Jumaat, 28 Ogos 2009

siapa punya hidup?

hidup untuk diri sendiri atau orang laen?

kalau benar untuk diri sendiri, kenapa kurang rasa hepinya?
kenapa kurang rasa semangatnya?

fikiran terlalu bodoh untuk bagi jawapan tepat.
kadang diri dan hati kata, ini hidup aku...biar aku yang tentukan.
tapi lain jadinya bila tiba masa nak tentukan.
tetap kena jaga hati orang laen. fikir keperluan dan kehendak manusia lain.
kenapa?

apakah aku ni terlalu baik?
atau aku ni nampak bodoh sehingga mampu dipijak lumat?

atau...apakah manusia lain yang terlalu pandai?
mencari peluang diatas kebodohan sejenak aku.

aku sendiri tak tahu apa yang aku mahu dalam hidup.
kadang aku belajar hanya untuk memenuhi jam kredit yang ada.
apa yang aku belajar, kurang lebih je aku faham.
semacam tiada gunanya bila keluar nanti.

aku bukan manusia hipokrit yang mahu belajar untuk mengenangkan hati manusia yang lain.

tapi. segalanya perlu. jika tidak,
aku akan kecewakan mama ayah aku.
kawan2 mesti mula jauhkan diri.[pasti itu!]
dan aku mesti rasakan semua manusia akan pandang aku...semacam.

akukah manusia yang jalani hidup kerana kehendak dan kemahuan manusia lain??
akukah??

aku cuba berubah dari kehidupan kelmarin.
cuba menjadi seseorang yang lebih baik.
aku tahu manusia lain tak akan faham.
tak akan faham apa sebenarnya yang bermain dalam fikiran aku, dan apa yang aku rasa.
sebab aku sendiri konfius.
konfius dengan apa yang aku rasa, apa yang aku fikir dan apa yang aku perlu lakukan.

salah kah aku menjadi manusia sebegini?
salahkah aku menjadi manusia yang mencuba memenuhi permintaan manusia lainnya?
aku hanya mahu manusia lain di sekeliling aku gembira.
walau gembira atas kesedihan dan kedukaan aku, tak apa.
aku redha.

sampailah aku fikir, biarlah aku jalani hidup sebegini.
sebab esok atau lusa...
Tuhan akan tarik juga nyawa kita!

bodohkan aku?!
bercakap semacam tak punya agama!

aku hanya mahu lakukan apa yang aku mahu.
tanpa diskriminasi sesiapa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.