Khamis, 31 Disember 2009

penutup 2009.

terlalu banyak rasanya tragedi-tragedi sepanjang tahun ini. ada yang manis, ada yang pahit, hipokrit tak usah cakap. semuanya ada. tapi sayang memandangkan aku punya short term memory, segalanya hanya terkubur di kepala ho aku. mana yang terajin menaip, ada la dalam blog ni. tapi jujur di sini cuma lah 10%. dalam diri aku sendiri, bukan di sini mahu jujur. ya, aku yang hipokrit.

bukanlah. aku cuma tak mahu sakiti hati sesiapa. aku sensitif. jadi pemikiran aku juga begitu. aku selalu anggapkan diri aku di dalam diri manusia laen. sampai kadang aku lupa siapa sebenarnya aku. sebenarnya bukan hipokrit istilah yang baek. tapi LUPA DIRI.

ya, mungkin itu.

muga2 tahun yang akan datang ini akan membawa aku mengenali siapa diri aku yang sebenarnya. jujur pada diri, jujur pada manusia laen. berani menghadapi hari mendatang walaupun perlu menyakitkan hati manusia lain. ya, perlu kalau ia adalah satu2nya jalan terbaek yang ada.

untuk bawa kesedaran dalam diri manusia laen susah.
untuk bawa kesedaran dalam diri sendiri juga lagi payah.

jadi mana satu yang mahu didahulukan?

perbaiki diri, then baru nasihati manusia laen?
tapi bukan kah dengan menasihati manusia laen seumpama kita menasihati diri kita?
sebab apa, bila kita cakap sesuatu pada manusia laen, selalunya kita akan ingat apa yang kita cakap. kita tak mahu dituduh cakap tak serupa bikin, kan?
jadi kita akan berubah.

walaupun kerana terpaksa. padan muka, siapa suruh sibuk menasihat manusia laen, kan.

tapi bagi aku simple. aku manusia yang mudah terima nasihat. tapi bukan kritikan. mahu kata sesuatu pada aku juga perlu saluran yang betul. bukan pakai terjah. kerana aku berjiwa sensitif. aku tak suka dimarah. aku tak suka diherdik.
tapi kenyataannya, sesuatu yang begitulah yang selalunya menyedarkan aku. aku perlu di marah, perlu diherdik.

jadi sebenarnya aku ni manusia jenis macammana?

lihat.
aku sendiri konfius. mungkin inilah katanya lupa diri.

atau sebenarnya aku ini jenis fleksibel?
aku bisa bertukar jadi apa pun.

aku transformers.
itu kata adik aku.

sebab katanya aku mudah bertukar emosi.
sekejab aku boleh bergelak ketawa.
sekejab aku boleh bermasam muka.
aku transformers.

sengal.
transformers mana bertukar emosi la dik. nampak sangat kamu masih tak bijak berfikir. bercakap ikut sedap. mahu samakan aku dengan transformers. memang tak logik.

cuma aku perasan. setiap hujung tahun. perkara yang sama pasti akan berulang.
sejak aku sekolah rendah.

segalanya mengenai KAWAN.
aku sendiri tak pasti kenapa isu tentang ini sering jadi time hujung tahun. bukan kah hujung tahun tiba masanya untuk semua bermaaf- maafan?bersedih-sedihan?

aku bukan kawan yang baek.
aku tahu itu.
jadi aku tak mengharapkan lebih dari kawan- kawan yang aku ada.
cukuplah sekadar mereka ada.
dan apa yang aku paling takut.
hilang mereka.

hilang mereka bagaikan hilang nyawa.
ya, mungkin aku masih nampak cool kalau jalan sorang ke sana ke mari. tapi sesungguhnya aku manusia paling cuak kalau berjalan sorang. sekarang aku cuba biasakan diri. susah gila. tahu tak bagaimana rasanya tiada kawan yang bisa temani kita berjalan?
pernah rasa tak?

aku pernah.
selalu.
rasa macam mahu biarkan saja kereta langgar lari aku.
redha kot.

tapi aku pegang pada satu.
walau aku berjalan sorang sekarang.
di hujung jalan nanti pasti akan ada seseorang yang menyambut aku.

pasti.

aku percaya pada kawan yang aku ada sekarang lebih daripada percaya pada diri sendiri.
serius. aku sayang kawan- kawan aku. jadi jangan sesiapa cuba nak kacau kawan- kawan aku. mahu diingatkan, aku ini pendendam orangnya.

sudahlah. aku mahu jadi baek pada semua orang. tapi dengan harapan semua orang pon akan baek dengan aku lah. aku tak mahu gadoh. aku tak mahu sengketa. kita duduk di bumi yang sama.

please lah. aku penat. jangan paksa aku membenci. aku mahu aman.

mahu dunia yang sentiasa sibuk dengan gelak tawa.
mahu dunia yang sentiasa sibuk dengan ramah mesra.
mahu dunia yang sentiasa ada untuk aku.

aku mahu hidup.
aman.

harap sangat tahun akan datang membawa chinta, kekayaan, kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan. aku doa untuk semua.

untuk semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.