Khamis, 17 Jun 2010

critera 3 tahun.

hah. terlalu banyak bab rasanya mahu diceritakan. dan memori selama 3 tahun itu masih tersimpan di minda aku. cumanya jika mahu dikeluarkan, pastinya akan mengambil masa yang amat lama. okeh. aku mengaku. aku memang lemah daya ingatan. haha sori.

aku akan cerita apa saja yang aku ingat.

awal mula pertama mula.
istiadat pentauliahan diraja palapes ipta kali ke 29 telah pon selamat disudahkan pada 12 jun 2010 yang lalu. seramai 1138 pegawai kadet yang terlibat dalam perbarisan yang dihadiri raja muda perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. pertama kali mendengar titah tuanku. serius terdetik. "eh, biasa nya dia ni"

okeh, dia sangat kerakyatan. hensem dan isteri tuanku chantek.

dan baginda juga bertitah, "hari ini, tanggal 12 jun 2010 di padang kawad universiti sains malaysia, beta mengumumkan bahawa kamu telah ditauliahkan sebagai leftenan muda di dalam pasukan askar wataniah.."
kredit to rodi sebab ingatkan aku semula ayat2 bermakna di atas.

jujur, bilamana ayat2 ini dititahkan oleh baginda. aku terasa segala jerit-perih dan pengorbanan aku selama 3 tahun dibayar tunai. aku terasa melambung ke udara dan terbang bebas. mahu menangis pon ada juga. okeh, time itu dalam baris. jadi mesti serius dan act seperti tiada apa. tapi bibir aku tetap senyum tipis.

aku sudah tidak fikir apa selepas itu. apa yang penting kami sudah ditauliahkan. ditauliahkan menjadi leftenan muda. tiada apa lah jika tidak mampu membawa pulang perisai itu. tidak apa. aku tahu apa sebenarnya jadi sepanjang 12 hari kami di usm. biarlah ianya di hati dan minda aku. tidak apa.

ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.
jujurnya aku masih tidak berpuas hati dengan kerjasama kami di sana. jadi tidak menang mungkin itu yang terbaek. redha lah. apa yang lebih baik kan, jika kita menang di hati masing2. bagaimana kita mentakrifkan erti menang itu yang perlu dititikberatkan. tingkat mana kita letak maknanya.

kan.
tapi apa2 pon, aku sangat yakin yang kita semua berusaha untuk menjadi terbaek. berusaha untuk beroleh kejayaan. Tuhan akan balas apa saja usaha yang kita telah janakan.

minta dilupakan segala yang sedih dan payah itu seketika. mari kita raikan segala apa yang gembira dan indahkan segala usaha. selepas ini terlalu banyak yang akan menanti.

untuk aku.
digembirakan dengan perjalanan ke johor.
dan diikuti dengan hantar report dan final exam.
diindahkan dengan percutian ke pangkor.
selepas itu dituruti dengan promo 2010/2011.
dan masuk sem baru dengan dikenali sebagai leftenan muda noor asyikin mohd khairuddin.

hah.

suka kan.
moga segala yang dirancang terjadi dengan hebat dan gempak.
alhamdulillah dan bersyukur ke pada ALLAH SWT di atas segala yang terindah.
semua untuk mama&ayah.
keluarga besar yang terchenta.
palapes UM intake 29 intake gorila utara.
geng jawa rangers yang sudah punya markas baru.

terlalu banyak cerita yang nak disampaikan. tapi nanti2 lah dulu.
tiada aral akan aku luahkan segala yang indah itu.

okeh. babai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.