Rabu, 29 Julai 2009

jangan kau lepas

peluklah diriku dan jangan kau lepas
kanku dan jgn kau lepaskan ku darimu

ku takkan pernah tertawa
ku takkan pernah bahagia
ku takkan pernah merasakanmu
bila kau tak di sini

ku takkan pernah tertawa
ku takkan pernah sempurna
ku takkan pernah merasakannya
bila kau tak di sini

izinkan aku
berlutut mengharap
kau tuk kembali
izinkan aku

berharap dirimu
kembali dan kembali dan kembali lagi
peluklah diriku dan jangan kau lepas
kan ku dan jgn kau lepaskan
ku darimu

ahhhh...
ak pon tak sure kenapa lagu ni ad kat post kali ni. nak kata special actually tak ada la sangat. emo: NORMAL. no hurt feeling or pape. jiwa terasa kosong. macam tak tahu nak rasa apa, macammana...zero!

tp aku dikagetkan dengan istilah 'kerjasama' yg sekian lama diguna pakai untuk menggambarkan kekuatan suatu intake itu. tahap kerjasama yang kerap dijadikan bahan ukuran. sampaikan aku tak boleh nak beza samaada itu adalah kerjsama or komitmen. dua benda yg sgt berbeda. tp ntah kenapa ianya bagaikan xle nak dipisahkan. walaupun ak try pisahkannya dengan letak 'or' disitu. actually bgai tak mengubah apa2.

alkesah nya bermula begini.
ak boleh dianggap penting dlm peringkat kita.[helo, bukan masuk bakul angkat sendiri, okay!]
waima tugas yg diberi tampak kecil tapi inilah beban yang dipertanggungjwbkan pada aku. bagi ak, ak da boleh biasakn diri dgn tugas ni. jadi, utk menguruskan nya hanyalah keje senang. dan jelasnya, bkn ini probs ak. ini hanya introduction.

bila kita dalam satu peringkat. waima mana- mana organisasi sekalipun. akan ada manusia yg kejenya kuat, komitmennya tinggi. apa sahaja tugas yang diberi akan dilaksanakan dengan sehabis baeiknya. dan jgn lupa. ada juga manusia yg menumpang kaki di atas tugas manusia lain. means, tugas dia xjln, hanya mulut yang lantang bersuara itu ini. sampaikan tak tahu nak beza mana kebenaran dan kepalsuannya.

jgn tak tahu. masih wujud manusia sebegini.

bukan ke kita semua dididik untuk menjadi manusia yang 'someone' and not 'anyone'. kita mahu dikenali dgn identiti sendiri.

aaaahhhh...
come say it. straight to the point, syikin!

kenapa mesti ak yang dipersalahkan atas kesalahan yang bukan dimulakan dengan aku???
why me???

mereka itu asyik menekankan kenyataan bahawa mereka manusia bawahan. jika silap sedikit, terus akan dipersalahkan 102%. why?
sebab nya kamu2 ini tak cuba untuk menegakkan kebenaran yang kamu sendiri tahu. hanya mahu harapkan teman yang lain cuba support.

wahai teman, sampai bila? sampai bila nak mengharapkan support dari yang laen. kenapa tak kamu yang katakan, 'ya, saya salah. saya akan memperbaiki kesalahan saya untuk masa akan datang.'
tapi, kenapa kamu perlu katakan,'ya, saya manusia bawahan.salah sikit akan terus dituju.manusia lain tak cuba nak support saya!kata kerjasama...'

kenapa perlu kerjasama yang nak dipersalahkan?

kalau kerjasama, kenapa kamu tak kerjasama elakkan masalah yang kamu semua hadapi skrg???

realitinya, tiada siapa pernah paksa untuk kamu tulis nama sebagai volunteer mahu pergi!!!!
KAN???

wahai teman, cuba luaskan pemikiran. berdiam diri dan cuba hayati semula kesilapan diri. menuding jari pada yang laen takkan melangsaikan masalah sekarang.

kami yang tak volunteer dipersalahkan?
atas sebab apa?
tidak support untuk kesilapan masa anda semua??
tidak kerjasama untuk ingatkan anda semua tentang masa??

kenyataan yang sama.
manusia takkan mengaku silap diri sendiri.

saya akui itu.
kerna saya juga manusia.

tp sy bukan manusia itu.

dan sekarang, setelah manusia lain menuding jari pada anda, anda pulak menuding jari pada kami yang lost tak tahu apa2.
kenapa?

mahu salahkan kami sebab tak tahu apa- apa.

come on, cuba undur masa ke belakang. cara kamu sebarkan maklumat, adakah ianya berkesan??

setiap kesilapan kita, hanya kita yang boleh betulkan. bukan manusia lain.

dan lagi, mungkin sudah tiba masanya saya perlu tak mengambil tahu apa- apa. tak cuba untuk menyelamatkan situasi. ya, saya juga perlu akui. saya bukan penyelamat keadaan yang baik. saya boleh terima keadaan diri saya.


dan selepas ini, tak perlulah saya nak menegur manusia lain tak tentu pasal dan saya perlu sedarkan diri betapa tak perfectnya saya. jadi tak perlulah mahu jadi heroin dalam drama ni.
kan?kan?

so, apa yang nak direlated kan dengan tajuk entri ni???
jangan kau lepas.

means, apa- apa hal yang jadi pada diri saya ni. anggap sahaja sebagai angin yang minta laluan. sengaja lalu di hadapan kita untuk meminta- minta perhatian kita.ok.

so, jangan lepaskan diri dari kehidupan yang penuh naik-turun-depan-belakang ni. jangan mudah putus asa dan kuatkan semangat wahai diri.

jangan kerana manusia- manusia yang kurang hati itu kamu terpaksa lepaskan segalanya. ini adalah kehidupan kamu, tak perlu manusia lain memberi impak yang besar dalam setiap episodnya.




Isnin, 27 Julai 2009

kejuaraan untuk selamanya~




SELANGOR sudahpun menutup tirai TM Liga Super dengan penuh gaya. and guess what?? saya juga menjadi saksi kejuaraan malam itu. dan untuk pertama kalinya, saya melihat supporters berjaya berlari masuk ke padang tanpa halangan daripada abang2 FRU. jelas mereka bangga dengan kejayaan team Selangor sehingga sanggup meredah parit kecil yang sengaja dibina untuk memisahkan supporters dengan padang. takut players2 hot mereka diapa- apakan barangkali. ntah apa- apa. kenapa kat oversea selamba dek je supporters support dari belakang gawang gol? xperlu nk gune budak milo untuk berpenat lelah berlari mendapatkan bola. supporters kita kan ada??

entah. rasanya kalau malaysia turut memperakukan cara yang sama, maybe lebih ramai supporters akan turun menyokong. tapi jangan disangka tidak akan ada disadvantages nya pulak. apa yang pastinya, bola akan kerap hilang.[tapi rasanya supporters juga dah dewasa.]tau mana baik dan mana buruk.

malam itu sengaja saya pulang ke rumah semata- mata mahu ke stadium. tiada plan laen apabila pulang ke rumah hujung minggu. tengok bola dah macam jadi kegilaan dalam diri saya. wah!!! thats really a great hobby from now on. jalan pegi stadium pun dah hafal. tak perlu nak sesat lagi dah!

jelas selangor hebat mengalahkan pahang malam itu. saya tau ada live di rtm1. tapi plan untuk ke stadium tetap diteruskan. alang- alang menyeluk pekasam, kan...biarlah sampai ke pangkal lengan.

masuk sahaja ke dalam stadium, tak sempat duduk lagi...terus menyanyikan lagu 'negaraku'.[alamak lupa ingatan!]lagu negaraku or lagu selangor. eh, jab.mestilah lagu negaraku. sebab bukan selangor je ada kat stadium malam tu. pahang pun ada! hah, konfirm...lagu negaraku!!

haha...sori.

pertamanya dikejutkan dengan jaringan tak berapa mantap dari pemain pahang.bola lantun tak silap saya. then, sepakan penalty selangor sebab pemain dia jelas dikasari oleh goal keeper depan mata kami.[ingin dijelaskan di sini, kami duduk straight dengan kotak penalty tempat selangor menyerang.]so that, its so obvious!!!

macam biasa, safee sali berjaya melakukannya dengan tampan dan bergaya. lama saya tunggu dia melunaskan jaringannya yang seringkali terbengkalai. after itu, amri dengan sepakan bergaya kaki kiri. hanya perlu menguis nya untuk hanya melihat bola tu masuk sendiri ke gawang gol. haha.gelabah goal keeper mengejar bola kecik yang laju menyusur masuk ke gawang goal.




actually mcm2 jadik malam tu. xsempat nk tulih ni. pic pon banyak lagi xupload. lain kali ya...


after ni join piala selangor pulak!








Rabu, 15 Julai 2009

laungan keramat~

apa makna berteriak merdeka
melolong menjerit memekak telinga
andai di tangan memegang najis
air kencingan syaitan dan iblis

banggalah rasanya
membawa bendera mengelilingi kota
menunjuk cinta kepada negara
sedang di masjid jelas kedengaran
laungan bilal mengumandangkan azan

merdekakah namanya
andai solat engkau tinggalkan
lelaki perempuan berpegangan tangan
keluar ke kota mencari hiburan
tatkala orang lain berdoa
mengharap rahmat berterusan dari Tuhan

merdeka merdeka merdeka
laungan keramat sekali lagi bergema
tapi semua akan sia- sia
andai itu semua hanya kata- kata

kepuasan dalam hidup~

apa makna kepuasan dalam hidup andai anda melakukan suatu perkara itu kerana terpaksa??

baru aku terfikir soal ni.
adakah aku menyesal dengan hidup aku sekarang?[tak jugak!]
means, ada sebahagian yang membuatkan aku ingin kembali ke masa tertntu. realiti manusia itu sendiri, yang tak pernah puas dengan apa yang dirinya ada sekarang.

aku?
aku adalah remaja. berusia menginjak 21 tahun dalam beberapa hari lagi. punya family yang boleh dikatakan perfect+bahagia. masih mengaji untuk segulung ijazah. disalah sebuah universiti tertua di malaysia. gadis yg agak berdikari dalam hampir segala perihal hidupnya. punya lesen memandu B+D. boleh bergerak dengan kenderaan sendiri freely. mampu untuk berbelanja apa yang patut and yg tak patut. hehe...
punya sebuah handphone nokia. laptop acer. printer hp. text book tuk study half beli sendiri. juga punyai koleksi kasut nike tersendiri. pakai deodorant n perfume adidas. boleh makan pizza sekali sebuln. aktif dalam bidang penulisan. aktif dengan palapes. punya jawatan sebagai bendahari senior dalam palapes.

sampaikan aku terfikir,

apalagi yang aku mahu???
pelik bukan?
nyatanya kadang- kadang aku rasakan perlu sesuatu yang lain.
pernah tak anda terfikir, bila bangun pagi...anda adalah seorang yang laen? yang bukan diri anda sendiri?
aku berlagak?
sometimes, yes! and most probably, NOT!
i'm the down to earth person...hehe, yes...seriously!
aku tak bersyukur?
tak jugak...cuma mahu mengubah kekurangan diri. mengubah keperluan dan kehendak diri sendiri. salahkah?
kalo you all perasan. i never mention bout guy in my life, kan?
that's because...i'm tired to have them in my life.[tak payah story, okay!]
jadi, apa sebenarnya erti kepuasan dalam hidup?
jujur aku suka dengan hidup aku sekarang.
walau blaja di um hanya dengan pointer 2++ every sem.
walau no boyfriend in my life.
walau orang laen kutuk kaw-kaw kat aku.
walau manusia laen hanya memandang kebodohan aku dalam mnjalani sisa hidup aku.
walau manusia laen hanya suka gelakkan aku kerana sesetengah perkara yang aku kurang ambik pusing.
tapi, walau apa pun yang manusia laen kata...
aku hanya boleh dengar.
sampai seru aku berubah.
kalau tak, buat apa kita nak berubah atas apa yang manusia laen nak.[tapi diri sendiri xnak!]
aku hanya hidup atas dasar memenuhi kepuasan hati aku.
mana tau,
esok lusa nyawa kita Tuhan cabut.
sempat ke kita fikir apa yang kita buat selama ni di dunia??
cuma kita pasti akan terdetik...banyak dah ke amalan aku ni kat dunia??
hem...
~dasar manusia yang hidup tak pernah puas dengan dunia~

Selasa, 14 Julai 2009

si PERFECTionist~

sume nk tau sape PERFECTionist di sini??


i dont think that's a good idea. let me keep it for myself, ya.


bayangkan hidup dgn perlu sentiasa berhadapan ngan dia. harap hati masih bersabar.

dia anggap dirinya betul. bersuara confident tahap karma [walaupun dia silap!].

diri die dianggap HOT. semua org mcm cari die tuk wat keje. tau sebab pe? die jenis yang tak fikir untuk sesuatu keja, then trus setuju ngan org ats...xpenah nak fikir natijahnya pd yg laen.

sbb perangai cmtu, org laen gemar bg keje kat die.dan oleh kerana si dia yg lawa, maybe dia punya added value...[aku tak terganggu ngan added value die, ya!]


kadang terasa bosan ngan dirinya yang peramah tak bertempat. mungkin kerna aku ni jenis pendiam so trase agak terganggu dengan manusia yang banyak mulut macam tu. sori kawan. i didnt mean that but hati ni terasa sesak.


aku juga manusia. aku cuba memahami kamu. tapi kamu? kamu akan berbuat yg sma ke?

it's really tough...saya tau!

Sabtu, 4 Julai 2009

tarikh ke depan, kita tetap jalan

semalam birthday one of my fren.dan smlm jugak aku dgr die bercerita perihal dirinya clash dengan boyfriendnya.something yang memang aku dah jangka before ni tapi kenapa aku terasa pelik.macam benda ni bukan apa yang dah aku fikirkan akan jadik. pelik jugak.
aku lihat dia menangis.sedih barangkali.

tapi, kan senang bila kita tak terikat dengan mana- mana manusia bernama lelaki.

hidup lebih aman..[bukan menolak mana- mana kewujudan lelaki tapi rasanya buat masa sekarang, bukan mereka yang perlu dikejarkan]

bagi aku biar sekarang dia sakit, esok lusa everything dah under control.

dan maybe dia akan berfikir semasaknya selepas ini. jadikn everything yang jadi sebagai pengajaran yang cukup bagi dirinya.or mungkin selepas ini, dia akan berfikir seperti aku?

aku tak mahu berchenta sehinggalah tiba masanya aku kahwin.dan kahwin pulak, aku rela atas pilihan mama n ayah [klau time tu aku xde pilihan hati lagi!]

kan lebih senang.cuma sekarang, aku perlu jaga diri sebaik mungkin ajer!
insya-ALLAH.aku akan lakukan itu.

walau apapun yang terjadi.sekarang memang aku dah nampak sangat yang tiada kebaikan kita berchenta ni.no wonder aa ramai ajer yang clash. aku bukan mendoakan.cuma thats the reality are.

tiada siapa yang paksa.pilihan diatas kita sendiri.

masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, kan?

kita yang bentuk diri kita sendiri.kalau kita pandai jaga diri, takkan manusia lain nak bukak mulut bercakap soal kita.kan?