okeh. isu yang menarik perhatian aku hari ini. dalam ketidaksibukan pentadbiran promo hari ini, kami duduk bergosip di 'markas' haram buatan ladies. sounds creepy tapi bingit dengan gelak tawa. agak annoying dengar kami ketawa tak hingat dunia tapi apa yang penting kami girang.
isunya,"tak apa ke kalau kita yang perempuan ni yang approach lelaki terlebih dahulu?"
mulanya kami cuma bincangkan diantara kami. sehinggalah datangnya kaum adam yang seorang ini. dan aku simpulkan, katanya no hal. bukan salah kalau kita suka seseorang dan kita terus bertanya kepada dia. cumanya kalau kita tak punya minat seperti minatnya terhadap kita. kita khabarkan, " jangan mengharap. jodoh saya mak ayah saya tentukan"
ini annoying. bagi aku, apa lah salahnya kalau terus jujur?
katakan padanya kau tidak minat.
dan dia tak perlu berharap.
jika kau katakan padanya dengan dialog yang serupa tadi, dia akan berharap kepada mak ayah kau pula. sehinggakan dia tak jumpa jalan mahu bertemu jodoh yang lain. dan jujur di sini, perempuan ini akalnya banyak. bukan susah mahu memikat hati mak ayah kau. kan.
ini sebab. kalau tak mahu, terus nyatakan.
perempuan biasanya sudah betul2 bersedia bila dia buat keputusan mahu approach kau dulu. dia sudah siap sedia berfikir dua kemungkinan yang besar. samada kau mahu. atau kau tak mahu.
semuanya dia sudah fikir.
cuma yang bikin dia cuak mungkin, apa pandangan kau pada dia selepas dia approach kau dan kau tolak. samaada kau diamkan. atau kau khabarkan seantero dunia. bahawa kau lah jejaka hot yang di approach wanita.
wadehel. bila kau fikir sebegitu rupa. sebenarnya kau adalah lelaki paling haprak dalam dunia. weh, tolong fikir lah. kau lelaki. perempuan pula yang approach kau dulu. apahal?
sebenarnya banyak lagi ketakutan perempuan ini bila tiba hal2 sebegini.
yang sendiri. takut tak bertemu jodoh.
yang berdua. takut ditinggalkan.
yang bertiga. takut dikatakan bosan.
dan bila kami bincang2. jawapan masih samar2. semua macam tak kisah pon kalau perempuan yang pergi approach dulu. tak ada hal. zaman sudah berubah katanya. tiada lagi istilah perigi cari timba. sebab orang sekarang pon dah tak gunakan perigi. entahlah.
walau bagaimanapun.
itu hanya pandangan dari satu kaum adam. yang lain aku tak pasti. mungkin punya pandangan yang amat berbeda. manusia kan. pemikirannya macam2.
okeh. serius hari ini sangat lapang. esok mungkin tidak. walau apapon, isu ini hangat juga. banyak juga kisah yang aku tak tahu, aku jadi tahu hari ini. haha. gosip memang best. dengan tengok gambar tauliah yang baru2 ini. lagi bagai2 ragam. pengumuman sedikit, siapa yang berminat nak tengok gambar yang jurugambar UM amik sepanjang pentauliahan di USM, sila berhubung saya secara bersemuka ya. anda boleh gunakan pendrive untuk transfer. dan ianya free. selagi tak rosakkan laptop aku la kan.
ok. habis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.