baru aku terfikir soal ni.
adakah aku menyesal dengan hidup aku sekarang?[tak jugak!]
means, ada sebahagian yang membuatkan aku ingin kembali ke masa tertntu. realiti manusia itu sendiri, yang tak pernah puas dengan apa yang dirinya ada sekarang.
aku?
aku adalah remaja. berusia menginjak 21 tahun dalam beberapa hari lagi. punya family yang boleh dikatakan perfect+bahagia. masih mengaji untuk segulung ijazah. disalah sebuah universiti tertua di malaysia. gadis yg agak berdikari dalam hampir segala perihal hidupnya. punya lesen memandu B+D. boleh bergerak dengan kenderaan sendiri freely. mampu untuk berbelanja apa yang patut and yg tak patut. hehe...
punya sebuah handphone nokia. laptop acer. printer hp. text book tuk study half beli sendiri. juga punyai koleksi kasut nike tersendiri. pakai deodorant n perfume adidas. boleh makan pizza sekali sebuln. aktif dalam bidang penulisan. aktif dengan palapes. punya jawatan sebagai bendahari senior dalam palapes.
sampaikan aku terfikir,
apalagi yang aku mahu???
pelik bukan?
nyatanya kadang- kadang aku rasakan perlu sesuatu yang lain.
pernah tak anda terfikir, bila bangun pagi...anda adalah seorang yang laen? yang bukan diri anda sendiri?
aku berlagak?
sometimes, yes! and most probably, NOT!
i'm the down to earth person...hehe, yes...seriously!
aku tak bersyukur?
tak jugak...cuma mahu mengubah kekurangan diri. mengubah keperluan dan kehendak diri sendiri. salahkah?
kalo you all perasan. i never mention bout guy in my life, kan?
that's because...i'm tired to have them in my life.[tak payah story, okay!]
jadi, apa sebenarnya erti kepuasan dalam hidup?
jujur aku suka dengan hidup aku sekarang.
walau blaja di um hanya dengan pointer 2++ every sem.
walau no boyfriend in my life.
walau orang laen kutuk kaw-kaw kat aku.
walau manusia laen hanya memandang kebodohan aku dalam mnjalani sisa hidup aku.
walau manusia laen hanya suka gelakkan aku kerana sesetengah perkara yang aku kurang ambik pusing.
tapi, walau apa pun yang manusia laen kata...
aku hanya boleh dengar.
sampai seru aku berubah.
kalau tak, buat apa kita nak berubah atas apa yang manusia laen nak.[tapi diri sendiri xnak!]
aku hanya hidup atas dasar memenuhi kepuasan hati aku.
mana tau,
esok lusa nyawa kita Tuhan cabut.
sempat ke kita fikir apa yang kita buat selama ni di dunia??
cuma kita pasti akan terdetik...banyak dah ke amalan aku ni kat dunia??
hem...
~dasar manusia yang hidup tak pernah puas dengan dunia~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.