dari interaksi senior sampailah ke kembali nya aku dari kemaman.
terlalu banyak kesah yang jadi pada waktu itu.
interaksi senior.
salah masuk kelas.
selamat hari jadi untuk aku.
rindukan encik apa nama.
mula kenal encik bola.
talk audit dalaman.
kelas advance audit.
bertolak ke kemaman.
majlis kawen eton.
kembali dari kemaman.
segalanya membuahkan perasaan yang berbaur. suka, duka, kelakar, serius, sedih, feydap, dan berbau durian sikit. haha. sedar tak sedar sebenarnya semua itu indah- indah belaka. sesuatu yang tidak bisa di ulang, mungkin.
interaksi senior dimulakan malam itu. segalanya tidak berlaku seperti yang dirancang. fleksibel la konon. tak mengapa. aku tidak punya kuasa untuk mengawal. segalanya kuasa dia. biar. biar dia yang tentukan. dan aku, bukan pegawai muda yang tak boleh terima arahan. aku tetap turut. cumanya tak usah ingatkan aku 150 juta kali bahawa aku itu pegawai muda. biarkan aku dengan cara aku sendiri. kau mahu marah dan benci aku?
siapa aku mahu halang?
oh, kejadian salah masuk kelas. aku dah banyak kali tenung jadual kelas aku. aku yakin gila kelas start pukul 10 pagi. sangat yakin. dan aku pon masuk ke dewan kuliah dan duduk. tiba2 seorang pensyarah masuk. aik, siapa pulak dia ni?
dan bila aku pandang sekeliling juga, pelik. apsal muka semua tak familiar?
dan aku terus keluar. call member aku. kena gelak sakan. kambing betul. macammana aku boleh salah kelas. aku nak masuk kelas advance audit. yang aku pergi masuk kelas money and banking tu pasal apa? gila duit betui la kau ni kyn!
*senyum*
ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan orang yang aku sayang
ALLAH selamatkan kamu...
itu hari jadi aku. selamat buat aku dan semua. kredit untuk kumi, naim dan siti. bersusah payah pujuk abang kat kedai kek untuk beli kek sambut hari jadi aku. dan terimakaseh berjuta3 kali sebab tahu aku memang suka kek. biarlah kita terpaksa sambut hari jadi dengan bergelap sekalipun. asalkan ada kek. ya, kek. dan sebenarnya, sambutan hari jadi yang paling aku impikan adalah sambutan di tepi pantai. dihias dengan lilin dan kek. and for sure, keluarga besar encik khairuddin sumas, kawan2 yang kita suka mesti ada. indah kan?
gedik gila bila rindu2an dengan encik apa nama pulak kan. sebetulnya bukan 'dengan', ianya 'pada'. iyalah, aku saja yang rindu dia kan. dia tahu apa. oh, ya. aku risau sebenarnya. katanya dia tak sehat dan perlukan pembedahan. cuma aku mampu kirimkan doa agar dia selamat dan sembuh cepat.
encik bola?
sangat annoying. aku bukan stalker yang berjaya kot. sebabnya, aku cuma stalk dia. setiap kali aku bukak facebook, aku akan bukak page dia. oh, plis. dia sangat kiut kot. tak percaya, cuba pergi usha. tapi aku sangat elakkan budak kelantan, sebenarnya. entahlah. susah sikit nak dapat izin puan odah ni.
oi, berangan!
okah, kegiatan di facebook perlu dikurangkan. aktiviti wajib: stalk encik bola, perlu dihentikan. atau lebih baik, aku remove saja dia. nanti2 aku fikirkan.
jumaat pagi, talk audit dalaman. ya. mereka berjaya pengaruh aku. aku punya cita2 baru. juruaudit dalaman. aku mahu menjadi hak syarikat. lebih terjamin mungkin. erm..perlu banyak belajar lagi pasal audit dalaman dan kehidupan perlu dikorbankan. melainkan ada yang nak still nak lepak dengan aku bila kerja aku habis jam 3 pagi. haihh..
kelas advance audit entah ke mana. aku pon tak faham, nak buat kelas ganti tapi time talk audit dalaman. dengan tutor pon masih ada kat situ. habis tu, bilanya kelas nak start?
last2 aku tak pergi kelas yang petang sebab dah memang time kelas aku pagi, bukan salah aku tutor tu join talk audit dalaman. kan?
petang itu mahu bertolak ke kemaman sebenarnya. aku, kumi, naim, topik. entahlah kenapa. kami lebih suka melepak dan pergi ke mana bersama. selesa mungkin. biarlah aku dan naim dikatakan subahat dengan hubungan chenta kumi-topik. manusia berhati hitam takkan tahu. kalau dah chenta mereka suci, yang banyak bunyi tu perlu dilabel cemburu lah kan. masing2 dah besar, masing2 dah ada motivasi sendiri. tahu yang mana baik, yang mana buruk. dan aku rasa, masing2 ada cara mereka berchenta yang tersendiri. kita yang dilabel orang luar ni, tak perlu nak sibok.
sebab apa?
kita tak tahu bilamana kita yang berchenta nanti, jadi kesah apa pula. mungkin manusia berhati hitam lebih dasyat kesah chentanya. jadi, biarkan. doakan saja yang baik2. kan senang.
majlis kawen eton berjalan lancar. even ada kekurangan di atas aksi budak2 sword barrel. tapi anggap saja semua itu pengalaman. jika ada lagi, cuba baiki kekurangan yang ada. aku tahu korang gugup. dan eton sangat cantik berbaju kebaya yang last tu. majlis dia sangat simple tapi gempak. dan aku girang bila hadir majlis kawen member2 aku. sebab nanti, aku perlu bersedia dengan majlis aku yang tak seberapa. maksud aku, majlis aku nanti tanpa persandingan. jadi tiada sword barrel. even dalam hati rasa mahu. tapi nak buat macammana, kan?
hajat tak mahu bersanding dah lama terpasang. majlis aku yang paling simple. nikah sahaja. jadi aku mahu member2 aku buat majlis gempak2. tukar baju 10 pasang pon okeh. cuma kasi aku ambik berkat naik pelamin la yeh. haha.
berhentikan cherita majlis kawen. mahu baca lagi, sila baca blog eton. dan perjalanan kami balik dari kemaman ke kuala lumpur. penuh perhentian. kejab2 berhenti. dan kredit untuk jijie sebab drive bagi pihak aku. aku bukan penat mana pon tapi kau pon dah janji kan. memang sebetulnya plan, kau yang bawak. tapi kita gerak pergi tak sama. jadi bila balik, aku ambik kesempatan la, ye tak.
dan syukur. segalanya selamat.
hari ini aku dapat moral. tak tahu macammana. aku mahu mahu habiskan segala yang aku dah mulakan, dengan jayanya.
biarlah tanpa encik apa nama, encik bola yang aku selalu stalk di facebook.
dan aku takkan biarkan cuma mereka yang menjadi moral aku. aku tahu aku punya self-esteem yang tinggi. dan tanpa mereka, aku juga boleh punya moral yang tinggi.
tapi tolonglah bermanis muka sikit dengan aku. haha.
okeh. segalanya masih berjalan lancar. soalan tutorial untuk kelas esok juga telah aku buat yang termampu. esok celas dari jam 10 pagi sampai 6 petang. wish me bertenaga, yeh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.