ok aku rindu intek 29.
terlalu banyak sebenarnya yang aku mahu cerita, tapi bagi mengelakkan semua nama2 yang terlibat berkecil hati, aku terpaksa tangguhkan dahulu. biar apa aku rasa, aku simpan. kalau mahu aku bercerita, mari ke mari. belanja aku milo ais dan aku akan bercerita. haha.
tak apalah. segala kecewa, sedih, suka duka, tak puas hati, segala bagai yang aku rasa sepanjang latihan ini biarlah aku diamkan dan sematkan dalam hati aku. setiap hari aku akan mulakan dengan niat yang baru. aku mudah lupakan hari yang semalam. jadi maknakata, aku tak simpan rasa2 tak senang itu. aku sudah kuburkan sebaik sahaja aku lelapkan mata. jadi usah risau.
sakiti lah hati aku ini hari, esok aku sudah lupa.
mudah kan. berurusan dengan aku gila senang. kau jaga hati aku, tak usah banyak bicara, kau buat tugasan kau. itu sudah cukup. ikhlas itu Tuhan saja yang tahu.
cuma entahlah. aku tahu angin aku tak kira masa. mana taknya, kau buat kerja lembik2 depan aku memang mendapat lah. kata palapes kan. jadi kenalah semangat tahap ke- lapan. jadi bilamana kau lembik depan aku, aku kasi ah PT kan. itu ubat paling mujarab barangkali.
esok hari ketiga ujian. dan lusa keempat. task aku untuk esok stay di komplek. buat kerja OO. memandangkan aku sudah dua hari berturut ke UPM, jadi esok aku direhatkan. lusa kena pergi follow ujian di UPM lagi. task terakhir aku di fasa kem. untuk fasa medan, kita tunggu entri aku akan datang.
banyak sebenarnya yang aku nak cerita. lagipon aku rasa kalau orang awam, mesti dia tak faham apa yang aku ngarutkan kat sini. tapi tak apa lah. aku tulih untuk ingatkan diri aku yang mana aku pernah follow latihan sebagai seorang pegawai. ok. ianya mencabar. tapi mendidik kita supaya lebih baik daripada yang sebelumnya. terima kaseh palapes.
terima kaseh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.