bersama menutup lampu malam tadi, bukan menyahut seruan kerajaan. tapi bersama cuba selamatkan Bumi. mungkin masih ramai yang tak faham. atau tak tahu. atau sengaja buat tak tahu.
rumah aku rumah pertama yang matikan lampu semalam tepat 830, ikut jam telefon adik aku. makcik aku rumah sebelah ikut padam lampu 10 minit kemudian. jiran sebelah lagi ikut padam lampu 30 minit kemudian. mungkin bunyinya agak kelakar.
aku rasa diorang lupa. tapi tak apalah, asalkan kau padam lampu cukup sejam, itu dah memadai. even kau padam lampu lewat daripada 830 malam pon. yang penting niat tu apa ya kawan2, makcik2.
yang aku bengang sebenarnya, tengah kitorang dok sembang2 dalam gelap semalam, ada lah seorang makcik ni datang rumah aku. biasalah, rumah public figure memang begini. tiap masa ada saja yang mahu melawat. makcik ni lah yang cakap kami ni mengikut seruan kerajaan.
hello, makcik. tak tahu ke earth hour tu apa?
nasib lah gelap kan. aku tak nampak muka dia. nasib.
yang pasti semalam aku dah membantu selamatkan Bumi. even banyak gila nyamuk semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.