Jumaat, 18 Disember 2009

intake 29 PALAPES UM

untukmu jiwa-jiwa kami

untukmu darah kami

untukmu rotu uni malaya

intake dua puluh sembilan


kami akan berjuang

untuk kebangkitan bangsa

kami rela berkorban

demi PALAPES malaya


untukmu Malaysia yang terchinta

kami penuhi panggilanmu

untukmu intake GORILA UTARA

kami kan terus bersamamu


ya Tuhan

izinkanlah kami menjadi pahlawan negara

ya Tuhan

masukkanlah tercatat sebagai syuhadaMu


lagu intake yang makin mendapat sambutan. lebih dikenali sebagai lagu jiwa2. sangat klasik.

tahun ini merupakan tahun ketiga kami bergelar intake 29. ini membawa makna, sekarang kami senior. sesuatu yang perlu kami tanggung dan jawab. dengan perangai inter yang mula mencabar, telatah junior yang bagai- bagai...ujian betul.


pagi tadi memang terasa. lain. selalunya bila lagu ni mula dikumandangkan, segala urat dan sendi mula semangat. tapi pagi tadi memang laen. semuanya kerana berita yang dikhabarkan pada kami pada malam sebelumnya. bukanlah sesuatu yang sukar. tapi ianya tetap beri kesan negatif pada jiwa kami. lagu jiwa2 juga dah tak mampu nak bantu.


kami down.


sudahlah perangai inter yang selalu membuat jiwa mati. di tambah dengan pentadbiran yang bagai2. dikocak lagi dengan berita malam semalam.


cheritanya begini.


segala persiapan hampir siap. 88%.

persiapan untuk 1 platun. pentadbiran sebagai 1 platun.

tiba-tiba malam itu. kami dikhabarkan platun akan dirombak. dari 1 platun dijadikan 2 platun.

kacau. segala keluhan mula terdengar.


aku okay.

sebab aku memang dah pernah terfikir kemungkinan sebegini sebelum ni.

cuma kasihan pada mereka yang diatas. pentadbiran sekarang sudah pecah dua.


lihat wajah hasim.

lihat wajah basit.

kasihan.


aku cuma diam. lagi sesak kalau aku turut berkeluh kesah. kalau sudah itu perintahnya. mahu ingkar bagaimana?

aku diam.


dan petang tadi, sudah konfirm yang kami akan dipecahkan kepada 2 platun. segala pentadbiran dibuat dengan daya yang ada. walaupun mood masih down. tanggung-jawab tetap tanggung-jawab. kami senior. salah down depan inter dan junior.


aku mahu nangis.

tapi perlu hipokrit.


bagaimana?


kami sudah ditempatkan dengan 2 platun yang berbeza. ada yang selesa, dan ada yang kecewa. diskriminasi masih ada. aku faham. begitulah manusia. buat konklusi berdasarkan apa yang dia nampak. tapi selalunya apa yang kita nampak itu betul. apa yang kita fikir, betul.


ladies tak boleh gali kubu?

ladies susahkan pentadbiran?

ladies banyak songeh?

ladies cepat down?


*diam*


kadang aku setuju. perempuan memang menyusahkan. susah mahu cari yang benar-benar daya tahannya tinggi. aku juga selalu mental. kalau jenis aku, aku lebih suka guna cara moral. aku akan cari something yang boleh aku jadikan moral. dan mind set aku. jika diset, jangan mental dan tahan korek kubu. jadi aku akan tahan dan tak mental. vice versa.


buat intake 29.

ladies terutamanya.

sedikit nasihat di sini. bukan mahu mengutuk kaum sendiri. tapi jika inilah kenyataannya. perlu terima.

boleh tak jangan banyak songeh. aku sudah lama jadi pemerhati. beza benar lelaki dan wanita. bohonglah jika kata masuk palapes, lelaki dengan wanita itu sama. tak usah bohong. aku bukan budak kecik yang mudah benar percaya. kasihanlah dengan kawan- kawan lelaki kita yang selalu dikerah buat kerja berat. wanita juga boleh buat sebenarnya. tapi ianya akan jadi macam kenduri. tangan jalan tapi tak sepantas mulut yang asyik mahu bercakap sehingga tak kenal penat.


kelakar bila bekerja dengan wanita sebegini.


mungkin aku jenis pendiam. jadi aku agak sesak kalau jumpa dengan manusia yang kerjanya asyik nak bercakap. serius sesak.

dan biasanya, wanita ini akan ingat kerja apa yang dia buat. satu silap besar. dia akan mengungkit. eh, kerja tu aku dah buat. takkan nak buat lagi? orang lain lah pulak.

ini tanda tak ikhlas!


aku tak berapa gemar dengan sikap macam ni sebenarnya. tapi sebab kawan- kawan yang sudah hampir tiga tahun bersama. aku diamkan. hati mereka perlu dijaga. masih yakin yang mereka akan berubah. padahal aku juga bukan bagus mana. biasa- biasa.


cuma perkara sebegini asyik buat aku terfikir.

aku cuba kalihkan apa yang mereka fikir tentang wanita yang katanya mampu menggoncang dunia. haha. aku memang tak pegang kata-kata ini.


bagi aku lelaki dan wanita tak sama. tapi tak semestinya lelaki tak boleh buat kerja wanita dan sebaliknya. terpulang kepada daya tahan masing- masing. menurut pemikiran aku, lelaki tetap di atas sebagai ketua dan wanita di sisinya sebagai supporter. ini lebih indah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.