Sabtu, 19 Jun 2010

kenangan itu terlalu indah dan tak akan mati.

banyak sudah dihamburkan dengan gambar2 dan video2 sempena istiadat pentauliahan yang baru sudah. setiap kali senyum itu melebar dan tak akan pernah putus. ini yang aku tunggu2. ini yang kami tunggu2. terlalu bahagia rasanya. terlalu banyak yang Tuhan telah kasikan. terlalu banyak yang Tuhan telah sajikan.

Terima kasih Tuhan.
Syukur ke hadrat Mu, Ya ALLAH SWT.

dan kegembiraan ini makin diserikan dengan pelbagai berita gembira. semuanya mahu dikongsikan bersama. entah kenapa aku rasa sangat senang.

setiap kali itu jugalah aku akan terbahak. ketawa. Ya ALLAH, betapa gelapnya aku. mahu senangkan hati, aku bilang kekasih gelap. ah, poyos sudah. tapi selagi semua orang pon punya ton kaler kulit yang sama, aku sikit pon tak heran. kita serupa!

ini sebagai tanda. tanda yang aku kawad.
sebenarnya aku tak rasa lelah pon sepanjang pentauliahan kali ini.
sangat berbeda rasanya jika dibandingkan dengan cerita2 yang mereka2 cerita semasa pentauliahan yang lepas2.
ingin aku rumuskan, pentauliahan kali ini--tiada apa!

siapa setuju dengan aku, silalah angkat tangan.

benar apa.
tiada apa. cuma kawad. kalau setakat kawad yang mereka2 ini lelahkan dan selalu saja membuta. aku akan makikan. tak habis mahu membuta. aku sendiri pelik. aku pon kawad juga. tapi mungkin aku sudah siapkan diri dan khabarkan pada diri. tahan. ini cuma sedikit.

ha, di sinilah gunanya kita set mind kita bagi betul.

kalau setakat pentauliahan yang cuma tiada apa ini kau mahu keluh-kesah dengan penat-lelah kau?

pergi jauhlah. rimas aku mahu dengar. alah, macam kau seorang saja yang berkawad. aku ini? duduk di bawah pokok saja kah?

ini juga memori. dan setiap kali itulah aku akan tersenyum. terkenang betapa banyaknya ragam mereka2 ini. sudah hilang rasa mahu maki. sudah penat rasa mahu caci. aku cuma berikan hak mereka hidup di bumi ini. hak mereka rasa dan amati apa yang mereka mahukan. aku tiada hak mahu ambil semua itu. kan.

tapi tak apa. aku berlagak?
terpulang.

aku cuma mahu khabarkan.
aku senang hati sepanjang pentauliahan kali ini.
penat aku cuma seinci. tiada apa. keluar sahaja padang kawad, segala penat sudah hilang. aku kembali segar.

aku pon runsing juga. kenapa semua orang macam penat gila?
padahal aku macam selamba je. aku ada telan ubat apa2 ke hah?

tapi ada la jugak yang kata aku mental.
woi, kalau sudah riak muka aku begini. nak buat macammana?

gelak terguling2 aku setiap kali mereka katakan yang aku mental. wadehel. aku lah manusia paling senang hati kat sana.

ah. persetankan semua tanggapan orang.
tengok. sepatutnya entri kali ini aku bercherita tentang cuti aku di rumah nana. makan durian, mandi di gunung ledang, makan nenas kat rumah atuk nana. haish.

asyik2 tauliah.
asyik2 tauliah.

kan aku sudah bilang tadi.
kenangan ini terlalu indah dan tak akan mati.

ianya terlalu indah.
36 purnama yang terlalu sukar diceritakan betapa indahnya.

ok. sudah.
aku sudah diawangan ni.

2 ulasan:

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.