Rabu, 26 Ogos 2009

kesiannya diri

aduh, sakitnya hati...

mulanya pagi tadi dengan angin yang sangat baik tiba- tiba bertukar dengan sekelip mata. tenangnya solat subuh dan doa yang dikirim bagaikan hilang macam tu aja.

dalam hati mula menyumpah seranah, hilang pahala puasa. hasil hasutan minda dan hati yang selalunya emo lebih awal, kurangnya pahala puasa sudah tak diambil peduli.

tapi untuk apa?

bukankah diri sendiri yang rugi?

padahal manusia yang menimbulkan niat menyupah seranah tadi tak sedar pun pergolakan dalam diri aku ni. kan dah menyusahkan diri sendiri tu namanya?

then, kenapa tak berterus terang wahai diri?

diri :

"bukan apa. aku fikir, kalau aku tak boleh terima teguran/ perlian dikhalayak ramai...kenapa pula aku nak berbuat begini kepada manusia lain?"

dan aku terdiam.

BETUL JUGA apa yang diri katakan tadi.

tapi, macammana pulak manusia tu yang tegur/perli kita di khalayak ramai sehinggakan sesuatu yang ditegur itu memberi impak malu kepada diri?

diri :

"aku memang sedikit terguris, tapi bukankah entri lepas kamu ada tulis yang manusia ni rambut je sama color tapi hati tetap lain- lain...jadi, macam tu la...tapi kita kena consider juga, zaman sekarang dah lain, bukan sume rambut manusia sama color..., so bila dah macam tu...hati lagilah jauh menyimpang!"

kenapa jadi macam ni, ya. diri memang jenis yang bukan mudah terasa tapi bila dia terguris, aku tahu ianya mungkin pedih gila. aku kenal diri cukup lama. aku tahu dia jenis macammana. mungkin dengan manusia lain dia boleh berpura- pura tak ada hati, tapi ingat semua manusia tu bodoh ke? aku punya hati jadi diri juga mesti punya hati. atau...cacatkah dia sehingga tak punya hati???

kepala aku gelengkan ketika ini. tak tahu nak fikir macammana.

diri :

"hey, come on la...nak fikir sangat buat apa, kau kan cool orangnya...kenapa benda macam ni nak ambik kesah sangat? Buat entri bagai...dah tak ada benda nak tulih ke?"

weyh, diri...
kau cakap baik2 sikit ya..
aku delete kau dari entri aku baru tahu. kata nak glamer, tapi kutuk aku tak habis.

aku bukan apa. aku kesiankan kan kau diri. manusia- manusia ni semua punya hati tapi fikir macam dia saja yang punya hati dan manusia lain, tak ada!
nonsense.
manusia kalau suruh nonsense memang cukup bijak.

mereka fikir begitu.

kita fikir begini.

aku rasa aku bodoh bila fikir yang semua orang akan memahami aku. tahu apa yang aku fikir. tahu apa yang kita fikir. memang aku rasa bodoh gila sebab percaya yang semua manusia yang nampak baik tu, baik. realitinya, kalau manusia baik itu tersingkap sekejab nilai zalim dia, dia akan nampak sangat kejam dan annoying. aku benci manusia macam tu.

serius benci.

entahlah, diri...

aku mahu bina tembok agar kau tak diapa- apakan tapi setiap kali berhadapan dengan situasi sebenar, aku mesti robohkan sendiri tembok itu. sebab aku fikir, kalau aku bina tembok, kau takkan nampak dunia luar. dunia penuh penipuan. dunia penuh kezaliman.

aku tahu kau baru nak membesar, wahai diri. tapi ayah aku kata, inilah nilai pengajaran sebenar. selalunya benda atau situasi yang kita dah alami nya sendiri, barulah menjadi pengajaran yang paling besar buat diri kita.

macam pengajarn untuk hari ini,
dont judge a book by its cover!

jangan nilai manusia dari sikap dia yang kita nampak, cuba kenali sikap sebenar diri dia. sama ada dia sebenar- benar manusia-baik atau separa manusia-evil!

manusia kita tak boleh predict.

kadang kita fikir begini.
tapi buat begitu.

salute manusia yang punya prinsip yang cukup teguh bak tembok besar China dan akan stick dengan prinsip yang satu itu.
susahnya nak jumpa manusia sebegitu. aku nak jadi manusia jenis itu juga payah.

sebab apa?

sebab dalam dunia, kita bukan hidup sorang. disekeliling kita ada berbagai jenis manusia. banyak ragam. so, kalau kita tak belajar menjaga hati yang lain, mungkin manusia lain juga takkan belajar untuk menjaga hati kita. setakat ini aku pegang pada yang satu itu.

tu sebab diri,
kadang- kadang aku terpaksa sakitkan kau dan hati. oleh kerana menjaga diri dan hati manusia lain.
maaf. maaf sebenar-benar maaf.

diri :

"Tau...kita kan dah kenal lama...kau memang macam ni, lebih rela sakitkan aku dari sakitkan diri manusia lain. entah apa yang speshel sangat dengan diri manusia lain entah...ke, kau nak tukar aku dengan diri manusia lain? Serius aaa"

apa kau merepek ni, diri.

kau ni nonsense aa...
aku dah agak yang kau ni sebenarnya bukan matured pon lagi. berlagak aja lebih. konon cool. manusia lain sakitkan dia, tak kesah...imune la kononnya!
haram...

diri :

"but stil secara jujurnya kita kena begitu. walaupun aku ni tak matured lagi, at least bila aku act like that, manusia lain akan pandang kau dengan persepsi yang berbeza. kan? kau jujur la. aku bukan nak bagi kau perasan. tapi kadang- kadang kita kena 'angkat' diri kita sikit jugak, jangan silap...bukan berlagak. tapi jujur, ianya perlu! ak memang terasa sikit, then sometimes bila aku imbas balik segala luka yang aku pernah rasa...aku sampai rasa, enough la...aku taknak hati aku tertusuk lebih dalam. tapi bila everything become normal semula, aku akan ubah persepsi aku balik. aku akan elus2 hati aku, pujuk dia. aku katakan pada dia, rilex...everything ni sekejab aja!"

aku terdiam.

dan diri sambung lagi.
"....satu yang kau kena ingat, kalau kau tak ada...everything di sekeliling kau akan jadi susah! sangat miserable..."

aku tersenyum nipis. diri ni kalau nak mengayat yang entah apa- apa memang pandai. bijak je nak pujuk bahagian mana hati aku. sampaikan aku terfikir. kita hidup untuk hidup. walau apapun yang jadi, its still hidup. bukan hari ini kita ditegur yang membuatkan kita malu, then esok kita kena ulang semula. why not kita tak balas balik?

diri : bukan maccam tu la weyh...

oh, salah kah? kenapa aku je yang kena mengalah? kenapa aku tak boleh balas balik?
okay2...aku mengalah!

maksud aku tadi, apa yang jadi hari ini...tak mungkin akan berulang esok. dan kalau berulang pon, aku dah tahu macammana nak tangani nya. betulkan diri?
aku nampak dari cermin diri tersenyum. erm~

aku suka diri.
dia tak pernah cakap bohong dengan aku.
selalu nak jaga hati aku.
selalu nak jadi hero pada masalah2 aku.
dia selalu tahu apa yang aku mahu.
dan apa yang aku tak mahu.

aku bisa mati tanpa diri.

jadinya sekarang.
aku tak peduli apa yang manusia lain akan buat.
nak kutuk aku ? SILA.
nak blame aku ? SILA.
nak malukan aku ? SILA.

sebab apa yang pasti, walau apa pun manusia lain nak lakukan...aku tahu aku masih ada diri. dan sentiasa yakin yang dia akan sokong aku 100% atau lebih dari itu.

nak kutuk aku,
nak blame aku,
nak malukan aku,
buatlah. buatlah sekerap mana yang korang semua nak. sebab aku dan diri aku tak pernah luak pun bila korang buat tu semua.

sebab aku tahu, korang akan penat juga suatu hari nanti.

realiti mulut manusia memang tak boleh nak tutup. manusia bebas bercakap ikut suka. tak ambil kira perasaan manusia lain yang diperkata, itu memang mesti.

kenapa entah? Puas kah bila berbuat begitu?
ak tak faham kenapa aku yang kena mengalah.
ak tak faham kenapa aku yang kena jaga hati mereka.
ak tak faham betullah.
apa beginikah perwatakan watak yang aku pegang dalam dunia ni?

tak siapa pernah faham aku.
aku tak mintak banyak.
faham aku.

sikit aje.

mungkin aku boleh berpura tak ada apa yang berlaku.
tapi sampai bila?
sampai bila nak bohong diri sendiri?
manusia apa yang sanggup bohong pada dirinya sendiri?

kalau boleh aku tak mahu menjadi manusia seperti itu.
TAK MAHU.

tapi apa boleh buat.
inilah kehidupan. bukan selalu jadi seperti yang kita angankan.

lagu untuk entri kali ini : dari sisi aku by tangga

tertangkapkah olehmu apa yang ku rasa
teruskan ku hatiku
seringkali ku ragu
ragukan pedulimu
dan tak yakin kesungguhanmu
cuba lah lihat
dari sisi aku
agar kau fahami
cuba kau dengar
jerit hati kecil ini
cuba lah tuk mengerti
sedikit saja
meski aku ada
tapi seperti tak ada
ku di sini
namun tak berarti
lihatlah aku
izinkan sedikit egoku
lakukan seperti mahuku
tataplah kedua mataku
dan cuba kira keinginanku
cubalah lihat dari sisi aku
sulitkah bisakah
kau fahami
cuba kau dengar
hati kecil ini


cubalah tuk mengerti
cuba untuk mengerti


sedikit saja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.