Jumaat, 12 Ogos 2011

magnetik senyuman.

dengarkan lagu baru bruno mars, 'count on me'. manis. dan sangat bermakna.

saya tahu ada seorang yang selalu harapkan saya sama seperti saya selalu harapkan dia. ada bilamana saya perlukan dia dan insyaALLAH sebolehnya saya akan selalu ada untuk dia. itu nilai kawan sebenar bagi saya. juga anda. kawan itu sangat istimewa, dan terima kaseh kerana anda2 termasuk dalam senarai kawan yang saya boleh harapkan.

mahu tahu?

secara langsung atau tidak.
anda2 selalu menjadikan saya seperti saya yang sekarang.
jatuh bangun saya sebagai saya.
gembira sedih saya juga sebagai saya.

syukur.
ada masa saya sendiri tak jujur dengan hidup saya.
ada masa saya sendiri tak yakin dengan hidup saya.
ada banyak masa juga saya tak sedar siapa saya.

tapi masih anda2 bersama saya. setia.

saya tak perlu banyak. cukup cuma untum kan senyum buat saya. dan seperti magnet, tentulah ia juga akan menarik saya untuk tersenyum juga.

tak banyak.
cuma senyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.