Rabu, 11 Mei 2011

dan terima kaseh...


alhamdulillah hari ini hari last exam. nampaknya tak berapa nak eksited atas sebab-sebab yang tertentu. susah nak bagitahu kat sini. cumanya tinggal esok dan lusa kelibat aku akan ada kat kolej kelima ni. tapi esok pun dah ada plan. lusa pulak cuma datang sekejab sebab ambil barang, bersihkan bilik.

okay, aku berat hati.

meninggalkan kolej, maknanya meninggalkan...
heh. itu lagi satu hal. hal yang tak pernah sudah. tapi tak apalah, kalau Tuhan mahu aku lupakan dia seiring dengan pemergian aku dari kolej ni, aku terima. insyaALLAH aku boleh.

isnin depan aku dah mula keja. kat kuchai lama. dekat je dengan UM. kalau ada sesapa nak lepak- lepak lagi pon boleh. kalau aku tak penat keja ah kan.

apa2pon terima kaseh untuk segalanya.
untuk segala motivasi.
untuk segala penaik semangat.
untuk segalanya.

kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi
kalau ada jodoh, kita jumpa lagi.

haha

Isnin, 9 Mei 2011

canggung.


setelah sebulan lebih. akhirnya aku reactivate semula fesbuk aku. atas sebab apa, tiada.
cuma cuba buang semua gambar tapi takut pulak tak ada bekap. jadi aku private kan semua sekali.

canggung.
haah. rasa macam tak tahu nak buat apa dengan fesbuk. dan2 aku mula fikir, apa agaknya yang budak2 ni buat kalau ngadap fesbuk 24/7?

ha, dulu aku macam tu lah. segalanya fesbuk. tapi bila dah lebih sebulan tinggalkan. gamaknya ia bagi impak positif untuk aku. mudah- mudahan ianya berpanjangan. aku fikir mahu deactivate semula.

ekceli aku bukak fesbuk semula cuma nak kasi tahu yang aku sudah tak banyak hari lagi duduk di kolej kelima. sudah mahu dihalau keluar.

itu saja.

Isnin, 2 Mei 2011

mana ethic nya kalau time periksa ethics pon kau meniru?


sakit hati pulak bila teringat.(periksa kecik ethics dulu2)

punyalah penat aku membaca, menghafal.
bila masa periksa kecik itu hari, sedap je diorang meniru depan mata aku. siap kasi keluar notes lagi. aku ulang ya, noteS!

periksa ethics kot. agak2 lah kalau kau tak baca malam tadi pon. aku baca kot. bagilah adil sikit.
tapi wadehel, kira ramai jugak yang buat macam tu sebenarnya. aku tahu ah sebab dalam aku tengah mengingat2 itu, aku pandang sekeliling kot. dah aku duduk paling atas, konfem ah semua aku nampak. sebijik2 kau meniru. pergh, sedap betul!

jadinya, bila markah periksa tu keluar. aku dah bolayan. tak tahu mana asli, mana tak.
logiknya, kau punya markah periksa kecik tu penuh sekalipun, Tuhan tahu yang mana satu usaha kan. Tuhan tahu itu.

mana letaknya nilai etika manusia itu kalau masa periksa etika pon kau mampu meniru?
memang tak ada etika!

celaka.