"Yuli, macammana malam esok? Jadi tak plan?"
saya terdiam sebentar. hari ini sahaja da full class daripada pukul 8 pagi sampai 2 petang. ah, penatnya.
"On je kot...tapi kena balik rumah dulu nak ambil kereta, um kan bagai- bagai sekarang. tak boleh nak bawak masuk kereta...so, konklusinya...kena balik rumah dulu..."
ini cerita khamis petang. masih 50-50 untuk pergi memeriahkan stadium sempena dengan selangor vs persib bandung.
dan petang jumaat itu, ayah amik dalam kul 1615. sampai sahaja di luar blok, ayah terus keluar dari kereta dan memberi ruang untuk aku mengambil alih tempat pemandu. dia penat barangkali. aku pun drive ke kolej 6 dulu untuk ambik adik. dan drive balik ke rumah.
sampai sahaja kat rumah, mama pulak ajak ke rumah makcik sebab malam ni makcik nak bertolak ke langkawi. terdengar keluhan abg saudara, "ala, kalau bertolak pukul 12 malam ni boleh tak? Aku nak pergi stadium dulu...kecewanya, game biasa boleh pergi tengok...game malam ni pulak tak boleh!"
aku tersenyum.
"Tak pe, Fik...nanti ak tolong tengokkan...nanti ak bagi result je la..."
"Bosan la...mana best takat bagi result!"
"Habis tu, kau nak follow kitorang la malam ni, then nak suruh ak hantar ko pergi langkawi??"
kami tergelak. termasuk ngan mama ak, makcik aku dan mak dia.
dalam 1915, kami sampai ke rumah semula dan menunggu maghrib.
tepat pukul 2000 kami bertolak dari rumah. melalui tol bukit raja dan masuk ke i-City. maybe perhitungan yang silap sebab s.alam jam gila malam tu. start nk masuk parking stadium lagi la.
dalam 2050 baru kami masuk stadium.
alamak, masuk salah pintu pulak. fan indonesia!!!
ala, padahal sikit je pun...kami pun beralih tempat. masuk ke pintu P. duduk agak atas, tapi tak apa. tetap nampak segala cubaan selangor membolosi gawang gol persib bandung.
1st half habis dengan 0-0...namun itu tak mematahkan semangat kami selaku fan setia selangor. time masa rehat, banyak jugak 'ombak' yang kami cipta. seronok!
saya hanya kibarkan bendera selangor versi kecik aja. selongkar laci- laci kat rumah tapi tak jumpa bendera selangor. by day way, dont you worry dont be angry, bendera besar selangor telah selamat dibeli.
obviously, saya dah mula biasakan diri berada dalam suasana yang ramai. boleh duduk selesa di sisi manusia yang saya tak kenal. sebab saya bukan jenis manusia yang mudah percayakan manusia laen.ya,saya negatif.so what?insecure la...
start sahaja 2nd half, gol pertama daripada bambang pamungkas untuk pasukan selangor. saya jadi buntu. sejak bila mr.bambang join selangor. kerana saya tak diberitahu bambang dan ellie aiboy akan bermain untuk team selangor. saya ingat, selangor bermain dengan team yang sedia ada.ah, lambatnya saya!
safee sali juga menunjukkan taringnya. amri kelihatan rajin namun tiada cubaan merbahaya darinya. mungkinkah dia telah dibaca2kn. weyh, yuli...start merepek pulak!
masuk pulak gol yang kedua.juga dari mr.kiut bambang.dan bermulalah sikap cukup-tak-berkenan-aku...penyokong indonesia start baling botol. actually ak nampak RELA tu tegur something, and maybe diorang tak puas hati then baling la botol. after tu, FRU pon datang membela anggota RELA tersebut. hehe.
sampailah ke wisel penamat, selangor menang 2-0. kami tunggu sebentar untuk memberi sorakan dan tepukan gemuruh buat team selangor yang memenangi piala selangor tahun ni. sorakan yang diberi menggambarkan 1 selangor. semuanya bagaikan telah dilatih dari awal. kami bersorak bagaikan kami sume pernah berkumpul sebelum ini untuk berlatih bersorak. serius li. best gila.
actually pic ni time selangor vs pahang. tapi saya stil upload sebab...korang tak perasan ke wajah macho-tak-ingat diorang ni agak sama???
pic ni juga time vs pahang. agak menyeronokkan sebab time ni fan sume boleh turun padang. bergambar bersama piala dan player.
after keluar dari stadium kami pakat berkunjung ke gerai jualan baju dan jersi yang memang tersedia sejak awal lagi. memang niat mahu membeli baju t untuk mama and adik. dan satu jersi untuk saya. hehe. semangat tak sayaa??
pic yang 1st tadi adalah jersi milik sya. nnt saya nk bli lagi.
then after keluar dari kawasan parking stadium, saya terus drive ke PJ kembali. adik saya perlu pulang ke UM malam tu juga. tapi saya balik UM esok pagi. kalau tak siapa nak bawa kereta and adik yang laen balik rumah?
harapkan mereka drive? tak pasti saya boleh tanggung risiko itu atau tidak!
lagu untuk entri ini : merah kuning [lagu bola selangor]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.