Khamis, 17 Disember 2009

tarikh luput.

banyak kali dalam hidup aku rasa seakan dipijak. bukan sikit, hampir lumat.
tapi hati masih kata,"sabar...diorang bergurau tuh..."

tak tau sampai bila nak sabar. mungkin aku jenis pendam. tapi bila aku dah tarik muka, faham- faham lah. kita sesama manusia. saling memahami tu perlu kot. asyik aku aja nak faham korang, apahal? ke aku sorang manusia?

sepanjang hampir 3 minggu training ni berbagai rasa aku rasa. mula menulis juga. tapi selalunya tak habis. sebab baru beberapa perkataan, jari terus senyap. tak mahu menaip. haha. sedar2 sudah pukul 5 pagi.

nak dijadikan cherita, memang training lah. mahu di huraikan terlalu panjang. mau jadi karangan pula. aku pon sedia ada jenis malas. jadi laen kali. biar dulu segalanya tersimpan di kotak memori aku yang punya nilai singkat. maksud aku short term memory lah. aku memang masalah.

simpan punya simpan punya simpan. akhirnya.


semua barang dalam supermarket pun ada tarikh luputnya. hati aku bukan boleh sabar sampai mampus. sabar aku akan sampai tahap luputnya juga. seriusli aku cakap, aku baran tapi diam. jangan cuba- cuba cucuk. kalau mahu dengar aku maki, sila lah.

aku kurang kesah dengan apa yang orang laen fikir pasal aku, cakap pasal aku. tapi aku manusia, kan. aku mesti tak selesa. cuba korang fikir sama. situasi nya sama juga. letakkan diri korang dalam diri aku. bukan senang mahu selami hati dan hidup manusia laen. aku selalu cuba. selalu. sebab aku tak mahu selalu kecewakan manusia laen. kerana mereka juga berhak hidup. berhak bahagia.

itu sebab, seteruk mana pun hati aku disakiti. aku tetap bagi senyum aku pada manusia kejam itu. tetap. bukan selalu kita mampu nak puaskan hati manusia laen. sebab apa? nak puaskan hati sendiri pon payah!

macammana tuh?

nak bercherita soal sakit hati memang lama. tapi aku malas. esok training lagi. mahu basuh baju dan tidur.

tidur.

doa supaya hari esok lebih lebih lebih baik.
intake 29 jangan malas. jangan menuang. jangan selalu dipijak.
intake 29 intake gorila utara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.