Khamis, 24 Mac 2011

tahniah.mengandung.fesbuk.

hari ini banyak benda jadi.

aku bangun pagi.
pergi kelas.
pergi interview.
then pergi kelas semula.
then pergi interview semula.

dan tahniah sebab audit firm itu sudah terima aku. so kiranya tadi aku macam ada date dengan aku punya future employer lah. bersyukur aku. alhamdulillah. segalanya nampak tersusun sekarang. Tuhan masih mahu bantu aku. berita ini juga sudah aku khabarkan ke puan mama dan incik ayah. semua nya ok. berada dalam aliran akauntan ok. berada dalam aliran anak ketiga juga ok.

alhamdulillah.

semuga ada lebih banyak kebaikan.

sebenarnya aku fikir, habis sahaja peperiksaan akhir sem ini, aku mahu bercuti memandangkan si ibu mengandung palapes ni pon dah nak bersalin, ingat nak menapak2 jugak ah ke terengganu. wah. itu baru betul cuti. kan. tapi, macam biasalah. kita merancang, Tuhan yang menentukan segala. aku konfem mula intern dua hari selepas aku habis exam. memang alamat lah kan. tak dapat nak ke mana pon.

sori ya ibu mengandung. tak dapat nak celebrate kau bersalin. haha.

ok. masuk hari ini sudah dua hari aku deactivate fesbuk. serius rasa janggal gila. macam tak tahu nak buat apa. tapi tak apa lah. tengok adik aku yang main fesbuk pon dah kira ok ah kan. dan yang paling pening, aku tak tahu dah macammana nak berhubung dengan kawan2 aku yang lain. ah gila. fesbuk ni macam dadah pulak aku rasa. susah betul nak hilangkan gian dia.

tapi tak apa. aku cuba.
cukup sebulan. kira ok ah kan.

macam orang nak berhenti merokok. man-man orang kata kan.
tapi apalah fesbuk nak dikaitkan dengan rokok. kacang je fesbuk ni nak ditinggalkan. deactivate sudah. kalau rokok macammna pulak kan.

ok. itu saja untuk hari ini. sesiapa rindukan aku kat fesbuk boleh lah email gua ok. tak pon line celcom gua still menanti. haha.

4 ulasan:

  1. aku ke ha? oh tidak...ak harap aku bsalin bulan 5. aku nk tgu laki aku balik!! tolong!!!

    BalasPadam
  2. haha.. patut la. sudah tidak nampak kelibat kau dis fesbuk san.

    BalasPadam
  3. HAHA

    rindu nak gosip dgn aku ah tuh!

    BalasPadam
  4. taw xpe. bila mahu on fesbuk balik ha?

    xpun hantar ON Cinta kat 36299

    haha

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.