Khamis, 14 Julai 2011

pick-period.

satu aku belajar sejak beberapa hari ni.

hargai masa lapang anda!

kalau dah sampai tak tahu nak buat yang mana dulu, memang macam haram ah kan. tapi tak apa. aku taknak marah2. alang-alang menyeluk pekasam, kan...biar sampai ke pangkal lengan. alang- alang aku dah hapdet kan, biar sampai boleh publish. aku rasa penoh dah draft aku tuh. tulis-tinggal-tulis-tinggal.

haah. auditor memang keje gila. aku tak tahu ah kenapa aku suka. masa seminggu dua mula keje, memang rasa taknak sambung dah lepas ni. tapi bila dah masuk bulan kedua. rasa sebati pulak. aku suka gila kerja sebenarnya. suka.

erm apalagi ah?
aku malas nak hapdet keje aku banyak- banyak. buang masa. 8-8 aku fikir pasal kerja. kadang 8-10. jarang sangat 9-6. jarang. tunggu lepas raya, mungkin ah kot. tepat pukul enam, aku blah. tapi sekarang memang susah ah. tengok jam pukul enam, cuak. masa tak banyak dah.

nak balik lewat2 takut sorang2 kat ofis. meremang macam-macam.

haha. rasa- rasa nak hapdet tempat keje baru tapi talipon aku sangat mahal kot. kamera hi-class. tak boleh nak tangkap sangat. jadi tunggu je ah. heh.

oh ha. jadual makan aku semakin tak teratur. tak makan sehari tu memang banyak kali dah. bawak air satu botol dengan harapan bawak balik botol kosong pon tak pernah. niat nak pergi jumpa doktor nak periksa kesihatan memang ada, tapi entah bila. tak sempat. aku fikir- fikir, aku nak tunggu doktor yang kacak- kacak sikit. haha.

jadual badminton pon ok ok. tiga kali seminggu ok. sebolehnya aku turun. kalau aku tak turun tu, memang paling tak boleh ah. kerja pon perlu disiapkan. itu tanggungjawab. kena siapkan. biarpun sampai tak tidur malam. itu aku.

tapi tak apa lah. selagi incik ayah dengan puan mama tak bising. aku pon ok je.

dan dalam keadaan genting macam sekarang, syukur alhamdulillah. aku dah mula belajar lupakan dia. perasaan tu tak ada apa. cuma datang singgah kejab je. esok lusa, hilang.
ok ah tu kan. jadinya bila ak sibok keje, tak ada lah fikiran nak merewang ke tempat lain. ye tak?

haha.

ok setakat ini dulu hapdet dari beta. ini pon dah fikir lama ni. cuba bayang kan, tiap kali balik kerja asyik fikir nak hapdet. tapi tak hapdet2 jugak. macam nak nangis rasa.

ok ok dah.
esok kerja.

1 ulasan:

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.