Selasa, 6 September 2011

kuat nangis.

perempuan selalu saja dikaitkan dengan air mata.
dulu aku memang tak gemar.

tapi. aku terpaksa akur sama kelajuan masa yang mana bisa mengubah jiwa seseorang seperti aku. baru perasaan. air mata aku kerap jatuh sejak akhir- akhir ini. pantang saja dengar atau lihat sendiri cerita sedih, air mata pasti berebut mahu keluar.

sensitif sungguh.

dan sangat tak rok.

tapi apabila difikir- fikirkan semula, ianya jadi relevan. semakin hari, semakin biasa. oleh sebab fesbuk pon aku dah deactivate, jadi masa untuk mengacau incik goo semakin banyak. cari punya cari. jumpa punya jumpa.

terlalu banyak.

korang cari ah sendiri. cuba lapangkan diri melepak bersama incik goo untuk tambah pengetahuan dan pengalaman. hidup ditemani incik goo bukan satu hidup yang bunyinya sarkastik, ianya lebih bersifat globalistik. tak usah takut jadi skema. skema itu kool apa. nerd tu kiut apa. heh.

satu fakta. menangis dapat melancarkan peredaran darah dan oksigen dalam badan. tapi ini fakta aku lah. tak dapat lagi mana- mana rujukan. tapi bila difikir- fikir semula, ada logiknya. ada baiknya mengeluarkan air mata itu. ianys mampu meredakan perasaan. meledakkan emosi. dan setelah itu, anda pasti akan tenang.

dan lelaki. usah takut untuk mengalirkan air mata. bagi aku, air mata lelaki itu mutiara. dan sangat berharga bila ia mengalir. itu bukti dia tak ego. apalah orang cakap lelaki tak menangis sebab ego. bodoh je. apadehal nak ego- ego?

lelaki kacak apa kalau menangis. tapi tak ada lah meraung bagai. lebih- lebih pulak. berteriak macam nak kena pelempang sedas kan. tapi ok ah. menangis itu menunjukkan yang anda punya emosi. punya hati. punya rasa.

tidaklah seperti batu. disepak ke sana, ke mari. tak mampu marah. tak mampu berlari. tak mampu bertukar macam hulk. tak mampu segala bagai. bodohh.

menangis juga bukan bukti anda lemah.
bukan bukti anda boleh dibuli.
bukan bukti anda boleh diperlakukan seperti apa pon.

tapi itu bukti kekuatan anda.

setengah lelaki cuak kalau perempuan menangis. jadi menangis boleh dijadikan senjata.hehe.

setengah orang juga marah yang amat sampai menangis. itu pon dikira senjata. bila musuh korang tengok mata korang merah macam biji saga je kan. agak- agak korang macam dah nak bertukar jadi hulk tu, dia cuak lepas tu dia lari ah. haha.

tapi apa pon. tak usah lah simpan sangat perasaan.

jika mahu menangis, alirkan saja air mata itu.
jika mahu tersenyum, gerakkan saja bibir itu.
jika mahu ketawa, hamburkan saja gelak itu.

takkan ada orang marah.
hiduplah dengan segala emosi anda.
hiduplah baik- baik.


p/s: banyak sangat cerita sedih raya- raya nih. haihhh.

5 ulasan:

  1. hahahaa....gelak sampai guling2..
    kan dah ketemu hikmah nangis kan..
    tak sia2 aq nangis kan..
    tp jgn la nangis kin, sedih aq dgr..
    jap, bayangkan cik nadz keluar air mata..


    ...bayangkan...
    ..bayangkan..
    .bayangkan.


    eh...kasi gambar sket..

    BalasPadam
  2. siot je ah...

    tak ada lah menangis meraung doh.
    nangis suweet2 je..hahaha

    BalasPadam
  3. haha..adeke orang besar2 nangis meraung2..susah nak jumpe kot..

    BalasPadam
  4. hahaha...cane ek bila ko nanges tu??selama ni aku tgk ummi je nangis..hee

    ummi : masih ade org yg menangis meraung melolong2..tapi bila dia sorang2 je..xnak kasi org nmpak kan

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.