selamat hari raya.
selamat untuk semua.
tahun ini beraya tanpa angah. nak ambil gambar pon pelik rasa. tapi gambar famili tahun ini masih cantik. banyak kaler. unggu ini raya pertama. baju buat dengan cina. tapi puan mama kasi adjust. nampak sedap pakai tapi tak selesa.
still syukur alhamdulillah. ada baju baru.
cuma sedih. baju melayu si kacak cuma bertahan raya pertama dan kedua. wadehel. raya sebulan kot. apahal taknak pakai baju melayu. tak kacak dah. menci.
kacak mahu cantik selalu cantik pakai baju kurung. tapi pernah kacak pakai baju melayu pergi kerja?
jumaat pon tidak. apatah lagi hari lain. usah lah mengharap terlalu tinggi.
saya respek kacak berbaju melayu.
usah terlalu menjerit pekik bahwa kamu melayu.
usah terlalu melenting tinggi bilamana bangsa kamu dihina.
usah terlalu mengharap budaya bangsa kamu akan diingati.
kalau kamu sendiri lupa.
siapa bangsa kamu.
mana budaya kamu.
betul kata Tun.
"melayu mudah lupa"
dan betul kata Dato.
"kamu tak faham"
pergh dia punya ayat bermadah...haha
BalasPadamhari friday saya pakai baju melayu ke tempat kerja. mana boleh nak pakai pegi kerja hari hari. ni bukan TGI friday nak every is fridaY.HAHA
BalasPadam