tanggal 11 Disember 1993. jam 1335.
blok 1 condominium Highlands Tower rebah ke bumi.
tadi aku tengok dokumentari pasal kejadian Highlands Tower ni. pada sesiapa yang tak tahu, tak pernah tahu atau tak pernah nak ambil tahu, sila berhubung dengan incik Goo untuk maklumat yang lebih lanjut.
masa kejadian berlaku, aku pon blur2. maklumlah, masih kanak2 kiut lagi kan masa tu. jadi rancangan yang aku hafal cumalah kartun. eh, ke tak ada kartun time tu? eh ke rumah aku tak ada telivisi lagi time tu. alamak, susah ah kalau memori jangka pendek ni.
tak apa lah. apa yang pasti, sekarang ini. tahun ni sudah genap 17 tahun kejadian menyayat hati itu berlaku. masa aku tahu adanya dokumentari ni pon sudah eksited nak tengok. adik aku yang sekarang tingkatan 4, memang for sure tak pernah dengar cerita ini. sebab dia belom lahir. jadi aku pon bercerita setelah mendapat informasi kukuh dari incik Goo.
apa yang aku faham, ianya berpunca dari aliran air yang menolak struktur tanah. akibat daya tolakan yang kuat, besi piling yang menahan blok 1 patah dan itu yang menyebabkan blok 1 jatuh. saksi kata, jatuhnya blok 1 seakan gerak perlahan. tumbangnya seakan tumbang sebatang pokok.
masa tu Tun M adalah perdana menteri Malaysia. beliau minta bantuan dari seluruh negara untuk gerakan mencari dan menyelamat.
seriusli aku nak menangis masa tengok dokumentari ni. air mata bergenang. rasa sayu beb. kalau boleh aku taknak tertinggal sebarang info pon. aku duduk terpaku depan televisi ni. adik aku nak tengok pon, dia tengok side2 tepi je.
aku rasa korang2 patut tengok dokumentari ni.
muga2 kisah HT takkan berulang lagi. risau. sekarang banyak gila pembangunan yang dibangunkan di bukit2. habis bukit ditarah.
gambar yang akhir kat atas tu merupakan HT yang sudahpon dikosongkan. scary kan.
sbb 2 site investigation oleh geologist sgt2 pnting sblm suatu construction 2 bole mle.. tp kalo da ditakdirkn runtuh nk wat cmnekn.. kalo x runtuh HT ni xde la org nk bersungguh2 wat keje construction. da ade org mati br nk beringat...
BalasPadammanusia eji. selagi tak terkena, takkan terngadah!
BalasPadam