Ahad, 18 Julai 2010

kalah dan menang.


okeh, hari ini double bola. untuk kebiasaannya sabtu malam, memang lah malam bola. tapi untuk hari ini, aku dulukan dengan bola liga ipt yang berlangsung di padang beberapa buah stadium di universiti seluruh negara. ceh, bunyi macam gempak kan. tapi nyatanya, liga ipt kurang mendapat sambutan di media massa sekarang.

ntah apa2 je aku rasa. semua negeri sudah ada ipt kot. dan rasanya hampir semua ipt join mende alah ni kot. apahal liga ni macam tak diiktiraf secara kebangsaan. mereka maen untuk ipt sudah macam maen untuk negeri. kenapa tak ada live di tv? okeh, aku tak patut emo.

liga ni pon dah nak sampai ke penghujungnya.
dan macam selangor jugak. bila sudah lama rehat, game pertama juga lemau. entah apa yang tak kena. tapi atas apa yang aku perhati. okeh, kalau kau orang jadi aku pon, kau orang boleh nampak. perhatikan budak um maen. dan perhatikan pula budak selangor main. haha. kutuk aku sebab bezakan antara langit dan bumi. mangkuk sungguh.
itu bukan yang aku nak sampaikan kat sini. apa yang penting kan cara kita maen. it doesn't matter sebenarnya kita main untuk apa. dan seberapa banyak pengalaman yang kita ada. apa yang lebih pentingkan kita semua ada bakat. setiap individu dalam pasukan itu ada bakatnya tersendiri. itu sebab mereka punya tempat kat situ. itu sebab nama mereka tersenarai di situ.
kalau tak, buat apa kan?
apa yang aku nampak. um tiada finishing yang baik. gol tadi pon nasib baik penjaga gol itu tak ada kat situ. kalau gol itu tak masuk, memang kena kutuk habisan lah. dan alhamdulillah pemain itu tak gelabah. dan gol untuk um. kamon la, um bukan pasukan belasahan. dan bukan teratasan.
tapi potensi teratasan tu dah nampak. jangan hancurkan, tolong.
korang macam lost kot. tak ada chemistry. dapat bola, kalau tak bagi pada orang yang sama. korang akan bingung tak tahu nak bagi pada siapa. dan lagi satu. skill korang, kurang la. bunyi macam penat je berlatih tiap petang kan. so apa kata korang mantapkan skill korang, defend kena kuat, striker kena bijak dan cepat. tolong. tolong.
kita beralih kepada selangor pulak. habis saja game um lwn kkg kat uitm jam 630 lebih kurang, aku sempat tengok kereta buat drift kat padang kawad uitm. sekejab je lepas tu balik rumah. mandi, solat magrib semua. pukul 830 keluar lagi gerak pergi stadium pulak. tengok selangor lawan pineng.
macam biasa. selangor kan. kalau lawan dgn team kuat, dia main elok- elok la. kalau dah lawan dengan team lemau, lemau juga lah. macam lambat panas kot. tapi lebih baik la dari game um. banyak juga cubaan cuma nasib tu tak ada. sampai la separuh masa kedua. macam tu jugak. semua orang kena tunggu sampai minit ke 70. baru gol pertama. dan dituruti dengan 2 gol seterusnya. 3 mata penuh untuk selangor malam ini.
so even kalah dan menang silih berganti, um dan selangor masih dapat kepercayaan aku. korang hebat2. jadi kenapa tak boleh nak menang, ye tak?
oh, gambar kat atas bukan suruh korang lawan ya. cuma lawan bahagiakan hati aku. haha. watevar. so untuk yang akan datang. korang buat yang terbaik la yeh. mungkin aku takkan datang tengok dah. sibok. sem dah mula lagi. ini final year aku. jadi serius sibok. tapi fb tak pernah tinggal.
ya, laptop tu bantal pelok aku kot.
okeh, hujung minggu ini aku gerak pergi kemaman. kawan aku nikah. dgn sword barrel lagi. istimewa. juga pra-reunion kami. ahaks. tak sabar.
berjaya. berjaya. berjaya.
untuk semua!
p/s: oh, lupa. um tak ada luck.2-1 dan selangor menang.3-0.

2 ulasan:

  1. hahaha..msti la selngor menang...lum lyk lg nk klh kn team selangor k..

    BalasPadam
  2. mmg la. itu sebab gua tak kata mereka2 ni nak lawan selangor. tp mana tau kan. selangor kan suka ambik mudah. main main2. lawan kedah pon bleh kalah. itu namanya ambik mudah.

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.