Meja yang bersepah aku pandang, cuba meraba kertas- kertas yang berselerak. bergetar. aku kalih kertas, aku capai phone.
eh?
seorang member aku telefon. tapi dah jadi miscall. dia tinggal kan pesanan. jadi aku pon dengan rajinnya daillah 1313.
Hey, der. aku ni. call aku kejab boleh? ada benda nak cakap ni.
Memandangkan sekarang baru jam sebelas pagi. aku pon simpan niat nak telefon dia. agak- agak ah kan. meja gua depan bilik bos kot. dia nampak je apa aku buat. nak bukak fesbuk pon tak boleh tahu tak? yang aku ngadap email ofis je. c****co.com.my. tunggu email dari client. takpon aku yang sibok dok email client. dua benda je bila kau jadi auditor ni. samaada kau ganggu client atau client ganggu kau. pilih ah.
ralit sangat buat kerja. konon rajin. padahal hari ni dah kamis, kena siapkan semua kerja. kalau tak, raya nanti kau makan kuih raya pon masih nampak muka client. ngeri dohh!
sampailah dalam jalan balik, memang lupa yang amat. nak mesej, nanti polis nampak. jadi aku tunggu ah sampai balik rumah. nak dijadikan cerita, balik- balik saja dah kena keluar balik pergi hantar along kat klang sentral. dia nak balik jumpa bini. pastu dok melepak depan televisi sambil tengok ramadhan terakhir.
nak dijadikan cerita, pukul 11 baru freee sikit. aku ngadap laptop. bukak fesbuk. bukak email. nah. berjela email.
bukan niat taknak pinjamkan telinga. maaf. saya dah ada tanggungjawab. bak kata kumi, its vice versa. responsibility really needs the commitment to stabilize the human being. saya cuba beri kedua- duanya.
baca punya baca. aku faham. dia ada masalah. nak bercakap dalam phone memang hujung bulan, bil kau boleh buat kau tak makan. taknak ah kau balik Malaysia, badan macam orang hisap dadah kan.
cerita dia, dia tak berjodoh dalam bercinta. gadis itu menduakan dia. dan apabila disuruh pilih, kasihan. bukan dirinya yang dipilih. jadi dia mahu bersembang sama aku. tapi aku jahat. tak punya masa. maaf lagi.
cuma satu je. esok kan ada. aku katakan padanya, pergi ambil wuduk, solat hajat. mintak Tuhan tenangkan diri. baca Al-Quran dan pergi tidor. insyaALLAH, esok pagi bangun, everything will be alright.
sungguh dia benar- benar kecewa. aku ingat, dia pernah cerita. dia sukakan gadis itu. satu kelas. mula2 simpan dalam hati, lepas itu dia cuba meluahkan perasaan dia. alhamdulillah, gadis itu juga sukakan dia. yeah, apa yang aku boleh simpulkan, dia jenis manusia romantik. jangan tak percaya, dia pernah petikkan gitar di luar bilik gadis itu. itu masa dia cuba mengorat gadis itu lah. kenangan masih akan tetap menjadi sebuah kenangan.
cinta. cinta. gagal dalam bercinta itu biasalah. jika kita gagal dalam bercinta, musim luruh takkan selamanya. esok kan ada. biarkan orang- orang sekeliling asyik berbicara, tapi apa yang penting kan hati kita. cuma kita yang tahu. dan Tuhan itu Maha Ada dan Maha Segala. mohon lah petunjuk daripada-Nya. InsyaALLAH semuanya akan ok.
kuatkanlah hati. mungkin dia bukan gadis yang layak untuk kau. mungkin dia bukan gadis yang jodohnya sama kau. mungkin dia bukan gadis yang diciptakan dari tulang rusuk kau. mungkin bukan dia. tak payahlah mahu mengubah segala untuk dia. jika benar dia untuk kau dan kau untuk dia. terimalah segalanya apa adanya. kau terima dia. dia terima kau. berubah takkan mengubah apa- apa. tak berbaloi.
esok- esok mana tahu kau jumpa jodoh yang telah lama ditetapkan untuk kau?
InsyaALLAH. jangan terlalu dikalahkan oleh perasaan. kuatkan hati. ini semua ujian. dan Tuhan itu Maha Tahu. Dia tak akan menguji hamba-Nya lebih dari kemampuan hamban-Nya. kau pasti boleh. sebenarnya dia yang perlu tangisi kehilangan kau. dia yang perlu gundah pemergian kau. kadang- kadang gadis2 ini terlalu dibutakan dengan kegilaan dunia. kegirangan sementara. sudah ada tapi mahu yang lebih. atau kadang- kadang gadis2 ini merasakan dirinya tak cukup. hidupnya tiada seri. hidupnya tiada erti.
biasalah. gadis.
jangan terlalu ditangis pada kekalahan hari ini. jangan terlalu jatuh pada masa- masa begini. jangan terlalu diharap pada cinta yang pergi. jangan pernah sesali hidup kau kini.
esok kan ada.
esok kan ada.
esok kan ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.