Isnin, 28 Jun 2010

rindukan jawa rangers!


aku mahu bercerita pasal mereka. even hati aku sedih. fikiran pon tak menentu. tapi aku nak lupakan segala. aku nak gembira dan cerita pasal mereka. mereka ialah jawa rangers.
jawa2 yang aku sayang sekalian. tapi kami ada je ahli angkat. eh ke ahli tiri?
hahha. watever. yang penting kami bahagia.

berita terkini hiburan sensasi. ya, kini mereka masih ada. dan sentiasa ada. ayu, topik, aku, jiji, nana dan yang bersimpuh itu naim. dia tinggi, tu sebab aku suruh duduk. dan untuk ahli angkat kami. umi, skandal topik. apiz, skandal nana. dan untuk ahli tiri, pija dan chica. haha. jangan marah ha. suka hati aku je nak tulis apa. blog aku kan.

tapi apa yang penting. kami bahagia. kutuk mengutuk memang wajib. nasihat menasihat apatah lagi. aku senang begini sebenarnya. tak perlu nak. "alah, kita kan kawan. aku nak jaga hati kau!"

bagi aku, jaga hati itu jujur. dengan berlaku jujur. kalau dia perangai macam taik, kau cakap lah dia taik. kalau dia masak tak sedap, kau cakap dengan dia apa yang kurang. kalau dia tak berbau wangi, kau hadiahkan lah dia minyak wangi adidas yang kaler kuning yang baru tuh. kalau dia mulut macam longkang, kau pon balas la macam parit.

apa susah?

dan akhirnya, kami tetap akan pergi berpoya sama2. tiada beza. dan aku harap ini akan selamanya. kalau ini kaitan yang kami perlu ada. kami okeh aja. eh aku yang okeh. untuk mereka aku kurang pasti. aku harap mereka juga suka.

nana, pija, chica dan ayu bakal serumah dengan manusia2 lain untuk sem akan datang. aku, umi dan naim pula masih setia dengan kolej lima. topik aku kurang pasti. apa yang pasti dia sedang berlatih menjadi sang bapa di rumah. memasak dan jaga lembu segala. dan jiji? mungkin sama kot. tapi meru tak ada lembu. oh mungkin dia sedang membantu maknya di butik. susun2 pakaian pengantin.
haha.

dan lupa. mungkin rumah nana akan menjadi markas baru kami nanti. bila aku hilang, cari aku di sana, ya!

akan aku atur something untuk kawan2 yang kita suka ini. maybe something on this wednesday. tunggu yeh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.