Isnin, 9 Januari 2012

bukan siapa- siapa.

idea asal tajuk ialah wani ardy. ada satu karya dia nama 'berapa kerat'. sedap.

bukan siapa- siapa merujuk kepada manusia yang dianggap tiada apa. tiada daya. tiada upaya. dan tiada segala. jadi dengan hanya bukan siapa- siapa itu, seberapa banyak manusia yang masih mahu berdampingan dengannya. masih mahu melangkah bersamanya. dan masih tetap mahu mempercayai tiap lakunya.

kalau nak kata aku, haah. aku memang bukan siapa- siapa. kumpulan kawan- kawan aku adalah yang sebenar-benar kawan. aku tak kawan dengan talam. tapi boleh get long dengan musuh. orang cakap musuh itu mampu tunjukkan kelemahan diri kita yang sebenar. jadi aku suka.

dulu aku penah dilabel sebagai seorang manusia yang sangat memilih dalam berkawan. iyalah, dah tentu- tentu aku bukan siapa- siapa. jadi kenalah fikir, siapa saja lah yang mahu berkawan sama aku. aku tak mahu dipijak lunyai. dimakan kawan sendiri. aku lebih rela mati.

tapi itu semua dulu.
sekarang, apa yang aku mahu cuma kawan. ramai pon tak apa. sikit juga tidak apa. masih aku hargai.
kawan yang bercakap baik di belakang dan mulut longkang di hadapan, boleh diterima. aku kenal kau, kau kenal aku. cukup. itu dah sangat besar maknanya.

sebenarnya, bukan siapa- siapa boleh menjadi kawan yang baik. payah. tapi sama- samalah kita cuba. insyaALLAH, kita semua mampu.

dan sekarang, setelah lama membiarkan blog merah ini berhabuk sehinggakan aku sudah terlupa apa entri aku yang paling last, aku mahu update sikit.
sekarang, aku masih membanting tulang di syarikat lama di mana tempat aku praktikal tak lama dulu. 16 januari nanti, genap 2 bulan aku sebagai pekerja tetap. syukur alhamdulillah.

dan lagi, sabtu lepas aku baru sahaja mengabadikan kenangan atau lebih jelas, mengembalikan nostalgia tahun baru cina tahun lepas di mana aku merantau ke Chiangmai dan Bangkok, Thailand. aku sajikan Strrawberry Field untuk pertemuan pertama kami setelah setahun. uhuihhh, begitu cepat masa berlalu. hujung bulan nanti, suzi si jepang sudah mahu pulang ke tanah air nya.

terbaru, kes mengganggu-gugat kepercayaan aku pada sesuatu yang aku fikir aku suka. ok, itu boleh simpan dulu. kita tengok apa perkembangan nya nanti. aku harapkan semua nya akan aman. gila, siapa yang suka berperang?

aktiviti badminton diharapkan masih berjalan dengan lancar. biarpon penuh onak dan liku, marilah kita harunginya bersama. takbir!(Allahuakbar!)
Allah itu Maha Besar. Maha Tahu.

sudahlah, kita masih perlu teruskan hidup bukan?
jadi jangan gusar. jika kita dipijak, mari bersama kita bangkit.
aku ada kau. kau ada aku.
kita adalah satu.
Intek 29 selamanya bersatu.
Gorila Utara tak suka kena tipu!
(ok, itu tak ada kena-mengena. dem.)

ha, terbaru. anak sedara aku dah masuk 2 bulan juga 28 disember itu hari. dia semakin tembam. senang hati agaknya duduk di kulim. sepertinya sudah tak mahu pulang ke klang. aritu aku ada hadiahkan dia rompers malaysia dan manchester united. ok, bila dia pakai rompers malaysia tu dah macam harimau muda under 1 year dah kata mamanya. gambar boleh stalk di fesbuk ya. eheh dia semakin hensem dan kachak. maka tepatlah pilihan makciknya, rompers malaysia lebih menarik perhatian ramai. haha. pandai tak aku!

maaflah sekarang tak dapat nak tulis banyak- banyak. sudah ada dua-tiga tanggungjawab. jadi agak kelam-kabut mahu selesai yang mana dulu. puan mama kata habiskan keje dulu. jadi, saya ikut. haha.

angah masih belum pulang ke rumah sejak balik ke tempat barunya, Labuan masa hari tu. aku pon tak sedar sudah berapa lama. hey, tahu tak rindu!

ok dah. kalau rindu, do text me. tak pon on skype. waktu kerja, saya sentiasa available. no more tweet, tak pandai. fesbuk pula kena block kat ofis. jadi, really do text me!

ok dah.
assalamualaikum.














1 ulasan:

  1. main badminton dah tak ajak aku dah.
    oh ok aku sedar, aku intake 8 bukan intake 29. =p

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.