Ahad, 26 Disember 2010

hapdet palapes UM III

haha malam ini merupakan malam terakhir dalam bulan doplas ni bdk2 ni duduk melepak di komplek. masa aku nak balik tadi, semua pon dah siap2 nak tidor. tapi dalam fikiran aku, bdk2 ni akan dibacakan perintah antara jam 2/3 pagi. cepat harap2 jangan jadi. gila kejam kan aku.

tapi tak apa. bukan aku tak kasi diorang2 ni duduk melepak malam ini. cuma...ala sajalah. bagi gelabah sikit.

untuk pengetahuan, esok budak2 ni dah mula fasa medan. tapi inter belum mula mara. esok terus ke HA dan perintah akan dibuat kat situ. junior terus ke pengkalan untuk jalankan CIW. manakala inter dengan senior akan bertempur untuk CW. aku cuma harap semua nya berjaya.

inter sudah mental. aku pon jadi susah hati.

tapi insyaALLAH. selagi ada daya akan aku kekal kan diorang dalam intek mereka. sayang gila rasanya nak kurangkan jumlah manusia dalam intek 31 ni. sebab aku selalu bayang budak2 inter ni berbaris untuk kawad tauliah. cukup ramai. cukup bangga. cukup indah.

ah nak nangis ah.

ok dah. esok kena bangun pagi. kalau ada jodoh dengan bas biasa, esok dalam perjalanan boleh tidor. tapi kalau jodoh dengan bas seksi, memang sakit ah nak tidor. lupakan ajer lah hasrat hati tu ya.

mata pon dah mengantuk. mulut pon dah menguap.
ada masa aku sambung lagi. ada jodoh kita ketemu lagi.

assalamualaikum.
doakan aku ok.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.