Ahad, 16 Oktober 2011

10 budak hitam punya projek.

masih ingat kes 10 budak hitam yang baik dengan saya tu?
kalau korang punya memori cuma 256MB, sila klik entri saya yang lepas ok. betul- betul sebelum entri ini.

apa?
saya nak reveal siapa 10 budak hitam?

hahaha. memang tak ah kan. itu rahsia kerajaan dari sisi aku. cehh. sabar lah. projek ini separuh jalan pun tak sampai lagi. tercungap- cungap ni hah. letih memikir. nanti kalau dah komplet, saya akan kasi tahu. oki.
dan semestinya lah akan ada entri khas setelah komplet misi projek itu nanti. jadi bersabar ya. kemungkinan dalam minggu hadapan siap. hari tu dah ada lima, maka lagi lima lah. jadi sepuluh kan. lepas itu nak bagi cantik sikit. gilap sikit. tachap sikit. kata- kata manis sikit.

semua serba sedikit lah.

tapi macam biasa lah. manusia ini berubah- rubah. projek ini lari banyak dari plan yang asal. atau boleh dikatakan tak ikut plan langsung. aduhaii.

tapi tak apa. kita cuba.
tunggu yah.

Jumaat, 7 Oktober 2011

bangun selepas jatuh.

minggu ini nampak gayanya macam sakit sikit. minggu graduasi yang patutnya aku juga gembira, kerana ianya adalah minggu- minggu yang terlalu dinanti- nanti kan oleh seorang insan yang bergelar pelajar. cuma, aku belom ada rezeki.

jadi bergelar seorang siswazah belom lagi relevan untuk aku.

mungkin sudah terlalu banyak cakap- cakap belakang tentang aku. even, tak ada. hish tak kisah lah. tapi aku tahu, mesti ada. tapi, maaf ya. terima kasih di atas sikap ambil berat anda- anda. saya ok. cuma saya tak ada rezeki lagi mahu bergraduasi tahun ini. jam kredit saya belom cukup. masih ada 4 jam.

bilamana aku tahu yang aku takkan grad tahun ini, aku rasa di situlah zaman kejatuhan aku. zaman betapa tak bergunanya aku. setakat 4 tahun pon kau tak boleh nak handle?

aku tahu di mana tahap aku.
di mana silap aku.
jadi tak usah ingatkan aku berulang kali.

sakit tahu.

dan sekarang, aku tahu mana arah hidup aku. aku akan bangun dari zaman aku jatuh dulu-kala. dan aku akan buktikan, bahwa aku mampu. InsyaALLAH. selagi ada daya.

terima kaseh di atas kata- kata anda. ianya membuatkan saya lebih bermotivasi untuk meletakkan anda di bawah saya suatu masa nanti. Bill Gates pon pernah fail subjek. tapi sekarang dia adalah pemilik Microsoft. dan member dia yang lulus semua subjek, cuma engineer di Microsoft. can you see that?

terima kasih.

anda grad tahun ini. saya grad tahun depan.
kita tengok siapa kaya dulu. amacam?

*senyum

zaman jatuh aku, dah lama aku lupakan. zaman di mana aku tak dapat tahan bilamana mata kau pandang aku macam aku ni bodoh sangat sebab fail subjek yang kau lulus. fine. aku salah sebab aku malas belajar.
habis kat situ.

dan minggu ini, kau grad. bersama dengan angkatan kawan- kawan aku yang lain. aku nak pergi tengok diorang keluar DTC dengan bawak bunga atau jambangan angry bird semacam kumi dapat tu. tapi sebab kau pon grad sama, aku tak dapat nak pergi. sebab aku tahu, aku tak dapat tahan pandangan kau yang mengejek aku sebab aku tak grad sama kau. kau selalu jadi penyebab aku murung, terima kasih.

tapi aku sayang kawan- kawan aku yang lain. maaf, kalau aku tak hadir graduasi kalian. aku takut akan pandangan mata manusia- manusia yang tak faham dan tak jelas akan sebab musabab aku tak grad tahun ini. dan apa yang paling aku takut, aku takut air mata aku mengalir mengalahkan kamu orang yang grad. maaf.

but then, aku dah pasang niat. nama- nama anda yang saya kasihi sudah dimasukkan dalam list. ada 10 orang semuanya. yang selalu beri saya semangat dan motivasi untuk terus bangun dan kuat hadapi grad yang memakan masa setahun dari sekarang. minggu depan baru nak kasi hadiah, lambat sikit ya. gaji tak masuk lagi. heh.

ada sesuatu yang berlegar- legar dalam kepala otak saya untuk kalian bersepuluh. manusia yang baik dengan saya. dan saya suka kawan dengan kalian. tahniah, kalian dah grad. selepas ini, kerja baik- baik. bila dah keje, jangan lupa mak ayah. hulur sikit2. lama jadi bukit, kan.

oh, ya. lupa nak mention. life seems very fair to those people who really give their efforts to change their life. ada kawan saya yang grad tahun lepas, dah mula kumpul harta. syukur alhamdulillah. syukur di atas segala nikmat yang Tuhan kasi.

cuma apa yang penting, jangan takut untuk jatuh. sebab bila jatuh, kita akan tahu di mana tahap kemampuan kita yang sebenar. di mana aras yang membolehkan kita tahu yang kita mampu bangun untuk kecap balik apa yang kita terlepas. mungkin bukan dengan berpatah balik, tapi dengan teruskan perjalanan sehingga ke titik yang terakhir. there is no such things like a time machine. jangan tertipu.

sekarang, pandang depan. aturkan langkah.
kita tahu kita boleh. sebab saya dah cuba menapak. even terlalu payah, tapi saya ada supporter yang sangat kuat untuk tolak saya dan buatkan saya terus berjalan. dan terus berjalan. mereka ialah puan mama dan incik ayah saya. adik beradik saya. kawan-kawan gila saya. anda semua memang manusia penuh pengertian yang saya ada.

saya juga dah kumpul harta.
nak tahu apa?

kasut.




















by the way,
hidup bukan panjang. then, why not just enjoy it?

anda sendiri yang tentukan jatuh bangun anda.
terima kaseh.

oh, ya.
selamat bergraduasi untuk sepuluh budak hitam. haha.