setelah beberapa hari gila sibuk dengan bola cat [paintball] yang berlangsung sempena dengan FESKUM09 yang jelas- jelas agak bosan tahun ni tapi bolacat masih boleh dianggap berjaya.
mari kita mula bercherita perihal bolacat ni.
tapi kesal sikit sebab tak dapat nk upload gambar2 sbb sume gune cam adib, so tunggu je majalah um akan dtg. mana tau kuar muka ak yang kepenatan, kan?
hari pertama, 11 ogos 2009
*malam hari berpoya- poya di gerai makan feskum sebelum terjumpa dengan ajk bolacat yang laen di booth. hanya senyuman yang bertindakbalas.
[tak berapa kenal sgt dengan mereka so agak janggal nak bertegur sapa]
hari kedua, 12 ogos 2009
*maklumat penting, ini hari rabu. so kena pakai baju no.3 tak kira apa jadi. dan nak dijadikan cherita, kelas tutorial audit batal and ganti hari jumaat. so, hari ini kelas tak ada! beberapa saat selepas gumbira, spontan gumbira itu hilang. saya perlu jaga di booth bolacat ari ni yang mana akan diadakan menembak ke target. bukan tak suka tapi sedikit segan dengan baju no.3 yang dipakai sepanjang hari duduk mencapub di booth bolacat.
*mula text encik jebat untuk kebenaran tukar baju. rasa macam tak sesuai pakai n0.3 untuk buat kerja macam ni. so, dia reply..."carry on..."
haha.
*tapi, after pukul 2 baru tukar baju. sebab lunch balik kolej, solat dulu. then baru join mereka semula di booth.
*sampai sahaja di booth, hujan turun dengan lebatnya. aaahhh, baik tidur kat bilik.
*habis sahaja hari ini, kami dapat 38 pelanggan yang mencuba menembak ke target.[agak pelik bunyinya bila ditranslate, kan?]
hari ketiga, 13 ogos 2009
*mlm tadi ada meeting sebentar. tak semua ajk datang. tuan pengarah, puan naib pengarah, ajk Badi, ajk Ery, ajk Halim, ajk Im, ajk Siti and semestinya saya!!
kalau tak macammana boleh tulis entri ni, kan?
*so, target hari ni 100 pelanggan yang mencuba. murah sahaja rm5=15 pallets. menembak pada target yang tak sampai 25 mtr.
*achik yang best. sume ajk semakin kenal.so, segan tolak tepi. act so cool. sume manusia normal.
*and guess what, hari ni dapat 157 pelanggan. awesome, kan?
hari keempat, 14 ogos 2009
*ajk lelaki sibuk psg net kat padang A malam tadi. and dengarnya sampai pukul 3 pagi. kesian. so pagi ni yang jaga booth ladies je. ak, ummi, im and siti. nurul pun ada.
dlm kul 11 pagi terpaksa gerak dulu ke fac sebab ad kelas tutorial audit.
*malam tu after jalan2 kat feskum terjumpa badi, aiman ngan adib kat booth. maybe mereka cari barang untuk esok. kami pun datang menyibuk.
badi-budaknya mudah mesra.sedikit sengal dan baik hati. agak terdiam bila aku tahu dia budak API.konfius jugak. tak segan dgn lawak.
aiman-agak senyap. tapi bila dah sengal, sengal jugak. cara dia berdiri agak pelik. suka buat suka hati dia. rajin.
adib-semua org tau die terlebih peramah, terlebih gila.promo menjdi kalao ada dia.tapi ak agk xmsk ngan lwk dia time mula2. sbb tak sure dia serius ke die ngah cuba buat lawak.konfius2
hari kelima, 15 ogos 2009
*hari ni hari jadi tournament bolacat. gua bangun pun agak pagi dan terus calling affan tuk pinjam keta. gua incharge pengangkutan hamper ke padang A. sampai sahaja di pdg, achik and the gang sudahpun menunggu. semacam mereka pulak ajk bolacat ni. badi, aiman, ery, adib and pengarah sendiri blum menampakkan muka.
*dlm pukul 9 dkt nk pukul 10 bru everything nak start. briefing sudah. ad 7 team semuanya. dan ajk juga hantar satu team. kami bermain liga. satu team akan main 4 games. dalam 4 games tu, satu je team ajk dapat 100 marks. di mana kami semua stil alive and dapat flag. trimas jasa baik pengarah kita, encik sham. ecece,..
*tapi ada something yang merosakkan or mencacatkan sedikit mood ak. kenapa mesti jadi macam ni? or mungkin ak kne sedar cara kita berbeza. cara kita bekerja berbeza. tapi kita semua kan manusia, tau tak mampu nak puaskan semua pehak tapi at least kita try! bukan just buat tak tahu. aku tetap aku. tak mahu byk bersuara atau mengomel. aki just buat kerja aku walaopon dlm hati memaki hamun manusia laen yang kurang punya hati. apa la...tak padan dgn degree yang bakal digenggam!
tapi tak apa. konklusinya...
everything yang imperfect tu kan datangnya dari diri kita sendiri. sebab apa? sebab kita sendiri tak berusaha nak memperbaiki apa yang imperfect tu.
and everything yang berjaya hari ini datangnya dari ALLAH dan jasa baek semua pihak yang membantu. abang achik dan konco2 nya, encik pengarah dan ajk2 nya, serta semua team yang bertanding. kalau tiada anda, tiada la tournament ni!
ye ke?
and selepas hujan turun dgn lebatnya mengikut arah angin timur selatan, kami pun mula berkemas. mengelap markers yang ada, jacket, face mask dan sampah2 yang melambak. then selepas itu, abg achik bagi kami bubur nasi. walaupun seakan sejuk dan keras, tapi maseh trase keenakannya. trimas, abg achik.
dan aku mula terfikir, kenapa tak...kita buat lagi bolacat ni time MIEX nanti???
encik pengarah yang bernama easy...boleh kah??
konklusinya : sangat berpuas hati.
harapan : boleh buat lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.