Rabu, 8 Disember 2010

tolong ingatkan aku.

baru tadi petang aku rasa aku hidup macam tak ada makna.

TAPI.
baru tadi aku rasa hidup takkan ada makna tanpa aku.

haha. ok aku cuma cuba menenangkan hati. aku tengah ada masalah dalaman. tapi apa ada hal?
orang kata, hidup mesti kena teruskan sampai kau mati. kan. jadi aman sajalah semua. sebanyak mana kau rasakan aku tak berguna, sebanyak mana kau rasa kan aku tak relevan hidup di dunia, sebanyak mana kau bencikan wujudnya aku, aku akan tetap ada kat sini. hidup sehat. sampai Tuhan tarik nyawa aku.

terimakaseh Tuhan. benarkan aku hidup lagi.

esok hari merupakan hari terakhir aku periksa untuk sem ini. padahal sem depan ada 5 paper lagi. apa ada hal, sem depan sem depan punya pasal lah kan. kita pasang azam lain lah untuk sem depan.

apa yang pasti, habis sahaja exam aku akan terus merempit balik ke rumah. tapi bukanlah merempit laju manapon, esok for sure jem gila kot. melangut lah kau dekat federal highway. kan. aku nak stay kat rumah sampai kelinik gigi bukak sebab aku nak kena cabut gigi. perlu. wajib. gua dah tak tahan beb.

lepas tu aku nak kena settle barang benda yang tak settle lagi kat rumah. along aku nak kawen ni, kesian pulak kat puan mama aku sorang2 kat rumah. banyak benda kot tak buat lagi. ceh, cerita macam aku yang nak kawen kan. tak apa. kutip pengalaman.

dalam pada tu jugak, aku nak siapkan beberapa projek aku yang terbengkalai. projek itu lahh. ala, projek. nanti dah siap akan aku kabarkan pada dunia ok.

dan jugak, aku nak beli hadiah untuk incik ayah. besday beliau bulan depan.

dan last but not least, tolong ingatkan aku untuk settlekan semua perkara2 ni ya.


pesan aku: eh, aku tak ada kata aku nak pergi training, ya? hehhh!

2 ulasan:

  1. bagus. so ko xnak pergi training. fullstop. itu ko dah berkata-kata

    BalasPadam
  2. aku tak ada rasa ah nak pegi. down sudahh!

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.