banyak kali dalam hidup memang kita tak boleh nak jangka apa yang akan berlaku pada masa depan kita. incik ayah penah cakap, kalau bukan kita yang corakkan masa depan kita, siapa lagi?
ibu ayah sepatutnya cuma sebagai pemerhati. atau lebih jelas sebagai raja dan permaisuri yang turut sama dalam kapal yang kita bawa. ya. kita sepatutnya jadi nakhoda pada kapal kita sendiri. kapal itu kau namakanlah sendiri. aku sudah punya nama. biar ianya rahsia. apa yang pasti ianya bukan jentayu. itu kapal milik merong mahasiswa. haha.
jujur aku punya banyak masalah dalaman yang aku sembunyikan. sembunyikan dalam hati aku dalam- dalam. aku tak mahu aku jadi manusia yang dikasihankan. merintih meratap nasib badan. aku tak mahu. biar orang nampak aku bersahaja. biar orang nampak aku seperti tidak punya rasa. tak apa. aku dah tak kesah.
bukan aku mahu lari dari sekian masalah, cuma aku harapkan ianya akan berlalu seperti air di sungai. mengalir tak henti. jadi aku harap setiap butir masalah aku juga begitu.
untuk sekian kalinya, aku mahu biarkan hidup aku berjalan seperti biasa. seperti tiada apa. tunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, sebagai seorang anak dan sebagai seorang kawan. masalah hati aku, aku tolak tepi. tolak-setolak-tolaknya.
aku cuma cepat2 habis belajar dan keluar dari sini. 4 tahun aku hidup seperti orang asing. serius, aku dah tak tahan. aku mahu keluar. dunia sosial ini bukan dunia aku. sudah aku khabarkan pada puan mama dan incik ayah, ucap mereka cuma SABAR. ya, aku tahu itulah satu2 nya perkataan yang akan diucap sekian kali apabila sudah tiada perkataan lain yang mampu diucapkan.
hari ini, aku sudah rasakan aura2 perubahan. ya, sekarang aku suka berubah. berubah daripada sesuatu kepada sesuatu. harap Tuhan bersama aku. segala rasa hati aku, cuma Tuhan yang tahu. Yang Maha Esa, Yang Maha Satu.
tugas aku cuma pamerkan senyum mesra. jalani hidup dengan riang tawa.
bukan palsu, aku cuba jujur. aku cuba.
tapi apa yang pasti, masih ada sesuatu dalam hati aku yang aku mahu adukan. cumanya, aku tak tahu pada siapa yang patut aku adukan. aku harap ada manusia yang mampu pinjamkan telinganya seminit dua. pinjamkan senyumnya sebaris ceria.
doakan aku berjaya dalam apa jua segala.
p/s:
aku sudah tak makan nasi.
aku sudah biasakan senyum.
aku sudah deactivate fesbuk.
aku sudah pakai high heels.
aku sudah tukar alamat email.
aku sudah pergi interview.
aku sudah tukar break pad kereta.