Ahad, 22 Julai 2012

ramadhan sedikit-sebanyak

ramadhan tiba sehari selepas hari lahir saya.
itu saya anggap sebagai hadiah hari lahir yang paling besar dan bermakna.
'parti' hari lahir juga dibuat disurau.eccehhh. ramai yang datang!

cuma bezanya tak ada kek.
sebenarnya terkilan juga. benda feveret kot. nak beli untuk diri sendiri pon sampai tak ter-sempat.
tak ter-ingat. nasib badan lah kan. tiba hari lahir masa pick-period. (apa itu pick-period?-nanti kita cerita lain). balik- balik rumah tanya mama pun, hampeh. "Dah kerja kan? Belilah sendiri."- itu gurauan kejam itu, ma. Angah, sila balik rumah cepat, aku kena buli nih!.

Nasib lah don't bother sangat perihal hari lahir, hari jadi ini. Still, ianya hari yang sama macam hari lain. Cuma beza yang paling besar, ramai yang mendoakan kita. Semuga itu, semuga ini. Terasa dihargai. Masa kerja jumaat itu hari, sempat juga dok usha facebook. wahhh, terharu jugak lah. Nak menangis pun ada. Nasib ada facebook, ingat juga diorang birthday aku. ahahhaa. Apa-apa pun, aku pasti ianya ikhlas. Iyalah kadang banyak sangat benda yang kita nak ingat kan. sesempurna mana kita pun, kita masih kena diingatkan. Melayu mudah lupa kan, kata Tun.

Oh ya, jumaat tu pertama kali dalam pick period aku balik awal. Haha ekceli tak ada lah awal mana pun, tepat jam 6, terus kemas dan blah. Sebab selalunya aku akan balik jam 11 malam. itupun sebab kena halau diorang nak tutup ofis. Kerja kuat kan aku? Bukan apa, kita ni jenis duduk sendiri, duduk rumah sewa, jadi nak balik rumah awal pun bukan ada apa sangat. sedang elok lah kalau habiskan kerja yang tak pernah habis kat ofis. At least boleh claim ot kan. hujung bulan bolehlah menyimpan sikit- sikit nak kahwin. heheh.

Kahwin.
Besar bunyi perkataan. bunyi matang. dalam banyak- banyak ucapkata birthday itu hari, ada juga yang dok selit 'semuga cepat kahwin'. kalau diorang tak ucap pun, aku yang cakap. ahaha. menada je kan. tahun kahwin dan tetap. makin cuak pulak jadinya. berdebar tunggu jodoh. tapi disaat debar-debar ini, ramadhan kali ini sedikit-sebanyak mengingatkan aku pada sebuah kisah lama. kisah yang aku takkan lupa sampai bila- bila.

Ramadhan adalah kisah aku dengan dia bermula.
First dating time ramadhan tu. dengan jiran aku, adik aku tolong cover tu!

Oh, dem. kenangan lama. kenapa masih segar dalam ingatan?
Nasib lah nama pon kenangan lama. Jadi tak banyak benda yang akan mengingatkan aku pada dia. Cuma satu ni lah, ramadhan. erm raya pun ada sikit lah.
Heh.

Jujur aku masih belum fully moving on. Hati aku...
Ah, tak ada apa lah.

Orang nak cerita gumbira-gumbira birthday jumaat hari itu lah. Even bergelumang dengan dateline. Bergelumang dengan fail- fail biru, fail- fail merah. Tapi ucapkata2 di facebook, di handphone, menjadikan aku sedikit kuat. terima kasih. terima kasih. terima kasih yang tak terhingga.

Ramadhan kali ini, sedikit-sebanyak menyedarkan aku betapa mama aku sayang aku. haha ek eleh mak mana yang tak sayang anak. Entah pape je. Okay, oleh kerana waktu kerja aku habis awal, kami dapat balik jam 5 petang. (last year 530 petang). terima kasih, Cheng & Co. haha ekcited. Jadi, mama aku suruh balik rumah setiap hari. Suruh buka kat rumah, terawikh kat rumah. Sebak pulak rasa hati. Kasihan pada anak- anak yang ibu dan bapanya jauh, payah nak berbuka sama. Tak apa, aku dah pernah rasa dulu. Cukup-cukuplah setakat itu. Tapi kalau korang tak segan, meh lah datang berbuka kat rumah aku. haha. Mama ai masak sedap.

Bercerita perihal mama, rumah ini semua kan, rumah sewa aku yang dekat Taman Sentosa, Jalan Klang Lama tu kan, habis agreement dia bulan October ni. Jadi aku sembang lah dengan mama. Cadang nya nak sambung agreement lah. Nak tambah setahun lagi, maknanya apa? Aku akan terus kerja di CC untuk setahun lagi. Tapi lain pulak yang mama aku cakap. "Pindahlah Klang."
Ewah. Rasanya ayah aku tak ada share dalam CC tu kot.

Sebenarnya dari awal mama tak berapa berkenan aku duduk rumah sewa. Tapi nak buat macammana kan. Tak larat den nak hadap jem setiap hari. Jem kepala otak ho. Lagi- lagi tengah pick-period macam ni. Balik jam 11 malam, pastu esoknya kau nak kena masuk awal pagi pukul 8 kan. Memang at the end of the day, pengsan ah. Itu je sebab aku dok umah sewa, senang nak travel. Bukan sebab taknak duduk rumah sendiri. Weh agak ah. Sapa yang taknak duduk sendiri dengan mak bapak. Memang bodoh ah sapa yang sengaja kan.

Tak apa, ma. Demi masa depan yang lebih gemilang dan cemerlang. Untuk setahun dua ni memang agak susah. Kena usaha lebih sikit ah. Selagi terdaya, selagi itulah aku akan balik rumah. Itu sebab setiap ahad aku wajib duduk rumah. Aku taknak bersosial hari ahad. Aku nak lepak dengan mak ayah je kat rumah. Duduk rumah sendiri, heaven oh!

erm apa lagi ya nak cerita. Terasa banyak sangat lah. Berkat tak menulis dah terlalu lama kan. Tapi taklah selama chic. Dekat setahun kot.

Okay lah. Nak sembang lama kita lepak mamak ya. Sekarang nak sambung hidup. Realiti hidup. Banyak lagi episod-episod ni. InsyaAllah, kalau diizin Tuhan.

Akhir kata, selamat pagi. Selamat meneruskan hidup dengan jaya nya. Jangan lupa senyum. Jangan tinggal solat. Jangan lupa puasa. Jangan stress-stress.

Ok, salam satu...satu-satu saya sayang ibu, dua-dua saya sayang ayah, tiga-tiga...
(berita hangit, kelakar weh)

Assalamualaikum!

2 ulasan:

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.