Rabu, 30 September 2009

insiden hari ini

"kalau tulis dlm btk point form pon baek, lg bgus ad nombor...biar semua jelas ada brape point.."
menurut kata encik said othman, lecturer ibm ak yg sgt straight dlm segala ethics presentation. jujur beliau sgt bagus. sangat.
so better ak follow ckp die.

pertama :
hari ini ak bgun awal, bukn sebab rowcall. tapi tak tahu pasal apa. padahal jam kt phone tak menjerit lagi. biarlah, mama ak ckp bngun awal...rezeki masuk. erm..lebih kurg aa. sebaik dgr azan, trus tunaikan solat subuh. diluar hujan renyai2. dlm hati terdetik, maybe rowcall di lobi.

punyalah tunggu kat lobi, siap baris kot. diorang panggil suruh baris kat bawah. no hurt feeling. just follow. sebab ak bukan suo kot. kalo ak suo, ak suh baris dlm blik ak je. hehe.

gila hebat. Tuhan bagi laluan sebentar utk kami baris. tiada hujan. renyai juga hilang.

tapi sekejab je la. Tuhan bagi rasa je. sikit2 sudah. sekali lagi renyai. dan kami mula bergerak ke lobi. renyai mula lebat. baju dah berbintat. syial. ak cukup tak suka. tambah pulak beberapa detik selepas itu. kejadian inter. manusia bermulut sgt busuk. biadap kurang ajar tanpa berfikir. dgn aku silap la. ak bukn lg manusia yg bleh dipijak, okay. ak dah tegas.

"wey, ko boleh suruh senior ko tepi??!"

aku jerit mcm tu kot. byk mata da memandang. tapi suasana kembali tenang atas pujukan kawan yg laen. spontan sakit hati ak dgn omongan manusia mulut busuk tadi.

kedua :
aku keluar ke mydin subang. mcm biasa, aku memng lost tapi naseb berjya kidnap beberapa manusia arif jalan. sbb mereka kuat merewang, maybe. so sampai di mydin dgn jayanya. kami kesuntukan masa.
misi-- cari barang utk hamper, tag nama junior, kiwi, baju pagoda

dan semuanya tertunai tak sampai sejam lebih. tolak jalan jem.

ketiga :
petang tadi time physical training. something yg bermakna bila ak kembali bersenam. gila rindu. gila. huhu.
rindu joging satu UM. rindu hoki. rindu netball. rindu futsal. tak rindu bola tampar. tak suka. sebab ak tak pandai maen.

tapi sebenarnya bukan ini yg nk dicerita dlm insiden ke-3 ni. ada kesah disebaliknya. hehe.

tadi, aku perasan ada budak lelaki pandang aku. sebenarnya bukan tadi je. dari sem lepas kowt ak perasan dia ni. tapi manusia semacm ak yg tak brape nk percaya tangkap chintan ni, mana nk ngaku kn. tapi serius. aku dpt rasa dia pandang ak time ak ngah wat PT. agak segan. tapi ak cool. kembali tenang. ada sesekali kami berbalas pandang. aku nampak mata dia senyum. haha. gila. aku dah gila. G.I.L.A.
die tak handsome,cuma sweet sweet lala...sweet sweet.
mangkuk gila ak ni.

p/s : lelaki kadang cuma pandang, mungkin secara tak sedar memandang. bukan bermakna suka. or maybe kalau dia pandang lama. bukan juga suka, cuma tertarik. ini yg aku percaya.

Selasa, 29 September 2009

mulut manusia--

petang tadi jijah[bukn nama sebenar] ngan usop[juga bukn nme sebenar] terjumpa dan bersembg.
usop : jah, cne raya?
jijah : mcm tu la...aidilfitri tetap aidilfitri, takkan bertukar jadi aidil adha
usop : ntah pape. selekeh la ko ni..
jijah : selekeh ak, selekeh lagi kau!
usop : wey, jah...lame aku nak cakap ngan kau...tapi kau jgn mrh pulak.
jijah : pehal?
usop : kau ni cm nak gaduh pulak.
jijah : erm.
usop : kau ni pakai elok sikit tak boleh ke? selekeh je aku tengok.

dan buku pun hinggap di dada usop. padan muka!

aku memang tak faham. tak faham kenapa mulut lelaki itu lebih berbisa daripada sang wanita. pada aku, aku boleh terima sebab aku boleh hentak die ngan buku yg tebal ala rujukan audit. puas la jugak.

tapi, kenapa ya?
aku rasa mereka lebih baik diam kot.
daripada bercakap asyik nak menyakitkan hati.
kalau gurauan, mungkin boleh. tapi sikit- sikit sudah.

aku jenis manusia tak mudah terima kritikan. walaupun kritikn membina.
tapi kalau diberi ruang, aku tetap akan consider la. kena cara kena masa. bukan kritikan yg diberi dgn memerli dan tengkingan. itu silap besar la. bakal dibalas dgn tamparan dan flying-kick la kn.

berbalik kpd dialog kat atas tadi,
jijah selekeh?

perlu ke ckp depan2 kalau pun si jijah mmg selekeh?
atau gaya dia pakai memang dah macam tu...
nak buat mcm mana?
siapa kita nak tentukan pakaian apa yg jijah kne pakai supaya berkenan di mata kita?
mana boleh?
itukan hak asasi dia.

so sapa korang yang nak sibuk dengan apa yang si jijah nak pakai...nampak selekeh ke tak...itu dia punya suka lah...
masalahnya sekarang, siapa manusia yang suka sangat bermulut celupar mengutuk diri jijah dan menyinggung perasaannya???

pelik kan?
manusia yang kebiasaannya begini tak rasa bersalah langsung.

maybe dia tegar.

tak tahulah...penat berfikir bagaimana mahu menutup mulut manusia yang enak berbicara tanpa memikirkan perasaan manusia yang lainnya.

Ahad, 20 September 2009

bangga aku anak kampung!

raya pertama. lain dari yang lain. memang hati aku tak ada untuk raya. tak ada.
dia juga tidak aku jumpa. kata angah, mereka bertembung malam raya di bazar. erm~
kebiasaan yang sudah menjadi tak biasa. tiada lagi pertembungan pada tiap raya pertama. apa maknanya tu?

mungkin Tuhan nak tunjuk betapa aku dengan dia tiada jodoh. aku tak faham. kalau tidak ditakdirkan untuk bersama, apa maknanya aku diberi keizinan bersama dgnnya untuk waktu yang singkat?

ntah. blank!
ke sebab aku tak jumpa dia pagi raya yang buatkan raya aku hari ini tiada makna?
ceh, gedik gila. haha.
weyh, aku okaylah. hati aku okay. diri aku okay. tak guna nak merintih itu ini sebenarnya. aku kena sedar, masa yg Tuhan beri bila aku dgnnya seketika dulu adalah masa yg amat bernilai. sungguh aku sayang dia waktu itu.
tapi sekarang semuanya kena teruskan hidup. aku dgn hidup aku. dan dia dgn hidupnya. tiada kami antara aku dgn dia.

aku teringat sebelum aku balik ke rumah. kan rumah aku memang di kampung. dan aku budak kampung. ada ke patut member aku cakap..."weyh, kenapa kau nk balik awal? kau bukan ada kampung!"

pergh!
makan dalam seyh.
dia tak sedar, yg aku balik tiap minggu tu blk kampung. terpulanglah kawan, makna kampung pada kau dgn pada aku berbeda. bg aku, di mana nenek aku duduk itulah kampung aku. dan sekarang, dah nasib aku yg mana nenek aku duduk depan rumah aku, so kampung aku depan rumah aku lah...
apahal dia nak cakap yg aku tak ada kg pulak!

tapi tak apa.
entri kali ini sebenarnya apa yang aku nak state betapa aku bangga jd anak kampung sedangkan sepupu aku yg kononnya stay di KL, bandar la sangat...bukan suka sangat balik kampung. tiap kali balik sini, nak berlagak. alahai, tak payahlah...kampung tu, kampung jugak!
korg2 ni cuma nak berlagak dgn hidup korg yg masih makan duit mak bapak tapi gaya macam dan besar2 dan hidup dgn duit sendiri. aku benci manusia macam ni.

sebenarnya da lama aku perhatikan manusia sebegini. tu sebab aku tak berapa berkenan budak bandar. berlagak. dia tak sedar mak ayah dia dulu tu asal kampung jugak. main parit jugak. tak faham betul aku.

tadi semua sepupu aku memnuhkan ruangan rumah sambil menonton live MU vs MC. result 4-3, MU menang. aku suka. tapi budak ni masih tak puas hati. bagi aku yg suka MU mestilah aku seronok. tapi tak bolehlah nk over ngan sepupu2 lelaki aku yg lain. aku tuan rumah, beb. cool sudah.

entah kenapa dia bengang gila MU menang. sudahnya dia jadi bahan kutukan. sapa suruh dia sorg support MC???
bukan nak band mne2 team wey, tapi dah memang adat kan. ada yg menang, ada yg kalah. biarlah kalau ref tu nak bg MU menang pon. dia kenalah redha.hehe. sounds kesian, kan.

tapi kadang aku suka jugak tgk lagak bdk2 bandar ni masuk kampung. heh. kelakar. awkward gila. tak apalah, maybe dia bahagia.
okay. aku terasa sesak nafas sekarang ni. hope esok berjalan dgn baik. seriusli raya ni tak terasa apa-apa melainkan aku terasa aku rajin sikit. haha.

lagu untuk entri kali ini : salam aidilfitri ayahanda dan bonda by raihan ft hujan

Jumaat, 18 September 2009

pengarah punya kata


ada ke pengarah kata aku yang gedik nk plan buke untuk bdk2 paintball ni? tak boleh blah punya tuan pengarah. dah tu cakap arini birthday aku pulak. da bengong ke dia ni?
tapi tak apa. aku, ummi, taufik, im, siti bertolak dari kolej jam 0612 lebih kurg. cam biasa aku drive. ini menguatkan aku untuk cari boyfriend yg terrer gila drive. supaya aku boleh just duduk di sisi...dan tidur.


plan kami berbuka di pizza seksyen 14. like always, manusia tak ramai di situ. aku suka. tak sesak macam midvalley yang macam berduyun manusia disitu tolong menyemakkan diri. and guess what. time berbuka tu kami je yg penuh meja. selain ada satu meja lagi budak um jgk and satu famili cina. tapi diorg tak lama.

aku perasan time kami berbuka ada mata yang memandang. dia pandang teliti. aku perasan. rupanya last2 aku tau dia tengok badi. erm, aku tak sure kenapa budak badi ni sangat pop-ular. tak kira mana semua kenal dia. hope dia tak baca blog aku. nanti perasan gila pulak. budak sorg ni bukan boleh.

finally, aku tak terasa budak2 ni kenyang. kalau aku yang tengah diet ni maybe okaylah. tapi bagi bdk2 lelaki yg makan mcm dua pinggan tak cukup, aku doubted gila.
aku jugak dapat rasa malam tu diorg pergi melantak lagi kat mapley.

jujurnya...
aku senang dengan diorang.
dan ini menguatkan lagi kenyataan...

boys are not to be trusted in relationship, but they made good friends...



Selasa, 15 September 2009

kawan itu kawan


sesuatu yang perlu aku sedar...
mungkin sejak dulu patut aku perasan.

kawan adalah kawan.

tak boleh jadi lawan.
tak boleh jadi sahabat.
tak boleh jadi adik beradik.
tak boleh jadi ibu bapa.
tak boleh jadi sepupu.
tak boleh jadi...boyfriend!

actually ini yang aku nak tekankan.
kawan itu kawan, tak boleh jadi boyfriend.
mesti pelik gila bila kawan jadi boyfriend kan?
kawan kita tak usah nk jaga hati sangat, bebas bersuara.
tapi bila jadi boyfriend, kena jaga hati, jaga air muka, jaga perangai kita.
tak bebas.

nampak tak betapa sempitnya fikiran aku?
nampak?

dia mungkin kawan aku.
tapi dia tak boleh jadi boyfriend aku.

sebab?

bila aku kawan dengan dia, aku tak perlu nak cover-cover sana sini.
kami bergelak ketawa, kami kutuk mengutuk, kami usik mengusik, berlanggar bahu, bergesel siku, berebut, ambik gambar ramai- ramai, boleh kutuk pasangan kapel lain, merajuk buat- buat, kalau sakit hati esok boleh lupa. aku nak pergi sana, dia nak pergi sini, tak ada hal, keluar makan masing- masing bayar..
banyak lagi.

dan tak perlu nak pegang sana sini. tatacara hidup masih diamalkan.

tapi bila kapel...?

dia kena pegang tangan aku, selalu kena duduk berdua, dia suap aku, aku suap dia, ambik gambar berdua, orang kutuk aku dengan dia, aku kena fikir perasaan dia, dia kena fikir perasaan aku, benda kecik sikit nak gaduh, benda kecik sikit nak kecik hati, keluar makan dia kena bayar, dating berdua tengok wayang, dia buat lawak aku kne gelak...ala...

susahnya.

mungkin ini sebab aku masih single.
jujurnya aku tak mampu nak tipu diri sendiri. nyata aku tak sesuai dengan zaman bercinta ni.
macammana, ya?

erm, masih ingat entri aku lama dulu?

boys cannot be trusted in relationship BUT they made great friends!

setuju tak kawan- kawan?

Isnin, 14 September 2009

sesuatu yang biasa

tahun ini terjadi lagi. sama seperti tahun yang sebelumnya. cuma sedikit berbeza. sedikit sahaja.

ala...macam suprise la pulak!

actually bukan ada apa pon, aku sebenarnya tak tahu macammana nak start entri kali ini aja.

apa yang terjadi adalah majlis buka puasa di rumah nenek sebelah ayah aku. semua adik beradik ayah a.k.a makcik2 dan pakcik2 aku datang. paling jauh pun dari KL dan yang paling hampir, lima langkah dari pintu rumah nenek aku. ahaks.



rumah aku pun tak jauh sangat dari rumah nenek. akibat daripada pembangunan yang semakin rancak di kampung aku, rumah kami jadi terpisah jauh. kalau 10 tahun lepas, hanya perlu jengukkan kepala ke luar dah nampak nenek aku tengah masak kat dapur rumah dia, sekarang tak boleh lagi. dua rumah nenek-cucu ini telah dipisahkan dengan highway pelabuhan klang. so, perjalanan ke rumah nenek jadi agak susah. perlu mencari flyover untuk sampai ke sana. tapi kalau mahu lebih pantas, langkah saja pagar highway dan dengan selamba berjalan segak di jalan besar itu. but kena make sure tak ada kereta ataupun motor yang suka merempit la kat jalan.



actually, tindakan ini tak berapa nak digalakkan sebab jalan besar ini telahpun makan nyawa manusia lain. mengerikan. tapi ajal maut kan di tangan tuhan.

mak aih, banyak pulak aku melalut.

sebenarnya aku nak cherita pasal majlis buka puasa kat umah nenek aku je.

sampai jarak pun nak cherita apahal?



ha, petang itu kami berbuka laksa yang mama aku buat, mee kari yang makcik aku buat, ada nasi goreng, satay yang aku tak sempat makan, kuih karipap yang sedap, air oren yang aku terlupa nak minum, air cincau yang fresh tapi macam ada kurang sikit.



after melahap, kami pun bersiap untuk solat maghrib berjemaah. ini biasa. aturcara yang sejak dulu tidak dieliminate.

after maghrib, most of them keluar untuk melahap lagi. aku tak larat. ngantuk. migrain pon macam nak singgah. cuma bergelak ketawa dengan sepupu yang lain. famili sebelah ayah aku besar. beliau punya 11 orang adik beradik. hem...seronok. meriah.



kami juga tunaikan solat isyak dan terawikh secara berjemaah atas bimbingan the most admirer person in my life...ayah saya!!

[aku nak cari lelaki macam ayah aku!]



selesai sahaja menunaikan tanggungjawab kepada tuhan, kami pun berkemas untuk pulang. agak lambat sebab ayah perlu berjumpa dan memujuk nenek untuk pergi berurut. sebab hari tu nenek jatuh. so kaki agak lebam. aku pun tak jelas sangat pasal insiden itu sebenarnya. erm, kerek gila cucu ni kan!

tapi tak apa, apa yang penting aku sayangkan nenek aku. ikhlas.



okay.

tak tahu nak cherita apa lagi.

bye

Sabtu, 12 September 2009

jalan terbaek

one more time and maybe for the last time.
aku menyerah.
apa yang jadi, harap jadikan sebagai pengajaran. dari segi apa itu simpan sendiri. hanya hati dan diri yang tahu.
segalanya harap sudah benar- benar aman.

aku sayang kawan- kawan aku.
serius li.
aku sayang.

so selagi mana boleh, selagi mana mampu, aku akan jaga hati mereka.
sanggup digelar penipu?
sanggup!
sebab aku sayang kawan- kawan aku.

dan ada masanya manusia macam aku akan benar- benar berubah. satu hari nanti aku akan ikhlas. aku tahu. aku ikhlas. agak bercelaru kan. tapi tak apa, apa yang penting...segalanya sudah kembali aman. seperti yang anda sedia maklum. harap tiada lagi persengketaan.

kita semua perlu grow up!!
sangat grow up, sebab kita kawan. dan kita mesti fokus menuju yang satu. impian kita bersama. sekarang aku menghitung hari. menghitung hari hampir ke situ. jujur segala perasaan bercampur baur. macam- macam.

cuma nyatanya, ini jalan terbaik.
aku sayang kawan- kawan aku.
aku tahu tanggungjawab aku.
aku perlu grow up.
aku jangan terlalu pentingkan diri.

begitu juga kamu!

love,
untuk kwn2.

lagu untuk entri kali ini : ingatlah hari ini by project pop

Jumaat, 11 September 2009

lebih baik diam


aku tak tahu samaada keputusan aku untuk menceritakan segala masalah kepada jebat adalah satu langkah yang terbaik. konfius. jangan salah faham. bukan menyesal. tapi nampak macam menyusahkan dia. rasanya dia tak perlu tahu masalah ini dari mulut aku. dan aku bukan minah celopar yang selalu ambik kesempatan sibok bercherita ke sana ke mari gosip perihal manusia lain. aku juga tahu jaga maruah. dan maruah aku ditahap tertinggi.
sori, jebat...
susahkan ko.

after ni kau dengarlah cherita dari side sana pulak. betapa mereka tension dibebani kerja yang melambak. lumrah dunia. lumrah hidup. kalau hanya mahu tertumpu pada satu kerja dalam satu masa, tak ambil kesah masalah sekeliling, baik tak payah hidup bersama, cik kak.

serius li aku cakap, dalam hati masih ada sisa tak puas hati. tapi aku tak mahu menyusahkan pihak yang perlu memikul tanggungjawab yang lebih berat. memikir masalah dua puak yang bersengketa besar. sesungguhnya sengketa dalam hati dan maya itu adalah lebih berat.

aku tak mahu bergadoh.
sebab aku tahu umur aku tak panjang dan esok lusa, Tuhan boleh suka hati tarik nyawa aku. dan aku tak sempat nak minta maaf pada korang. tapi apa cherita kalau maaf itu dihulur tapi hati masih menyumpah seranah?
annoying bukan?

aku mahu hidup gumbira. aku mahu hidup dalam gelak tawa.
bukan hidup dalam sengketa. bukan hidup dengan masam muka.

mungkin aku yang perlu memulakan langkah.
tapi macam yang jebat cakap, kalau aku yang mulakan dengan salah cara, aku yang akan dianggap manusia bersalah. mereka akan state, aku salah so aku kena minta maaf.
macammana tu?
sampai bila mereka nak realize salah besar mereka?
ini organisasi kecik.
ini dunia kecik.
kalau macam ni pun tak boleh nak adapt, macammana dunia kerja nanti?
arghhhh....
SUSAHNYA!!

tapi ada satu yang aku amat terasa kat sini. makna kawan. aku tahu aku bukan manusia terbaik mahu berbicara soal kawan ini. sebab aku juga bukan kawan yang baik.
tapi mana lagi worst kalau kau kutuk, perli kawan kau sendiri depan orang lain padahal member kau tak tahu apa- apa pun?
aku lebih suka kita jujur.
walau seperit mana jujur tu, apa yang penting dua individu kawan itu tahu. berlaku jujur adalah langkah terbaik. sebab apa ada orang cakap, musuh itu kawan terbaik kita?
kenapa?
sebab...musuh itulah yang selalu kutuk kita depan- depan, kutuk perwatakan kita secara live. inilah yang lebih baik. di situ kita akan nampak. owh, macam ni rupanya sikap aku. dan kita akan persoalkan, eh kenapa best friend aku sendiri tak tegur?

mana lagi worst?

buatlah keputusan sendiri.
kadang ada masa memang kita tak boleh nak terima kritikan melampau, tapi kalau inilah cara yang paling baik untuk kita cermin diri sendiri...then, inilah dia!

manusia perlu berubah. bukan hanya stick dengan prinsip dan pendapat dia sepanjang masa. pandai- pandai lah adapt dengan keadaan sekeliling.
bagi aku, aku rela berubah kalau sikap aku sekarang dikategorikan sebagai 'buruk'.

dan bila keadaan sekarang hampir semua orang mula nak mainkan peranan,
aku lebih rela diam.

manusia ni kalau lagi banyak cakap, lagi banyak dia tipu. walaupun sebenarnya dia nak bagitahu itu fakta dan kejadian sebenar. ini manusia.

jadi, aku diam.
aku tak mahu menambahkan masalah.
aku bukan pembawa masalah.
dan aku tak suka digelar sedemikian.

kerna kamu juga manusia.
dan manusia itu selalu buat silap.

kenapa tak, kita sama- sama proses kembali diri kita untuk menjadi lebih baik?

ikhtiarkan something yang boleh membawa kebaikan.
bukannya menambahkan 'lopak' yang ada.

Rabu, 9 September 2009

tanggungjawab dunia


tak usah ditanya apa itu tanggungjawab pada aku.
kerna aku lebih tahu.
aku lebih arif perihal ini.
jadi jangan buat kenyaatan melampau.

erm,
maybe sudah tiba masanya semua orang berlaku jujur.
kesian pada top management [rank besar] kerna perlu memikirkan isu semasa intake kita sekarang.
tapi kalau nak tahu, inilah kenyataan yang perlu semua orang tahu.

jangka masa tiga tahun tak menjanjikan kerjasama dan kepercayaan yang baik. sikap manusia tak boleh dituai dalam masa yang singkat seperti ini. nonsense.
kalau ada yang boleh get long pun, mungkin dia perlu menjaga hati manusia yang lain ataupun dia hanya berpura memberi yang terbaik.

pergi jalan dengan kata- kata kutukan manusia lain kerna saya tahu apa itu kebenaran.
mungkin kebenaran itu hanya dari pihak aku. tapi peduli apa. pihak mana yang tak mahu berlaku jujur sekarang?
jadi, nak salahkan siapa?

puas rasanya hati ini terlalu mengambil berat hati manusia lainnya. penat sudah.
bukan mahu mengungkit, tapi kalau inilah yang mereka mahu. kenapa tidak?
diingatkan di sini, aku juga punya hati.
jangan ingat semua yang berlaku, aku tak ambil pusing. tapi kenapa perlu mulakan sesuatu yang menyakitkan hati.

secara jujur,
aku tak ada alsan nape aku tak join persembahan hari tu. tapi aku dah penat. seriusli cakap, hati ini masih 50-50 malam tu. bunyi agak mengada. tapi kenapa tak orang yang pujuk aku untuk join?
aku hampir menyerah kalah malam tu dan bersedia untuk turun. tapi kenapa tak ada orang yang care untuk bertanya. terima kaseh kepada hana. tapi itu tak cukup. after tu, aku dengar laungan- laungan. then, aku mula nekad. tak payah turun. laungan tu benar- benar mengganggu aku. kenapa mesti macam tu?
tak aib kah manusia yang dilaung namanya itu. memaksa untuk turun. memang dalam organisasi kita menggunkana cara paksaan dan kekerasan, tapi stil ada certain keadaan yang boleh di consider kan?
kenapa boleh bertindak macam budak- budak. wahai korang, korang lebih tua dari aku, kenapa tak boleh nak tunjukkan sikap yang lebih dewasa. yang lebih baik.

aku tak minta banyak. apa yang ada dalam hati aku sejak dulu, aku rela simpan sendiri. bilamana aku backing korang, bila mana aku makan hati dengan korang. its okay, benda tu segala tak meluakkan aku. lagipun apa yang aku adapt sejak dua tahun lepas dah pun sebati dengan diri ini. nak salahkan siapa?
diri sendiri yang selalu memendam rasa?

iyalah tu.

aku tak salahkan sesiapa. salah sendiri sebab suka membacking. inilah jadinya bila kebenaran itu tak dikorek betul. selalu disorokkan.
aku mengaku. aku silap perihal itu.

dan sekarang.
oleh kerana aku tak join persembahan malam itu. kami di blame.

esoknya, aku dapat perkhabaran. ada yang berkata malam tadi..."budak akaun memang masalah"
apa ni?
aku bukan budak akaun kah?
ya.
aku selalu bermasalahkah?
konfius jab.

apahal ni?
inilah yang manusia kata. kerana mulut badan binasa. aku cukup tak suka kalau manusia itu bercakap dan sekarang mahu menidakkannya pula. katanya hanya dituju pada certain manusia. budak akaun yang lain. habis tu aku? nak diam je bila manusia lain tu kutuk budak fac aku?
dayus nya aku.

tapi tak apa.
senyap.

dalam blok da terasa aura persengketaan tu. jalan tak bertegur. tiada gelak tawa bersama lagi.
tapi aku diamkan. hati aku sakit then takkan nak berpura macam tak ada apa yang berlaku?

dan pagi tadi. rowcall macam biasa. mula dengan tiada senyuman. kalau aku manusia yang tak punya tanggungjawab, aku tak tunaikan tanggungjawab aku pagi tu. buat apa aku turun rowcall? ini bukan tanggungjawab?
come on la, kita da senior. sampai bila nak selalu menuding jari. menolak kesalahan pada yang lain. kenapa tak cermin muka, sebelum tidur fikir apa yang kita da buat. betul atau tidak. ini tidak, asyik nak diri sahaja betul. kalau semua nak betul, sapa nak salah?

habis rowcall dengan mood baik tapi tak sampai berapa jam. aku bangun dari tidur, dikejutkan pulak dengan perkhabaran apa yang sebenarnya jadi pagi tadi. apa yang jadi? kenapa aku blur? kenapa aku tak tahu?

faie : meh cni la bagi aku, nanti kata aku tak buat keje pulak
ruz : memang pon
kam : ha ah memang pun

weyh, kenapa aku tak tahu menahu pasal dialog ni?
bukan ke aku berada kat tempat yg sama time tu.
aduh, blur.

korang, aku baru nak berbaik. kenapa jadi macam ni?

dan petang ini, aku baru je balik dari class. dapat tahu pulak mereka membangkitkan soal tanggungjawab. apahal ni?
serius nak memulakan peperangan ini kah?
serius?

Selasa, 8 September 2009

termangu


kenyataannya hati manusia memang tak boleh nak diduga. sekejab begini. sekejab begitu. sedangkan hati kita juga berubah setiap saat, bahkan manusia lain?
bukan nak state yang manusia lain juga punya hati tak tetap macam aku, tapi inikan kenyataan. hati boleh berubah kerana banyak faktor. perlukah aku tulis tesis untuk nyatakan faktor- faktor itu?
tak payah.
aku bukan manusia sibuk tesis.
aku hanya student yang tahun pengajiannya 4 dan berusaha dengan 4 itu. peluang untuk ke arah 5 sgt besar.

jadi jangan tanya manusia macam mana kah aku.
biarkan aku dengan hidup aku.

siapa dia mahu menentukan serba- serbi?
siapa dia mahu menghalakan haluan mana yang harus aku turuti?
siapa dia?

jadi jangan menyibuk.
cuba jadi manusia yang selalu beringat.
beringat bahawa diri kita bukan manusia sempurna.
tiap saat ada salah.
tiap tika ada masalah.

jadi jangan pentingkan diri.
kita hidup di dunia ciptaan Tuhan ini bukan sorang.
punya manusia lain di sekeliling.
jadi jangan pentingkan diri.

aku ada hati.
aku ada perasaan.

jadi jangan terlalu sakiti.
kerna aku punya hati.

tapi tak apalah.
aku sedar dunia ini hanya singgahan sementara.
aku redha.

sakiti lah aku.
dugalah aku.

kerna suatu hari nanti, pasti anda akan menyesal.
kerna aku bakal tiada.
kerna aku bakal pergi.

saat itu anda akan menyesal
menyesal semahunya.

sesungguhnya aku bukan manusia tanpa tanggungjawab.
aku adalah manusia yang ada hati.
kalau hati ini disakiti bagaimana mahu menunai tanggungjawab.
bukan makna tanggungjawab itu disalah erti.
tidak.
tapi aku ada cara.
cara aku sendiri untuk mengurus tanggungjawab.

kamu diam.

sebab kamu tak tahu apa- apa.
jadi, diam lebih baik.
kerna aku tak mahu menarik kamu dalam pergelutan maya ini.
tak mahu.

realitinya aku mahu lari.
lari dari realiti.
tapi aku bukan manusia pengecut.
sebab aku tahu apa yang aku buat.
jadi aku kena berani.
berani untuk esok.

hati, persiapkan diri.
mental, jangan melenting.

Ahad, 6 September 2009

kenyataan sebenar

aku:
empatbelas hari ku mencari dirimu
utk menanyakan di manakah dirimu
empatbelas hari ku datangi rumahmu
agar kau tahu tetap diriku menunggumu

aku rindu sama kamu
apa kamu sudah tak sayang aku

dia:
maafkanlah aku lari dari kenyataan
bukan kerna aku tak punyai rasa sayang
maafkanlah aku mencoba tuk berlari
kerna satu nanti kau pasti kan mengerti

kami:
kamu kekasih terbaik ku
walau hanya sekejab di hati
mengapa hanya sekejab saja
ku merasa kan indahnya dengan dirimu
mengapa hanya untaian kata
ku rasa tiada sempurna

cerita cinta kita

Khamis, 3 September 2009

satu malaysia

lagu satu malaysia ditulis dan garap kemas oleh tenaga kerja dan para student limkokwing Uni. sudah pun dilayarkan di televisyen.
pertama kali aku dengar. best. itu yang terdetik.

http://www.limkokwing.net/media/music/satu_malaysia/

Verse 1
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Verse 2
Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Verse 3
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Verse 4
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Rabu, 2 September 2009



kenapa aku emo semacam ni?

menyingkap kenangan lama

biarkan waktu terusan berputar
mencintai kamu penuh rasa sabar
meski sakit hati ini kau tinggalkan
ku ikhlas tuk bertahan

cintaku padamu begitu besar
namun kau tak pernah bisa merasakan
meski sakit hati ini kau tinggalkan
ku ikhlas tuk bertahan

kau meninggalkan ku tanpa perasaan
biarku jatuhkan air mata
kekecewaan ku sungguh tak berarah
biarkan ku harus bertahan

jangan pernah kau cuba utk berubah
tak rela kan yang indah hilanglah sudah
jangan pernah kau cuba utk berubah
tak rela kan yang indah hilanglah sudah


ramai yang tak tahu. cintaa aku bermula ketika di darjah 4. terlalu awal bukan. tapi inilah pertama kali aku marasai inilah cinta. pandangan pertama.
aku ingat lagi. time tu pertama kali jumpa, tika itu bulan ramadhan. dia suka lepak di rumah atuknya, berhampiran dengan rumah aku. time tu kawasan rumah tengah under construction. untuk buat highway. aku dan jiran aku nakal bermain di salah satu mesin di situ. dia juga ada.
sejak itu aku dan dia bagaikan dipukau. ceh...jiwang la pulak.

dan aku ingat lagi, ketika di sekolah agama...kelas aku dan dia berhadapan. sweet nya nampak dia intai aku. dan pertama kali aku terima surat daripadanya sebagai tanda perkenalan. aku sedih bila fikirkan yang aku tak simpan segala surat yang dia beri. aku kecik sangat time tu. makna menghargai belum aku fahami betul.
tapi aku tahu aku senang dengan hadirnya dia. dan nonsense nya, kami punya hubungan sedara. susah aku nak explain di sini.

perjalanan hidup aku di sekolah agama dan sekolah kebangsaan mula berjalan dengan segala kenangan manis dengan dia. time tu dia darjah 6, sebaya dengan angah aku. dia juga selalu tolong ayahnya di gerai roti canai. kiranya roti canai ayah dia memang top la kat kampung.

tapi aku tahu senyum tak selamanya indah. sebaik sahaja usia menginjak. dia telahpun ke tingkatan satu. dan aku darjah lima. sekolah pun dah berasingan. aku tak tahu. mungkin dia jumpa orang lain atau bosan. aku masih tak fahami isi hatinya. hubungan kami putus.

apa yang sakitnya, aku perlu jumpa dia setiap kali raya pertama. sebab kami akan jumpa di rumah sedara aku. rumah pak ngah aku. susahnya sembunyikan rasa hati. dan ini akan berulang dari tahun ke tahun.

dan bayangkan macammana aku nak cari lain kalau setiap kali raya pertama, kami bertentang mata dan dia tersenyum manis pada aku. seumpama senyuman itu buat aku sorang!

aku pernah dengar dari seorang teman, dia tak menginginkan perpisahan tapi masa yang merubah segalanya.
tapi itu semua dah berlaku. dan aku tahu dia dengan aku memang susah untuk bersama. aku tahu keluarga dia macammana. dia tahu keluarga aku macammana. sehingga sekarang aku tak berani mahu bertindak apa- apa sebab aku takut hadapi dua buah keluarga besar yang saling mengenali. dan aku pernah minta dia cari yang lain.

satu hari setelah beberapa tahun, aku nampak dia dengan seorang wanita. aku teka itu teman wanitanya sekarang. aku hanya pandang. dan dia perasan. mulanya aku mahu terus melupakannya. tapi...
dia menguntum senyum manis dan mengangkat tangan rendah.

tak tahu apa yang dia rasa. mungkin perasaan dulu dah lama hilang seiring dengan masa.
aku tak tahu. cuma aku minta dia jangan berubah sebab aku dah fahami maksud sebenar menghargai dalam hidup aku.
berubahnya dia akan mengubah segalanya. SEGALANYA.

ini kesah aku.
aku cinta dia.
persetan dengan manusia lain yang anggap aku tak faham, apa itu cinta!
kerana aku lebih mengetahui.
lagu untuk entri kenangan ini : hanya kamu yang bisa by tiket

rabu untuk apa?

pagi lagi dah bangkit.
sempat sahur dengan sekeping roti plus jem cokelat, air milo dan sekeping biskut.
sedar sejak kebelakangan ni selera makan semakin hilang. kenapa?
risau jugak. nak paksa makan pun tak boleh.
nanti aku jugak sakit perut.

then, terus siap untuk solat subuh dan rowcall. rabu yang biasa. baju no. 3 yang biasa. cuma yang bezanya, aturan tugas untuk hari ini.

suo : pklk fauzan
juo senior : pklkw cp
juo inter : pkkw na

maybe na tu memang da biasa la. taruhan basit untuk hari ini menimbulkan aura tenang. tapi dalam hati terbit jugak. kenapa? mesti fauzan nak buat something!

dan naluri itu tetap naluri.
selesai sahaja juo lapor pada fauzan, terus kami kena.

alkesah dengan ketidakpuashatian fauzan dan rakan- rakan dengan kehadiran di surau. sesuai dengan ramadhan almubarak ni, memang patut kenalah kalau tak turun.
apa itu kerjasama?--yang setia turun pun kena jugak.
ini baru palapes.
dalam hati aku, no hurt feeling. jujur.

berterabur jugak lah fauzan membebel. bg aku normal. cukup untuk buatkan aku sedar di mana bumi yang aku pijak. tidak lagi terawang- awangan.
lama tak kena PT, aku tengok masing- masing dah macam kena bakar. haha.
then macam biasa, peringatan demi peringatan.

dan sebelum bersurai. sabahan datang depan. mahu bercakap.
bercakap soal situasinya yang akan pulang ke sabah hari ini, flight dalam pukul 6 dan bercakap lagi soal kemungkinan tak kembali semula ke sini. aku terasa. aku tahu keadaannya. tapi...
aku hanya mampu pandang wajahnya. kebanyakan dari kami agak terkejut. terutama ladies sebab tak tahu menahu. nasib aku pandai korek cerita.
sabahan ambil kesempatan ni mengucapkan selamat hari raya dan minta diampunkan segala salah silapnya. dan katanya kalau panjang umur kita jumpa lagi.

serius li nak nangis.
tapi sedar. menangis, meratap dan meraung takkan mampu ubah keputusan yang dia dah ambil. dia perlu pilih jalan lain untuk dia teruskan hidupnya jika jalan yang ada sekarang adalah jalan mati baginya.

so, kawan- kawan lelaki plan nak hantar sabahan ke airport. dan berbuka puasa bersama.

rabu.
inilah palapes.
pagi rowcall.
tahu sabahan nk balik sabah--tak tahu samaada kembali semula ke um atau tidak.
semangat--aku nampak itu di mata intake-29. jelas.
sedih dengan perkhabaran yang diterima.

tapi apa yang pasti.
rabu ini belum habis.
rabu depan akan muncul.