2010

hapdet untuk kumi.

aku mulakan hari aku dengan tidor jam 330 dan bangun jam 515. dah khabar ke naim supaya gerak aku tapi aku yang bangun dan pergi mandi sendiri. mahu khabar kan juga yang keSEMUA bilik air blok sedang di ubahsuai. nampak macam berhantu gila bila malam. sebab lampu semua diorang cabut.

macam biasa, aku takkan mandi kat bilik air yang gelap. cuak seh. fikir macam2. kejab lagi mandi tak basah dok terkenang2. haha. tapi nasib pihak kolej ada sediakan lagi satu bilik air ala hotel kat tepi BGC. selama dua tahun aku kat sini dan aku tak pernah tahu wujudnya bilik air ala hotel tu. teruja weh. so itu jadi tempat mandi, basuh muka, juga basuh baju aku secara rasminya.

oh, ya. kumi. tentang encik suo itu. heh, tertanya2 kan. ala takkan kekasih kau tak bagitahu. tapi tak apa. cuma aku bagi klue, ya. --kuasa telah kembali ke pangkalnya--.

heh.
dan seperti yang ku jangka terjadi.(lagu indigo)
semua orang tahu dan jangka kot siapa encik suo dan anak2 buahnya.
semacam yang aku cakap tadi. 'kuasa telah kembali ke pangkalnya'. aku tahu ayat ni mcm longkang kan. tapi...ini yang keluar spontan kot. so asal kau faham.

dan lagi. fon aku memang mati!
aku sudah bilang kan. charger tak bawak. lupa. so bateri habis dan memang fon tu mati. kena tunggu adik aku datang bawa tapi tak tahu lagi bila.

tadi juga sudah konfem yang pra-messnite kita akan diadakan sabtu ini. di rumah universiti. dan ajk yang terpilih: jebat, easy, ruz, zuki, adibas, manja(maybe), rodi, paktam, adib, alim, siti, cidot, rohana, badi(maybe), wiyah, rolini, dan semestinya aku!
haha. aku memang gila kuasa. [jebat lagi lah!]

dan kalau kau masih blur. biasalah tak kawad kan, otak tak panas. beku je. kan. haha.
suo--jebat. so jebat plis credit to me sebab naikkan nama kau di sini, ya. dan semua rank2 kembali kepada rank yang lama. alahai, aku nak cakap selindung2 pon takut kau tak faham. nanti sedih2 kata aku tak hapdet pulak kan.

tapi sayang sebab aku tak boleh nak sangat hapdet sebab aku tak masuk lagi padang kawad hari ini. sebab akademik lebih penting kot. annoying kan. tak lah. aku serius, pagi tadi kelas. kelas aku seminggu tiga kali. selasa, rabu, khamis. tadi dah khabar ke peg latih kita. dia okeh je. tak ada nak larang2. siap terkejut aku budak akaun. haish, entah aku tak faham. sudah lah tanya banyak kali masa kelas aku. nasib je sabar mengulang. chic sampai tersasul2.

hahaha. lagi ada apa ya. oh hah...perjumpaan dgn ayah besar. dia tegur budak2 kita yang berlumba2 membesarkan badan masing2. lepas tu macam biasa, ada salam perkenalan dari peg latih kita.

kasut kawad juga dah dapat yang baru. kumi, kau kena konfemkan bila tarikh kau datang. sebab aku rasa macam kami2 bertolak awal ke sana. risau jugak ni.

petang hujan. jadi tak banyak aktiviti. atau mungkin tiada. cuma malam, kelas makan malam regimental dgn ketua peringkat kita. seronok tapi aku hampir terlelap juga. mana taknya, buat dekat dewan makan yang beraircon, luar hujan pulak. haish, memang membantu untuk tidur. tapi seronok. teruja. takut. semua ada. messnite would be such great nite. hope.

dan tentunya.
saat kita cuma mahu sondol latihan pentauliahan kita, kita diingatkan oleh peg latih kita.
kita punya misi.
memastikan piala panglima tentera darat berada di dakapan kita.
kumi, tau tak time tu aku rasa semangat gila. barulah, "oh...sebab ini rupanya aku kawad!"

okeh, mi.
penat sudah. esok aku class dari jam 9 hingga 5 petang. so sori kalau tak dapat nak hapdet. untuk hapdet ini hari, kau hutang aku milo ais yeh. sehari satu. haha. tak salah pau orang kerja. kan?

ok dah2.
aku nak tidor. tadi ada masa tidor kat komplek tapi budak2 jawa rangers (ladies sahaja), tambah dengan chic dan paie yang boleh dianggap saudara angkat jawa rangers, kami dok galak bergosip. ala, aku tahu ahli jawa rangers yang lain (jijie&topik) nak masuk line. tapi cuma2 pasang2 telinga dari jauh je. haha. kantoi. ingat kami tak tahu.

weh mi. kau kena try lepak dengan bebudak jawa rangers ni. aku rasa kau tahan dengan gurauan kasar kami sebab dah 6 bulan duduk melepak melaka yang terkenal dengan kelongkangannya kan. haha. ok dah. habis.

ini hari selasa.
ini tarih 18 mei 2010.

lagu POH khas untuk intek gorila utara.

Biar ia pergi,
Kerna tak sanggup aku lagi duduk di depan tv,
Kerna kau tiada lagi,
Karya indah yang tak terperi bisa mengusik isi hati ini,

Terasa bosan, kemarau nan panjang,
Terasa bimbang tentang di masa hadapan,
Mana hujan tak berkunjung datang

Bila engkau datang,
Ia penuhi dengan perang tentang dunia yg semakin kejam,
Tiada lagi kedamaian dan satu hati,
Tapi kemusnahan yang tak terhenti,
Terasa bosan, kemarau nan panjang,
Terasa bimbang tentang di masa hadapan,
Mana hujan tak berkunjung datang

Cuba kau perhati,
Dimana letak isi hati warna pancaran media kotak tv,
Tiada lagi erti sebenar satu hati kemanusiaan hilang tak bererti,
Terasa bosan, kemarau nan panjang,
Terasa bimbang tentang di masa hadapan,
Mana hujan tak berkunjung datang

...jangan tanya kenapa aku minat gila POH. sebab aku sendiri tak tahu kenapa. cuba. cuba korang2 dengar lagu2 dia. haish. korang akan tahu kenapa aku gilakan diorang.
okeh. terus ke pada tajuk utama kita.

latihan pentauliahan palapes sudahpon bermula. sejak tadi. banyak kejutan. aku tak mahu komen apa2. apa yang penting, esok PT pagi kena tahan. aku akan sentiasa layan. tapi jujur, ya. biasanya aku akan kuat kalau tengok orang lain lemah. dan, ya. selagi encik SUO baru kita tak lemah; selagi itu aku kuat. haha. poyos.

tapi tak apa. aku sebenarnya tak sure nak tidor ke tak nak malam ni. sebab aku sorang dalam bilik, jadi takut esok tak dapat bangun jam lima suku. haish. cuak jugak kalau aku lambat. sudah la blok c ni bilik air nya sedang diubahsuai, dan yang boleh digunapakai cuma satu saja. harap aku tidak terlewat esok.

oh, ya. aku melalut lagi.
aku cuma mahu kongsikan lagu ini buat semua individu intek gorila utara. walau banyak kabar angin yang mula tak sedap didengar sekarang, kita mesti tabah.

macam lagu ini kalau diakustikkan, bunyinya sangat hebat. lebih hebat daripada Faizal Tahir nyanyi live. apa yang aku mahu bawakan adalah, se akustik mana pon kita, kita masih mampu tebarkan kuasa ideologi kita. dan mampu membuka mata manusia sekeliling bahawa kita ini masih berguna dan hebat.

ayuh, ya intek 29, intek gorila utara.
sebarkan semangat kita.
alunkan lagu kita.
biar mereka tahu.
biar mereka mengerti.
kita bukan sampah.
kita manusia penuh integriti.

bunyikan semboyan.
khabarkan kita sudah datang.
bukakan hati mereka.
beliakkan mata mereka.
tunjukkan bahawa kita,
sangat gah di mata dunia.

jangan sekali kau gementar.
walau diusik sang rakusan.
jangan gentar halilintar.
walau dicuit sang hingusan.

ayuh pegangkan tangan.
capaikan impian.
pelangi itu sudah datang.
tak usah kita bertempiaran.
kerna indah itu milik kita.
kerna juara itu milik kita.
kerna ternama itu milik kita.

ayuh pegangkan tangan.
capaikan impian.

p/s: untuk pengetahuan, kami, intek 29 palapes um. intek gorila utara. sedang berusaha keras menuju ke gerbang pentauliahan di usm bulan jun nanti. doakan kami untuk apa saja yang mendatang. doa secara senyap itu suci. tak perlu dikhabar2kan.

terimakaseh.


Ahad, 16 Mei 2010

propaganda aku takkan siapa percaya.

oh ya. aku sedang mengumpul semangat untuk kembali kepada dunia palapes untuk jangka masa sebulan dari sekarang. mahu setiap detik dan saat sentiasa kuat dan ceria. ianya agak susah mungkin. mesti akan ada saja perkara yang berlaku diluar jangkaan aku. dan intek aku sendiri.

jujur ya aku cakap. mungkin ini akan dianggap hipokrit. tapi apa aku peduli?
ini rasa aku kot. jadi aku cuma jujur.

sebenarnya.
aku bukanlah jenis suka sangat berkawan. dan yang paling aku tak suka, bilamana aku sudah berkawan, kau khianati rasa percaya aku. itu yang paling aku benci. untuk aku kembali percaya mungkin akan makan masa. dan juga sebenarnya, kau tidak menjadi kawan aku secara automatik bilamana kita satu intek. usah bohong. pada diri sendiri atau semua orang.
mungkin boleh saja mahu menipu masyarakat. tapi bodoh gila bila kau menipu diri kau sendiri. kan.

tak usah bicara betapa hodohnya hidup berpuak.
tak usah bicara betapa kau tak suka hidup berpuak.
tak usah bicara betapa kau mahu kikis sikap berpuak.
tak usah.

itu semua propaganda.
samaada propaganda aku atau propaganda kau!
sama saja.

iyalah.
kau tahu bilamana aku jatuh walau aku senyum?
kau tahu bilamana aku suka walau aku membisu?
tak.
kan.

jadi kan sudah aku cakap. punya lah payah pikul sesuatu yang bernama 'kawan'. ianya bukan mudah ditutur bila2 masa.
ianya perlukan pengorbanan yang besar.
kau tanya diri kau.
apa kau sudah bersedia untuk berkorban?
untuk siapa?

kalau sudah, dan kau amat pasti untuk siapa...itu bermakna dia kawan kau.
bolehlah berpuak setelah itu.
tiada siapa yang akan marah kalau kamu berpuak.
itu normal bagi aku.
sebabnya, kita takkan mudah jadikan seseorang itu diantara kita cuma sekelip mata. itulah puak.

kamu akan suka bilamana kamu ada diantara puak kamu.
kamu akan gembira bilamana kamu ada diantara puak kamu.
kamu akan tenang bilamana kamu ada diantara puak kamu.

jadi bagi aku juga senang.
aku akan biarkan kau dengan puak kau.
buat lah apa pun.
cakap lah apa pun.
aku takkan ganggu.

sebab apa?

aku mahukan ianya vice versa.
aku buat untuk kau.
kau buat untuk aku.

aku bagi kau bebas sama puak kau.
kau juga kena bebaskan aku dari puak kau.

tak perlu kita semua sama.

jika tidak, apa gunanya puak.
propaganda masih sama.
propaganda KITA masih sama.

masing2 mahukan kejuaraan dan kenamaan.
aku dan puak aku mahu.
kau dan puak kau juga mahu.
jadi tak salah kalau kita bergabung cuma kerna itu.

bohong la kalau aku kata yang aku takkan rendahkan kau.
aku juga manusia. punya hati dan rasa.
cuma bezanya, bilamana aku terusik. aku akan jujur.
aku sudah belajar sesuatu.
jujur itu suci.
jadi jangan salahkan aku jika mulut aku macam longkang.
aku cuma memulangkan paku buah keras.

aku tak mahu direndahkan lagi.
aku tak mahu diremehkan lagi.

aku akan bangkit.
melawan rasa hati aku.
melawan sikap iri kau.

tunggukan aku dengan propaganda aku.

Jumaat, 14 Mei 2010

ya!--saya sedang jatuh.

bilamana sesuatu yang kita sangka kita mampu untuk pertahankan.
akhirnya...hampa.

ya, aku sedang jatuh.
rapuh.
dan terhimpit.

setiap saat juga detik asyik memikirkan tentang itu.
tentang itu.
tentang itu.

Isnin, 10 Mei 2010

mahu apa lagi.

okeh ini hari aku mahu bercherita tentang bola lagi. dalam kita sibok dengan EPL dan juga Liga Super, kita semua tak sedar yang mana varsiti kita terlibat dalam Liga IPT Kementerian pengajian tinggi. dan ini hari juga aku mahu umumkan bahwa UM juara zon tengah, ya.

pelik kan. macammana aku boleh tahu dan boleh layan bola varsiti ini. iyalah. aku juga heran. sampaikan jad cakap aku punya SA ada main dalam team um. hello, perlukah aku punya SA dalam tu baru aku nak pergi tengok diorang main?

wadehel.

mungkin poyo gila bila perempuan2 ni minat bola. duduk dalam banyaknya manusia bernama lelaki tak bererti kami mahukan perhatian.

"wah, perempuan ni tengok bola. nak menggedik la tuh. mesti dia ada minat sapa2 dalam team ni..."

gelak ter-guling2 aku. hei, bukak mata bukak minda la weh. sekarang orang bawak famili datang stadium tahu. dengan anak kecik. macam berkelah pon ada. kalau mereka boleh kenapa perempuan bujang tak boleh?

kami cuma minat.
aku cuma minat.

ah, sudahlah. cakap banyak pon tak guna. kan aku sudah cakap biarkan aku dengan dunia aku. yeh. harap semuanya semakin berubah. zaman sudah semakin global. pemikiran juga perlu di-global kan.

okeh berbalik kepada bola varsiti tadi. malam tadi diadakan dekat stadium uni kebangsaan yang tak terbaek langsung!
lecak sana-sini. macam main dalam kolam pon ada jugak. tak kelakar langsung okeh. bengang gila. kalau tak, um boleh saja benam ukm dalam kolam air atas padang itu. cit. entah apa- apa. lebih baik tak payah ada stadium kalau kebajikan stadium begini terabai. fed-up tahu?

dan pulak disampah kan dengan mulut longkang budak2 ukm. anyway, silap kitorang jugak sebab duduk dikalangan mereka. mahu duduk di kawasan budak2 um segan pulak. semua pon budak pusat sukan. dan terasa pelik pulak nanti. dan lagi, mula2 hanya tempat duduk kami yang kosong, jadi kami cuma fill in the blank. ingatkan tak jadi hal.

hampeh. terkena kami.

tapi serius. macam mahu bangun dan tampor budak2 ukm. ada ke patut dia cakap um itu universiti menipu!
wtf. nasib la aku masih sedar yang aku dekat universiti orang lain. bukan um. sialan betul. aku doakan ukm kalah. ah peduli la. benamkan pemain dia sama dengan penyokongnya sekali.

benci ukm. misi utama sekarang, kalahkan ukm dalam tauliah palapes jun nanti. dan ada ke patut budak palapes jadi budak milo malam tadi. kutip bola then kena gelak. cilabai betul. mana boleh budak palapes jadi budak milo. kot ye pon nak tolong ke apa. tak perlulah nak pakai baju palapes. ngek betullah.

haish nasib saja tauliah tahun ini tak ada sukan. rugi betul. ah tak kira. dalam kawad pon boleh niat nak kalahkan palapes ukm. tunggu yeh. palapes um akan berdiri megah nanti.
ala, tak usah suka sangat lah.

kalau budak bola kami boleh kalahkan korang. kenapa palapes tak boleh kan?

manusia2 macam ni lah yang membunuh semangat kesukanan yang rasmi ada. haramjad betul. tapi walau macammana pon. tak pernah pulak aku baca kat mana yang mana perempuan tak boleh lepak sesama perempuan pergi stadium, tengok bola. ini negara demokrasi okeh. kirim salam sesiapa yang jeles dengan kedemokrasi an kami.

kami akan buat apa kami mahu.
aku akan buat apa aku mahu.
selagi ianya tak memalukan keturunan aku.
apa aku peduli.
dasar manusia tak senang dengan kesenangan manusia lain.
pergi mam*** okeh.

dan sekali lagi ditekankan di sini. aku sudah tak punya SA laen selain encik apa nama. dan encik apa nama tidak main bola sepak yeh. dan kalau dia sudah tidak lagi jadi encik apa nama aku pon. aku sudah hilang rasa mahu bercinta. atau ber-punya SA. hidup sendiri pon sudah terlalu biasa. seronok saja lepak dengan kwan2 yang aku suka.

kan.

jadi mahu apa lagi.


Sabtu, 8 Mei 2010

masih sama.

kadang-kadang kita tak sedar yang sebenarnya rutin hidup kita masih sama.
sama macam semalam.
sama macam kelmarin.
sama macam sebulan lepas.
sama macam tahun lepas.
dan sama macam 5 tahun lepas.


dan kita. manusia yang selalu menidakkan. hanya tahu, "tak! kita tak begitu. kita tak begini"
tapi jujurnya, apa yang kita tahu?


orang lain yang pandang kita mungkin faham siapa dan apa kita sebenarnya. walau tak selalunya betul. tapi sekurangnya 85% adalah betul. tak percaya?

cuba tanya sesiapa.

kalau anda adalah seorang yang mudah diduga. dan jawapannya akan 150% adalah betul.
tapi kalau anda tidak mudah diduga. selalunya peratusan itu akan fleksibel.

orang yang tidak mudah diduga selalunya tak punya hati yang kukuh. nekad.


contoh manusia seperti itu adalah AKU.
jadi mari kenali manusia bernama AKU.


satu2 masa mungkin aku akan jadi sangat suka akan sesuatu perkara.
dan boleh jadi juga aku akan jadi sangat TAK suka akan sesuatu perkata.


itu fleksibel.


bukan tiada pegangan hidup.
cuma perlu diubahsuai mengikut masa dan keadaan yang sesuai.
kadang aku tak kisah aku dimaki, dicerca.
dan kadang aku akan jadi sangat marah bila terkena.
aku juga bukan manusia yang mudah terima.
dan terpaksa akur dengan kenyataan bhawa semua manusia punyai hati.
ya. hati.
takkan kamu2 tak ada kan?


jadi kenapa tak bilamana aku cuba menjaga hati kamu2, akan dibalas dengan niat mahu menjaga hati aku juga. di sini aku mahu mengingatkan, bahawa aku juga punya hati. seperti kamu, kamu..atau kamu!

kalaupun tak mahu menjaga. punya niat pon jadi lah.

dalam hal kawan2 memang aku lemah. bukan semua orang boleh kita terima sebagai kawan dalam hidup aku. sesiapa yang selalu disamping aku, tak semestinya faham siapa dan apa aku. tak percaya?--cuba tanya mereka2. gelaklah. ya. mereka akan gagap.

tapi jugak.

bukan bererti dia faham siapa dan apa aku bilamana dia tahu siapa dan apa aku. seperti yang aku sudah khabarkan. aku manusia fleksibel. suka aku bukan fokus pada satu2 perkara. boleh jadi aku akan suka pada sesuatu yang aku sangat benci cuma dengan pujukan yang sedikit. sikit saja.

pernah juga aku khabarkan dulu. aku manusia sanggup mati dengan kawan2 yang aku suka. bukan membelakangkan Tuhan. bukan membelakangkan mamaayah kegilaan aku. dan bukan membelakangkan seluruh 6 insan istimewa dalam hidup aku.

sanggup mati.

bermakna aku sanggup buat apa saja untuk kawan2 yang aku suka.

sanggup ber-apasaja. sanggup percaya.

dan bilamana aku sudah letakkan rasa percaya aku. jangan sesekali kau jatuhkan ia. kerana nilainya amat tinggi bagi aku. mungkin kisah silam mengajar aku segalanya. aku cuma tak mahu ianya berulang. itu sebab aku tak mahu kamu2 main kan rasa percaya aku. aku mungkin naif sebab terlalu percaya pada kawan2. percaya yang kamu2 takkan mainkan rasa percaya aku. percaya yang kamu2 akan selalu bersama dengan aku.

atau mungkin. kamu2 mahu balas segala apa yang aku tak perasan, aku telah lakukan. jadi ini balasan?

tapi kenapa tidak dibilangkan saja sama aku. katakan, "ya! aku mahu balas dendam. kerna kau telah cincang lumat hati aku."

kenapa tidak?

aku juga manusia. aku juga bergelar kawan. kenapa aku tidak boleh jadi watak jahat. watak yang mana aku pijak rasa percaya orang lain. watak yang mana aku khianati orang lain. kan aku sudah bilang, aku fleksibel.

jadi pada satu2 situasi, aku adalah watak jahat itu.

*gelak*

dan situasinya, masih sama.

aku buat jahat, kamu balas.

kamu buat jahat, aku balas.

akhirnya tiada siapa yang akan untung. cuma keduanya akan rasa puas hati atau sakit hati. itu saja. dan apa yang boleh digelakkan lagi maha hebat. kau katakan kita masih kawan. kan. jadi aku mahu kata apa. kau sudah kata kawan. takkan aku mahu padam dan tulis di situ, musuh!

sebenarnya aku bukan lah jahat sangat. cumanya aku tak boleh terima bilamana kau tidaklah sehebat mana tapi cuba memijak manusia lain yang sehebat aku. hah. mungkin aku kalah bila masyarakat kata, kamulah terbaik. kamulah muslimah sejati. dan aku tidak bolh diikuti. perangai serupa mak tiri. dengan seluar skinny. ketat sana sini.

tapi inikan aku. sekurangnya aku hidup dengan tanggapan orang yang betul. orang bilang aku begini dan sememangnya aku begini. dan kamu? hidup dengan tanggapan orang yang salah. orang bilang kamu begini tapi alkesahnya kamu adalah begitu.

jadi yang mana baik?

berpura baik atau kau memang jahat sebenarnya.

aku rela memilih yang aku memang jahat sebenarnya. aku terima selagi apa yang orang lain kata tak menyinggung perasaan aku. aku jahat. so wat?


Rabu, 5 Mei 2010

bila aku angkat kedua tangan. menyerah!

kali ini aku tak mahu kata tentang manusia lain. aku cuma mahu kata tentang aku. kisah aku. inilah aku. ke-anak2an. tak matang. ter-buru2. pentingkan diri. cepat melenting. tak mahu kesahkan perasaan manusia lain. sengal. dan segala sifat mazmumah yang lain.

bilamana aku sudah boleh mati demi kawan2 yang aku suka. rupanya aku buat silap yang paling besar dalam hidup aku. manusia yang tidak tergolong dalam kawan2 yang aku suka, aku ketepikan. aku makikan. aku biarkannya terhuyung-hayang. tak mahu hulurkan tangan aku untuk menyambut nya yang sedang jatuh.

aku biarkan dia.
biar.

ini rupanya aku.

inilah yang aku katakan orang lain lebih nampak siapa kita sebenarnya. lebih arif dari diri-sendiri. aku akur. aku salah.
MAAF.

hukumlah aku. makilah aku. herdik lah aku.
aku bukan kawan yang baik. tiba- tiba aku rasa sayu sangat. aku mahu kawan, tapi pada masa yang sama, aku khianati mereka. pembalasan kah ini?

sumpah. aku tak ada niat. biar aku yang sakit dari aku menyakiti yang lain. aku tiada niat.
mungkin kerana aku tak matang. tidak berfikir ke hadapan. lupa bahawa kamu punya hati. hati perempuan yang halus dan lembut.

sentuh perlu ada cara. dan maaf, cara aku kasar.
sebab aku bukan macam kamu. lemah gelamai segala.
maaf sekali lagi.

aku mahu niat sekali lagi.
dengan sesiapa pun manusia itu.
perlu jaga hatinya.
tidak kira dia manusia yang bergelar musuh ketat aku.

akan aku jaga.
akan aku berbuat baik.

tapi izinkan aku melenting bila ianya tak kena dengan aku. contohnya, jika kamu mengata aku. haha. lawak saja.
okeh. kamu kata aku, aku tidak luak. jadi aku akan biarkan. katalah sebanyaknya. aku redha.

dan sekarang, akan aku angkat kan kedua tangan tanda menyerah. wah, terasa senang dapat memaafkan dan teruskan hidup dengan girang. kalau beginilah rasanya, aku akan terus begini. memaafkan dan menyerah.

aku sayang kawan2 yang aku suka. kamu2 lah manusia terbaik yang selalu ada dalam hidup aku. nanti2 bila kamu2 tak ada. mesti sunyi gila. mesti senyap gila. dan masa itu, tiada lagi kata2 mengata atau usik2 dari kamu2.

haish. macammana rupa hidupnya nanti.
tapi apa2 pon. aku akan berubah. aku akan beri peluang. pada diri. pada orang lain. meski ingat bahawa dunia ini milik semua. kita tak biasa arahkan manusia lain hidup dengan cara kita hidup. okeh, aku akur.

selamat untuk semua.
selamat untuk kawan2 yang aku suka.
selamat untuk encik apa nama.
selamat untuk footballer UM.
selamat untuk hoki 5th.
selamat untuk palapes UM.
selamat untuk footballer selangor.

dan selamat untuk segalanya.

Ahad, 2 Mei 2010

baru ingat yang aku minat POH. huh.

ini album diorang yang dirakamkan di kampung aku. singapure. heee

gambar ni aku cilok. meh check sini.

Plague of Happiness ni setahu aku band tempatan juga. cume genre mereka lebih kepada ska. punk mungkin. entah aku tak pasti.
cumanya lagu2 mereka sedap di dengar. bagi yg layan masa zaman Gerhana Ska Cinta. memang ada jodoh dengan POH juga.

POH ya. bukan POOH.

untuk album mereka yang berjudul KAWAN.
sebenarnya banyak juga inspirasi aku dari lagu2 mareka.
itu sebab juga aku sayang kawan2 aku. kehkeh.

aku mahu suggest beberapa lagu. even semua lagu dalam album diorang pon best.

1. kawan.
2. konspirasi.
3. viva la punk.
4. malam.
5. southern suburb.
6. blitzkrieg society.

sebab apa?

okeh. lagu kawan itu simple. tapi kalo telinga korang tak boleh terima, gua tak boleh buat apa lah kn. aku kan suka kawan. so lagu kawan memang sangat thumbs up!
dia punya lirik pon awesome. nanti2 aku upload. sekarang aku cuma mahu preview. or mungkin ada kat bawah. try check. hehe.

konspirasi. cari saja guna enjin carian google. cuba dengar di youtube dia punya acoustic yang diorang main masa kat UNITY gig. seyes suara nas sedap.

hah. untuk viva la punk. lagu ini dulu aku dedikasikn buat CI. sebab dia suka cakap kita2 ni lopong. so. bila aku dengar lagu ni. aku terus teringat. la punk= lo pong!
heh.

malam. membuai betul. nostalgik. sedap nak mati. mesti dengar punya lagu. suara nas pon sedap. lagu pon sedap. heh, kau kalau dah suka. puji menggunung. tapi seyes, sedap!

southern suburb dengan blitzkrieg society. lebih kurang. stok hangguk kepala juga. nak kasi hilang migrain pon okeh. nanti aku nak bagi cik mun dengar.

itulah antara lagu2 yang tangkap aku. tapi sayesli. semua lagu diorang best. aku nak senarai semua pon, takut tak tahu nak bagi alasan kenapa aku suka. sebab alasan semuanya lebih kurang. atau sama!
sebab semuanya sedap2 belaka. kalau boleh makan, dah hadam dah.
aku ada semua lagu diorang. then, baru aku ingat. diorang kugiran yang kedua aku minat selepas Linkin Park. pergh. macammana aku boleh lupa yeh?

mahu tahu lagi pasal diorang? search saja di google.
ataupun mari stalk myspace diorang. tekan sini, ya.

oh lupa. ni dia lirik kawan.

aku memang tak reti
tunjuk engkau semua menari
tapi engkau tak usah henti
pandai takkan datang berlari
mimpi aku tak semua indah
semangat rakan janganlah pudar
hidup memang banyak kerenah
cerewet hidupmu akan susah

janganlah berundur
ini bukanlah masanya
tak kuasa aku menghadapi ini semuanya
sendirian begini
tak mampu berdiri tinggi
tanpamu di sisi
wahai kawan

satu lagi nak pesan
busuk hati janganlah simpan
nasihat untuk rakan dan taulan
simpan semua jadi panduan
sudah 24 tahun
ilmu di dada aku susun
kalau berkat tak datang turun
sampah sarap datang berduyun

gila kan lirik dia. eh. ini bukan lirik. sampai berduyun je tadi. lepas tu korang nak ulang banyak kali ke, suka hatii. hati sendiri kan, aku nak sibok buat apa.
eh lupa. lagu tiada idea pon ok. hai, aku masih mahu bagitau semua tajuk kan. tapi POH memang best. nak buat macammana.

nak lagi best. adjust tengok youtube time 3-5 pagi. kalau di um la. sebab time2 ni la youtube laju je jalan. seyes tak tersekat. bolehlah tengok semua video dan dengar lagu Plague of Happiness. nak download lagu diorang kat 4shared.com pon laju.

eh sepatutnya time2 macam gini,kita ngaji. oh ok. sori.

ok dah. sepatotnya aku habiskan. babai. jangan lupa berkenalan dengan Plague of Happiness okeh.

p/s: sedap maksud aku sangat terkira sedapnya!


Sabtu, 1 Mei 2010

dikhianati...LAGI!

demit.
aku kadang2 tak faham, manusia apakah dia.
oh plis. kenapa tak kau cakap saja depan muka aku.
perlu ke kau khabarkan pada semua orang, tentang aku.
pada masa yang sama, kau bercakap baik-senyum segala dengan aku.

tolong buka topeng kau.
aku benci.

inilah yang dikatakan mulut perempuan.
bilamana dikata kan yang mulut perempuan cabul.
kau tak mahu percaya.
dan sekarang, kau mahu tahu siapa yang cabul?
kau pergi depan cermin, pandang wajah itu.

ya. kau!

kau memang cabul. mulut longkang segala. aku takkan percaya sama kau.
dan jangan pernah sekali cabar aku. aku bukan jenis manusia yang layan baik bila dikhianat.
tunggu saat, aku balas semula. aku pendendam. ha, sapa suruh cari pasal.
sabar, tunggu aku balas.

aku marah.