Rabu, 1 Jun 2011

lama tak nampak.

"Hai, lama tak nampak! sibok ah konon...citt!"

dulu aku fikir, habis je belajar dah boleh goyang kaki sambil tengok juvana. tak pon cikai2 tengok katun upin-ipin. tapi biasanya kalau katun2 ni, diorang yang tengok aku. heh. rupanya dunia kerja cuma indah kabar dari rupa. sibok yang amat. nak kejar due date. nak settle itu, settle ini. belom kalau keja salah, lepas tu kena marah. tak tahu buat, tak tahu nak tanya siapa pulak. haihhh.

aku fikir, aku nak bukak company sendiri ah. siapa nak join.

dulu aku ada cita2 nak jadi pemandu bas sekolah. bawak budak2 pegi sekolah. hon2. haha. bukanlah tepengaruh dengan geng bas sekolah. tapi memang aku ada cita2 itu. dan bila libatkan diri dengan palapes, aku dah mula ada cita2 nak bawak trak 3 tan pulak. havoc tu!

tapi lori aku tak minat ah. tak mesra.

ok apa lagi hapdet dari aku?

dunia kerja. biasa.
dunia sosial. juga biasa.

alah, semua biasa ah. the boring kikin. normal.

oh ya. semalam aku ada terfikir nak carik boypren. bunyi macam carik ikan kat pasar. haah. bukan desperate. cuma...ntah. kadang2 kalau kita terlalu biasa dengan kehidupan biasa kita, sesekali kita nak menukar angin pulak ah kan. aku tak mintak banyak. cukup dia pandai bawak keta je. gua letih ah drive. heh.

tapi itu semalam ah. untuk hari ni, aku tak rasa dah. bersyukur diri masih sorang. tak perlu fikir perihal orang lain. wahai jodoh saya, tunggu dulu ya. saya tak sedia lagi nak jumpa awak. tunggu!

dunia tanpa ragam, memang tak sah.

kalau masa belajar, kita mahu bekerja.
kalau sudah kerja, kita mahu kembali belajar.
dasar manusia.

lupa bersyukur.

tapi apa2 pon. teruskan hidup kita yang mana mampu. insyaALLAH. Tuhan selalu ada sama dengan kita.

niat nak habiskan projek juga semakin tergendala. due date dah banyak kali langgar. macammana ni. maaf. aku masih belom sesuaikan diri dengan masa kerja aku, masa sosial aku. ya aku belom tahu merancang. insyaALLAH aku akan cuba ubah. susun balik jadual.

dan setakat hari ini, semua nya masih di dalam kawalan. cuba suasana di tempat keja sedikit kelam dengan aku yang kabut, heh elok sangat ah tu...
budak2 ofis pon ok2 belaka. ramai budak um jugak kat sini hah.

heh lupa. khidmat aku di palapes sudah pon aku tamatkan 29 mei yang lepas. latihan menembak sebagai penamat latihan aku. walau bukan secara rasmi. tapi aku nak tamatkan juga. jiwa aku dah dicalari kat situ. lain tak ada apa. jadi aku hentikan khidmat aku. moga semua orang gembira.

yeay!
saya sudah jadi sivilian.
tapi perasaan nak lapor unit, ada jugak sebenarnya. rizal dengan mekna punya hal. tapi tak apalah. tangguh dulu.


gila entri tertangguh. aku karang benda ni dari waktu lunch tadi. sampai sekarang. dah ah. nak balik dulu.

da!


2 ulasan:

  1. ko x perlukan bf... ape yg ko perlukan ialah seorg driver.. hahaha....

    BalasPadam
  2. itulah...aku pon fikir mcm tu.

    pentingkan diri sungguh!

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.