perlu ke setiap kali tahun baru nak pasang azam?
azam tahun ni pun aku dah tak ingat apa. entah laksana entah tidak. aku kan punya short term memory, jadi aku tak ingat.
cuma aku terfikir tentang suatu azam sekarang.
mahu hidup ceria dan tenang selagi mampu. tak mahu biar masalah membelenggu aku. sebab aku fikir, masalah stil masalah. bukan hidup kalau tiada masalah. masalah dah jadi macam kawan aku. so, apalah salahnya kalau aku biarkan dia datang. tak perlulah nak ngesehh. tenang sudah.
hari ini aku melepak kat bilik. supposely ada class jam 10 pagi tapi tak pegi sebab moto bateri buat hal. malas mahu hantar ke kedai. diamkan saja. member2 pon semua hampeh balik rumah. buat cuti sendiri. tak boleh blah betul. aku je yang skema datang awal. supposely aku cuti seminggu lagi kat rumah. tapi tak mahulah calarkan azam aku.
aku perlu jadi manusia. aku perlu bina azam dan bersungguh laksanakannya. tak mahu jadikan azam sebagai barang perhiasan yang boleh diletak merata dan dibiarkan berhabuk.
tapi apa yang aku mahu azamkan?
soal hidup?
soal pelajaran?
soal duit?
soal mamaayah?
soal kekasih?
apa ya?
baik, satu demi satu. mari lihat aku selongkar.
soal hidup.
bagi aku hidup aku sekarang stabil apa. tiada apa yang nak diubah.
oh!
lupa. maybe perlu lebih strict sedikit. kurangkan keluar berpoya. ha, baru aku ingat azam aku tahun ini. mahu kurangkan keluar berpoya. erm, ini sudah jadi azam lama dihighlight semula. mana aci. aku keluar pon cari barang apa. jadi boleh dimaafkan tak?
dan setiap kali aku keluar, aku akan sms mama aku la. so, tiada istilah keluar tanpa bagitahu sesiapa. aku skema bagitahu mama aku.
aku dah kemas bilik. mungkin perlu azam untuk sentiasa bersih. ya, aku akan pastikan baju- baju aku basuh max seminggu sekali. jadi rajin. mahu kawen kan. pergh, menyimpang!
aku juga akan perbanyakkan koleksi baju kurung aku. aku mahu berbaju kurung. ini dari dalam hati ya. tiada suara luar.
soal pelajaran.
result sem lepas okay tapi satu masalah.
kenapa susah sangat nak dapat b?
tak usah nak harap dapat a la. b juga susah yang amat. aku akan tingkatkan usaha. dan jujur, aku fail satu subjek. aku tak tahu kenapa. aku dah confident jawab time final. tapi maybe carry mark xcukup kuat mahu luluskan aku. bayangkan dua test aku tak datang. aku pun tak ingat samaada aku buat midterm atau tidak. malas. ya, itulah aku. dan sekarang sudah makan diri. tak usah nak menyesal. cuma mampu azam dan kuatkan semangat tak mahu berlaku lagi.
kena selalu ingatkan diri untuk serius belajar. kena ingat semula apa cita- cita diri. tak mahu jadi sampah kan? jadi berusaha. benar- benar usaha.
soal duit.
apa masalah aku dengan duit. tiada. cuma jangan boros. eh, aku tak boros la. aku cuma berbelanja saja. beli baju, seluar. normal aja. oh, okay. cuba kurangkan. cukup- cukup lah. nanti sudah kerja, kau nak bergaya sakan itu kau punya suka. nak diva atau apa, itu kau punya hak. sekarang belum lagi. baek kau bantu manusia yang memerlukan. tak pun baik kau menyimpan. itu kan lebih baik. kad bank punyalah banyak. duit kat dlm tu cuma serpihan je. alahai.
soal mamaayah.
untuk support mereka mungkin belum masanya. cuma menjaga hati itu yang mampu. ingatkan diri jangan belakangkan mereka. kalau tiada mereka maka tiada kamu. lagipun mama ada aku kurang ajar atau membelakangkan mereka. tidak sengaja mungkin. tapi insya-ALLAH tiada.
cuma aku janjikan yang mana aku akan jaga mereka selagi aku mampu. tak mahu jadikan drama- drama swasta sebagai kisah benar. aku masih punya perasaan.
soal kekasih.
yang ini masih no komen. aku masih mahu dia. maaf hati. belum masanya.
jadi apa relevennya azam?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.