semua rasa2 tu dah mula bercambah bila tiap kali aku dengan dia bertembung secara sengaja atau pon tidak. kehidupan di kolej yang sama buatkan kebarangkalian aku dengan dia untuk bertembung bertambah banyak. aku dah try jaga tepi kain aku saja. tapi tiap kali aku mula dengan visi baru, tiap kali itu jugak ahh dia muncul depan mata aku.
biasanya suka2 macam itu akan hilang bila aku bangun pagi besoknya.
tapi lain pulak yang jadi. tiap kali bangun pagi, masih dia. masih. siap mimpi2. aku tak faham ah.
aku dengan dia tak berjodoh.
kenapa nak tembungkan kami tiap kali.
makin lama makin aku tak sabar nak kena halau dari kolej ni. biar kami jauh. senang sikit barang kali. mudah saja nak lupakan dia nanti.
lelaki,
tahu tak saat kau bertembung dengan sang wanita, saat itu bisa mencambahkan rasa dalam hati sang wanita. bukan perasan. bukan. itu rasa. wanita ini penuh dengan rasa. bilamana makin kerap bertembung, rasa itu akan bercambah dengan cepat. jadi, tolong. tolong jangan biarkan kita bertembung. aku taknak rasa itu.
seriusli aku taknak.
kau dengan aku gila berbeza. sangat.
aku takkan boleh masuk dengan kawan2 kau, dan aku tahu kau juga begitu. kita berbeza.
dan aku tahu KITA itu takkan. takkan.
jadi aku minta tolong. jangan muncul depan aku lagi.
kau dah macam dadah dalam hidup aku, tahu?
kau dah macam ais dalam airmilo aku, tahu?
kau dah macam tuna dalam roti aku, tahu?
kau dah macam...
tolonglah. jangan buat aku macam ni.
suka aku, atau kau boleh pergi. pilih mana saja sementara kau punya peluang.
aku dah buat part aku.
aku dah tutup fesbuk aku. supaya aku tak nampak kau dah.
aku dah tak pergi makan kat dm. taknak jumpa kau dah.
aku dah cuba elakkan bertembung dengan kau. aku jalan laju je pergi ke kereta aku. tak mahu toleh2. aku dah buat.
sekarang cuma tunggu aku keluar dari kolej je.
TIGA minggu saja lagi. TIGA.
sabar sikit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.