Selasa, 13 Julai 2010

berdebor.

menggigil rasa jari-jemari masa nak menaip. terasa kaku pon ada jugak. dan yang penting berdebar. bukan apa, terasa macam dah lama gila tak menembak papan kekunci ni. cehh, padahal baru 10 hari je pon. istilah macam dah 10 tahun. hampagas betul.

banyak benda sebenarnya yang nak di hapdet. tapi tak ada ayat yang best nak ditulis. (habis budget ayat sekarang ni best aa kan!). okeh, sepanjang minggu promo yang lepas memang busy. busy melepak. haha. okeh, aku kuat mengular. aku tahu. tapi time kerja, aku bagi habis kerja aku apa. ah, tak apa lah. minggu2 busy tak busy tu dah pon berlalu.

harap2 bakal junior palapes nanti gempak2 belaka. memandangkan pengambilan pelajar UM tahun ini sikit, tak silap aku 3436 atau lebih kurang macam tu la jumlah pelajar. dan sepanjang promo, kami dah berjaya pengaruhi 243 orang pelajar untuk mendaftar sebagai palapes. kita orite la tu kan. dan setakat hari ini, tadi aku pergi usha kejab, susah mencecah 270 atau lebih.

apa yang paling diharapkan, semua jumlah itu datang ke medical check-up dan UKA yang akan dijalankan sepanjang bulan 7 ini. aku sudah slow kan aktiviti promo aku memandangkan kelas sudahpon bermula.

alkesah semalam punyalah bosan tak ada kerja. sekali tadi datang kelas, terus start lecture dan sudah pon dapat soalan tutorial. bersemangat sungguh lecturer itu!

oh, ya. lupa. spain dah menang piala dunia 2010. tahniah kepada seluruh penyokong spain yang menyokong dari awal yeh. bukan bila pasukan yang dia minat kalah, baru gedik nak sokong spain.
aku?
aku tetap dengan jerman aku sejak dari mula. terima kaseh kepada encik ari kita yang berada di jerman sana sebab pengaruh aku sampai aku minat gila pasukan jerman. tapi kalau malaysia masuk, aku sokong malaysia la kan. dan jangan sedih ye ari oi. jerman kalah sebab sotong tu. aku upah kau pergi curik sotong tu dan goreng!

hahaha. gila kejam. tau kau tak sampai hati. adakah patut dia kata sotong tu comel? wadehel la kan. geli aku.

aku juga mahu mengadu di sini. hari ahad yang lepas, dikala semua orang kat rumah aku sibuk2 nak balik kolej masing2. adik aku yang tingkatan empat ditimpa kemalangan. sedih. aku yang baru bangun tidur, terus berdiri dan pergi mandi. lepas mandi baru aku tanya balik, betul ke?

wawa disahkan patah bahu. tapi doktor taknak masuk besi dulu, katanya tunggu sebulan dua. tengok keadaan macammana. ntahlah aku pon tak faham. sudahlah masuk hospital kerajaan. punyalah lama. ayah aku sound orang kat situ, baru nak suruh si wawa ni masuk. ha, aku dah cakap. jangan bagi encik din ni tinggi suara dia. tahu takut.

dan sekarang. wawa lepak kat rumah. taknak ke sekolah. sakit lagi katanya. jumaat ni aku balik, nanti aku hapdet keadaan dia macammana. jangan risau. biar aku saja yang gundah-gulana.

bosankan blog ni hanya penuh dengan tulisan? tapi nak buat macammana. tak ada gambar yang nak diletak.

dan eh, tadi aku jumpa encik apa nama. hahahha.

sebenarnya aku dah lupa pon wujudnya encik apa nama dalam hidup aku.
okeh, itu tipu. aku sudah letakkan harapan itu ditempat yang paling rendah. aku tak mahu fikir lagi. penat sudah.
apa la makna kalau benda2 macam ni dipaksa2 kan. jadi aku let go.

okeh. dah. aku nak start buat tutorial. haha. semangat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.